Wednesday, April 27, 2011

First Telemovie







Bulan 9 keluar di Astro Ria, Insyaallah. Terima kasih kepada Ajin @ Rozinor Razali kerana telah men-introduce-kan I pada producer dan director-nya. Pengalaman yang menarik.

Thursday, April 21, 2011

Gembira



Masa kami shoot ni, aku tak cukup tido malam sebelumnya. Jam 10 pagi dah kena ada kat lokasi. Harus habis 10 scene untuk wrap filem Kontradiksi yang dah hampir 2 minggu kami semua kerjakan. Sambil-sambil berlakon untuk Kontradiksi, aku sibuk arrange produksi Syahrul Fitri (pensyarah UITM) untuk short film dia yang akan start shoot 7-11 May. Aku jadi production manager. Selain tu, organized dinner show untuk Pesta Buku 25hb nanti. 2 video education untuk secondary school yang in progress. Dan baru sahaja settle Sejuta Impian. Recording sejuta impian hari tu berlangsung dengan superb. Nanti hari on air kat TV, aku war-warkan. :)

Tapi dengan banyak-banyak kerja dalam otak, dengan masa yang padat untuk organized everything, inilah antara masa paling fun. Aku gelak tak berhenti. Beria-ia plan shot untuk music video hindi ni. Penat semua terbang. Terima kasih Vovin yang selalu senyum, relaks dan cool aje sepanjang shooting berlangsung walaupun banyak dugaan yang datang. Idea gile ni pun dia yang realisasikan.

Sesibuk mana pun kita, jangan lupa untuk bergembira.

Wednesday, April 20, 2011

Impian






Bila tengok semula gambar-gambar ini, aku masih tak percaya aku boleh berdiri depan orang ramai, pitching depan panel, kiri kanan ada camera dan dibuat untuk tv recording. Teringat susuk kecil 20 tahun yang lalu, aku jenis budak yang tak percaya pada diri sendiri, sangat kurang keyakinan diri, jumpa orang pun takut, nak buka mulut pun berat, tak lawa, kulit gelap, gigi berterabur, tak pandai macam orang lain, jenis otak slow, belajar teruk, kawan-kawan tak ramai dan hidup dalam dunia aku cipta sendiri dengan penuh membosankan.

Punya impian besar dapat mengubah banyak perkara. Banyak benda.

Teruslah bermimpi.

Friday, April 15, 2011

Sejuta Impian III



Video ini aku buat sempena pitching kali kedua di TV3 selepas video promo untuk Sejuta Impian telah menarik hati panel TV3. Sebelum ini promo video Sufian Abas yang buatkan. Ramai yang suka video tu sebab mood dia memang ala-ala pop art. TV3 very impressed. Tapi Sufian Abas sedang busy shooting untuk Filem Indie Kontradiksi arahan Vovin dan Aloy Paradoks. Jadi aku tak mahu mengganggu dia, biar dia fokus menjadi DOP. Sebab aku pun mahu melihat kejayaan filem Kontradiksi berjalan dengan baik. Sebab aku pun terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam filem itu. Tentang Kontradiksi nanti aku cerita lain kali. Kita sama-sama doakan filem itu berjalan seperti yang dirancang. Insyaallah.

Jadi selepas diberitahu yang aku harus buat second pitching di TV3 dengan masa tak sampai 5 hari, aku terus dapatkan adik aku Epul yang selalu tolong aku menjadi DOP dan editor. Nasib baik dia pun tak berapa nak busy. Aku pinjam camera abah dan ajak Faliq (kawan ajun) untuk tolong jaga audio. Alhamdulilah, mereka dua orang ni selalu susah nak tolak permintaan aku. Kami pun shoot sedikit sedutan ketika penggambaran filem Kontradiksi di set mereka di wangsa Maju. Kebetulan aku pun ada scene hari tu. Aku pun bergegas jumpa abang Ryo yang akan selalu ada untuk brainstrom tentang creative dan konsep keseluruhan. Aku duduk dengan dia untuk bincang treatment dan dia janji akan buatkan logo untuk program tu nanti. Bertuah betul rasanya. Ada orang yang berada di sekeliling untuk tolong. Dan inilah orang-orang yang akan menjadi tulang belakang jika impian ini berjaya direalisasikan nanti. Sehari sebelum pitching kami siapkan editing dan abah tolong aku kemaskan slide presentation untuk dibawa ke TV3 beberapa jam sebelum ke sana. Kekasih ada kerja di Litar Sepang, dan aku ditemani angle-ku Cik Byezura ke sesi pitching itu. Semua orite. Geng-geng TV3 siap kata : Nampak awak betul-betul nak ni! Mestilah. Aku sebenarnya pernah pitching idea ni 2 tahun lepas kat RTM, tapi tak dilayan. heh. Kali ni aku harap ianya betul-betul jadi kenyataan.

Hujung minggu ni, ahad 17hb (ahad) aku kena present video dan proposal depan panel-panel berwajib salah seorangnya Norman KRU. Aku kena datang dengan team. Kawan-kawan yang ada area Shah Alam, bolehlah datang Studio NTV7, Glenmarie jam 12tengahari untuk memberikan sokongan. Ini untuk tv recording. Tanda sokongan dari anda semua sangatlah dihargai. Seperti kata Zulhabri :- You la satu-satunya wakil perjuangan kita di Sejuta Impian Faz. :)

Monday, April 4, 2011

Sejuta Impian II



Terima panggilan dari TV3 masa aku nak isi minyak kat Petronas rumah aku semalam untuk ke terminal Pekeliling jemput boyfie. Aku duk dalam kereta sampai 3,4 kereta beratur kat belakang sebab masa penerbit tu call, aku baru masuk petak nak isi minyak. Dekat 15 minit juga on phone. Tapi takde seorang pun yang hon kat belakang atau pergi ketuk tingkap kereta aku. Aku sengih-sengih, sengih-sengih, sengih-sengih sampai kat Sg. Besi tak sedar lampu tak on. Astagfirullahalazim. Aku cepat-cepat on lampu kereta. Tapi tak seorang pun yang hon-hon.

Mungkin semua orang pun tumpang gembira.

Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan. Semoga kalian semua senantiasa diberkati.

p/s : Penerbit tu kata masa nak end up conversation hari tu; kalau awak dapat atau tak dapat untuk second pitching nanti, jomlah kerja dengan saya. Errmmm...Encik penerbit ni suka impian I ke, suka kat I? :P

Friday, April 1, 2011

It's not only an April Fool, It's just beautiful - Pank

Baru sedar kuantiti kawan-kawan yang ada untuk brainstorming bilangannya tipis sekali.

Ramai yang ajak discussion tetapi berlangsung dengan meminta kita bersetuju dan angguk saja. Itu one way agreement la bahlol. You just want me to nodded and say Yes, yes, yes.

Seperti mana kawan-kawan yang ada untuk dengar cerita sedih. Memang rare. Tak seperti bila diajak pergi karaoke.


*Thanks Ryo, Aris and Pank - My quality friend.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...