Thursday, July 3, 2014

Menulis Seksi Ovari

Seksi Ovari sudah masuk hampir 2 tahun dalam tempoh awal penerbitannya iaitu hujung tahun 2012. Alhamdulilah, sampai sekarang buku puisi kecil aku itu masih lagi dicari orang dan selalu out of stock di kedai buku (bukan bajet best, cuma ia memang berlaku). Sehingga hari ini ia sudah mencapai cetakan ke-10 mengikut penerbit aku, kalau tak silap. Selepas Seksi Ovari dikeluarkan dari sarangnya, orang lebih mengenali Fazleena Hishamuddin. Orang mula tertanya-tanya, siapa minah ni sebenarnya. Ramai pula yang minta tips menulis dan bagaimana nak publish buku. Boleh dikatakan hampir setiap masa ada saja yang pm inbox Facebook, whats app dan email bertanya bagaimana aku boleh mengeluarkan buku puisi dan bagaimana segala-galanya bermula. Letih juga nak terangkan pada semua, sebab ia merupakan sebuah perjalanan yang panjang. Satu buku itu usianya bukanlah setahun atau dua tahun. Ia adalah proses seumur hidup. Aku rasa disinilah ruangnya untuk aku kongsikan.

Kalau orang kata Seksi Ovari buku puisi terbaik aku, aku tak rasa begitu. Popular bukanlah bererti ia bagus. Kuantiti tidak mencerminkan kualiti. Kalau orang memuji, ia tak semestinya berisi. Dari ramai-ramai yang memuji pasti ada yang mengeji. Bila kau tunjukkan karya kau pada public, kau harus bersedia untuk menerima kritikan dan kutukan. Itu biasa. Kalau kita duduk diam tak buat apa pun orang kutuk, apatah lagi kalau kita buat sesuatu. Yang pastinya, kau bersedia untuk dengar dan terima. Negatif dan positif bergantung kepada sejauhmana kau memproses komen-komen itu.  Persepsi orang lain-lain. Dan kau tak boleh nak menidakkan pendapat orang. 

Antara pendapat orang terhadap Seksi Ovari ialah;
-seperti membaca jurnal hidup sendiri (kebanyakkannya perempuan)
-mudah hadam, straight forward dan tepat kena ke dahi
-memberi motivasi dan menjadikan diri lebih kuat untuk menangani masalah hidup
-rhyme yang kena dan tepat 
-penutup puisi selalunya memberi kesan mendalam

Antara komen dan kritikan juga;
-rubbish
-full of shit
-hanya kata-kata pendek seorang perempuan yang sedang meroyan
-tajuk lucah
-budget deep, tapi hampeh

Dan banyak lagi komen-komen unmention di social media yang aku masih boleh baca. Terima kasih atas semua komen-komen ini. Ia penting untuk aku terus menulis. Aku bukan seorang defensif. Yang suka mempertahankan pendapat aku saja. Aku seorang yang menghormati pendapat orang lain. Kritikanlah yang akan menjadikan kita lebih bagus. Kalau tak kita masih berada dalam ruang kita dan statik tak bergerak. Sekurang-kurangnya disini aku boleh memberitahu semua (kalau ada yang baca) kenapa aku memilih untuk menulis sebegitu dalam Seksi Ovari. 

Seksi Ovari ialah nama blog aku yang kononnya aku create untuk meluahkan rasa hati dan ruang escapism kononnya sekitar tahun 2007.  Nama Seksi Ovari aku bina secara tiba-tiba apabila aku cuba untuk mengaitkan perempuan dengan misteri dan sexiness. Aku fikir nama itu sungguh original. Aku dapat rasa yang ovari adalah organ paling seksi milik perempuan yang function dia sungguh besar dan bermakna. Aku pelik bila orang kata aku sengaja mencetus kontroversi menggunakan nama itu untuk jual buku aku. Kata buku ini buku lucah dan mempermainkan organ perempuan itu sendiri. Depa ni tak belajar sains ke kat sekolah? Atau memang tak boleh beza ovari dengan vagina? Kah! Setiap perkara yang kita buat dalam hidup ini harus di-drive dengan sesuatu kan? Jadi begitulah inspirasi nama buku aku tercetus. Aku fikir dengan pelbagai persepsi orang apabila melihat nama buku ini pun antara faktor orang membeli. Sebab orang nak tahu apa isi kandungannya. Jadi its a win-win situation. Penerbit dapat untung, aku pun untung. Kira marketing strategy berjaya la juga. Haha.

