Monday, February 28, 2011

Hadiah



Minggu lepas, satu malam tu Adam call minta bantuan aku untuk jadi cast dalam short film dia. Aku tanya untuk apa. Dia kata nak beri hadiah hari jadi pada girlfriend dia Zuria. Sebab harijadi Zuria hampir tiba. Iaitu hari ini 28 Februari. Dia kata dia takde duit nak beli hadiah mahal-mahal. Jadi dia buat short filem sebagai hadiah harijadi zuria. Aku sebenarnya malas nak join sebab aku fikir rumah aku nak pergi shah alam jauh. Tapi bila fikir niat Adam buat short film ini untuk seseorang yang dia cinta, aku terus bersetuju. Apa lagi yang paling besar untuk kita nikmati di dunia Tuhan ini,kalau bukan cinta. Happy birthday Zuria. Adam, I tak sangka U sangat sweet. Semoga Tuhan memberkati anda berdua. xoxo.

Short ni kami shoot minggu lepas, di edit oleh our beloved Sufian Abas dan lagu oleh Mohd Jayzuan. Pelakonnya aku dan Adam sendiri. Adam post video ini tepat jam 12malam tadi sempena harijadi Zuria. Pehh, so sweet!

p/s : nanti I tulis pasal merocok-rocok yang dah habis tu ok. sekarang mood nak rest dan santai2.

Tuesday, February 22, 2011

Let the show(s) begin

Tinggal lagi 2-3 hari sebelum show Merocok-rocok berlangsung. Kami sekeluarga sudah pun bump in di Stor DBP untuk bermain dengan blocking lampu dan susun atur di dalam kotak hitam stor yang comel itu. Walaupun dia comel, aura setiap kali masuk di dalamnya begitu merangsang otak dan badan. Sebelum ini training dijalankan di Aswara. Berbeza dengan Hegemoni, kami berlatih di pelbagai tempat. Di Tasik permaisuri Cheras, di Putrajaya, di Muzium Shah Alam dan Aswara. Ramai yang tak tahu aku tinggal di Bandar Seri Putra yang exit sebelum masuk Nilai tu. Atas sikit dari Bandar Baru Bangi. Takde yang tak terkejut kalau tanya : Kau tinggal mana? Mata depa terbeliak and tambah geleng-geleng. Peh, jauh gila kot! Aku selalu cakap, dah biasa. Tiap-tiap hari pun turun KL. Tak rasa apa pun. Plus bila kau buat benda kau suka, turun ulang alik dari Ipoh ke KL pun kau sanggup. Harap-harap Paradoks Production dah kaya nanti, office diorang bukan dekat Rawang atau Sg. Buloh. Tapi dekat Bangi. Hehe.

Okay, aku nak cerita pasal Merocok-rocok. Dalam projek ini, aspek nilai tambah didalamya ialah Randai. Tahu tak randai tu apa? Ia adalah sejenis tarian tradisonal dari Minang yang macam pergerakkan silat tu. Bergerak sambil menepuk-nepuk seluar. Peh, masa awal-awal training hari tu aku balik rumah je rasa sungguh down. Ada beberapa kali hampir nak menangis dibuatnya bila aku tak dapat nak ikut step. Orang lain semua chill aje. Kali ini ramai geng aswara yang involved as pelakon. So, depa ni dah ada asas randai. Cuma aku dengan Syai je. tapi Syai buat bagus je aku tengok. Seriously, aku ada problem untuk ingat step. Walaupun secara logiknya dalam pergerakkan silat tangan kanan keluar, kaki kiri ke dalam. Kalau tangan kiri bergerak, kaki kanan ke dalam. Tapi aku memang ada masalah dalam menentukan logik pergerakkan. Sebab tu kanan kiri bila orang bagi direction masa drive pun aku tak boleh digest. Orang tu kena tunjuk dengan tangan : kanan-kanan (sambil tunjuk dengan tangan) baru aku faham. Jadi menari adalah seni yang paling sukar bagi aku selain melukis. Aku selalu kagum dan rasa adore gila dengan orang yang pandai melukis dan menari. Sebab aku memang tak boleh buat. Aku mengadu dengan Aloy awal-awal training hari tu bila aku rasa give up sebab susah nak ikut step. Aloy..kau menyesal tak ambil aku untuk show ni? Aloy pandang aku dan katanya : Sejak bila kau negatif ni Faz? Pehh..selambak Aloy bagi atas muka aku. Sejak dia kata begitu, aku gandakan usaha. Kat bilik setiap kali balik rumah lepas training di aswara aku akan berlatih. Siap tulis step-step atas kertas supaya aku tak lupa. Melihat video randai. Practise dan practise. Fokus dan paling penting jangan stress. Bila stress kita akan rasa benda tu susah sangat. Enjoy sahaja. Alhamdulilah, aku dah boleh menari randai sambil senyum-senyum. Boleh ingat step-step tu. Walaupun tak perfect dan kadang-kala kantoi, tapi aku enjoy. Yeah, bukan semua orang boleh jadi pelakon. Dan berlakon bukan perkara mudah. Bila aku sedar balik, inilah satu-satunya bidang yang kau boleh jadi semua yang kau mahu jadi. Aku harap lepas ni aku boleh dapat satu watak macam Natalie Portman dalam Black Swan. :P

