Nona claim dia seorang yang loyal. Acapkali dia beritahu pada Lola; yakni teman serumahnya bahawa dia satu-satunya manusia yang amat setia dalam dunia dan tidak pernah terkalahkan. Lola pun ada kalanya cuba-cuba perhatikan gerak langkah Nona. Mereka serumah, juga teman se-ofis. Bertemu lebih dari 12-14 jam sehari. Kalau Nona mengada-ngada nak pillow talk dan terus terlelap di kamarnya, maka 24 jam together-gether itu amatlah tinggi. Benarlah seperti yang sering dilaungkan Nona. Dia memang loyal. Antara bukti ke-loyal-an Nona ialah :
a) Setiap kali dia menghidangkan lauk, tidak pernah tidak dialaskan dengan daun salad. Kedudukan daun salad itu betul-betul diletakkan dipenjuru belah kiri. Hiasan itu seolah perkara wajib. Salad bukan untuk makan sangat. Ia cuma kretiviti Nona dalam berdekoratif. Ini dilakukan dalam semua jenis hidangannya. Kadang-kadang pelik juga. Bukan apa, cuma tak kena. Semua lauk pun nak ada hiasan salad. Digorengnya cekodok pun di alaskan dengan daun salad.
b) Bila kami pergi kerja Nona yang akan memandu. Nona hanya akan parking kereta dia ditempat yang sama. Sedangkan kawasan parking di ofis kami itu bukan ada tulis plat no atau boleh main reserve-reserve. Semua orang berhak parking di mana sahaja dia mahu. First come first serve. Tapi Nona memang loyal. Dia hanya mahu keretanya di parking di tempat yang sama dia parking sejak pertama kali dia datang bekerja di tempat itu. Jadi sama ada dia pilih untuk datang paling awal pagi merebut tempat itu, atau dia akan letak kayu atau bahan-bahan penghalang yang memang sudah tersedia dalam bonet kereta yang setiap kali pulang bekerja dia akan letakkan disitu. Jadinya kebarangkalian orang untuk parking disitu rendah kerana mereka memilih untuk tidak mahu alih barang-barang tersebut. Yang peliknya, tempat itu sama sahaja dengan mana-mana ruang parking yang ada. Jika ada 100 parking lot di situ, tidak ada satu pun yang ada keistimewaan. Kot-kot dapat ice-cream setiap kali masuk parking lot tu, atau dapat cucian kereta percuma ke, mungkinlah orang berebut-rebut. Tapi Nona tidak, dia hanya mahu tempat itu. Sampai semua budak-budak ofis dah tahu – itu tempat Nona. Jadi tiada siapa yang cuba-cuba nak parking situ. Malas nak mengundang kemarahan atau pergaduhan. Pernah sekali kami overslept, laju macam lrt si Nona bawa kereta, dan tempat Nona sudah ada orang parking. Nona frust. Dia langsung tak pergi kerja. Call bos, cakap dia food poisoning atau demam panas.
c) Toilet lagi satu hal. Di ofis ada 3 toilet, dah semestinyalah Nona akan hanya masuk toilet favourite dia. Kami ramai-ramai dalam ofis namakan toilet tu – Nona. Kalau Nona pergi out station atau keluar jumpa klien, budak-budak dalam ofis akan jadikan bahan. Hoi kau nak kemana? Aku nak pergi me-nona. Maksudnya nak pergi berak. Nona memang gila. Dia sanggup tahan kencing dia dengan lari dari hujung dinding ofis ke hujung dinding lagi satu semata-mata nak tahan kencing sedangkan 2 dari toilet masih boleh digunakan. Kadang-kadang budak-budak ni saja je nak uji dia. Duduk lama-lama dalam tu. Padahal bukan buat apa pun. Saja nak tengok reaction Nona. Dia memang tegar. Tak peduli tahi dah nak terkeluar dari celah buntut, dia sanggup. Kerana baginya melempiaskan tahi di toilet yang digunakan sejak bertahun-tahun merupakan satu kepuasan. Maksimum. Perkara itu berlanjutan sehingga di shopping mall. Di rumah kami ada satu shopping mall yang selalu kami pergi untuk beli barang dapur. Jika dia sakit perut atau mahu kencing, Nona akan hanya masuk pada satu-satunya toilet yang selalu digunakan jika setiap kali kami ke sana. Kalau dia harus beratur panjang pun, dia sanggup. Dia cuma mahu berada di tempat yang dia familiar. Bila familiar, dia rasa selesa.
d) Di cafe atau kedai mamak macam tu juga. Dia hanya akan duduk di spot yang biasa dia duduk. Kalau ada family yang sedang duduk disitu, Nona akan berdiri menunggu sedangkan punyalah banyak lagi tempat-tempat yang kosong yang boleh dia duduk. Nona bukan sahaja menunggu, tapi dia buat riak muka menghalau secara halus. Family tu rasa tak selesa dan blah. Nona senyum-senyum puas.
Yeah, Nona memang loyal. Bukan perkara-perkara diatas sahaja Nona buat, banyak lagi. Hampir semua perkara dalam hidupnya dibuat dengan mengekalkan prinsip kesetiaan pada satu-satu perkara. Bagi Nona orang yang loyal punya pegangan hidup yang kuat. Bukan seperti lalang. Biar ianya menyusahkan, biar ia nampak bodoh, biar ia dikatakan self-fish - asalkan dia puas.
Ternyata Nona memang pakar dalam mempertahankan kesetiannya pada satu-satu perkara. Namun satu perkara yang Nona tidak boleh loyal seperti loyal-nya Nona dengan semua perkara-perkara rutin yang dilakukan ialah; mencintai.
Loyal pada seorang lelaki bukan kepakaran Nona. Dia tidak pernah puas hanya dengan seorang lelaki. Pernah satu masa, ada 4 lelaki yang dilayani dalam period yang sama. Nona tak fikir tentang perasaan setiap seorang dari mereka. Nona hanya mahu puaskan hatinya sahaja.
Kontradik.
Kadang-kadang Lola terfikir bahawa :
Bagaimana mahu menjadi loyal pada seseorang jika makna loyal itu sendiri dia tidak mengerti? Konsep loyal harus bermula dari dalam hati bukannya di war-warkan atau ditunjuk dengan perbuatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
i like this one.
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletemakcik suka.
setia bermula drpd hati,kalau menunjuk2 dgn perbuatan,masih dikira loyal ke?mungkin tidak,hihih
ReplyDeleteanisah, zaki n makcik,
ReplyDeletethanks. :)
along,
sepatutnya seiring. hati - perbuatan. :)
comel name lola. :)
ReplyDeletenona tu x pandai kate tidak pada lelaki ek?
dot,
ReplyDeleteboleh berkata tidak, cuma tidak loyal saja. :)
ni bukan loyal namanya.. mungkin boleh dipanggil 'hobi'.. hobi berak tandas yang sama. hobi park kat parking yang sama. hobi hias hidangan makanan. hobi melayan 4 lelaki.
ReplyDelete