Sunday, March 27, 2011

Kadang-kadang kita harus berhenti, dan beri peluang pada priority



Sepanjang perjalanan 5 jam aku tidur beria-ia macam Shusi (kucing aku) bila dah kenyang dapat makan ikan rebus, Mummy buat. Ada 3 kali aku bangun sebab nak terkucil. Sisa period pain hari pertama dibawa ke hari aku travel ke Pulau Linting. Biasa aku kalau period pain mesti cukup 2 hari. Itulah, Tuhan memang nak uji. Setiap kali aku period pain, mesti waktu berdepan dengan perkara-perkara besar. Contohnya bulan lepas, aku kena attacked waktu buat Teater Merocok-rocok. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi seperti juga hidup susah atau sakit sekalipun, the show must go on.

Kami harus menaiki bot untuk ke Pulau Linting yang didiami lebih kurang 400 orang penduduk yang rata-ratanya ada talian persaudaraan. Kami pergi berempat. Director, producer dan co-producer. Aku merangkap Assistant Director. Sepatutnya Ajune pergi sekali, dia bertindak sebagai Production Manager. Sebab Ajune pun sedang travel untuk job dia sekarang ni, aku yang menjalankan kerja-kerja Ajune untuk hari tu. Mengambil nama-nama penduduk kampong dan orang yang terlibat, melihat-lihat kemudahan yang disediakan dan mencari accommodation untuk stay waktu shoot nanti. Rasanya inilah antara opportunity yang besar aku dapat tahun ini. Thanks to my team yang beri peluang. Yeah, documentary ini akan ditayangkan di Discovery Channel.

Docu ini melihat bagaimana kerisauan masyarakat Pulau Linting terhadap permainan rakyat iaitu Jong. Ia merupakan satu permainan sukan air dengan membuat sendiri kapal atau perahu layar yang dinamakan jong dan dimainkan secara individu atau beramai-ramai. Tanpa menggunakan mesin atau remote control, Jong boleh pergi lebih laju dari yang kita sangkakan bila melihat dan memegang sendiri Jong yang siap sedia dibuat.

Ini video yang aku buat menggunakan movie maker. Shoot guna camera digital aje. Kami sampai untuk minum sebelum ke pulau, ternampak ada seekor burung tiung mati terpenyek di enjin kereta sebelah plat kereta. Pakcik yang buat teh kat kami terus bersihkan burung tu, tanam dan ambil no plat kereta kami. Nak beli nombor ni. Ada untung. Haha. So cute pakcik tu! Budak-budak kecil kat Pulau Linting takut dengan orang baru yang mereka jumpa. Mereka jarang keluar. Tapi ada seorang budak kecil perempuan yang aku suka sangat. Tapi bila panggil dekat, dia lari. Aishah namanya. Masa kami pergi ke jeti Pulau Linting yang sangat cantik, macam boleh shoot iklan, satu team usik nak tinggalkan aku kat pulau tu. Dan co-producer aku petik “nanti boleh buat filem tajuknya Airmata Gadis di Linting.” Heh. Sebelum pulang, kami makan di Desaru selepas cari beberapa penginapan untuk crews dan team bila nak shoot nanti. Tempat yang kami makan tu tempat orang naik bot untuk tengok kunang-kunang waktu malam. Masa makan, aku nampak seekor kera cute yang dijaga macam anak angkat pada tuan kedai tu. Diberikan makan dengan suap, susu dibotolkan, disikatkan rambut, pakaikan bedak dan di beri pakai pampers.

Dan aku pulang seperti mana aku pergi. Tidur macam kucing dapat ikan rebus.

Monday, March 21, 2011

Sejuta Impian

Masa tu hujan lebat. Jalan jammed tak hingat. Boyfriend lambat. Jadi on the way ke TV3, aku buat muka ketat. Turun dari kereta, sebab marah yang belum reda aku redah hujan yang sedang menggila. Boyfriend kelam-kabut, cepat-cepat ambil scarf dan tutup kepala girlfriend dia yang emo. Betullah marah ni emosi yang paling jahat dalam banyak-banyak emosi. Dengan langkah laju, dengan perasaan tak puas hati, dengan tinggalkan boyfriend yang baik hati di belakang, borang pun tiba-tiba tergelincir dari tangan dan jatuh. Lantai yang aku pijak waktu tu pulak basah. Aku jerit. Sedikit carut. Meroyan yang baru fasa 1. Borang tu lekas-lekas boyfriend ambil, angkat tshirt-nya dan letak atas badan. Teknik pemindahan haba barangkali. Dia pujuk, pegang bahu dan borang envelope masih ada di sebalik tshirtnya. Ok. Marah sedikit turun 10%. A'ah. Boyfriend aku memang baik.

