Monday, October 11, 2010

Tubuhnya Masjidku

Sekitar penggambaran Bila Cinta Sudah Melakat, Tahi Kucing Rasa Coklat oleh Bin Filem dan rakan-rakan. Saya enjoy shooting untuk short ini. Karektornya pertama kali saya bawakan, jauh beza dengan sebelum ini dan storyline yang bagus. Penggambaran yang tidak stress dan setiap kali cut, akan ketawa berderai-derai. Thanks for the team. Thanks for the director. Siapa yang tidak mahu bekerja dengan Bin Filem? Pheww. I think i'm the lucky one. :)






Kekasih saya pesan, dalam hidup kita kena pilih priority.
Tak semua yang boleh kita miliki.
Kawan datang dan pergi.
Ada yang suka ada yang benci.
Begitu juga dengan seni.
Ada yang wannabe dan syok sendiri.
Peduli apa dengan persepsi.
Takkan mati dikeji.
Takkan selamanya dikhianati.
Yang penting kita tahu sendiri.
Yang penting kita kukuh berdiri.
Yang penting kita tak pernah membenci.

**Yeah, dia betul. Kali ni saya setuju dengan kata-katanya. Selalunya saya pilih untuk degil. :P

Sunday, October 10, 2010

Friends Forever Disorder

RS : Ada satu penyakit bernama 'Friends Forever-Disorder' ini. Penyakit ini unik dimana setiap anggota kumpulan wajib sekepala sejubo selamanya. Tidak ada singularity dan individualiti. Simptomnya, apa yang benar takut dinyatakan. Takut hubungan politik kawan tadi terjejas—takut hilang kawan.

ZE : Jadi kau tak takut hilang kawan?

RS : Aku ada faith—buat apa aku takut? Kalau aku tak ada kepercayaan terhadap kawan aku, buat apa aku berkawan in the first place?


**Perbualan diambil dari entry Ridhwan Saidi aka Bin Film di entry yang tajuknya : Perbualan bersama teman FB yang telah dibuang kemudian diterima kembali.

Friday, October 8, 2010

Children will not remember you for the material things you provided but for the feeling that you cherished them - Richard L. Evans

1)Seronok layan budak-budak. Diorang jujur. Tak pandai touching2.
2)Kerenah cikgu lebih mengada2 sebenarnya. Sebab cikgu orang tua. Touching lebih. Tak dapat air pun nak mengamuk. Mengalahkan budak-budak.
3) Dah ada dua sekolah kata muka I macam Liyana Jasmay. Ouch, aku tak percaya cinta, aku tak percaya cinta, aku tak percaya c.i.n.t.a. Ajun kata, LJ versi berisi kot. heh
4) Ada yang minta autograf, dan nak jadi adik angkat. Rasa sungguh artis masa ni.
5) Tidur lebih cepat sekarang ni, jam 12 dah masuk tidur. sebab sekolah seisi pagi. Bangun kul 5am, gerak kul 6am. Kalau tak cukup tido, mata macam panda. Dan tak cukup energy nak borak-borak dengan budak-budak ala-ala pak nil dalam tom tom bak. Style buat muka serius dan nak habis cepat.
6) Cikgu lelaki minta no telefon dengan menghantar budak2 sebagai messenger. Tak gentleman langsung.
7) Dah ramai adik2 menjadi rakan di FB. Harap-harap kalau kak Faz tak layan sangat korang, jangan remove jadi kawan ye. :P
8) Mummy paling gembira, hari-hari dapat air free.
9) Bekerja dengan org2 yang disayangi, penat pun rasa ok.
10)Moment paling best bila diorang bagi respond dan belajar untuk mendengar dengan baik walaupun ada kalanya perkara tu not so interesting, tapi sebab ada rasa respect diorang belajar beri perhatian dan dengar. Yeah, itu semua selalu bergantung pada cara/sistem tempat belajar itu juga. Jatuh pada tahap macam mana cikgu-cikgu handle diorang.
11) Antara pengalaman best untuk tahun ni.
12) Tak sabar nak anak sendiri. Awww. :P



Wednesday, October 6, 2010

Blueberry not blackberry



Leslie : Sometimes your rhythm's off, you read the person right but still do the wrong thing.

Elizabeth : Because you trust them?

Leslie : Because you can't even trust yourself.

Sunday, October 3, 2010

Eat Pray Love



"You need to learn how to select your thoughts just the same way you select your clothes every day. This is a power you can cultivate. If you want to control things in your life so bad, work on the mind. That's the only thing you should be trying to control." — Elizabeth Gilbert (Eat, Pray, Love)

Let's Watch Your Hand

Ini play pertama berbahasa inggeris yang saya direct. Oh ya, ia dipentaskan semasa bulan puasa tempohari. Play ini untuk create awareness di kalangan pelajar sekolah rendah tentang bagaimana pentingnya membasuh tangan dengan menggunakan sabun. Pada awalnya pihak event meminta saya menjadi cast dan directornya, tapi saya cakap saya dah tua untuk lakonkan watak student primary school. Dan saya rasa dah tiba masanya saya beri peluang kepada adik-adik dan kawan-kawan saya untuk rasa pengalaman ini seperti mana saya pernah terlibat dengan tour event Fumakilla (kesedaran pentingnya menjaga kesihatan untuk elakkan denggi) sebagai cast. Jadi saya tumpukan untuk direct sahaja.

Dua adik dari UPM iaitu Nadirah dan Fika. Nadirah memang fave actress saya sampai bila-bila pun. Saya melihat diri saya di dalam dia. Jika saya punya peluang untuk direct dalam medium apa sekalipun, dia memang selalu jadi 1st choice. Sebab dia tak hipokrit, humble, kuat belajar dan baik hati. Ciri-ciri ni ciri manusia yang saya suka. Dan seorang lagi Fika, iaitu kawan kepada Nadirah. Dia masih baru lagi dan takut-takut tapi bersemangat. Berulang kali dia khabarkan yang dia teruja dan jika ada lagi dia mahu turut serta. Dan seorang lagi geng paradoks aku iaitu Syai. Syai sanggup datang dengan motor ke training kami di UPM malam-malam. Dan boleh hafal skrip english yang berjela-jela tu. Aku kagum dengan attitude dia. Dia tak rasa pun yang play itu harus diperlecehkan kerana play untuk kanak-kanak. Dia buat sungguh-sungguh. Lepas show pihak event tak habis-habis beritahu : good job! pada aku. Aku rasa good job tu pada mereka bertiga. Thanks kerana mahu sama-sama ada dengan aku untuk cipta satu lagi pengalaman manis atas pentas.




4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...