Tuesday, February 8, 2011
Laut sering sahaja mampu mengekspresi rasa
Perlu-Mahu
Dia mahu isteri semulia siti khadijah
sedang diri tak pernah bentang sejadah
Dia mahu isteri setia umpama Siti Aishah
sedang iman tak pernah berasah
Dia mahu isteri banyak bersabar
tapi dia hanya tahu berselimut dalam gebar
Dia mahu isteri yang tidak cemburu buta
tapi dia sendiri main kayu tiga, kadang-kadang kayu lima
Dia mahu isteri yang menjaga makan minum
tapi dia sendiri lebih rela ke Restoran Ali Maju setiap malam
Dia mahu isteri yang pandai bergaya
tapi dia sendiri ketiak bau cuka
Dia mahu isteri yang penuh ilmu
tapi dia sendiri pun malas baca buku
Dia mahu isteri yang berdikari
tapi dia sendiri pun masih bergantung dengan famili
Dia mahu isteri secantik bidadari
diri sendiri pun wajah macam tapak kaki
Dia mahu isteri yang selalu tersenyum manja
tapi dia sendiri pun 24 jam ketat muka
Dia mahu isteri yang penyayang
tapi dia sendiri sepak terajang
Dia mahu isteri hebat di kamar beradu
tapi dia sendiri lembik kaku
Dia sebenarnya tak tahu apa dia mahu
dia tak tahu apa dia perlu
*Aku bacakan ini semasa di Plore tempohari. Untuk ingatan pada diri sendiri. Kita takkan selalu dapat apa yang kita mahu. Tapi kita akan selalu boleh berusaha untuk memenuhi apa yang kita perlu. Dalam konteks puisi di atas, kita selalu sahaja berteriak tentang kemahuan dan keperluan yang mesti dipenuhi dan adakalanya meminta orang lain mendukung bersama mahu-perlu kita itu. Tapi adakah kita sedar dan peka kemahuan dan keperluan orang-orang tersayang yang berada di sekeliling kita?
Sekarang fokus untuk ini pula. Kawan-kawan ku, jangan lupa tonton ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
sedap ni! kau buat? terbaiks!
ReplyDeletejujur.
ReplyDelete...adakalanya meminta orang lain mendukung bersama mahu-perlu kita itu.
ReplyDeleteterkesan dengan ayat awak, kakak.
mungkin sebenarnya, kita patut mulakan dengan diri sendiri.
sebelum minta, tanya dulu apa kontribusi kita pada yang lain.
ily. :)
makcik setuju ngan kata -kata tu.terbaek.Memang tak semua yang kita hajati terlaksana, tapi kita masih boleh usaha.
ReplyDeleteoni,
ReplyDeleteye encik. :)
al,
:)
nisha,
i love u more!
cik ina,
usaha selalu saja ada. nak taknak aja.
selamat aku tak pernah mahu apa apa...
ReplyDeletekerana aku tahu aku sendiri tak pernah punya apa apa...
nice lah faz, nak nyanyi arr kat maskara nanti...
ajin,
ReplyDeletetouching siut! :)
haa..buatlah melodi, nyanyikan plis!
saya berkayuh ke Teluk Cempedak hari itu dengan tiada sbrg pengetahuan mengenai apa itu PLORE. kemudian balik semula ke KL dgn rasa jatuh cinta pandang pertama terhadap aktiviti ini dan para penggiatnya. moga dpt diteruskan program sebegini, saya akan terus menyokong kalian semua ...
ReplyDeleteazizan,
ReplyDeletesaya pula adore dgn mereka yg dtg berkayuh ke plore. sungguh hebat! meh kita saling menyokong. :)