Sampai depan post guard, kami tak dibenarkan naik. Waktu kerja dah habis, orang kat atas pun dah balik semuanya. Aku memang ada perangai kena benda yang aku hantar sampai tepat pada orangnya. Sebab tu kalau sekitar KL atau Selangor, aku mesti hantar by hand. Jadi alang-alang sampai aku nak tahu benda yang aku buat tu worth it dan sampai dalam keadaan yang selamat. Boyfriend bercakap-cakap dengan seorang pak guard ni. Dia cakap, lebih baik letak aje kat sini, nanti hari Isnin ada orang yang akan bawa naik ke atas. Disebabkan hari aku agak kacau hari tu. Aku tanya berkali-kali. Selamat ke letak sini? Siapa yang akan ambil borang-borang ni nanti? Aku rasa aku ada hak nak tahu semua tu. Tiba-tiba ada seorang pak guard ni berpusing, dan pandang kami dengan sinis dan cakap : Awak sibuk-sibuk sangat ni, awak rasa awak boleh dapat ke duit tu? Awak boleh menang ke? Aku jawab serta-merta, ni bukan pasal boleh menang ke tak pokcik! Amar dah tarik aku ke tepi. Tak nak bagi girlfriend dia kurang ajar. Pakcik bengong tu pusing balik buat kerja dia dengan muka selamba lepas bagi aku sedas tadi. Brother yang bernegosiasi dengan kami awal-awal tu cakap molek-molek akan hantar borang kami dengan selamat dan akhirnya kami pasrah dan tinggal aje di post guard tu. Ada juga terdetik kat hati, kalau pakcik tu dengki sebab aku jerit atas muka dia tadi, mungkin dia akan buang borang aku. heh.

There you go, kisah pak guard poyo yang takkan pernah berhenti. Aku pernah jumpa seorang pak guard yang baik hati, lepak hisap rokok dan borak cerita pasal zaman hippies. The best pak guard ever.

p/s : aku harap aku dapat dana sejuta impian tu.

Saturday, March 19, 2011

Satu hari nanti

Satu hari nanti dia berharap saya boleh sembuhkan luka dia
satu hari nanti dia berharap saya boleh selamatkan dia dari dunia
satu hari nanti dia berharap saya boleh buat dia bahagia
satu hari nanti dia berharap saya boleh menari bersamanya
satu hari nanti dia berharap saya boleh cipta gembira yang tidak terhingga
satu hari nanti dia berharap saya boleh usap airmatanya
satu hari nanti dia berharap saya boleh pecahkan deritanya
satu hari nanti dia berharap saya boleh dapatkan semula jiwanya
satu hari nanti dia berharap saya boleh merasa apa yang dia rasa
satu hari nanti dia berharap saya boleh memahami ceritanya
satu hari nanti dia berharap saya boleh bawa dia terbang ke persada raya
satu hari nanti dia berharap saya boleh pikul segala bebannya
satu hari nanti dia berharap saya boleh mengerti mengapa, kenapa, apa

*************************************************

satu hari nanti saya takut dia kecewa
sebab saya tak mampu berbuat apa-apa.

Thursday, March 17, 2011

Rekwim Untuk Aisya Sofia





Product : Short film (below 5 min)
Date : 13 Mac 2011
Venue : Taman Tasik Kelana Jaya
Director : Farhana Bentaleb
Script : Sufian Abas
D.O.P : Sufian Abas
Manager Artist : Amar Amir
Cast : Fazleena H & Rayza M.
Videographer : Nik Adam Ahmad

Photos by Nik Adam Ahmad

Wednesday, March 16, 2011

Super Busy

Sibuk ajar saya manage masa dengan baik.
Sibuk ajar saya menghargai setiap satu saat yang berlalu.
Sibuk ajar saya betapa susahnya cari duit.
Sibuk ajar saya mengawal emosi dan otak.
Sibuk ajar saya membuat pilihan yang bijak.
Sibuk ajar saya berusaha membuat semua perkara sebaik mungkin.
Sibuk ajar saya jadi tahu apa/dimana ability dan aset diri.
Sibuk ajar saya menjadi lebih fun daripada tertekan.
Sibuk ajar saya menentukan priority.

