Wednesday, June 30, 2010

Amazing Actress


"I have always wanted to act ever since I was a little girl. I would put a blanket under my shirt and pretend that I was pregnant. Then, I would go through childbirth."-Dakota Fanning

"I don't think I'm cool because I'm an actor." - Ellen Page

Tuesday, June 29, 2010

My Beautiful Cousin






Sepupu-sepupu,
ingat lagi waktu kita mandi telanjang di perigi
main kejar-kejar di pinggir kali
kena sebat dengan wan dan atuk sebab makan jambu curi
pakai baju sedondon di aidilfiri
berlagak jadi police dan pencuri
memaut lengan mak Ucu yang akan selalu melindungi

Sepupu-sepupu,
ingat lagi tentang geletek kita malam itu
tentang siapa yang datang period dulu
ukur buah dada siapa yang paling padu
berlagak tunjuk boyfriend masing-masing yang punya senyum paling madu
kongsi dan tukar-tukar fesyen baju
beritahu satu sama lain - "hey, kita semua ratu"

Sepupu-sepupu,
kita kadang-kadang rasa jauh sebab masa
kadang-kadang dekat tapi tak bersama
namun kasih antara kita tetap ada
kita masih sepupu yang serupa
dulu, sekarang sama saja
sampai bila-bila.

Monday, June 28, 2010

Andai dapat ku capai bulan mengambang penuh, kan ku hadiahkan di hari jadimu.

Semuanya metafora. Semuanya hiperbola.
Itukan cuma bait lirik lagunya Headwind - Kita Serupa.
Itu lagu, ini kita.
Jadi realistik sahaja.
ok sayang?

Madu


Lily Owens : If your favorite color is blue, why did you paint the house pink?

August Boatwright : [chuckles] That was May's doing. When we went to the paint shop, she latched on to a color called, "Caribbean Pink." She said it made her feel like dancing a Spanish Flamenco. I personally thought it was the tackiest color I had ever seen, but I figured if it could lift May's heart, it was good enough to live in.

Lily Owens : That was awfully nice of you.

August Boatwright : Well, I don't know. Some things in life, like the color of a house, don't really matter. But lifting someone's heart? Now, that matters.

Friday, June 25, 2010

Harap-harap Okay

Kita bertengkar soal yang remeh sahaja
kita bertelagah soal yang mudah sahaja

Tentang lambat membalas sms
tentang tidak kata i love you di hujung panggilan
tentang cara bercakap dah tak macam selalu

Kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
siapa yang lebih cinta siapa
siapa yang sudah mula berubah

Tiada apa-apa
kita sebenarnya ok-ok sahaja
cuma kita rindu sesama kita

Takpa, nanti kita jumpa.

Thursday, June 24, 2010

I have too many fantasies to be a housewife. I guess I am a fantasy- Marilyn Monroe



No laborer in the world is expected to work for room, board, and love - except the housewife-Letty Cottin Pogrebin


**TVC shoot for Skim Organik Malaysia

Wednesday, June 23, 2010

Pesan dari seberang


Dalam dunia Theater, kamu sudah banyak memerankan banyak wajah, kamu naungi ruang dan waktu untuk memahami wajah yg kamu perankan, cuma satu pesanku ;

jangan sampai kamu tidak mengenali lagi wajah aslimu...


**Kata-kata ini dari seorang rakan yang berada di Jakarta. David Saputra namanya. Atit panggilan mesranya. Kami bertemu 6-7 tahun yang lalu. Hanya sekali. Seterusnya hanya teknologi yang menghubungkan. Sama-sama cinta teater dan saling bertukar corak dan warna rupa atas pentas. Dan hingga kini sama-sama saling mengingatkan bila ada yang alpa dan lupa. Terima kasih selalu mengetuk kepala dan memegang kaki ku bila aku berlari tanpa peduli apa-apa. Moga kamu sejahtera sahaja Atit. Moga kita bisa bertemu lagi. Jaga diri.

