Friday, August 14, 2009

Berpusi sambil Berdansa


Membaca puisi dua orang legend, Pak Samad dan Pak Rendra di iringi muzik Bottlesmoker dari Bandung. Apa lagi yang paling cool selain itu? 


Thursday, August 13, 2009

Respect


Kau tahu tak yang kita sedang menonton teater?

cahaya handphone kau buat lutut aku menggeletar

aku rasa nak sepak kau sampai luar pagar


Tolong respect usaha yang ada di depan

mereka sudah berlatih berbulan-bulan

nak bagi jiwa dan minda kau ke depan


Setakat kau nak jawab 'hello' pada kawan-kawan 

atau nak membalas 'take care' pada teman-teman

tak sampai 2 jam pun, takkan tak boleh simpan


Paling bodoh pun, kau cuba hormat aku

sebab aku tak pernah nak ambi tahu

siapa yang kau sibuk sms bertalu-talu itu



Walaupun ada kalanya aku cemburu.


Apabila Syali jejak KLpac


Minggu ini rasanya minggu paling berseni bagi aku. Hampir setiap malam keluar untuk tonton teater. Penuh aktiviti teater mungkin nak habiskan sebelum puasa menjelang. Semalam aku tonton Teater Kompilasi volume 2 oleh geng-geng Rumah Anak Teater (RAT) di stor DBP dan malam ini (12ogos) ke KLPAC untuk Sweet and Short Festival. Festival ini adalah 10 minit persembahan teater dan tarian. Ramai yang ingat tayangan short filem, jadi bacalah infonya baik-baik. Semuakan dihujung jari aje. Tarian sudah selesai, minggu ini untuk teater pula.

Ini komen ringkas aku. Short & Sweet Festival itu sangat dashat, meletop dan menghiburkan. (harus dilebih-lebihkan, inikan promosi) Korang boleh dapat 1001 mesej kalau korang nak dalam ke-11 play yang dipersembahkan. Dan korang juga akan dapat 1001 emosi di dalamnya. Kesemua 11 play itu punya dinamika yang berbeza. Silalah datang sebelum korang menyesal. Belum tentu lagi tahun depan ada tau. KLPac bukan untuk golongan elit atau yang tak pandai bahasa Inggeris. Semua orang pun boleh tengok. Kalau tak faham, belajar-belajarlah untuk faham. Semua play tak menggunakan bahasa english sepenuhya. Semua mix. Kata 1 Malaysia. 

Teater kompilasi RAT tu aku rasa biasa-biasa aje. Atau mungkin aku kurang suka dengan temanya. Jadi aku tak nak komen banyak-banyak. Nanti fared ayam mengamuk dia terajang muka aku pulak. Haha. Apa pun teater ini masih berjalan hingga ahad nanti. Untuk sweet and short masih ada sampai sabtu. Pergilah kalau korang free. Dan cubalah free-free kan lah diri.

Itu belum lagi dengan teater sempena merdeka hujung minggu ini. Satu di panggung bandaraya (kak lenny and the gang plus artis budaya DBKL) 15-17hb dan satu lagi di stor untuk 10 minit teater merdeka-19-21hb. Tengok poster, Mamat Khalid dan Wan Azli pun hantar team. Mesti menarik. Sekarang ni semua nak buat 10 minit. Orang dah malas tengok citer panjang-panjang. Dragging nok! 

Untuk Syali yang terlibat dalam Short and Sweet Festival, awak patut bangga. Ramai yang takut untuk cuba bersaing dengan geng-geng teater english atau merasakan KLpac hanya untuk golongan elit, tapi awak telah memecahkan persepsi itu. Itu begitu membanggakan. Siapa kata harus fluent english untuk masuk KLpac? Kalau punya script yang baik, pelakon yang bagus dan determination awak sebagai director, nak pentaskan kat luar negara pun boleh yang! :) All the best! 

Monday, August 10, 2009

Only your real friends will tell you when your face is dirty - Sicilian Proverb


Kawan

kau sudah tidak mahu lagi minum satu cawan

apatah lagi mahu saling berdakapan

jarak kita bukan lagi hanya satu papan

mungkin sudah berpapan-papan


Kawan

aku sudah letih menyogok hanya pujian

aku letih lihat kelat wajah kau bila mendengar kritikan

apa makna yang kau mahu dalam persahabatan

mahu terus palsu dalam senyuman

atau berpijak pada kenyataan?

Anak Sulung Samad






Ini kawan se'ofis saya
yang kami panggil dengan samad sahaja
orangnya sangat cool dan relak-relaks aja
kalau bosan yang amat dia akan main guitar dan saya akan menyanyi gembira

Ini pameran pertamanya
dia dah berhempas bulan bertahun-tahun lamanya
akhirnya lukisan dia sudah dapat di kongsi bersama
ini semua atas passion dan usaha
saya lihat Samad senyum sampai ke telinga
dia teruja, dia terharu, dia berjaya
saya rasa sangat bangga

Samad kata dia gembira tapi sunyi
tiada girlfriend di sisi
dia sudah letih mencari
juga penat belajar memahami
tak pernah menjelma bidadari
saya cuma kata 'cintailah diri sendiri'
kerana dia punya harta yang lebih tinggi
bidadari pasti akan muncul satu hari nanti...

** Jemputlah datang menyaksikan lukisan Samad di galeri Threesixty di waterfront@Parkcity, Desa Park City KL. Masih banyak hari lagi. 

Saturday, August 8, 2009

Pulang ke Tasik Abadi

AKU MENDENGAR SUARA
JERIT HEWAN YANG TERLUKA
ADA ORANG MEMANAH REMBULAN
ADA ANAK BURUNG TERJATUH DARI SARANGNYA
ORANG-ORANG HARUS DIBANGUNKAN
KESAKSIAN HARUS DIBERIKAN
AGAR KEHIDUPAN BISA TERJAGA - WS Rendra

Tuesday, August 4, 2009

The strength of women comes from the fact that psychology cannot explain us - Oscar Wilde

Dataran Shah Alam - Frinjan Ogos 09'


Masa kecik dia pernah kena gigit tebuan,

dia menjerit habis-habisan

sakitnya bukan main

tapi seminggu kemudian

dia dah boleh panjat bukit, main masak-masak dan kahwin-kahwin


Masa tengah buas

dia masuk semak yang belum di tebas

konon-konon mahu jadi askar yang ganas

mahu jiwa bebas

tak sedar ada ular yang sedang rakus

3 minggu dia di wad tahan nangis

kemudian dan dah melompat dan terbang macam unggas


Masa kini dia masih sendiri

mencongak hari-hari

digigit dan disengat sang lelaki

koyak, calar, luka dan berdarah hati

tapi dia sendiri tahu bagaimana mahu ubati

kerana tebuan dan ular lebih sakit lagi


Wangsa Maju

4-8-09

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...