Tuesday, November 30, 2010

Tak suka buat cara tak suka, tak perlu pura-pura







Saat-saat terakhir (7 jam) sebelum presentation, tiba-tiba dapat idea nak berpakaian sejajar dengan konsep dan tema yang bakal dipersembahkan pada klien. Menggelabah call make up artist dan tempat costume rental untuk sekurang-kurangnya membawa effort dan mood sekali ke dalam presentation. Kalau tidak berjaya dibeli atau tidak terjual sekalipun, insyaallah ia akan tetap menjadi sebuah pertunjukkan yang memorable. Kalau terjual, boleh claim pada kawan-kawan, sedara mara, kekasih, setiap kali nampak billboard @ ads di TV tahun depan.

"Itu I dengan team yang buat."

Yang diorang akan boring nak dengar. :)

p/s : Costume I pakai tu berat gila OK. Labuci beribu-ribu.

Saturday, November 27, 2010

Hantu Kak Limah



Minggu lepas dapat tengok tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Kalau aku tak berhenti kerja dulu, ofis aku betul-betul belakang Wangsa Walk. Senang nak melencong makan pop corn bila stress kat ofis. Anyway, semua itu sudah tinggal kenangan. Terima kasih to Vovin sebab ajak kami. Kami register atas nama blogger, dengan confident-nya. Segan jugalah nak masukkan. Nasib geng yang lain pun ada, Pipi, Shiro, Luca dan makwe, Thorm, Jamal, Zan Zaini. Dan akhirnya aku duduk sebelah Vovin, Amar kena duduk kat bawah sikit sebab kami masuk lambat. Orang dah penuhkan hall. Pertengahan cerita Vovin boleh pergi toilet sebab tak tahan nak kencing. Aku pun nak kencing juga, tapi aku tahan sebab takut terlepas aksi-aksi lawaknya.

Personally, aku lebih suka Zombie Kampung Pisang dari sequel ni. Entahlah, sebab aku memang jarang suka sequel kecuali Before Sunrise/Sunset dan Lord of the Ring. Kesinambungan Hantu Kak Limah tanpa kehadiran pelakon sebelum ni kurang menyengat. Dulu ada AC, ada Que Haidar, Nadia Mustafa. Watak-watak tu dimatikan dan digantikan dengan Johan Raja Lawak. Mungkin kekangan masa, schedule penuh dan sebagainya (menurut pendapat Vovin).

Aku suka filem Mamat Khalid sebab secara lawak dan humor dia cuba memasukkan subtext secara tak langsung. Macam dalam Zombie, dia nampak natural aje. Di Hantu Kak Limah, ada subtextnya try to hard untuk dilafazkan oleh castnya. Nampak macam kurang sesuai. Tapi apa yang menarik dalam Hantu Kak Limah, aku suka dengan lakonan Awie dan Sofi Jikan. Heroinnya Umi Nazeera juga bagus. Lakonan mereka natural. Awie siapa sangka boleh dilentur jadi watak lawak macam tu sebab kita tengok Awie sangat stereotype dalam citer-citer Yusof Haslam. Dalam sequel ni, dia berlakon sangat natural. Sofi Jikan satu-satunya character yang menarik dalam filem ni. Dia memang jalankan tanggungjawab dia dengan baik. Aku harap abg Sofi tak berlakon dengan Mamat aje, dia sebenarnya boleh pergi lebih jauh dan menang anugerah. (mungkin bukan itu dia cari, mungkin) Dan yang boleh menang anugerah tahun depan untuk at least pelakon harapan atau pelakon pembantu terbaik ialah mamat penari kebudayaan yang bercakap asyik buat tangan macam menari tarian inang. Namanya Shy8. Character dia memang maintain, dari yang pertama hingga sequel ini. Memang sakit perut tengok lawak dia.

Aku suka dengan semua filem Mamat Khalid termasuk Estet walaupun aku dengar filem Estet antara paling rendah kutipannya. Filem sepatutnya entertaining. Tak kisah cerita serius, romantis, thriller atau seram - dia perlu menarik. Ada kalanya aku harap Mamat Khalid boleh jadi paling dekat dengan P.Ramlee dalam pembikinan filem. Aku harap-harap la.

Tak payahlah buang duit pergi tengok Dua Alam. Simpan untuk tengok filem ni bebeh.

