Monday, November 30, 2009

Confession

Bila kita confess yang kita sudah bertemu dengan lampu yang menerangkan hati kita, ada lilin-lilin yang ada selama ini akan perlahan-lahan terpadam.

Kenapa kita tidak boleh mempunyai lampu dan satu masa yang sama kita memiliki lilin-lilin yang selama ini menghangatkan malam kita?

Kita terlalu greedy atau lilin tidak mahu lagi menemani, bila lampu adalah pilihan kita?

Dengan confession kita akur bahawa kita akan kehilangan.

Dengan confession juga kita telah berlaku jujur pada diri kita.

Tuesday, November 24, 2009

The Sweetest Things


Malam aku melepak dengan Cahaya dan Hubby-nya di Kopitiam Kemamam semasa di Kuantan baru-baru ni membawa masuk satu topik. Ini kerana kami ternampak gambar Ct Nurhaliza dan pakcik misainya di satu sudut di dinding kedai tersebut. Cahaya berulang-ulang kali mengangkat persoalan, kenapa dan mengapa akhirnya Ct end up dengan si misai tebal itu. Dia kan pakej. Cantik, berbakat dan banyak duit. Sepatutnya dia ada kuasa untuk menentukan apa yang dia mahu. Sekurang-kurangnya dia mampu buat pilihan dalam menentukan siapa yang sepatutnya bersama dia. Oh cinta barangkali. Akhirnya persoalan itu kami matikan dengan 'itu semua jodoh!'

Ini bukan soal jodoh penyanyi jutawan itu. Tetapi ini soal bagaimana Ct beritahu perkara yang paling romantis pernah dilakukan oleh abang misainya dalam proses meng-usha dia adalah dengan memberikan strawberry bersalut coklat serta membuat panggilan telefon di dalam flight. Ct terharu dan merasa dihargai. Kalau abang misainya memberikan hadiah kereta ferari atau rumah banglo 18 tingkat, mungkin Ct takkan ingat itu sebagai perkara paling romantis pernah dilakukan. Ct boleh beli ferari 8 biji kot. Atau boleh beli 20 buah banglo 18 tingkat untuk dirinya. Tetapi perkara paling mengharukan ialah bagi dia 'effort' si abang misai yang mungkin tidak dilakukan oleh orang lain. Jadi abang misai berjaya melaksanakan mission mendapatkan Ct dengan beberapa effort yang simple tetapi manis sekali.

Kalau ditanya pada kebanyakkan orang, apa yang dia mahukan dalam sebuah perhubungan? Oh, terlalu banyak mungkin. Understanding, caring, concern, loving, respect, be kind, honest dan macam-macam lagi. Untuk memenuhi semua itu tentu sahaja bukan dalam masa sehari atau setahun atau 8 tahun. All the way relationship itu kita akan belajar tentang semua itu untuk cuba adapt dengan pasangan kita. Ada seorang makcik beritahu aku sampai sekarang dia masih mahu kenal siapa suaminya walaupun dah sampai separuh abad usia perkahwinan mereka. Perasaan untuk mengenal manusia itu sepatutnya tak pernah habis sampai akhir hayat. Sepatutnya setiap hari ia menjadi hari yang interesting untuk kenal orang-orang rapat yang ada di sekeliling kita. Seperti juga communication. Kita takkan mampu untuk menatap wajahnya setiap hari tanpa communication walaupun dia sekacak Brad Pitt atau se-cun Natalie Portman. Kalau dia pendiam atau memang tak reti bercakap, dia harus cuba. Cuba.