Monday, June 21, 2010

Sister-sister



Masa kecik dulu;
Aku kendong adik aku ke hulu ke hilir walaupun kawan-kawan sibuk nak main police entry dan baling selipar. Kata mereka : Apa ni bawa adik! Tinggal ajelah adik tu kat rumah.

Kalau aku dah kahwin nanti, aku minta permission untuk bawa adik aku sekali tidur dengan aku bila-bila masa aku rindu mahu pillow talk dengan dia. Sebab adik aku semangat paling besar untuk aku.

Selamat ulang tahun little sister. Kamu hadiah paling cantik yang Tuhan beri.

Sunday, June 20, 2010

Dance with my father



Yang tak pernah tanya apa aku nak jadi nanti-nanti
cuma selalu minta jadi diri sendiri.

Happy fathers day Abah deary
Cinta kamu hari-hari.

Thursday, June 17, 2010

I was working the whole time - Jaden Smith



Jemputlah datang ke event ini. Tayangan filem percuma dari UITM yang dibawakan oleh Frinjan dan bertempat di solaris. Sebelum you alls semua nak pergi merempuh panggung menonton 2 alam dR Rozmy tu lebih baik datang ke sini. What? dR Rozmy? Alah, takkan tak terpengaruh langsung kot dengan propa2 yang di buat di media tu? I tengok poster dia pun I dah insaf tau. Confirm pengsan dan dipapah kerana terlalu luar biasa kan.



Ha, ni hero adik I cik ajune sekarang ni. Anak bujang Will Smith. Dia kata sanggup tunggu budak ni besar supaya boleh mengurat.

Football & Lover

Spain lawan Swiss malam tu.

Screen besar dah dimonopoli. Tapi ada 3 tv di kedai mamak popular di area itu. Jadinya kami duduk betul-betul depan satu tv yang disangkut pada dinding. Berdekatan dengan kaunter. Dekat juga dengan tempat lauk-lauk nasi kandar dan nasi lemak panas.

"Kita tengok half je ye sayang. Pastu kita balik."

Dia meletakkan tangannya di bahu ku. Mata di Tv.

Aku senyum. Mata ke tv. Cuba untuk fokus. Pandangan tiba-tiba kabur. Rumput hijau tu tiba-tiba bertukar jadi watak shrek. Kat situ juga ada fairy godmother, princess Fiona, Lord Farquaad, Donkey, King Artie dan puss in boot. Oh, episod final shrek aku tak sempat lagi tonton dan sudah pun habis tayangannya.

"Sorry sayang. I can't. I dah try."

Perlawanan masih lagi 0-0.

Dia tunduk. Mata sekejap di tv. Sekejap ke aku. Dari bahu, tangannya diturunkan mencari jari-jari aku.

"Jap sayang. Sikit lagi."

Aku dah tak cuba pandang tv. Di depan aku ada menu yang pelbagai lalu-lalang di bawa oleh mapley. Nasi paprik, tom yam, kuew tiow kung fu, mee goreng, meggie goreng, satey, nan cheese. Teh tarik, teh o panas, air kosong, kopi, nescafe, milo ais, jus oren, tembikai, kopi janda, tongkat ali. Berasap-asap. Panas-sejuk.

Di depan aku juga;

Ada baby yang sedang tidur dalam pangkuan ibu yang sedang rakus makan roti canai.
Ada budak lelaki yang memanjat meja makan.
Ada kanak-kanak perempuan yang menangis sebab adik kecilnya dapat duduk guna baby high chair sedangkan dia terpaksa duduk atas kerusi plastik yang diletakkan bertingkat.
Ada lelaki yang menjerit-jerit marah kerana menunya lambat sampai.
Ada sekumpulan budak-budak lelaki yang lukis bendera spain di pipi kiri dan kanan.
Ada pasangan bercinta yang main suap-suap hidangan.
Ada mamat berbasikal yang tak sempat nak duduk masih berhelmet dan sarung safety glove, terus berdiri mengadap tv.
Ada makcik yang jual kerepek dari meja ke meja.
Ada geng-geng masih ber-tie sedang buat pyramid MLM.

