Saturday, September 10, 2011

Sudah boleh order sekarang!!



1.Masukkan RM25
(Harga ini termasuk untuk pos ekspres) ke akaun berikut :
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)
*Pastikan anda masukkan jumlah yang tepat kerana baki tak akan dikembalikan.

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (dvinecomedy di hotmail dot com) atau di facebook
http://www.facebook.com/novelnurulasyikin

3. Sila nyatakan alamat dan no telefon

4. Bila siap, buku akan dihantar pemuda ganteng bermisai tirus bermotosikal garang.


5. Penghantaran akan dibuat seminggu sekali.

Terima kasih.

Wednesday, September 7, 2011

Teater Juta-juta



Sinopsis
Mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni. Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.

Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya.

Tarikh : 21,22,23,24,25 September 2011
Masa : 8.30 malam
Tempat : Stor teater DBP
Tiket : RM 20

Thursday, September 1, 2011

Promo video Novel Nurul Asyikin


Hari raya kedua dah kembali bekerja. Sebab raya tahun ni di rumah sendiri saja. Raya ketiga baru pulang ke kampung. Raya tahun ni tak dan nak beraya sangat. Sungguh bz menyelaras kerja-kerja untuk bulan september dan oktober. Training teater juta-juta akan bermula seminggu selepas hari raya. Jadi hari raya kedua telah berlangsung shoot untuk promo video novel pertama aloy yang bertajuk : Nurul Asyikin. Promo ni penting untuk pemberitahuan, promosi dan publisiti sebelum perlancaran novelnya di Annexe CM pada 17 september. Masa tu juga nanti ada sedikit preview Teater juta-juta yang akan berlangsung pada 21-25 september di stor DBP. Shooting ni berlangsung disekitar Subang 2 bersama Encik Sufian selaku videographer, cik arjuna selaku PA dan talent, Aloy paradoks sebagai main talent dan I sebagai director dan pereka story-line. Videonya akan diupload selepas siap edit ok! Sila enjoy dengan gambar-gambar sekitar shooting.






4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...