Tuesday, November 23, 2010

Vintage Paradise



Saya buka booth dress bohemiandreamy saya di sini. Kalau ada kawan-kawan yang singgah area Subang dan nak lepak, marilah ke sini. Saya akan ada 3 malam (jumaat sampai ahad) untuk memeriahkan bazaar ini. Ini pertama kali saya jual di bazaar, selalunya saya jual online pada rakan-rakan yang rapat sahaja. Ramai yang tanya, boleh untung ke? Purpose saya jual dress vintage ni sebab saya suka ke-klasikkan-nya dan bila nampak orang pakai saya akan automatically gembira. Kegembiraan buat apa nak tamak. Percuma sahaja. Jadi perlu share. Saya anggap ia sebagai satu hobi. Siapa-siapa yang sukakan kelainan dan untuk nampak klasik, marilah datang. Siapa-siapa yang nak belajar pakai dress pun, jemputlah juga. Mana tahu bila terpandang nanti, hati teringin. Kalau teringin, kenalah cuba. Rugi kalau teringin tapi pendam sahaja. :) Ada banyak barang vintage yang old school kat bazaar ni. Marilah ramai-ramai.

Ini Lisa haninggan. Dia memang akan tampil dengan dress vintage setiap kali buat performance. I'm big fan of her.

Saturday, November 20, 2010

Pitching

Cuti sekolah, maka tour sunsilk ke sekolah-sekolah juga bercuti. Sambung tahun depan kalau rajin nak buat. So far tiada masalah untuk stay bekerja dengan company yang panggil aku buat talk untuk sunsilk, payment takda problem, management pun bagus. Tapi sometimes buat perkara yang sama berulang-ulang kali memang bosan. Rutin. Sebab tu aku tak boleh keja gomen agaknya. Life kena explore. Bukan stay pada satu tempat. Bukan duduk di kelompok yang sama. Harus bergerak. Harus evolve. Aku berharap setiap hari aku ada experience perkara yang baru. Jumpa dengan orang-orang baru. Tidak statik. Zon selamat buat aku depress. Parent aku pun dah tahu. Kalau aku duduk lama 2,3 hari tak buat apa, aku boleh jadi gila. Sekarang amar pun dah tahu. Kalau aku call beritahu aku dapat new job, dia akan happy. Sebab dia selalu jadi mangsa penderaan telinga sebab kena menadah keluhan tentang kebosanan aku.

Sebelum aku jadi depress, aku dah dapat beberapa job baru cukup untuk aku fikirkan samaada untuk stay dengan sunsilk tour sampai bulan 3 tahun depan atau pun buat perkara baru lagi. Ada beberapa job baru yang sangat exciting, kalau menjadi. Yeah dalam dunia advertising semuanya harus bermula dengan pitching. Harus buat proposal dan presentation. Tapi the best part of pitch idea is brainstorming. Semua orang boleh throw idea, tiada salah atau benar. Yang penting idea. Kau akan rasa hidup bila saling bentang pendapat, ada rejection dan ada sokongan. Tidak ada siapa yang jadi diktator, menentukan satu perkara sahaja. Tiada bos. Semua pun bos dengan pendapat masing-masing. Cool. Its all about team work. Takdelah yang sekor hanya duduk dan ambil brief, sekor mengangkang tengok astro, sekor buat bodoh. Sepatutnya bila ada brainstorming semua orang pun take part. Tak kisahlah kau buat design ke, editor ke, script writer ke. Semua patut sama-sama involve untuk buat yang terbaik. Fine, its only pitching. Tapi dari pitching la kita akan dapat banyak benefit. Dengan research kita dapat knowledge. Dengan discussion kita dapat idea yang tak pernah kita fikir wujud. Dengan brainstorming kita boleh kenal manusia. Ala lupa pulak, nak kenal manusia dalam facebook pun boleh jugak. Lebih senang sebenarnya. :P

Sehingga hujung bulan ni, ada 3 proposal yang kena jalan serentak. Aku baru balik dari brainstorming dengan team. Idea bukan main. Dashat. Its ok. Memang kena THINK BIG. Kalau asyik nak fikir kecil je, semua benda pun akan jadi kecil. Hopefully client akan suka dan idea ini boleh terjual. Bila terjual akan adalah duit untuk mengisi perut beberapa orang dan membayar hutang piutang sekeliling. Juga untuk simpanan untuk membuat kenduri tahun depan. :P

