Friday, May 29, 2009

Ye! Itu adik saya.




Minggu ni penuh sms dan call bertanyakan - betul ke ajune kat dalam paper tu? Wah dia berlakon filem sekarang? Hebatnya!! Tak lama lagi popular la dia. Bolehlah you tumpang glamer dia.  Eh, u bila nak masuk mainstream? Asyik indie aje. Kalau indie tak glamer. 

Jawapan aku - Ye! Itu ajune. Dia berlakon filem 3 Budak melayu. Tak perlu tumpang glamer. Dia adik saya. Saya bangga dengan dia. Untuk mainstream? Tak kot. I better stay indie. 

Alina Abdullah cik gratis yang hebat melukis menjemput aku membaca puisi untuk event Pekan Frijan. Sudah lama tidak bau pentas. Adik-adik aku dari Sharpshooters akan turun bantu hilangkan gugup dan gigil di kaki. Kekasih semua, jemputlah datang. Ada jualan buku-buku, ada akustika dan laungan puisi jalanan. Click di poster kanan blog aku. Jom.

Thursday, May 28, 2009

If something is irrational, that means it won't work. It's usually unrealistic - albert ellis

Aku tak ada galah yang panjang
untuk jolokkan bulan mengambang
tapi aku ada malam yang panjang
untuk buat kau lena di ranjang

Sunday, May 24, 2009

Only time

Lagu ini untuk semua yang menunggu gue mengumumkan pesta hari bunga telur dan melihat gue kena cuci kuali besar.
Lagu ini untuk semua yang kerap bertanya bila lagi nak buat shorts baru dan features film.
Lagu ini untuk semua yang mahu gue kembali menjadi indie-person-women.
Lagu ni untuk seseorang yang minta gue jadi kekasihnya sedang umurnya hampir sedekad bezanya. 
Lagu ni untuk semua yang mahu gue kembali ke zaman 45kg dan boleh pakai skinny jeans. 
Lagu ni untuk semua yang mahukan cinta dan bersungguh-sungguh minta Tuhan turunkan kebahagian buat mereka.

Semuanya ada untuk kita semua. Cuma masa. 


**Tonton semula cerita ini untuk entah kali ke-berapa. Masih menangis. Mungkin gue lahir bulan november. Ada sedikit touching di situ. Siapalah akan jadi sweet november gue? Uhuks!

Friday, May 22, 2009

Kemeja bunga


Kau ketawa menyeringai
Melihat kemeja bunga-bunga yang aku pakai
Hingga kau lupa hati aku yang telah kau tumbuk hancur berkecai

22 May 2009
Kamar - Wangsa Maju

*Sedang iron baju buat bekalan ke Penang

Wednesday, May 20, 2009

Pepatah cinta untuk kau yang sedang terlantar

Pulang dari Ipoh, aku dikejutkan dengan peristiwa salah sorang teman kerja masuk hospital kerana telan 20 bijik panadol sekaligus akibat putus cinta. Kejutan itu sebenarnya tak merupakan kejutan sangat kerana sebelum ini dia pernah mahu terjun laut, sebab patah hati kekasihnya sudah ada gadis lain. Percubaan-percubaan bangang ini bersifat provokasi untuk mendapatkan perhatian ramai orang termasuk bekas kekasih. Dengan harapan kekasih itu akan datang semula menyembah. Tapi itukan cuma harapan. Belajarlah berhenti berharap. 

2 bulan lepas, dia buat tattoo kat lengan dia sendiri. Bentuknya sangat absurd. Katanya cederakan tubuh tanda kesucian cinta dan lambang kasih sayang. Juga membantu melenyapkan yang pahit dan sakit. Entah profesor cinta mana dia timba ilmu. Aku lebih tertarik pada lambang absurd yang dia buat di lengannya daripada berlagak menjadi kaunselor pada dia untuk bisik di telinganya supaya jadi kuat, jangan mengalah. Buang masa. Layan tandori dengan nan cheese kat NZ lagi best. Untuk dia yang sedang terlantar, puisi ini untuk kau. Aku cuba jadi empati, bukan simpati. Pepatah cinta untuk aku pada dia yang klise tetapi masih relevan dan mungkin berguna : Jangan jadi hamba cinta. 

Selendang, beg, rantai dan buku
Yang kau hadiahkan dulu
Semua aku lenyek dengan batu

Sepuluh minit kemudian aku terkedu
Dilenyekkan itu sebenarnya aku
Yang lebih bodoh dari batu dan kayu

Wangsa Maju
19 May 2009

Monday, May 18, 2009

Hari-hari kita


Waktu pagi kita;

Kopi dan tea
Creamer dan gula
French toast bersama
Jem strawberry juga marjerin
Baked bean
Sosej bergolekkan
Membaca akhbar anti kerajaan
Mengekek mengilai belek blog dengan broad band
Sesekali kaki menguis betis dan jemari berpautan

Waktu tengahari kita;

Berkejaran di sudut terminal
Sesekali main aci sembunyi di celah tombol
Menjadi seperti kanak-kanak yang hilang akal
Cuba mengira gerabak keretapi
Menyentuh landasan dengan kaki
Pabila hon berbunyi, kita sama-sama lari
Sesekali berduet puisi tentang keamanan
Sesekali sekuriti senyum, orang lalu lalang jeling perhatikan
Dan kita tak pernah pedulikan setiap andaian
Terus merakam setiap adegan
dalam diri, hati dan fikiran

Waktu malam hari kita;

Kau berperan seperti tokoh dalam Beautiful Mind
Aku pula menterjermahkan method acting persis Nicole Kidman
Lampu-lampu kita biarkan kelam
Props dan costume habis jadi experiment
Tersergam setting seolah mahligai di alam lain
Dan audio iringan kita biarkan kosong
Teater itu kita namakan 'monolog telanjang'
Dan klimaksnya kita bergelut dalam selimut dengan nyanyian dondang sayang

Waktu esok hari kita;

Kita sama-sama pulang
Ke daerah insan-insan tersayang
Dan semua kenangan semalam habis kita buang
Serta janji untuk tidak lagi melakukan yang terlarang

Waktu beberapa hari selepas pertemuan itu;

Kita bertemu lagi
Membisik rindu yang tidak terperi
Kemudian melakukannya untuk entah yang ke berapa kali
Dan berjanji ini adalah yang terakhir kali...

16 May 2009
Ipoh-Railway Station

**Tika berbual-bual bersama pengawal-pengawal di railway station Ipoh sambil makan burger.

Thursday, May 14, 2009

Perfume


Malam itu
waktu aku
menjadi bantal golekmu
leher kau di hidungku
aku terhidu
bau perfume baru
yang bukan milikmu

Kau pakai Jean Paul Gaultier
Aku bau Estee Lauder

Aku mengadap lampu
air mata jatuh bertalu
dan membentuk nahu
"Aku sedang di tipu!"

Kau kembali memelukku
Dengan nafas beruangmu
Aku masih tersedu
Hati menjerit fuck you!!

Wangsa Maju
14 May 2009

**Waktu berbual bersama 3 wanita yang mengaku perkasa dan masih mampu minum kopi tanpa gula serta berdiri kukuh mengadap hujan batu sambil tersenyum tanpa payung sepanjang hidupnya.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...