Aloy memang suka bercerita soal perhubungan. Tentang isi hati dan rasa wanita. Kadang-kadang aku rasa dia lebih feminis dari aku. Haha. Dalam Merocok-rocok, dia masih lagi menyentuh hal perhubungan. Seperti mana dalam Hegemoni. Kali ni tentang kepercayaan dan kecurangan. Macam mana kita boleh bertahan bila kita menghidu kecurangan dalam sebuah perhubungan. Isu ni personal sebenarnya untuk aku. Sebab tu bila ada certain-certain part dalam teater ni aku jadi sayu dan sedih. Marah dan geram. Sebab aku meletakkan diri aku pada tempat seseorang yang aku sayang. Crazy beb! Untuk melihat aku dari sisi yang lain (dark sikit) marilah datang ke show ini.

Sebenarnya aku harap geng-geng rapat, kekasih-kekasih, saudara mara dan keluarga dapat menonton setiap kali aku atas pentas. Yang selalu dengar cerita aku, yang darahnya mengalir dekat dengan aku, yang usap airmata untuk setiap sedih aku, yang biasanya beritahu aku : u go girl, jangan berhenti buat apa yang kau suka, sebab mereka-mereka ni spirit aku. Keberadaan mereka secara fizikal di depan mata aku memberi rasa yang aku tak boleh nak express. See you my lovers! Jangan lupa bawa bunga. Haha.

Sunday, February 20, 2011

Tayangan



22 February 2011 - 8.30pm - 10.30pm di Black Box MAP KL.

Info :

Screening of new (mostly Malaysian) films! All under the theme of KISS (Keep it Short, Stupid).

Entrance is free. Many of the directors will attend. Best of all, there will be Walls Ice-Cream!

Screening order:

buang, the lost malay scientist / isabelle desjuex / 6 min / singapore-france / 2011
kiamu!!! / anwari / 10 min / malaysia / 2010
harap tenang, ada ujian / ifa isfansyah / indonesia / 15 min / 2006
outing / jow zhi wei / 17min / singapura / 2009
creatures / bernice chauly / 8 min / malaysia / 2010

INTERMISSION:
Launch of the book Rojak (BM) by Amir Muhammad (ZI Publications)

bila cinta sudah melekat, tahi kucing rasa cokelat / ridhwan saidi / 9 min malaysia / 2010
play / idora alhabshi / australia-malaysia / 27 min / 2010
shrivel / oliver husain / 8 min / germany-indonesia / 2005
ameen / sanif olek / 14 min / singapura / 2010
cin-ntah / mohd jayzuan / 2 min / malaysia / 2011


*This event is held in conjunction with LiFest, to raise funds for Yayasan Kurang Upaya Kelantan (YOKUP)



Jemputlah datang kalau kelapangan. Saya jadi pecinta wanita dalam Bila Cinta Sudah Melekat, Tahi Kucing Rasa Cokelat. :P

Wednesday, February 16, 2011

Rumah Kita



Kita cuba bina rumah di tengah lautan
Malam hari kita indah berteman bulan
Ombak tak pernah jadi halangan atau rintangan
Untuk kita rasa nikmat kebahagiaan
Tapi akhirnya kita tak sanggup dengan ganasnya sang taufan
yang meranap dan menghapus cinta kita perlahan-lahan