Ya, saya sesungguhnya sangat sibuk. Tapi saya Okay!

Tuesday, March 8, 2011

Hanya di Radio Online




Inilah kerja yang konon-konon surprise aku cerita awal tahun hari tu. Yang tak boleh beritahu lagi tu. Bukan apa, takut tak jadi. Buat malu je. So, bila dah confirm dah betul-betul set up dan ada official launch barulah boleh share. Aku kini menjadi salah seorang DJ di Durianfm.com iaitu sebuah radio online. Semalam satu pengalaman baru bagi aku. Berada di conti, belajar edit suara sendiri, pilih lagu dan buat seisi rakaman memang satu pengalaman yang superb. Terima kasih producer aku Mr Bonai sebab berjaya mengajar aku set up program sendiri. Maaflah saya ni lembab sikit. Semalam juga sudah berjaya record untuk dua segmen sekaligus. Oh ya, aku kendalikan 3 slot untuk radio ini iaitu Polaroid, Cup ABC dan The Ugly Truth.

Segmen polaroid adalah tempat untuk penggiat seni Indie berkongsi apa sahaja yang berlaku di persekitaran mereka juga mengenai event-event seni yang berlangsung. Ini sebagai tempat promosi dan peluang untuk mereka beritahu karya mereka pada khalayak luar. Bagi Cup ABC, aku mengupas isu-isu wanita yang berlegar di sekitarnya. Ini lebih intimate aku kira. Ada banyak perkara yang boleh dibualkan dan dikongsi tentang wanita. Aku harap ia lebih berani dan terbuka. The ugly truth pula aku bergandingan dengan rakan dj Bonai yang akan mengupas isu tentang gender : Lelaki dan wanita. Ini bukanlah tempat berperang seperti debat mempertahankan jantina mana lebih best dalam rancangan Tanya Linda Onn dulu, ini cuma satu ruang untuk diskusi dan bersikap sungguh balance. I hope so. :)

Alhamdulilah, aku dah interview Nazri M. Annuar @ Vovin, penulis hot dan sexy Karipap2 Cinta untuk slot Polaroid dan akan disiarkan 8 malam rabu 9hb. Ya, Vovin akan bercerita mengenai penglibatan dalam dunia seni, karya dan projek-projek akan datang beliau. Dan sudah pun berduet dengan Bonai untuk Ugly Truth bercerita soal Driving dikalangan wanita dan lelaki. Untuk Cup ABC, aku akan kupas isu wanita dan education. Dengan tajuk Muda dan Bijak. Tentang wanita2 yang belajar sampai peringkat tinggi dalam usia masih muda tidak sampai umur 30 lagi. Aku akan panggil tetamu untuk segmen ini. Tetamu itu dirahsiakan untuk saat ini dan jika mahu dengar boleh lah masuk website durianfm dan dengar sendiri siapa tetamu rahsia itu. Cup ABC boleh didengari hari jumaat ni jam 8pm.

Kawan-kawan, yang mahu dan sudi di temuramah aku untuk segmen-segmen ini bolehlah hubungi aku. Jangan segan-segan ok. Kepada penggiat seni indie tu amatlah aku galakkan. Insyaallah ia boleh jadi satu platform. Siapa-siapa boleh bagi idea topik untuk diperbincangkan pun bagus. Sangat di alu-alukan. Boleh email di : Fazleenz@gmail.com

Radio ni punya mission yang besar. Harapnya satu hari nanti, kita semua boleh dengar durianfm dalam radio masa bawa kereta. :)

p/s : Geli juga dengar suara sendiri dalam radio.

Thursday, March 3, 2011

Curtain Call












A good show is one that you continue to talk about even after its over. Merocok-rocok is one of those good shows - Magdalene Louise Fletcher

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...