Sunday, November 14, 2010

Scorpio woman will know all your secrets before you know much









**Diorang buat choir happy birthday seramai ramainya depan pintu masuk dewan Aswara ketika Konsert Breakout Show Final. Merah padam muka, menahan malu dan terharu. Ajun belikan secret recipe perasa Coklat Indulgence (fave) dan makan dengan semua fan sharp shooter yang datang menyokong mereka. Kek dah cair sikit sebab tak masuk peti ais tapi habis licin sebab semua berebut nak makan. Coklat sedap dan mahal. :P Thank kakak ajune. The best thing happen ialah, ive got new toy. Yang dah lama gila impi. Kesuma jiwaku belikan palaroid camera for my birthday. Lepas ni kena saving2 beli kodak filem dia sebab mahal ok. Thanks so much love. I love u Ter-Very much.

Thursday, November 11, 2010

Benarkah tiada bagiku, ruang dihati-mu untuk ku bertapak







Aku sampai rumah dalam jam 2pm, terus buka facebook. Habit buruk terbaru. Then tiba-tiba Abg Pyan Habib inbox aku. Borak-borak kejap. Tanya khabar. Tanya bila nak pi minum sama. Dia kata dia nak ke No Black Tie malam tu. Ada showcase Ito and the Blues Gang. Aku pun cakap : Wahhh bestnya. Pas, tu dia pun kata nak off dah. Dalam 15 minit lepas tu, Abang Pyan call. Tapi Abang Abid yang cakap dengan aku. Dia kata, boleh tak jadi presenter untuk In the making Sequel Kembara Seniman Jalanan? Aku kata : Nakkkkkkkkkkkkkkkkkk. Gila ke tak nak. heh. Siap-siap, tanya Amar macam mana nak pi No Black Tie walaupun ngantuk gila, tak cukup tidur. Kerja pulak awal pagi. Malam semalamnya gatal tengok DVD Indon. Amar kata, I temankan You-lah. Dia tahu, kalau sesat gf dia akan emo sepanjang hari. Akhirnya kami gerak dalam jam 5.30pm ke KL dan jumpa abang Pyan dan abang Abid kat kedai mamak area No Black Tie. Diorang ada bersama abang mat rock drummer XPDC dulu merangkap cameraman malam tu. Minum-minum dan discuss apa aku kena tanya pada siapa yang harus di interview dan tentang perjalanan filem tu nanti. Excited weh. Diorang panggil aku pun secara spontan aje. Betullah tu, kadang-kadang spontan ni memang best. Tiba-tiba abang Ito sms abang Pyan. "Gua lambat sikit. Dalam jam 9pm baru sampai. Sorry Braderrr!" Kami sangap juga tunggu. Aku dengan Amar berjalan-jalan kat Sg Wang. Beli legging. Amar belanja half. Then dalam jam 8.50pm abang Pyan text suruh standby. Orang pertama yang aku interview adalah Drummer dan co-vocalist Blues Gang Mr. Karim. Malam tu gelabah banyak sebab berdepan dengan otai-otai. Aku interview dengan semua anggota Blues Gang. Dan pengunjung serta peminat mereka. Aku cuma kena bertanya tentang opinion berkenaan sequel ini nanti dan isu cetak rompak. Semuanya memberikan kerjasama yang superb. Ito sampai dalam jam 9.30pm, dan terus nyanyi. Dia memang dashat. Suara dia buat audience terpukau. Ruang intimate antara performer dengan audience di NO Black Tie buat ramai yang naik bulu roma. Blues Gang memang legend di Malaysia. Aku minta diri jam 12pm walaupun show tak habis lagi. Sebab esok ada kerja pagi buta. Abang Pyan, abang abid ucap terima kasih banyak-banyak kat aku. Dan sms, harap-harap aku akan stay untuk habis sequel film ni nanti. Aku ucap terima kasih kembali dan beritahu mereka, anytime. Anytime untuk Kembara seniman Jalanan. Selepas ni aku akan interview lebih ramai lagi. Termasuk M.Nasir, Nasir Jani dan semua yang terlibat dalam filem Kembara Seniman Jalanan. Can't wait. Ouchh. :P