"Jom sayang."

Aku tengok tv. Perlawanan masih 0-0.

"Eh kan tak habis lagi ni. Kang menyesal pula tak tengok sampai habis."

Dia terus ke kaunter. Bayar.

Sampai kereta, aku tanya dia lagi. Tak puas hati.

"Sure ke tak nak tengok sampai habis ni? Jangan salahkan I kalau spain menang nanti tapi you tak dapat tengok."

Dia buka pintu kereta. Kami masuk sama-sama.

"I sayang you lebih besar dari Spain tu lah!"

Aku ketawa mengada. Dalam hati 'alhamdulilah' untuk dua perkara : kerana tak teruskan menonton sampai aku lebam dan yang kedua sebab dia kata dia sayang aku lebih besar dari Spain. Masa ni madah 'actions speaks louder than words' dah tak penting. Pergi mampus.

Spain kalah. Aku menang.

Wednesday, June 16, 2010

Cuba keringkan hati aku yang pernah basah

Menurut Kartika, saat dia bertemu dengan lelaki itu banjir baru sahaja menenggelamkan hatinya. Bah itu merosakkan seluruh tanaman dan bunga-bunga yang pernah berkembang. Punah-musnah. Saat mata mereka bertemu, ada lagi serpihan pasir-pasir yang berselerakkan. Ternyata banjir itu memberikan kesan yang sungguh tragis pada Kartika.

Mereka cuba bersama. Bergabung tenaga. Membersihkan sisa-sisa air kotor yang memedihkan. Mencuci jiwa. Mengharapkan musim bunga tumbuh dan mewangi. Membisikkan ke telinga Kartika bahawa cinta tidak pernah bersalah, dan jangan hukumi cinta. Meniupkan ke kalbunya bahawa - kita selalu punya satu sama lain.

Ternyata banjir menjadi satu fenomena yang kekal menjadi mozek hidup. Lelaki itu tidak mampu membersihkan banjir yang pernah melimpahi dada wanita yang dicintai itu. Walau 1001 baldi pun digunakan, penyedut air berteknologi tinggi sekalipun, ia masih gagal. Kerana usaha paling utama yang sepatutnya dibuat untuk membuang banjir itu bukan membersihkan banjir itu. Banjir tetap pernah berlaku dalam hidup Kartika. Masakan ia mudah dibuang begitu saja. Lelaki itu letih.

Kartika melangkah lagi. Dan masih lagi mencari lelaki yang mampu berjuang bersama untuk membuang banjir yang pernah meneggelamkannya. Setiap kali itu juga, hatinya basah.

Tuesday, June 15, 2010

Reality Bites



Charlane McGregor : Why don't you get a job at the Burgerrama? They'll hire you! My Lord, I saw on the TV, they had this little retarded boy working the register.

Lelaina : Because I'm not retarded, Mom. I was the Valedictorian of my University!

Wes McGregor : Well you dont have to put that on your application.

**Wajib tonton untuk semua yang terlalu gembira dan tak sabar-sabar menyarung jubah dan topi graduasi dan mahu mem-framekan gambar sebesar-besar almari untuk di letakkan di ruang tamu rumah family. Segulung ijazah bukan bererti punya masa depan yang gemilang. Realiti ada di depan. Dan mungkin menyakitkan.

Monday, June 14, 2010

Letih jadi berani

Papa kata,
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik
tapi kenapa adik punya terbalik?
adik tak pernah dapat yang baik-baik
semuanya hanya mahu duit adik
sedangkan adik selalu beri yang terbaik

Papa kata,
buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali
tapi kenapa adik selalu dibuli?
lelaki anggap adik macam guli
lempar dan baling sesuka hati
kalau pecah cari ganti

Papa kata,
hidup macam putaran roda - kejap di atas kejap di bawah
tapi kenapa adik selalu di bawah?
walaupun sabar dan gagah
walaupun selalu beralah
tapi tetap selalu kalah

Papa kata,
jangan jadi penakut sayang! Hidup memang begini.