Ini soal effort. Kau mahu ada dalam relationship, tapi kau tak pernah cuba mahu belajar tentang relationship. Ada insan-insan yang merasa mereka lucky, kerana bertemu dengan orang yang sama minat dan keinginan. Orang art bertemu orang art. Katanya lebih mudah dan faham. Doktor bertemu doktor, arkitek dan arkitek, minah kilang dan mat kilang, penulis dan penulis, salesman dan salesgirl. Tapi adakah semuanya berjaya adapt dalam relationship? Mungkin faham, mungkin juga take for granted dengan interest masing-masing. Alasannya kerana 'terlalu faham'. Bagaimana dengan orang yang tidak sealiran. Pengarah filem dan saintis, Penari dan doktor, Engineer dan pelakon teater, Nurse dan pengurus kilang. Yang sampai kita rasa pelik kenapa mereka bersama, atau macammana mereka boleh bersama. Aku tak sure kalau orang lain boleh bertanya dulu "What's your profession/field?" sebelum kau membenarkan hati kau untuk beritahu yang "I think he/she is the right person for you". Aku totally tak boleh. Maksudnya masa kita pandang dia untuk pertama kalinya, kita rasa suka dan cinta tetapi kita mahu tahu latar belakangnya apa terlebih dahulu barulah kita rasa secure untuk meneruskan relationship dengan dia. Huh. Apa tu?

Kita boleh rasa sejauh mana effort pasangan kita. Kita selalu boleh rasa. Bukan soal jarak, umur, field, perbezaan interest yang ketara, faktor luar lain yang bangang-bangang. Kita boleh rasa sejauh mana dia mahu ada dalam relationship itu. Sejauhmana dia mahu kita tahu yang dia betul-betul mahukan relationship itu. Kita selalu boleh rasa. Action speaks louder than words.

Oh ya, terima kasih pada kekasih kerana mahu mendengar bacaan puisi aku walaupun kau tak pernah faham walau sepatah pun. Terima kasih kerana mahu sama-sama menghafal skrip dan menjadi sparing partner aku walaupun pentas teater pun tak pernah kau bau. Dan percubaan menulis puisi cinta untuk aku itu sungguh manis. Terima kasih kerana mahu cuba untuk ada di sini. Di hati aku.

Itu aku panggil sebagai effort.

Sunday, November 22, 2009

From Kuantan With Love

Semua orang jadi baby-sitter sepanjang seisi latihan. Anak lida yang so cute. Kena halau dari tempat latihan. Beg di sorok oleh pihak pengurusan yang cemburu buta makanya, sepanjang hari tak mandi dan tidur 2 jam sahaja setiap hari. Budget yang diberi tak cukup pun untuk beli phone nokia edisi baru. Itupun sampai sekarang masih belum dapat. Jadi segala tanggungan harus guna duit poket sendiri. Terasa yang entah bila sokongan terhadap teater mahu berubah. Berulang alik 45 minit setiap hari dari tempat penginapan untuk rehearsal di Taman Budaya. Lida accident hari show. Esok nak show pengarah pengsan. Tidur rumah nenek epul yang bertemakan ala kampung dan menikmati air mandi yang sejuk sekali. Tiada seorang pun family dari KL yang turun untuk menonton. Family di Kuantan juga tidak turun. Salah seorang juri adalah Bung Kancil sifu yang mula-mula ajar apa itu teater. Selepas tamat show, satu team ke telok Cempedak pekena shisha epal special. Cahaya childhood friend yang 6 tahun tak jumpa datang menonton bersama hubby. Cahaya bawa makan ikan bakar di Kuantan, sembang zaman sekolah sampai jam 5 pagi. Lepak di Pantai Balok selepas habis show di rest house klasik melihat pantai dari jauh kerna hujan sepanjang hari.

Segala-galanya berakhir dengan indah.


The baby

The Cahaya

The Team

TheTraining

TheTouch-up

ThePerformance

The Curtain Call

The Candy


p/s : Epul, thanks for the opportunity. Sama-sama doa ke National Challenge. :)

