Wednesday, September 2, 2009

Pakej di Bazaar Ramadhan

Ada masak lemak tempoyak ikan parang
ada ikan bakar dan kerang
ada tom yam pok tek dan sayur kangkung
ada ulam-ulam dan kacang panjang
ada ayam panggang
ada rendang pinang
semuanya siap terhidang

Tapi,

Ayam rangka itu juga yang di telan
roti john itu juga yang di balun
agaknya ada bidadari di bazaar ramadhan
yang bagi flying kiss sambil tayang badan

Its ok. Sabar itu separuh dari Iman


Bdr Seri Putra
2/9/09

Monday, August 31, 2009

Merdeka kah?

Layar Tanchap Shah Alam - 2008

Bunga api dan mercun bergermerlapan di angkasa

dan mereka pun menjerit, Merdeka! Merdeka!

apa yang mereka faham tentang merdeka?

sedang prejudis dan diskriminasi masih berleluasa

Sunday, August 30, 2009

Kisah Si penggunting rambut yang over friendly

Aku pergi trim rambut aku baru-baru ni ngan cik Byezura. Amoi yang melayan aku tu sangat-sangatlah friendlynya. Dia bertanya itu ini. Aku layankan aje. Memandangkan kami baru melantak kfc drive thru, jadi semangat untuk mendengar celoteh amoi tu masih kuat. Masa dia sibuk trim rambut aku, aku bual-bual ngan Bye. Beberapa kali jugaklah aku panggil nama bye. Pastu dia pandang Bye dan cakap dengan slang dia la - Nama you Bye ka? Kenapa nama u Bye? Pastu dia pandang aku. Nama you apa? Ci ka? Baguslah tu. Sorang Ci, sorang Bye. Cibai! Pastu dia gelak macam Rosnah Mat Aris dalam drama Samarinda.

Bye gelak-gelak aje. Aku tumpang gelak sikit la. Dalam hati- Amboi bukan main amoi ni. Kemudian, aku saja-saja buat tak tahu. Aku tanya dia - Lu tahu ka apa itu cibai? Sambil dia duk godek-godek rambut aku dia cakap - Ayo..lu tanya boyfriend lu la. Dia mesti tahu maa..Semua orang dalam salon tu ketawa berdekah. Ohh..memanglah si amoi ni joker dalam salon tu. Semua orang suka dengan lawak-lawak dia tu. Seolah-olah semua tunggu lawak bangsat apa lagi yang akan keluar dari mulut dia.

Masa kami keluar dari salon, dia jerit, Bye-bye Cibai! sambil lambai-lambai tangan. Kami pun masuk kereta. Aku pun gelak-gelak je terkenang si amoi tadi tu. Lepas tu, si Bye senyum-senyum. Tiba-tiba, dia tanya. Angah..Cibai tu apa?


Bye tak tahu rupanya. Ok. Fine.
Gua kasi lu punya boyfriend nangis tengok lu! Tak moh lepas wooo. - Kata-kata amoi Si penggunting rambut

Wednesday, August 26, 2009

Dia tak comel pun, dia bergerak-gerak dan merimaskan pandangan.

Muka dia mencuka. Marah. Kalau lehernya boleh berpusing 360 darjah, dia akan pusing arah belakang sahaja. Dia cuma boleh pandang keluar tingkap. Tengok hujan yang lebat turun. Mungkin nak beritahu : Wahai hujan, kau sajalah yang mengerti perasaan aku ini.

Dia kata aku tak up to date. Hampir semua rakyat Malaysia tengah gila-gila beli benda tu . Bukannya mahal pun. Adik beradiknya semua ada sorang satu. Termasuk mak bapak dia. Jadi kalau aku tak pakai, aku di anggap againts kepada society.