Terima kasih papa sayang! Tapi adik dah letih jadi berani.

Selamat Mengembara

Semasa entry ini di tulis dua rakan saya mr. vovin dan mr. zulhabri akan terbang ke Indonesia mengembara. Semoga mereka ketemu apa yang mereka cari dan kembali dengan tenang sekali. Harapnya mereka tak lupa update perjalanan mereka nanti through apa-apa medium sekalipun. Selamat semuanya.




Some people feel like they don't deserve love. They walk away quietly into empty spaces, trying to close the gaps of the past - Christopher McCandless

Friday, June 11, 2010

Jargon




Kita menuju keabadian yang indah
ianya ada di penghujung itu.

Kekal yang bergetar di kaki langit dan bukit dan laut, hanya dua : dusta dan doa. - Shafiq Halim


**Semua org nak buat zine sekarang ni. Tapi ini dah jadi zine-buku. Dan ini zine yang paling worth it di miliki. Serius. Kalau nak beli datang annexe hujung minggu ni. Tak banyak copy, ada 100 aje.

Piala Dunia

Untuk tengok makwe-makwe jadi hipokrit gila babi.

Inilah masanya.



**Sorry kekasih, I tak sanggup pakai jersey dan search internet hari-hari untuk hafal semua nama pemain bola supaya tak nampak bodoh bila berbual dgn crowd minat bola atau jadi batu bila you bawa I ke kedai mamak menonton di screen gergasi. I pun tak sanggup nak berlakon buat-buat gembira dan menjerit-jerit ole-ole untuk cheers teh tarik dengan U bila pasukan kegemaran you menjaringkan gol.

Pergilah have fun! Tapi janganlah sampai tak sms I.

Thursday, June 10, 2010

Bidadari Tuhan



Dia pernah jadi bayi perempuan
yang tidur dalam buaian
dan di dodoi dengan senyuman
sang bonda yang rupawan

Dia pernah jadi kanak-kanak perempuan
yang comel macam bulan
begitu mudah berkawn
dan di sayangi jiran-jiran

Dia pernah jadi remaja sunti
yang sexy dan diminati
tidak mudah menyerah diri
dan percaya hidup untuk orang yang berani

Dia pernah jadi wanita
yang kuat bekerja
tidak pernah putus asa
dan tak sesekali lupa pada keluarga

Dia pernah jadi isteri
yang akan sentiasa memaafi
dan selalu mencintai
yang berusaha setiap hari menjadi mithali

Dia pernah jadi ibu
yang selalu mengerti dan tahu
setiap perubahan dan tingkahlaku
di jiwa anak-anak dialah ratu

Dia derita
tapi bahagia

dia sengsara
tapi gembira

dia kecewa
tapi ketawa


Dia hanya tahu beri cinta
dia tidak perlu tahu adakah mereka akan menyambutnya

Dia hanya tahu beri cahaya
walaupun balasannya dia tidak tahu sebesar mana

Dia hanya tahu beri bahagia
sedangkan derita selalu menyimbah atas kepala

Dia perempuan yang tahu
dilahirkan di dunia untuk membantu
meniupkan cinta dalam kalbu
dan menjadikan hidup penuh warna dan berlagu

** Puisi ini untuk semua perempuan-perempuan yang pernah bertahta dalam hati saya. Ibunda, adik perempuan, nenda, mak sedara, sepupu-sepupu, kawan-kawan, kawan atas kawan, dan untuk semua perempuan-perempuan yang ada di seluruh pelosok dunia. Adanya mereka di dunia ini adalah umpama Bidadari Tuhan.

Wednesday, June 9, 2010

Buku-buku Indie





Inilah peluang membeli buku-buku, jurnal dan artikel versi underground yang rare. Hari sabtu saya terlibat sebagai emcee untuk launching buku Jayzuan. Ahad pula saya mahu ke perasmian Buku 'Sembang Kencang' sambil menonton Primary. Marilah semua-semua orang.