Sunday, November 15, 2009

Fighter Lover

Leo Tolstoy kata - Perkara paling membahagiakan dalam hidup adalah dengan memberikan kebahagian pada orang lain. Aku baca Tolstoy masa aku tingkatan-tingkatan. Tapi samaada sedar atau tidak aku telah menggunakan prinsip pakcik Tolstoy ni sejak dari kecil lagi. Masa tadika ada seorang kawan yang mengadu dia tiada pencil case, aku jadi tak keruan bila matanya asyik menatap pencil case aku yang ada gambar mickey mouse stiap kali aku keluarkannya atas meja. Setiap hari aku berazam mahu belikan pencil case untuk dia, biar kita sama-sama ada pencil case yang sama. Jadinya aku simpan duit 20sen sehari untuk belikan dia. Tapi satu hari aku nampak pencil case along yang boleh zip separuh dan along telah buang, aku pungut dan ambil jadi pencil case aku. Aku suruh mummy jahitkan zip baru dan letak logo mickey mouse pada case itu dan aku beri case mickey mouse yang baru pada dia. Yang along punya itu aku pakai. Dia peluk dan kata aku kawan baik yang pernah dia ada.

Masa zaman STPM, waktu jasmani seorang teman terlupa bawa tracksuit, sedangkan hari tu ada friendly tournament dengan senior upper 6. Dia menangis sebab rumahnya jauh pendalaman. Pergi sekolah pun kena angkut naik 2 bas. Aku beri tracksuit aku pada dia sebab dia mata dia dah mula bertakung. Kami betul-betul nak menang game ni, lagipun dah berlatih berbulan-bulan. Bila diberi, dia tak mahu pakai. Aku kata aku injured pergelangan kaki tapi sebenarnya aku ok-ok aje dan juga salah seorang yang terlibat dalam perlawanan tu. Seperti cerita gol dan gincu, di akhir cerita kami menang besar melawan senior. Kalaulah pemberian tracksuit itu membuat motivasinya tinggi dan dia score gile-gile dalam perlawanan itu, apa lagi yang aku boleh rasa? Tentu bahagia. Dan dia juga beritahu yang aku kawan baik yang pernah dia ada.

Zaman universiti. Boyfriend aku cuma punya motor honda cabuk (dia define). Dan masa tu aku pakai satria second hand. Yeah, abah selalu bertahu yang dia tak percaya perempuan naik motor, terlalu bahaya katanya. Perempuan cepat gelabah. Jadi anak-anak perempuan tidak digalakkan menaiki motor. Terlalu berisiko. Jadinya abah belikan satria untuk aku ulang-ulang dari uni ke rumah. Kenderaan aku digunakan atas semua sebab. Hujan, perjalanan jauh, pergi dating dan sebagainya. Satu hari, dia accident. Motornya ranap. Aku beri dia pakai. Aku pula naik komuter dan ada kalanya minta abah tolong ambil dan hantar. Oh ya, sebab dia lebih muda dari aku jadinya aku yang keluar bekerja dahulu. Dia masih terkais-kais mencari pekerjaan. Aku top up'kan (bukan untuk credit hp sahaja) kalu dia ada masalah fanancial. Yeah mereka akan kata yang - sapa suruh lu pilih yang muda? Kan dah menyusahkan. Semua perkara pun ada risiko. Tengah sedap makan pun boleh tercekik. Tengah minum air pun tersedak. Kalau faktor umur menjadikan kau keliru memilih pasangan hidup, aku tak tahulah pulak. Jadinya aku tak pernah ada rasa yang aku harus menjadi wanita yang perlu duduk diam sahaja setiap kali pasangan aku nak membayar harga makanan. Atau buat bodoh aje bila dia beratur nak membeli tiket wayang. Tak kiralah aku bersama budak usia 18 tahun atau mamat yang usianya baya abah aku. Sepatutnya relationship ni simple aje (kata-kata dalam movie Pisau Cukur). Individu aje yang complicated kan. Berbalik pada story boyfriend aku tadi, aku tak pernah kisah pasal duit dan tak berkira langsung. Jadinya kerana ketipikalan yang merasakan lelaki harus ada banyak duit daripada wanita diambil serius oleh boyfriend aku ini, makanya kami berpisah atas dasar itu. Very sad! Dan sebelum dia blah, dia kata - you are my best girlfriend i've had.

