Tuesday, May 12, 2009

Tunggu kering nanti


Kau kata mau jahit hati aku yang luka berdarah
tapi makin kau jahit, makin berdarah

Jarum itu tumpul
atau barangkali benang tersimpul

Biar aje luka itu
kering nanti baiklah tu..


12 May 2009
Damansara

Monday, May 11, 2009

Mari mengundi


1) Tak faham kenapa 'thumbs up' di buat setiap kali mengambil gambar. Perhatikan pak-pak menteri kita di akhbar-akhbar tempatan kita. Cuba meniru aksi itu dengan wajah yang konon-konon cool. 

2) Makcik Maimun itu sungguh cute dan Cool!!

3) Menggunakan sony cyber-shot baru gue. testing. :)

Sunday, May 10, 2009

Bila layang-layang boleh buat kau senyum


10 May 2009

9.00am - Farid called. Confirm mahu menonton French Film Fest bersama-sama di OU.
10.00am - Farid kata jumpa terus di OU. 
11.00am - Keluar dari rumah Wangsa maju.
11.45am - Bersesak dengan keramaian di OU. Withdraw duit. Window-window shopping. 
12.30pm - Di depan GSC. Call dan sms Farid, dia tak reply.
12.45pm - Decide untuk beli aje tiket. Cerita auto-bio French Painter -Sapherine. Sms Farid - I dah beli tiket.
1.00pm - Makan di nandos. Farid sms - I ada hal. Sorry tak dapat teman u.
1.30pm - Makan nandos. Extra hot peri-peri. Pedas betul. Sms Farid - Its ok. Maybe next time.
2.00pm - Jalan-jalan sekitar OU. Ada free show. Berhenti dan layan sebentar.
2.-30pm - Intai kedai kasut. Nak beli heels, tapi pakai converse. Malas nak buka stokin.
2.45pm - Beratur beli mineral dan mentos mint di GSC. Tunggu masuk cinema.
3.00pm - Dah ada dalam panggung. Ada 10 orang aje. Sempat mengira.
3.15pm - Movie tak start lagi. Wazir called. Boleh jumpa ke? Ok, i call lepas u habis movie.
4.30pm - Movie habis. Try called Wazir. Ok. Kita jumpa kat curve. Senang sikit. Muka ada senyum.
5.00pm - Dah sampai curve. Baru nak naik escalator, Wazir called - Sorry babe. Ada emergency. 
5.15pm - Jalan-jalan pula di curve. Ada bazaar. Beli 2 helai tshirt. Jalan-jalan lagi.
5.30pm - Baru rasa nak sms Wazir - Its ok. Memang i ditakdirkan bersendirian hari ni. Buat icon ): 
5.35pm - Rasa sms tu agak emo. Tiba-tiba Wazir sms - Sorry babe. I memang ada hal. Take care.
6.00pm - Keluar dari Curve. Sms Renn. U keja ari ni? Renn balas - I kat KB. Nenek i sakit. Balas semula - Sorry babe. take a gud care of u. Renn balas - I balik KL nanti, kita minum k. 
6.30pm - Masih di kereta. Tuju jalan ampang. Ada nampak banyak layang-layang kat udara. Memang tahu tempat tu untuk permainan layang-layang. Laluan sebelah kanan, agak sesak. Sempat ambik gambar, tangan sebelah drive. Senyum dapat capture layang-layang. Janji dengan diri sendiri, akan main layang-layang di situ nanti-nanti.
6.50pm - Sampai Wangsa Maju. Perut rasa lapar. Masuk ke KFC drive thru.
7.30pm - Sampai rumah. Kosong. Lupa, Elin dah takde. Dah berhenti kerja. Dia move out jumaat lepas. 
7.50pm - Bukak kfc. Makan depan tv. TV3 aje yang clear. Ada Tom and Jerry. Layan KFC dengan tom and jerry. Tak boleh nak senyum tengok tom and jerry. Tak tahu kenapa.
8.30 - Tengok DVD - I Have Love You So Long. French juga. Sedih. Depresi sebentar. Tapi endingnya happy. Rasa ok. ok.
10pm - Gosok baju. Esok nak keja. 