Tuesday, June 8, 2010

Polka-dot

Dia gadis polka dot yang sejati
setia dengan corak itu ke sana ke mari
bangga bila ramai yang puji
sampai dalam tidur pun senyum lagi

Gadis polka dot gemar menari
tak kira hujan atau terik mentari
tak kisah di situ di sana di sini
yang penting ada yang memerhati

Gadis polka dot tak boleh sendiri
apatah lagi di hina caci
mahu diri di peluk di sayangi
dan jerit padanya 'kau perempuan sakti'

Gadis polka dot menangis di satu hari
kerana di tegur kekasih hati
janganlah selalu sombong diri
hidup pinjaman bukan milik abadi

Gadis polka dot sedih sekali
terasa diri di hempap bumi
di buangnya skirt polka dot dalam perigi
tiada lagi liuk tubuhnya menari-nari

Dia gadis polka dot yang sejati
sudah berhenti dan tidak berani.

Monday, June 7, 2010

Tipu-tipuan

Tipulah kalau kau benci aku gila babi
sedangkan kau stalk blog dan facebook aku setiap hari

Tipulah kalau kau benci aku sangat-sangat
sedangkan kau mahu tahu apa yang aku buat setiap saat

Tipulah kalau kau benci aku dalam-dalam
kalau masih mengharap balasan sms aku dalam diam

Tipulah kalau kau benci aku
kalau masih berpaling bila ada yang sebut nama aku
kalau masih tengok orang lain dan nampak aku
kalau masih tutup telinga dan dengar suara aku

dan harap boleh rangkul tangan aku dan bisik aku masih mahu kamu.

Kau benci aku?

Tipulah!

Sunday, June 6, 2010

Ibunda





Masa di Putrajaya, masa event berlangsung - hampir semua performer memulakan persembahan dengan menyatakan rasa besar hati mereka melihat Mummy saya ada sama-sama di majlis yang rata-ratanya dipenuhi warga belia. Sambutan Hari belialah katakan. Ada performer namanya Iqbal M (dia sangat hebat ok) yang datang meminta Mummy saya pegangkan instument untuk dimainkan semasa persembahannya. Masa dalam kereta nak balik, beberapa kali Mummy saya kata : Mak berdebar-debar masa dia datang dekat. Takut. Tapi dia bagus ye!

Masa saya tengah baring-baring nak tidur, dia buka pintu dan tiba-tiba cakap : Lain kali bawa Mak lagi ye. Mak suka.

Saturday, June 5, 2010

Misteri


- gambar oleh Cik Rini.

Satu lagi yang menarik dalam teks Pra-perkahwinan adalah watak-watak yang dicipta. watak-watak ini telah menolak hal-hal biasa dalam masyarakat kini. kita telah terbiasa dengan wanita yang begitu 'merancang' hari perkahwinannya. tetapi dalam teks ini, sebaliknya berlaku. lelaki yang dilihat lebih 'merancang' dalam hal-hal perkahwinan ini. pemikiran dan psikologi watak ini juga jelas terpancar bahawa wanita tersebut bukan tipikal wanita yang hidup mengikut kebiasaan. di sini juga adalah jelas dilihat tema feminisme-nya.

Tema kemerdekaan yang dikaitkan juga tidak begitu rigid dan retorik kepada kemerdekaan 31 Ogos sahaja. Fazleena telah mengupas satu terma baru kemerdekaan dengan interpretasinya tersendiri. Merdeka bukan sahaja merdeka dari dijajah (yang selalu kita dengar bila menjelang 31 Ogos) tetapi merdeka/bebas untuk menentukan haluan sendiri. merdeka dari kepimpinan sebelumnya (ibubapa) untuk kepentingan generasi kini (pasangan kekasih lelaki-wanita). metafora ini, jika dikupas dengan lebih baik, pastinya akan lebih meriah kerana kita sebenarnya tidak akan langsung merdeka kerana sering dijajah dari generasi ke generasi - walaupun bukan dari penjajahan bangsa asing.

