Tuesday, December 4, 2012

Seksi Ovari

Hadiah hari jadi tahun ni yang paling manis. Sebuah buku himpunan kata-kata & puisi saya untuk dikongsi kepada semua. Alhamdulilah. Terima kasih kepada Sufian Abas & Aloy Paradoks yang menerbitkan dan mendokumentasikan jiwa dan rasa saya. Pelancaran buku ini akan dilakukan sempena art for grabs di annexe CM, 16 Dec 2012 (sabtu) jam 3-4pm. Saya akan mendendangkan lagu-lagu puisi dalam Seksi Ovari. Insyaallah. Jumpa disana okay??



Pra-pesanan boleh dilakukan dengan cara melawati blog ini. selutpress.blogspot.com 


Sunday, October 28, 2012

Monday, October 8, 2012

Ratna Kadhal

Hola! Pementasan teater Kawan-kawan yang kita suka (KKYKS) sudah pun berakhir. Banyak sukahati dan tragedi yang berlaku sepanjang perjalanan pementasan itu. Secara keseluruhannya teater itu berjaya kerana hampir setiap malam panggung penuh dan telah di extend kepada satu pementasan lagi. Namun kejayaan produksi teater bukanlah daripada jumlah kutipan tiket sahaja, tetapi kepuasan semua individu yang terlibat didalamnya. Secara personal, saya tak puas bermain utk KKYS ini. Banyak faktor, antaranya kurang persediaan dari segi mental dan fizikal. Kepuasan pelakon bukanlah daripada pujian yang melambung, tetapi ia lebih kepada berapa percent yang telah kita buat dan beri kepada khalayak kita. Itu kita sendiri yang boleh rasa. Audience kita boleh tipu, diri sendiri boleh kah? Jika KKYS diberi lebih masa dan ruang membuat persediaan, mungkin play ini lebih solid dan berkesan. Apa pun, kerana ini adalah play yang dibuat bersama kawan-kawan yang kita suka maka ia tetap satu pengalaman yang manis dan tak boleh dibeli di mana-mana. Terima kasih kepada Fasyali Fadzli kerana awak masih lagi mahu memberi saya peluang & ruang untuk ekspresi kebolehan saya. Terima kasih kepada seluruh tenaga produksi yang sama-sama memperjuangkan semangat kita.

Saya akan muncul lagi dengan sebuah play baru yang bertajuk Ratna Kadhal. Ini adalah julung-julung kali saya bekerja dengan kumpulan luar yang hampir semuanya bukanlah yang kenal rapat. Jadi apa salahnya saya cabar diri sendiri untuk beraksi dan berkongsi dengan orang lain yang tiada bezanya kerana perjuangannya tetap sama iaitu kerana minat. Saya dipelawa oleh pengarahnya Khairunnazwan Rodzy dari Revolution Stage untuk sama-sama menjayakan pementasan ini yang akan dipentaskan pada 19-21 oktober ini di kompleks kraf kuala lumpur. Pentas ini juga yang pertama kali saya rasa. Saya tak meletakkan expectation yang tinggi, seperti biasa saya buat aje selagi boleh. Sekarang kami sedang dalam proses latihan yang agak intensif memandangkan shownya sudah dekat. Ini play yang menggabungkan bahasa tamil dan bahasa melayu dalam sebuah play. Sound interesting kan? Dalam play ni saya memegang watak sebagai Ustazah Nur Kamisah yang akan bergandingan Aloy paradoks sebagai Krishnan. Watak-watak lain adalah seperti Dyna zainal yang akan memegang watak Ratna, Hariry Jalil, Azrul Azizi dan Azman Hassan. Semuanya mereka yang saya teringin bekerjasama dan akhirnya impian tu semakin pasti. Disini saya menjemput semua untuk hadir memberikan sokongan kepada kami. Jemput datang dan semoga terhibur.


Thursday, August 30, 2012

Kawan-kawan Yang Kita Suka macam mana agaknya?


Tinggal beberapa hari lagi untuk melihat teater ini dipentaskan. I dan kawan-kawan yang lain sedang giat berlatih untuk teater ini. Rasanya sudah hampir setahun tidak beraksi dipentas teater setelah pementasan 1 plastik hitam tahun lepas. Jika ditanya dalam banyak-banyak perkara yang paling I suka nak buat adalah : main teater. Dengan adanya teater ini ia mengubat kerinduan I pada bau pentas, silauan lampu, reaksi audience, rakan lakon, hafalan dialog serta keseluruhan tenaga sakti dalam dunia teater. Siapa yang pernah main teater, dia tahulah rasanya bagaimana. At least I kena pastikan setahun sekali mesti berpentas. Supaya momentum tu tak hilang. Mana tahu tahun depan dah sibuk main dengan anak pula. Hehe.

Jemput datang awak-awak, kawan-kawan semua. Tanpa awak, siapalah kami semua.




Tuesday, August 28, 2012

Sentuhan



Sebuah lagi iklan yang I tulis. Terima kasih Tuhan atas akal, ilham dan inspirasi. Terima kasih atas ruang dan rezeki. Alhamdulilah.

Monday, August 13, 2012

Aman



Commercial adalah medium yang saya percaya satu hari nanti saya akan berada di dalamnya dan menjadi salah seorang yang membikinnya. Dan hari ini iklan ini keluar dengan saya sebagai script writer dan assistant director. Alhamdulilah. Syukur.

Monday, April 2, 2012

Jom Lumba












Insyaallah, akan menemui kita semua di saluran 180 (Tvi) May nanti. Enjoys!

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...