Kita cuba bina rumah atas gunung
Angin dan kesejukan malam menambah kasih sayang
Rumah tinggi kita seolah boleh gapai bintang
Tapi ada kalanya kita takut dengan cerun genting
Yang buat dada kita selalu bergetar panjang

Kita cuba bina rumah di dalam hutan
Jauh dari pembangunan dan kebisingan
Alam jadi pentas berdansa dan pesta keramaian
Meraikan cinta dan kemesraan
Tapi ada kalanya kita getar dengan suara binatang yang berselerakkan
Dan kita tidak sanggup selalu hidup dalam ketakutan

Sebenarnya kita tak pernah kisah apa-apa
Kita boleh berumah di mana-mana
Asalkan kita selalu bersama

Tuesday, February 15, 2011

Perjuangan Cinta




Kita tidak pernah kalah
jika tahu kita tak bersalah
cuma ada masanya perlu mengalah
demi benci dan pecah belah

cinta akan selalu ada, Insyaallah.

Wednesday, February 9, 2011

Pra-pelancaran buku KL Aku Ok dan Preview Merocok-rocok


Harap-harap masih ada yang tak lupa tentang kemunculan buku Kuala Lumpur, Aku OK untuk tabung dana projek filem indie yang aku war-warkan bulan lepas. Hujung minggu ni di Pekan Frinjan di Shah Alam(sebuah acara seni indie) , akan ada jualan buku ini dengan hanya 30 naskah sahaja yang kami namakan edisi terhad. Tapi jangan risau kepada sesiapa yang tidak hadir ke Frinjan masih juga boleh dapatkan buku itu, kerana akan dicetak lagi dan boleh didapati dalam seminggu selepas frinjan. Klik disini kepada sesiapa yang ingin membeli secara pos. Insyaallah. Di pekan frinjan, semua producer, pelakon akan turut serta di majlis yang kami namakan pra-pelancaran buku KL, aku ok. Nanti kita semua boleh beramah mesra ok. :)

Selain itu, di Pekan Frinjan juga ada nilai tambah dengan sedikit preview dari teater Merocok-rocok dari Paradoks. Kami mungkin akan tampil dalam 10-15 minit untuk slot itu bagi mempromosikan teater ini. Kawan-kawan yang dekat dan jauh, kalau sudi jemputlah datang.

Tuesday, February 8, 2011

Laut sering sahaja mampu mengekspresi rasa





Perlu-Mahu

Dia mahu isteri semulia siti khadijah
sedang diri tak pernah bentang sejadah

Dia mahu isteri setia umpama Siti Aishah
sedang iman tak pernah berasah

Dia mahu isteri banyak bersabar
tapi dia hanya tahu berselimut dalam gebar

Dia mahu isteri yang tidak cemburu buta
tapi dia sendiri main kayu tiga, kadang-kadang kayu lima

Dia mahu isteri yang menjaga makan minum
tapi dia sendiri lebih rela ke Restoran Ali Maju setiap malam

Dia mahu isteri yang pandai bergaya
tapi dia sendiri ketiak bau cuka

Dia mahu isteri yang penuh ilmu
tapi dia sendiri pun malas baca buku

Dia mahu isteri yang berdikari
tapi dia sendiri pun masih bergantung dengan famili

Dia mahu isteri secantik bidadari
diri sendiri pun wajah macam tapak kaki

Dia mahu isteri yang selalu tersenyum manja
tapi dia sendiri pun 24 jam ketat muka

Dia mahu isteri yang penyayang
tapi dia sendiri sepak terajang

Dia mahu isteri hebat di kamar beradu
tapi dia sendiri lembik kaku

Dia sebenarnya tak tahu apa dia mahu
dia tak tahu apa dia perlu

*Aku bacakan ini semasa di Plore tempohari. Untuk ingatan pada diri sendiri. Kita takkan selalu dapat apa yang kita mahu. Tapi kita akan selalu boleh berusaha untuk memenuhi apa yang kita perlu. Dalam konteks puisi di atas, kita selalu sahaja berteriak tentang kemahuan dan keperluan yang mesti dipenuhi dan adakalanya meminta orang lain mendukung bersama mahu-perlu kita itu. Tapi adakah kita sedar dan peka kemahuan dan keperluan orang-orang tersayang yang berada di sekeliling kita?



Sekarang fokus untuk ini pula. Kawan-kawan ku, jangan lupa tonton ya!

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...