Thursday, November 11, 2010

Benarkah tiada bagiku, ruang dihati-mu untuk ku bertapak







Aku sampai rumah dalam jam 2pm, terus buka facebook. Habit buruk terbaru. Then tiba-tiba Abg Pyan Habib inbox aku. Borak-borak kejap. Tanya khabar. Tanya bila nak pi minum sama. Dia kata dia nak ke No Black Tie malam tu. Ada showcase Ito and the Blues Gang. Aku pun cakap : Wahhh bestnya. Pas, tu dia pun kata nak off dah. Dalam 15 minit lepas tu, Abang Pyan call. Tapi Abang Abid yang cakap dengan aku. Dia kata, boleh tak jadi presenter untuk In the making Sequel Kembara Seniman Jalanan? Aku kata : Nakkkkkkkkkkkkkkkkkk. Gila ke tak nak. heh. Siap-siap, tanya Amar macam mana nak pi No Black Tie walaupun ngantuk gila, tak cukup tidur. Kerja pulak awal pagi. Malam semalamnya gatal tengok DVD Indon. Amar kata, I temankan You-lah. Dia tahu, kalau sesat gf dia akan emo sepanjang hari. Akhirnya kami gerak dalam jam 5.30pm ke KL dan jumpa abang Pyan dan abang Abid kat kedai mamak area No Black Tie. Diorang ada bersama abang mat rock drummer XPDC dulu merangkap cameraman malam tu. Minum-minum dan discuss apa aku kena tanya pada siapa yang harus di interview dan tentang perjalanan filem tu nanti. Excited weh. Diorang panggil aku pun secara spontan aje. Betullah tu, kadang-kadang spontan ni memang best. Tiba-tiba abang Ito sms abang Pyan. "Gua lambat sikit. Dalam jam 9pm baru sampai. Sorry Braderrr!" Kami sangap juga tunggu. Aku dengan Amar berjalan-jalan kat Sg Wang. Beli legging. Amar belanja half. Then dalam jam 8.50pm abang Pyan text suruh standby. Orang pertama yang aku interview adalah Drummer dan co-vocalist Blues Gang Mr. Karim. Malam tu gelabah banyak sebab berdepan dengan otai-otai. Aku interview dengan semua anggota Blues Gang. Dan pengunjung serta peminat mereka. Aku cuma kena bertanya tentang opinion berkenaan sequel ini nanti dan isu cetak rompak. Semuanya memberikan kerjasama yang superb. Ito sampai dalam jam 9.30pm, dan terus nyanyi. Dia memang dashat. Suara dia buat audience terpukau. Ruang intimate antara performer dengan audience di NO Black Tie buat ramai yang naik bulu roma. Blues Gang memang legend di Malaysia. Aku minta diri jam 12pm walaupun show tak habis lagi. Sebab esok ada kerja pagi buta. Abang Pyan, abang abid ucap terima kasih banyak-banyak kat aku. Dan sms, harap-harap aku akan stay untuk habis sequel film ni nanti. Aku ucap terima kasih kembali dan beritahu mereka, anytime. Anytime untuk Kembara seniman Jalanan. Selepas ni aku akan interview lebih ramai lagi. Termasuk M.Nasir, Nasir Jani dan semua yang terlibat dalam filem Kembara Seniman Jalanan. Can't wait. Ouchh. :P

3 comments:

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...