Tuesday, November 9, 2010

Demi Roti Bun Kluang dan Ceritera Skodeng






Lepas hajat aku menikmati roti bakar di Kluang Railway Station. Ramai yang ingatkan aku supaya jangan letak hajat yang tinggi sangat, nanti kempunan. Masa aku sampai di Kluang Railway Station selepas check out dari hotel, orang tidak terlalu ramai dan seat kami just nice betul-betul mengadap landasan keretapi. Kami makan seorang 2 nasi lemak yang super sedap sambalnya dan makan 1 bun kaya yang gebu dan enak. Aku lalu pitch pada Amar tentang cita-cita nak buat short filem menggunakan lokasi di railway station. Entah kenapa saya memang suka lokasi di railway station. Ada 1001 kisah yang boleh dirakamkan. Pitch aku tak habis sebab kami diberitahu jam 1pm kedai pun tutup dan akan bukan kembali jam 2.30pm. How lucky me? :)

Aku sampai di Kluang pada sabtu siang dan selepas mandi-mandi terus ke Kluang Parade di mana lokasi berlangsung. Sesampai sahaja lokasi, ada beberapa booth yang dibuka dan kelihatan remaja-remaja Kluang bermain bmx dan skateboard. Amar perasan Hadi dengan buku-buku dalam satu booth yang selalu dijumpa di Frinjan mungkin mewakili geng KL dan Zulhabri yang sedang sibuk mengayuh dengan basikal BMXnya menjenguk dunia. Selepas di brief ala kadar oleh geng organizer, aku ternampak geng JOHO dan lepak bersama mereka. Tak habis-habis ajak ke JB lepak-lepak. Dan kami buat pakatan untuk bawa teater Hegemoni ke sana. Itu semua akan diusulkan pada bos, mr aloy paradoks. Kalau jadi, Hegemoni akan buat first tour di JB. Insyaallah.

Hujan turun agak lebat dalam waktu maghrib. Dan aku diberitahu yang Pak Samad merajuk dengan organizer dan tidak perform malam itu. Ada cerita bawah tanah yang tak boleh diceritakan. Yang pentingnya, organizer harus ambil ikhtibar tentang apa yang dah berlaku. Kecewa juga sebab plan nak ambik gambar dengan Pak Samad untuk adik Nisha Ismail aku yang selalu sahaja ingatkan aku di mana sahaja dia berada. Nisha sms beritahu yang dia di event Frinjan dan doakan yang baik-baik sahaja untuk aku di Kluang. Terima kasih Dik. Awak selalu sahaja ingat. Sayang aku pada Nisha-besar. Sungguhlah, tak perlu ramai-ramai yang sayang kau. Cukuplah seorang, tapi besar.

Malam itu semasa seisi aku dengan Mr. Isham Rais berlangsung, hujan turun renyai-renyai. Kanopi penuh dengan remaja-remaja Kluang yang mahu sama-sama berdiskusi dengan kami. Cuak juga aku duduk sebelah Isham Rais. Kami bincangkan isu Skema vs Stylo dan ia perlu berlangsung dengan santai dan tidak ada unsur-unsur politik atau segala haramjadah. Kebetulan nama abah aku Hishamuddin, dan Isham Rais berkali-kali beritahu audience : ini bukan anak saya ye. Dan aku pulak beritahu : Ini bukan abah saya. Tapi abah saya peminat tegar Tukar Tiub. Abah call aku sebelum aku bergerak ke Kluang dan ingatkan aku supaya pesan pada Isham - Kirim salam. I'm ur biggest fan. Aku dah sampai Kluang pun, abah beritahu perkara yang sama. Dia kata aku beruntung gila dapat share opinion dan duduk dalam satu discussion dengan dia. At least, aku dapat represent abah. At least. Naahhh abah, this is for you. Q n A session juga cemerlang. Anak-anak muda Kluang yang mungkin dahagakan art event sebegini sama-sama kritis untuk berdiskusi. Beberapa kali Isham pesan, event-event macam ni memang sepatutnya dah lama dibuat. Ada ruang untuk expose dan suarakan pendapat. Quote yang paling aku ingat dari Isham ialah :

"Kalau nak jadi bodoh, jadi betul-betul bodoh supaya kebodohan itu boleh diikuti/diingati orang lain. Do try something new. Jangan asyik conform pada society, pada individu. Be free"

Video diskusi dengan Isham Rais boleh dilihat di sini.