Aku selalunya menulis dan membikin karya atas permasalahan dan observation yang aku lihat dan berlaku dalam hidup aku. Aku selalu rasa yang kebanyakkan orang melihat puisi ini benda yang bosan. So boring. Melankolik, deep, dark dan ngantuk. Aku sendiri membesar dengan melihat majlis-majlis deklamasi puisi yang membosankan. Sudahlah tak faham maksud puisi itu, malah cara membacanya pun bosan. Jadi atas permasalahan itu, aku rasa aku nak tulis puisi yang orang mudah faham. Mudah tapi indah. Cara membacanya juga best dan manarik.  Aku nak orang tak menguap masa melihat aku baca puisi. Aku nak orang faham dan terhibur. Aku nak orang perlahan-lahan mencintai puisi. Thats my mission. Itu perjuangan aku. Biarlah orang nak menulis puisi deep dan berat, aku nak tulis puisi yang mudah, easy going dan in the same time menarik (bagi aku la). Jadi melalui Seksi Ovari, aku cuba  aplikasikan semua tu. Aku tak tahu benda ni sampai ke tak, tapi aku dapat rasa yang selepas Seksi Ovari keluar, ramai yang first timer membaca buku puisi terus mencari buku-buku puisi yang lain di pasaran. Bagi aku misi aku tercapai. Tak kisahlah jumlahnya tak ramai, tapi at least ada. Dan aku bersyukur orang sudah mulai ramai dalam event-event baca puisi dan anggap puisi benda yang cool. Its a good enough bro. Alhamdulilah.

Sebelum involved dengan benda-benda puisi ni aku lebih dulu bergiat dengan teater. Teater ni macam darah dalam daging aku. Kalau kau toreh kulit aku ni, titis-titis darah yang keluar menjerit teater! teater! Haha. Just joking. Tapi itulah realitinya. Aku dulu nak masuk Universiti bukan nak belajar sangat, tapi sebab nak join teater. Boleh tak macam tu? Haha. Dan teater aku buat sampai sekarang. Ini menunjukkan passion aku pada teater tak pernah padam. InshaAllah kalau ada peluang dan ruang aku nak buat teater sampai aku dah tak boleh lagi buat (atas sebab-sebab tertentu), tapi selagi kudrat ada, ijin suami tercinta, Allah panjangkan umur, mak abah aku sokong, aku akan terus buat, takkan penat. Aku beritahu ni sebab aku menulis puisi sambil membayangkan aku akan membaca puisi-puisi aku nanti, bila-bila. Jadi bait-bait yang aku tulis biasanya aku dah tahu bagaimana cara nak membacanya nanti. Kalau kau membaca Seksi Ovari aku tulis berima dihujungnya sebab aku memang suka dengan puisi tradisional macam pantun dan syair. Jadi aku cuba bermain dengan rhyme dalam setiap puisi aku. Sementelah itu juga (geli juga perkataan sementelah ni) aku dengan teater tak dapat dipisahkan, jadi aku memilih bait-bait perkataan yang aku rasa bila satu hari nanti aku nak membacanya, akan jadi sedap dan best. Bukanlah aku sengaja nak mengada-ngada letak semua puisi aku rhyme, ikut keadaan juga. Cuma memang aku suka dengan ritma. Jadi itu membezakan aku dengan penulis puisi yang lain la. Identiti aku. Gasak akulah. Haha. Sebab kau ingat senang ke nak fikir perkataan ada rhyme kat belakang ha? Semua tu skill juga. Dan ia perlu diasah. 

Buku Seksi Ovari adalah buku pertama aku. Bila Aloy Paradoks tanya aku nak publish buku ke tak, aku tanya kalau kau okay dengan penulisan aku dan tak kisah dengan tajuknya, kau publishlah. Aloy setuju. Maka aku juga harus bersetuju untuk buku ini menemui pelbagai lapisan masyarakat yang akan menerima dan menolak. I am okay with that. Sebab kau tak boleh nak puaskan hati semua orang. Aku masih lagi belajar menulis dan akan terus belajar. Aku tak kisah bila orang kata buku aku bukan buku puisi. Aku tak kisah. Sebab bagi aku takde sapa yang boleh tentukan puisi itu adalah puisi. Life evolve. Tulisan dan bahasa bergerak dan berevolusi. Cara kau berfikir dengan orang tak sama. Ada yang datang pada aku dan cakap yang dia tak suka Seksi Ovari, tapi lepas melihat aku membaca puisi diorang terus beli dan sokong. Katanya puisi aku hidup apabila dibaca dengan cara aku. Alhamdulilah. Kalau kau percaya dengan apa kau buat, semua benda akan jadi okay. Kau kena percaya saja. 