Pesan


Mummy selalu pesan;
ilmu kena penuh, supaya hidup dipermudah 
Mummy selalu pesan;
jangan degil sangat, nanti orang takut nak dekat
Mummy selalu pesan;
jangan peramah sangat, nanti orang salah anggap
Mummy selalu pesan;
jangan mudah mengeluh, itu untuk orang yang kalah
Mummy selalu pesan;
kerja biar ikhlas, baik-baik aja Tuhan balas
Mummy selalu pesan;
jujur dalam apa saja, semoga dipermudahkan setiap perkara
Mummy selalu pesan ;
senyum selalu, biar rezeki mudah lalu
Mummy selalu pesan;
cepat-cepatlah kahwin anakku, mummy dah tak sabar nak tukar lampin cucu!

Wahai Mummy - yang lain-lain tu Angah cuba. Yang akhir sekali tu, belum mahu cuba. hehe.

Mummy ku,
syurga aku,
selamat Hari Ibu,
I love u.

Thursday, May 7, 2009

Postcard


Semalam ada sessi minum-minum santai dengan encik Vovin. Macam-macam cerita yang dibualkan. Perancangan tahun depannya yang paling menarik dikongsikan. Mahu backpacking menjelajah dunia bersama Pipiyapong. Katanya dia hampir bersedia sepenuhnya dalam beberapa tahun kebelakangan ni dengan research, persediaan ketahanan minda dan jiwa, bagaimana survive dalam perjalanan. Juga bersedia untuk mencipta rindu dengan insan-insan tersayang kat bumi Malaysia ini. 

Aku kata pada Vovin - Setiap tempat you pergi, ambik gambar kemudian you mesti hantar poskad yang ada gambar tu pada I. Sekurang-kurangnya I boleh rasa I pun sedang backpacking melihat dunia. Dan Vovin kata itu satu idea yang baik dan sweet barangkali. Kalau dia jadi pergi, aku harap dia tak lupa kata-kata dia dalam sessi minum-minum kami semalam. 

Kata Vovin, sebenarnya bila kita menjelajah ke tempat orang kita semakin kenal dan sayang negara kita sendiri. Kita selalu rasa negara kita tak best, boring - itu semua kerana kita tak pernah keluar ke negara orang untuk explore dan rasa macam mana keadaan di sana. Seluas dan sejauh mana pun kita pergi, akhirnya kita akan kembali kat sini. Sebab cinta kita ada di sini. 

***Untuk vovin - kalau PP tak jadi pergi bacpacking, tolonglah ajak saya. Saya wanita kental. Cuma awak kena tahan nyanyian nangis saya di malam hari akibat rindu Mummy saya. hehe

Monday, May 4, 2009

Love is sharing

Sharing is loving!
Sharing is caring!

Aku selalu dengar ayat ni dan aku juga ada kalanya selalu laungkan. Tak kisah masa tu aku sedang kongsi makan, kongsi dengar lagu, kongsi membaca, kongsi cerita, kongsi kasut, kongsi seluar, kongsi barang, kongsi ilmu, kongsi pemikiran. Apa sahaja. Idea aku terhadap istilah 'berkongsi' itu aku rasa istilah paling tepat untuk istilah cinta aku. Ada 2 kisah di sini tentang itu. Yang aku mahu kongsikan. 