Selepas selesai seisi aku dan Isham Rais, ada tayangan filem Gadoh dan script writernya R.Chong ada bersama. Selesai screening, aku dan beberapa yang tinggal di situ buat bulatan kecil sambil bincangkan mengenai filem Gadoh dan isu-isu yang melatarinya. R.Chong kata, filem Gadoh diterbitkan memang missionya untuk create discussion. Bukan untuk selling atau masuk ke big screen. Setiap kali screening, yang dimahukan oleh pihak Komas yang menerbitkan Gadoh dan seluruh produksinya ialah ada perbincangan. Semua orang boleh beri pendapat dan idea tentang isu perkauman di dalamnya. Deep from my heart, aku rasa mission mereka tercapai. Malam itu, ada kalangan pengunjung event dari pelajar sekolah menengah yang baru habis PMR dan discussion itu jadi lebih menarik. Mula-mula malu nak bersuara, lepas tu tak berhenti-henti bercakap. Bagus. Ia ruang untuk express feelings and thoughts.

Selesai bergambar dan salam-salam, aku balik hotel dan buka facebook. Aku tengok penuh wall Fasyali dengan congratulation. Rupanya Skodeng menang filem terbaik untuk 48hours film project 2010. Aku pun sms dan wish di wall dia. Bila aku sampai rumah esoknya, sampai aje bilik. Ajun terus terkam aku dan beritahu yang geng Skodeng menang besar. Bukan 1 hadiah tapi semua hadiah yang ditawarkan termasuk audience choice awards. Peh, aku memang teruja gila walaupun aku tahu aku sama-sama bertanding juga dengan filpen Sihir. Tapi aku ada dalam produksi Sihir, jadi aura nak menang tu belum lagi. Tipulah kalau taknak menang, tapi kita semua boleh tahu dan rasa kalau karya kita tu layak atau tidak untuk menang. Hey, we always can feel it. Macam Syali and the gang, diorang mesti dapat rasa sebab filpen diorang memang bagus. Nampak kemas dan well manage. Akhirnya kita akan nilai pada end product kita, bukan prosesnya. Prosesnya kita rasa, tapi khalayak tak tahu. Bagi aku secara peribadi, produksi Sihir tidak berapa bagus dalam hal pengurusan. Jadual dibuat, tak ikut dan tidak ada plan B. Time management hancur. Peranan setiap orang tak jelas. Konsep 48 jam buat filem itu pun harus difahami juga. Secara keseluruhan, aku suka dengan gelak tawa macam keluarga sepanjang shooting cuma bila bekerja haruslah serius. Bermain dengan serius; kata Bung Kancil coach aku di Kelab teater Rimba UKM. Tapi Sihir ada cerita yang baik. Tok Rimau memang superb. Dia buat skrip sorang-sorang. Dari JB jauh-jauh datang naik bas. Research sorang-sorang. Kalau banyak hal yang dijaga dalam pengurusan produksi, Sihir boleh juga dapat award. Untuk TR, nanti kita buat lagi. Menang tu bonus. Yang penting, pengalaman tu. We learn a lot form that kan. :)

Bila aku tengok filpen Skodeng, aku nampak team work mereka. Aku nampak macam mana mereka agih kerja mereka. Aku nampak macam mana mereka brainstorming idea dan cerita. Aku nampak semua tu, walaupun aku tak tahu bagaimana proses sebalik penghasilan filpen itu kalau Bin Filem tak story dalam blog dia. Yang pastinya, daripada semua filpen yang dipertandingkan filpen mereka paling fresh, ada banyak subtext dibelakangnya, originality, up to date, tak try to hard untuk menempelkan props dan line yang digunakan ( filpen yang lain-lain seolah terdesak menggunakan props, kadang-kadang tak relate dan mengarut sangat) natural, spontan, casting bagus, ada simbolima (sentuhan teater here and there). So, buat apa nak pertikaikan lagi? Memang bagus dan itu sahaja yang layak menang semua award yang dipertandingkan. Ada juga aku dengar suara-suara tak puas hati, sebab hadiah tu semua geng Skodeng bolot, pelik aku. Cukuplah kita ada FFM yang buat event macam hari keluarga, style nak bagi semua orang satu hadiah bawa balik, takkan untuk short film contest kita nak hadap benda yang sama. Come on la. Kalau depa memang bagus, mereka patut dapat semua yang ditawarkan. Ada juga yang kata tentang tak bagus untuk diterbangkan Skodeng di luar sebab tidak global dan bersifat tidak international katanya. Apa yang depa maksudkan global sangat ni? Heh. Tak payahlah cakap pasal global kalau story pun ke laut. Tak payah nak emo-emo dan bengang. Cuba aje lagi tahun hadapan. Take this as a lesson and experience to make a better film for future. Filmmaking is a chance to live many lifetimes kata Robert Altman, so dont give up.

