Sunday, January 31, 2010

Jemputan


Ya! Ada 2 event besar kawan-kawan pada tarikh yang sama. Maskara di rumah pena dan Frinjan di Shah alam. Kepada sesiapa yang ada masa dan tidak ke 2 majlis tersebut, jemputlah datang. Sudah lama saya tak beraksi di padang tempat saya mula-mula dibogelkan sebagai pelakon. Bila hari-hari latihan, imaginasi saya berputar-putar sekitar memori bersama teman-temab Kelab Teater Rimba (KTR) yang bawa saya tahu dan kenal apa itu seni pentas. Perasaan itu bermacam-macam rasanya. Sesekali bila saya renung lantai panggung seni itu saya nampak saya yang bermeditasi, berolah tubuh, olah vokal, reading script, kena marah, kena pukul, makan nasi bungkus bersama, bergaduh mulut, dipakaikan costume, di make-upkan, diherdik kerana berlakon macam kayu, pelukan setiap kali tamat persembahan, nyanyian 'buih sabun' lagu tema KTR setiap kali selesai bulatan dan persaudaraan di mana-mana. Setiap kali itulah airmata saya bergenang.

Friday, January 29, 2010

Daddy Cool 29 January



Masa zaman belajar dulu, bila abah hantar aku depan fakulti dan cium tangan dan pipinya, kawan-kawan buat muka pelik dan tanya :

Wei, boyfreind kau ke tu?

Aku jawab : No...My sugar daddy!

Sampai sekarang pun orang masih tanya soalan sama pada Abah - apa rahsia awet muda? anak dah besar-besar. Abah selalu akan jawab - anugerah Tuhan dan senyum-senyumlah selalu.

Aku harap bila aku dah ada anak besar-besar nanti, aku masih boleh jawab soalan yang sama macam abah jawab.

Happy birthdy daddy. You mean everything to me. I love you.

Wednesday, January 27, 2010

Romeo & Juliet


Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan.

Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hitam dan mengerikan.

Sepahit apa sekalipun, aku mahu hirupnya sama kamu.

Kamu?

Monday, January 25, 2010

How do you know it's love if you've never been in love before? - LEON




Mathilda : Leon, I think I'm kinda falling in love with you.
[Leon chokes on his milk]

Mathilda : It's the first time for me, you know?

Léon : [wiping himself off] How do you know it's love if you've never been in love before?

Mathilda : 'Cause I feel it.

Léon : Where?

Mathilda : [stoking her stomach] In my stomach. It's all warm. I always had a knot there and now... it's gone.

Léon : Mathilda, I'm glad you don't have a stomach ache any more. I don't think it means anything.

Best sangat ke Adnan Sempit?

“Berdasarkan jumlah kutipan ketika ini serta jumlah penonton yang menyaksikannya, saya yakin Adnan sempit mampu mencatat kutipan sebanyak RM8 juta iaitu sekali ganda dari kutipan filem Remp-It.Seiring dengan itu, saya juga yakin filem ini mampu mengaut jumlah penonton sebanyak sejuta sebaik saja filem itu tamat tayangannya empat minggu lagi,”kata David penuh yakin. - DT

Rasanya tema rempit masih laku untuk beberapa tahun akan datang.

**Tunggu kat TV aje hari raya tahun ni.

Sunday, January 24, 2010

Cita-cita masa kecik




Pic a) With the director : Brother Min
Pic b) Cikgu-cikgi in action

TVC/PSA ini akan ditayangkan sebelum PM melancarkan satu event hujung bulan ini.

Friday, January 22, 2010

“Cinema is a matter of what's in the frame and what's out” - Martin Scorsese

Aku suka juga Ridhwan menggunakan Fadzleena (ya, pengarah wanita yang hip itu) sebagai watak. Secara tidak sengaja, Ridhwan sedang "cuba" membunuh seorang "pengarah" (membunuh dia, mendekonstruksi dirinya), menyatakan, hal ditengah-tengah sebelum "filem berakhir" dan "filem bermula" adalah tujuan pencarian diri sebenar pengarah (apakah membuat sesuatu filem itu baik/tidka baik?). Inilah "utopia" yang ingin Ridhwan cari, di sebalik tema "menghentikan". Ya, secara tidak sengaja, kau seperti mahukan cerita-cerita yang kau buat (khususnya Ridhwan) atau tonton untuk tidak berakhir (akhirnya, filem itu realiti? Ini satu polemik). - Fadz (pen-review filem yang benar-benar pen-review yang hip dan cute)

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...