Masa aku ke Pahang, aku beritahu Epul aku ada shooting di sana memandangkan dia mengajar di Kuantan. Sebelum aku bertemu Epul, ada berlaku pertengkaran antara kami. Besar juga. Kita tak bertegur dan bertanya khabar agak lama juga. Sedangkan aku dan Epul, boleh dikatakan berkongsi apa saja sejak beberapa tahun lepas. Kita boleh berbicara apa saja. Kami berhenti berkongsi akibat pertengkaran itu. Ternyata ikatan itu kuat, kami mula berkawan semula baru-baru ini. Masa aku ke Pahang, kami seolah terlupa yang kami pernah bertengkar sebelumnya. Atau aku dan Epul nak beritahu, persahabatan kami lebih mahal daripada apa yang pernah berlaku sebelum ini. Malam tu Epul bawa aku ke Teluk Cempedak. Kami duduk di celah-celah couple yang memenuhi sepanjang persisiran pantai. Mahu merakam gambar, camera epul terlupa nak bawa. Aku punya handphone pula bateri kong. Aku rasa Tuhan mahu kami rakam dan tampal dalam hati detik itu. Dan perkongsian pun berlaku. Hampir semua perkara kita kongsi. Seolah update apa yang pernah tertinggal dalam tempoh pertengkaran. Ternyata kita masih boleh berkongsi. Itu cinta kan. Malam tu aku nampak bintang-bintang kenyit mata sambil tepuk tangan. Bulan main violin dan pokok kelapa menari-nari. 

Kisah kedua ada bagai-bagai rasa. Untuk pertama kalinya aku bertemu dengan dua orang yang aku tak pernah expect untuk berkongsi. Itu masalah buruk dengan expectation aku kira. Sebab dengan expectation kita sebenarnya telah menghukum sebelum berdepan dengan sesuatu itu. Kita akan sedih dan kecewa kalau ianya di luar jangkauan kita. Kita akan marah diri kita kerana telah menjangkakan sesuatu sedang kita tak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku. Kita seharusnya bersedia sahaja. Dengan kemungkinan-kemungkinan yang Tuhan telah tulis untuk hidup kita. Dengan satu tragedi, aku akhirnya bertemu dengan 2 insan ini. Pertemuan itu menghapuskan semua jangkauan ngeri yang pernah terbit. Ternyata kita mampu berkongsi. Yang paling tersentuh, kita tahu yang kita pernah ada jangkauan tentang hidup dan diri masing-masing, tapi kita tak sentuh langsung untuk kita raikan apa yang ada di hadapan kita. Pelukan dan ciuman itu aku rasa sehingga sekarang. Masih panas mengalir. Kata Kak Yong dalam sms dia waktu aku pulang - We will meet again, definitely! I love u. Itu sangat-sangat tersentuh. Aku kini ada 2 orang adik perempuan lagi. Satu kenyataan. Yang dulu aku tak mampu dan tak kuat untuk terima. Pertemuan itu menghapuskan prejudis dan expectation yang aku bina dengan kejam, aku kira. Maafkan aku. Kak Yong dan Adik, terima kasih. Kita bukan sahaja berkongsi seorang lelaki yang kita panggil abah, kita juga berkongsi cinta. Dalam sms abah selepas pertemuan itu - I'm glad and proud to have daughter like u. I love u. Perasan tak apabila perkongsiaan itu berlaku, cinta seolah-olah  mudah untuk di lihat, sentuh dan rasa.

Masa tu aku percaya bahawa cinta itu ialah apabila kita boleh berkongsi. 

Bila bunga sekuntum


Period pain mengganggu emosi dan tubuh aku sepanjang shooting di Pahang minggu lepas. Tapi untung menjadi hanya sekuntum bunga di antara beberapa ekor kumbang. Selalu di lindungi. Di tatang bagai minyak yang penuh. Aku tidak dibenarkan mengangkat barang-barang langsung. Aku berdiri, di suakan kerusi. Setiap kali pegang perut, semua datang kerumun, tanya itu dan ini. Concern betul. Rasanya aku makan pun, mahu di suapkan. Tapi aku tak ambil kesempatan. Sebab mereka semua kumbang-kumbang yang dah bertelur. Juga sudah ada permaisuri. Aku mencari yang bertelur juga, tapi yang belum ada permaisuri. 

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...