Saturday, November 20, 2010

Pitching

Cuti sekolah, maka tour sunsilk ke sekolah-sekolah juga bercuti. Sambung tahun depan kalau rajin nak buat. So far tiada masalah untuk stay bekerja dengan company yang panggil aku buat talk untuk sunsilk, payment takda problem, management pun bagus. Tapi sometimes buat perkara yang sama berulang-ulang kali memang bosan. Rutin. Sebab tu aku tak boleh keja gomen agaknya. Life kena explore. Bukan stay pada satu tempat. Bukan duduk di kelompok yang sama. Harus bergerak. Harus evolve. Aku berharap setiap hari aku ada experience perkara yang baru. Jumpa dengan orang-orang baru. Tidak statik. Zon selamat buat aku depress. Parent aku pun dah tahu. Kalau aku duduk lama 2,3 hari tak buat apa, aku boleh jadi gila. Sekarang amar pun dah tahu. Kalau aku call beritahu aku dapat new job, dia akan happy. Sebab dia selalu jadi mangsa penderaan telinga sebab kena menadah keluhan tentang kebosanan aku.

Sebelum aku jadi depress, aku dah dapat beberapa job baru cukup untuk aku fikirkan samaada untuk stay dengan sunsilk tour sampai bulan 3 tahun depan atau pun buat perkara baru lagi. Ada beberapa job baru yang sangat exciting, kalau menjadi. Yeah dalam dunia advertising semuanya harus bermula dengan pitching. Harus buat proposal dan presentation. Tapi the best part of pitch idea is brainstorming. Semua orang boleh throw idea, tiada salah atau benar. Yang penting idea. Kau akan rasa hidup bila saling bentang pendapat, ada rejection dan ada sokongan. Tidak ada siapa yang jadi diktator, menentukan satu perkara sahaja. Tiada bos. Semua pun bos dengan pendapat masing-masing. Cool. Its all about team work. Takdelah yang sekor hanya duduk dan ambil brief, sekor mengangkang tengok astro, sekor buat bodoh. Sepatutnya bila ada brainstorming semua orang pun take part. Tak kisahlah kau buat design ke, editor ke, script writer ke. Semua patut sama-sama involve untuk buat yang terbaik. Fine, its only pitching. Tapi dari pitching la kita akan dapat banyak benefit. Dengan research kita dapat knowledge. Dengan discussion kita dapat idea yang tak pernah kita fikir wujud. Dengan brainstorming kita boleh kenal manusia. Ala lupa pulak, nak kenal manusia dalam facebook pun boleh jugak. Lebih senang sebenarnya. :P

Sehingga hujung bulan ni, ada 3 proposal yang kena jalan serentak. Aku baru balik dari brainstorming dengan team. Idea bukan main. Dashat. Its ok. Memang kena THINK BIG. Kalau asyik nak fikir kecil je, semua benda pun akan jadi kecil. Hopefully client akan suka dan idea ini boleh terjual. Bila terjual akan adalah duit untuk mengisi perut beberapa orang dan membayar hutang piutang sekeliling. Juga untuk simpanan untuk membuat kenduri tahun depan. :P

7 comments:

  1. beli 1 album untuk gambar2 polaroid tu...
    untung2 album tu boleh jadi album termahal 1 hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  2. yeay, makan kenduri tahun depannnn. :)

    ReplyDelete
  3. kalau taknak job duta sunsilk tu bagi kat i pun takpe.haha

    ReplyDelete
  4. adam,
    tapi dia na speaker nya perempuan. u kena pakai wig dan buang halkum. hehe

    ReplyDelete
  5. u nak kahwin?? wahhhhhhhhhhhhhh. :)

    ReplyDelete
  6. amirul,
    kenduri doa selamat laaa. :P

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...