Yang best tu, semua anggota team Skodeng aku pernah kerja dan hasil kerja diorang memang bagus. Bila bergabung, lebih bagus jadinya. Dengan Bin Filem aku dah kerja sebanyak 3 filpen, dengan Syali beberapa buah teater dan art performance, dengan Directornya Hafiz dan editor Rahimi, aku berlakon dalam filpen mereka tajuk Kemenyan yang sampai sekarang aku tak tengok lagi. Tapi aku sempat minta masa hari penamat 48hours ari tu. Aku happy filpen ni dapat bertanding di Miami dengan lain-lain negara. Aku harap diorang bukan sahaja menang di festival luar, geng ni juga akan create new wave dalam industri filem negara. Amin. Amin.



Sihir oleh Team Pelita Bambu



Skodeng oleh team Enjit-enjit Semut

Friday, November 5, 2010

Soundtrack Hegemoni


Terbuai

Membelai indah lembut menusuk
Nyaman terasa saat kau kucup
Jalan berduri kini mewangi
Harum semerbak harum kasturi

Sedang lena diriba mimpi jangan terjaga kau sakit kembali
Biar segala cerita menyepi asalkan kau tetap disisi

Jangan kau hentikan rasa ini
Sakit tak pernah mengerti
Lena biar terus terlena
Andai terjaga buai sekali lagi

Kau bunuh ku dalam rela
Kau hunus senjata berbisa

Ini salah sebuah lagu yang ada dalam sot Hegemoni oleh Pakatan Paradoks. Last week saya dah dapatkan cd nya semasa event mimpifilem. Ia juga akan dijual di pekan Frinjan sabtu ini 6 November 2010 di Dataran Shah Alam. Seminggu ni saya ulang banyak kali dengar. Entah rindu dengan Hegemoni, entah sebab lagu-lagunya versi akustik yang di dengar di dalam cd sungguh membuai. Entah. Tapi anda semua yang pernah menonton, atau tak sempat menonton Hegemoni, atau mahu rasakan aura Aloy paradoks dalam lirik-lirik ciptaannya (amar kata, lirik kau depress Aloy )sudi-sudilah support Paradoks dengan membeli cd ini. RM15 sahaja dan gerenti puas.

Obsesi





Akhirnya kami pergi bundle kat belakang lorong BB plaza. Amar bawa balik tshirt thom york. I bawa balik 2 dress yang comel. Berbaloi. Bisik amar ulang-ulang kali, next week la kita pergi. Sedapkan hati sendiri gamaknya.

Wednesday, November 3, 2010

Daerah Tanpa Tie



Setelah berhempas pulas untuk 48 hours film project minggu lepas, sabtu ini akan berlangsungnya tayangan semua short film yang dihantar samaada qualified atau tidak. Alhamdulilah team Pelita Bambu antara yang qualified setelah menghantar film sebelum jam 7.30pm. Tapi tak sure kalau disqualified perkara-perkara lain seperti borang salah isi, dvd tak boleh baca atau tak ikut regulation yang ditetapkan. Itu semua bergantung pada penilaian organizer sepanjang minggu ini. Harapnya waktu screening nanti, dvd tak scratch atau tak boleh baca. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk sabtu nanti. Screening kami adalah pada :

Tayangan Perdana
Waktu: 2 p.m.
Tarikh: Sabtu, 6 November 2010
Lokasi: Dewan Kuliah Utama, ASWARA

Screening dibahagikan kepada 3 kumpulan. A,B dan C. Kami kumpulan B. Masuk dengan RM10. Boleh check list film di sini. Semua filem layak bertanding untuk Audience Choice Award. Kawan-kawan yang pergi menonton, bolehlah undi kami jika suka. Saya tak dapat ke screening kerana terlibat dengan art event di Kluang, JB. Tapi dah beli pun 2 tix untuk screening. Ingatkan event tu cancel, rupanya masih ON. Siapa-siapa yang mahu, silalah sms ok. Saya difahamkan director dan script writer untuk "sihir" juga tidak dapat turut serta. Tapi komrad-komrad yang lain pasti ada. Enjoys.

Monday, November 1, 2010

48 hours party people







Jika kita tidak gembira dengan produk akhirnya,
kita masih boleh gembira dengan pengalaman dan prosesnya. :)


#Gambar oleh Tok Rimau

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...