Itu juga berlaku dengan adik beradik dan family aku. Kalaulah aku hanya ada sepuluh ringgit sekalipun, kalau adik aku mahu pinjam duit, aku akan beri paling bodoh pun RM5. Jarang sekali aku tarik selimut atau bantal busuk aku kalau ajune tengah guna walaupun malam tu confirm aku akan gelisah tak dapat tekup muka dengan bantal dan selimut badan aku. Pantang kalau mummy aku suka warna lipstic aku atau celak baru atau perfume aku kalau mummy tiba-tiba cakap - cantiknya lipstik ni, warna dia lawa la, wanginya perfume ni. Aku selalunya terus beri. Entah apa sangat barang-barang tu nak dibandingkan dengan peluh dan airmata mummy setiap kali melihat kedegilan dan kenakalan aku sejak kecil sampai besar.

Aku tak rasa material boleh buat kau tamak dan kedekut untuk berikan kebahagian pada orang-orang. Kalau jadi papa kedana sekalipun, kau masih boleh pegang tangan orang yang kau sayang dengan hati dan perasaan yang berdebar-debar dan ia mengalir ke tubuh kau perlahan-lahan dan kau akan rasa panas sahaja. Kau tahu yang cinta itu ada. Aku fikir aku cuma kedekut beri cinta aku pada orang lain. Aku masih lagi cemburu melihat ajune kadang-kadang spent time dengan boyfriend dia lebih lama dari aku. Aku rasa nak marah bila mummy cium-cium dan peluk baby (kucing aku). Aku akan tarik tangan abah kalau dia jalan berpegang dengan ajune. Selalunya aku akan mencelah juga. Nak ragut juga tangan abah. Aku menangis kaw-kaw kalau family aku semua ada hujung minggu atau pergi holiday tanpa aku, kalau aku kena out-station atau sebagainya. Aku kecil hati kalau boboy hantar sms pada ajune cakap i love u. Dia harus katakan pada aku juga.

Aku macam askar yang pergi berjuang. Mahu balik dengan kejayaan. Berdarah dan patah kaki sekalipun, aku pasti akan pulang. Dalam perjuangan cinta aku, aku tak akan menyerah kalah. Bila usia semakin dewasa, pepatah Tolstoy itu aku aplikasikan bila kena pada tempatnya, tetapi bukan dalam soal cinta.

Pada semua kekasih aku -

I'm a lover and a fighter.


Saturday, November 14, 2009

Sweet November

Katanya;
Saya sangat kenal siapa saya. Saya takut, satu hari nanti saya akan melukakan dan mengguris kamu.

Jawabnya;
Jangan kata begitu. Cherish every moment before its end. Jika satu hari nanti kamu meninggalkan saya, saya gembira dapat kenal kamu.

*************************************


Jika kamu dikelilingi oleh insan-insan yang masih selalu berada disamping kamu walaupun sedar atau tidak sedar kamu seringkali mengecewakan mereka. Bagaimana rasanya?

Thursday, November 12, 2009

Off to Cherating




2-3 menjak ni feeling saya melangit macam lompatan dalam gambar tu. Macam makan nasi dengan lauk sardin, telor dadar dan ikan masin. Simple-senang, tapi lazat dan menyelerakan.

Wednesday, November 11, 2009

The Great Coincidence

Macam lagu Kenny Ricky Martin. Suratan atau kebetulan. Terlalu banyak kebetulan dalam kisah ini. Seolah-olah macam mimpi. Macam tak logik. Sehingga berkali-kali kau memberitahu, ini semua kebetulan sayang. Kebetulan.

Tapi aku percaya ianya suratan. Yang digerakkan oleh tangan Tuhan.

Tak cukup hanya pelukan sayang.

We have to be grateful. :)


Sunday, November 8, 2009

Re-Stage

Lama sangat dah tak naik pentas. Lagi 2 minggu (20-23Nov) aku ber-stage dengan geng-geng grup Kirana untuk penilaian teater untuk Festival Kebangsaan tahun depan. Kali ni di Taman Budaya Pahang. Setiap negeri akan dinilai semula untuk melihat sejauh mana grup yang dipilih layak bertanding di peringkat Kebangsaan. Challenge paling besar ialah satu grup Kirana berlatih di Kuantan, manakala aku sorang-sorang ada kat sini. Dan masih belum bergabung-jalin lagi. Kadang-kadang aku minta Mummy untuk jadi sparing partner aku membaca skrip. Mummy pening layan kerenah aku yang minta dia baca dengan emosi. Konon-konon nak bagi aku act dan react dengan emosi sebenar. Aduh, sukar sekali! Sebelum pementasan dalam 5 hari aku ke Kuantan untuk sama-sama berkampung dengan team di sana. Kita berlatih olah suara kat Telok Cempedak nak director? hehe.