Aku ingat lagi masa kami dua-dua dalam zaman universiti, dia sibuk suruh aku beli pink panther yang boleh melekat kat cermin. Semua budak-budak yang ada kereta, semua pakai benda alah tu. Bukan alasan tidak mahu menjadi conformist kepada siciety, ini soal 'semak'. Faham tak? Aku rasa tu pun antara penyebab orang kemalangan. Ye lah, si pink panther tu sebesar-besar alam duk tertongek kat depan cermin. Menghalang pandangan orang nak drive la. Haih!

Kali ni dia rasa bengang yang teramat sangat sebab benda itu bukan menghalang permandangan untuk drive pun. Benda tu kecil aje. Comel dan menawan. Boleh jadi hiasan kalau bosan-bosan duk dalam kereta. Ada macam-macam color pulak tu. Dia kata aku kolot dan pentingkan diri sendiri.

Aku tetap tak mahu. Dan aku benci bergaduh benda-benda bodoh macam tu. Aku dah suruh dia letak dalam kereta dia. Tapi dia kata, bila berpasangan haruslah sehati sejiwa. Kalau dia letak, aku juga harus ada. Kalau dia rasa sehati sejiwa itu hanya setakat macam lagu Nurul-Ajai, boleh blah la.

Dia masih lagi memandang ke luar. Walaupun kami dah sampai ke bazaar Ramadhan. Dia duduk aje dalam kereta tak mahu keluar. Kata aku - Jomlah! Mana tahu ada jual benda tu kat bazaar Ramadhan ke? Kemudian aku senyum macam John Travolta dalam filem Be Cool. Muka dia tambah kelat. Macam nak pecah cermin kereta tu dia pandang. Aku tutup pintu kereta dan menuju ke bazaar. Moga puasa aku masih lagi dalam keberkatanNya.


Tuesday, August 25, 2009

Those who love deeply never grow old; they may die of old age, but they die young - Sir Arthur Wing Pinero


Setiap hari kita cuba kira berapa helai uban atas kepala masing-masing
sebelum tidur atau selepas fajar menyinsing
kemudian kita sama-sama akan pasangkan gigi palsu masing-masing
dan kemudian gosok mana-mana bahagian yang telah kuning
_________________________________________________
Setiap hari kita cuba bezakan kedut siapa yang paling ketara
di tumit kaki, jari-jemari, leher, dahi dan celah-celah mata
kemudian kita ukur bongkok siapa yang paling ketara
kemudian kita mengejek cara jalan masing-masing sambil ketawa
_________________________________________________

Setiap hari kita cuba mengingatkan setiap nama cucu dan cicit kita
jika salah seorang dari kita terlupa nama mereka, tentu saja ada dendanya
kemudian kita berbaring sambil bayangkan hingar bingar suasana
bila semuanya berkumpul mengadap mendengar cerita zaman percintaan kita
______________________________________________________

Setiap malam kita tidur berpandangan
menunggu mata kita sama-sama terpejam
tubuh kita erat berdakapan
tangan kita saling bersentuhan
sambil berdoa pada tuhan
semoga ada lagi hari esok untuk kita berkasih-kasihan
_____________________________________________

*Teringat Opah
Bangi
25-8-09

Membaca puisi Latah Setinggan karya Pak Samad di rumah Frinjan di temani Zulhabri sebagai suami imaginasi. Terima kasih Zul. :)

Monday, August 24, 2009

9 akal dan 1 nafsu

Gincu merah jambu

Maskara maybeline terbaru

Eye shadow biru

Kebaya baldu

5 inci sepatu


Tiada lampu

Cuma lilin nan satu

Beethoven bersenandung syahdu


Semuanya untuk malam itu

tapi dia cuma mahu masuk kelambu.



Bangi

24-8-09

Saturday, August 22, 2009

Rasa-rasanya saya boleh ganti Menteri pembangunan Wanita tak?






Poem "Kita Semua Masih Di sini" by Fazleena Hishamuddin
Event Frinjan - Shah Alam
Photos by Ijal
Video by Byezura & Azrai

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...