## Review ini datangnya dari seorang jejaka misteri yang tidak mahu namanya di'upkan. Terima kasih. Siapa pun anda, kamu telah buat saya semakin galak dan menggeletis untuk terus berkarya. Terima kasih.

Thursday, June 3, 2010

Sayang Frinjan, Sayang Chendana






Dekat Frinjan kali ini, ada band yang selalu kata depa band yang berprofil tinggi, tak mahu tempel di majalah tempatan dan sangat berlagak iaitu Primary. Tapi macam mana pun, ia tetap band kesayangan saya. :)Ini pertama kali mereka beraksi di pekan frinjan setelah menolak banyak undangan berpentas di seluruh Malaysia. Kan dah kata, berlagak. Jadi, nak tengok diorang secara live, sebab tak tau bila lagi diorang nak tunjuk muka kat peminat secara dekat, marilah datang beramai-ramai.

Selain itu di Frinjan juga ada Nazri aka Vovin iaitu penulis Karipap-karipap Cinta yang bukunya sedang meletop-letop di seluruh book store malaysia. Mungkin tak lama lagi masuk Indonesia pulak. Karipap-karipap cinta akan di bikin Filem. Saya antara shortlisted watak untuk filem tu. (confident, walaupun belum casting). Vovin akan baca sajak dengan gaya kaki kucing terbangnya. Jadi mehlah datang berjumpa vovin secara dekat sebelum dia famouse dan tak moh layan peminat lagi.

Di Frinjan juga akan ada Mohd Jayzuan (MJ) yang akan ada di satu meja khas untuk orang ramai membeli buku terbaru dan pertama yang berjudul 28 hari Jurnal Rock n Roll. Buku Jay baru keluar 2,3 hari tapi sambutannya amat menggalakkan. Buku ini akan membuatkan kita semua mahu keluar dari kepompong hidup yang biasa-biasa dan boring. Explore life baby. Explore life. Kalaulah kita terinspirasi oleh banyak buku-buku tentang pengembaraan, tetapi buku ini lebih dari itu. Dalam pengembaraan MJ, dia beritahu kita, jangan sombong diri, jadilah benar-benar manusia dan buat baik sahaja dengan orang. Dan hidup akan lebih bermakna. I dah ada buku ni, u alls bila pula??

Wednesday, June 2, 2010

Tepung Tawar

Alhamdulilah, selesai sudah pementasan Pra-Perkahwinan di DBP. Banyak juga feed-back yang aku dapat dari kawan-kawan dan orang ramai yang menontonnya tempohari. Aku kira itu satu perkara yang sangat baik untuk Mana Theatre bergerak terus ke hadapan. Ambil kritikan jadi panduan. Supaya terus evolve. Terus improve.

Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja Mana Theatre :

Ahmad Azrai - selalu mahu dengar idea dan cerita-cerita i, kemudian menolak ke depan untuk dimakbulkan. Tak kira dalam medium apa sekalipun. Thanks babe!

Iswazir Ismail - I tahu you akan jadi pelakon yg hebat satu hari nanti. Jangan pernah berhenti.

Ajune - U know how much i need you.

Aboy - Thanks sebab selalu sanggup dengar leteran angah serta tolong dan jaga Ajune dengan baik.

Bye - U my angel. Yang ada dalam setiap senyum duka saya. Jari awak selalu buat i nampak gorgeous. Love u.

Non - Thanks for the poster.

Syali - Saya harap semangat awak dlm berjuang untuk seni selalu jadi api untuk bakar jiwa saya. Terus marak. Terus marak. (what i told u about the rebab that day, mmg honest)

Amar Amir - Merci mon amour

Dan semua teman-teman dan kekasih yang datang menonton dan ucap 'break a leg'. U guys are my inspiration.


The Lovers

The show


The banner

The Rehersal



Dua orang yang saling cinta.
Dua orang yang mahu hidup bersama.

Tetapi masih memilih untuk buang masa.

Mengapa?

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...