Kawan-kawan dan kekasih yang ada di Kuantan dan sekitarnya, sila la datang. F.O.C sahaja. Yang mahu datang dari KL pun di alu-alukan. Pastu kita minta director belanja makan ikan bakar eh.

p/s : Epul, pemilihan aku untuk penilaian ini satu risiko. Thanks kerana masih mempercayai aku. Kalau kita tak dapat masuk national challenge sekali pun, kita still boleh pegang tangan, sharing-sharing dan main kejar-kejar kat Cherating kan?




*Ini pementasan "Seseorang yang Terkenal" di Taman Budaya KL. Aku jadi banduan paling dibenci. Tapi paling gorgeous. :)

Thursday, November 5, 2009

Everybody's Changing

Ya, kami suka perkara yang sama
almost everything.

Penggila tegar Radiohead
Penggemar Natalie Portman
Pengagung Kubrick dan Woody Allen
Baladewa

Ya, kami juga benci perkara yang sama
almost everything

Awek dan balak yang budget hot
Mat rempit dan poser
Razak Mohideen dan cast yang overrated
Lagu-lagu budget rock tapi pop meleleh

Oh ya, ini kebetulan sama
Dua-dua pun pakai jam sebelah kanan
Dua-dua pun suka meggie perisa asam laksa

Kita masing-masing akan menjerit, "Kau tiru"
Bila berbual dan dapati ada banyak persamaan
Tak kira - Minat, pemikiran, citarasa dan rasa.

Tapi kan sayang,
Nanti-nanti, bila-bila, masa akan datang kita mungkin tidak akan sama lagi
Masa tu kau masih mahu kongsi meggie ditaburi cili api, sambil menonton Before Sunrise dengan aku lagi?

Mahu ke kau sayang?

Wednesday, November 4, 2009

If you want to, I am game.

Di hadapannya ada satu gunung yang tinggi.
Tingginya hampir mencecah mentari.
Kedengaran ada benda menawan di balik gunung.
Ada perkara misteri.
yang boleh buat dia menari.
yang boleh buat dia sukahati.
yang boleh juga buat dia berhenti.
yang boleh juga buat dia benci.
dia tak pasti.

Apa yang dia tahu.
Dia cuma mahu.

Cuba.


Monday, November 2, 2009

Truth, Goodness & Beauty

Kami sama-sama lapar. Tapi perbualan malam itu seolah menikmati hidangan Mc'd Double Cheese Burger saiz Large. Kenyang.

Dominasi perbualan tentunya aku. Lelaki kalau terlalu banyak bercakap sangat uncool. Oh, kemudian bila aku berkata - Hey, kenapa aku aje yang bercakap ni? Kau tiada perkara mahu dikongsi sama aku?

Dengan sengihan, dia kata - I'm a good listener!

Kami sama-sama ketawa. Lucu sebab spontan saja ayat itu keluar dari mulut.

Balas aku - Ok! Mengaku. Baguslah.

Berapa ramai orang yang mengaku dia good listener adalah good listener sejati?

Anyway, its ok sayang. Kau masih lagi buat hati aku berbunga.

Jom makan meggie perisa asam laksa dengan telur dan cili api.

I wait all day, just hoping for one more minute with you, and I don't even know you - City of Angel

Dia mengaku sebagai guardian angel. Yang menyembuhkan semua luka yang pernah tercalar. Tiup azimat ketika sakit. Beri tongkat bila buta.

Tapi dia sendiri yang cucuh luka. Tikam jiwa dan cucuk mata.

Oh lupa, mana ada angel. Devil ramai-lah.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...