Seksi Ovari bukanlah buku puisi terbaik aku. Tapi ia senjata yang memperkenalkan aku dan membuatkan aku menjadi lebih baik. Apa lagi yang paling penting kalau sesuatu itu boleh mendorong kau menghasilkan yang lebih baik? Jadi kritikan baik dan buruk semuanya akan sentiasa meningkatkan motivasi untuk hasilkan yang lebih baik in the future. Aku takkan selama-lamanya menulis dengan cara aku menulis dalam Seksi Ovari. Seperti aku cakap tadi, manusia itu harus evolve. Life evolve. Cara berfikir, ideologi, pemikiran akan terus berkembang seiring usia. Puisi juga begitu. Aku juga harus begitu. Inilah indahnya hidup. Kau selalu ada masa untuk memperbaiki diri dan hidup kau. Kau ada orang sekeliling kau yang menegur secara terus atau diam. Namun yang paling penting macam mana kau menerima, dan respond terhadapnya. Itu yang membezakan kau dengan orang lain. 

Ramai yang bertanya pada aku macam mana nak terbit buku puisi seperti yang aku dah ada sekarang ni. Inilah dia. Ia sebuah proses yang panjang. Aku bina nama aku dalam art scene (indie) ni melalui banyak benda yang aku buat. Aku berlakon teater, bikin short filem, berlakon short filem, baca puisi di event-event seni-sastera selepas habis belajar. Aku bukan muda lagi. Dah tua pun. Haha. Aku keluar universiti 2005. Kau kiralah sendiri, aku duduk berjuang dalam art scene ni dah berapa tahun. Aku dah buat semua benda tu, barulah aku berani cuba keluar dengan sebuah buku. Jadi orang kenal Fazleena H sebagai pelakon short filem dan pelakon teater dulu barulah aku keluarkan Seksi Ovari. Jadi ia bukanlah senang. Hantar manuskrip dan publish. Not easy as that. Tapi kalau kau percaya dengan penulisan kau, ada banyak penerbitan yang boleh menerima karya kau. Hantar saja. InshaAllah kalau penerbit berkenan, diaorang akan publish. Kalau nak minta aku memberi komen tu aku segan sikit, sebab puisi aku pun bukannya sedap dan power. Haha. Jadi bolehlah terus hantar ke penerbit kalau nak try untuk publish buku korang tu. Tapi untuk komen-komen santai, aku bolehlah share sikit-sikit. Janganlah suruh aku judge, sebab aku memang segan dan tak pandai. Banyak lagi aku kena baca dan banyak lagi aku kena belajar. Jadi kita santai-santai sajalah ye. 

Aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang memberikan feedback terhadap buku kecil aku tu. Banyak juga aku boleh buat dengan duit royalti Seksi Ovari tu. Haha. Alhamdulilah. Syukur. Aku plan nak buat Malam Seksi Ovari untuk appreciate semua pembaca Seksi Ovari yang setia dan suka dengan buku tu. Aku nak buat satu malam khas aku membaca puisi-puisi aku dengan dilengkapi konsep teaterikal. Aku nak pastikan malam tu nanti akan jadi satu malam yang akan dikenang. InshaAllah. Doakan aku ye. 

Seksi Ovari membuka jalan yang besar dan bermakna dalam hidup aku. Aku banyak menerima undangan berpentas puisi selepas Seksi Ovari meletup-letup di persada Indie. Haha. Gurau saja. Dan aku percaya semua orang akan mendapat bahagian masing-masing. Lambat atau cepat itu saja yang membezakan. Yang penting, kau buat apa kau suka dengan bersungguh-sungguh dan percaya dengan diri sendiri. Allah akan beri rezeki. 

Terima kasih pembaca Seksi Ovari yang sejati. Stay Sexy!




5 comments:

  1. Kak cuba komen sajak saya di blog.

    ReplyDelete
  2. Congrats sis ! Love ur Seksi ovari.

    ReplyDelete
  3. Congrats sis ! Love ur seksi ovari.

    ReplyDelete
  4. rindu nk komen dkt blog ni.. hehe

    malam seksi ovari mcm best jeeee!! :)

    ReplyDelete
  5. dan, sy akan tunggukan malam seksi ovari tu dgn penuh teruja... :)

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...