Tuesday, June 30, 2009

Robotik

Aku katakan yang Transformers tak perlu di tonton banyak kali di cinema, cukuplah sekali. Dia hangin satu badan. Sms tak mahu balas. Dia letak telefon sebelum aku sebut Take Care. Kata dia aku tak appreciate CGI. Aku anti-teknologi. Aku asyik-asyik humanity. Bosan. 

Semalam bila dia hantar aku pulang, setelah satu jam Travis aje yang bersuara antara kami, aku keluar dari keretanya dan menjengukkan kepala aku memandang dia. Dia macam batu memegang stering dan kepala tegak ke depan macam pelatih PLKN di kem Semenyih. Aku biarkan begitu selama 10 secs dan kemudian dia bersuara. Masih dengan kepala pelatih PLKN. Tidak toleh ke aku langsung. Tangan masih di stering.

"You memang tak nak tengok Transformers lagi sekali dengan I?"

Kali ini aku up kan lebih lama. Naik 20 secs. Aku pandang aje dia. Stering tu macam nak tercabut dia genggam. Damn Funny

Akhirnya aku tutup pintu kereta dia. Dan memandang keretanya perlahan-lahan tinggalkan aku. Wiper belakangnya bergerak kiri dan kanan. Aku faham. Maksudnya - Good Bye!

Monday, June 29, 2009

“The role of a writer is not to say what we all can say, but what we are unable to say.” - Anais Nin

Episod cinta aku yang lepas dengan seorang penulis karya-karya surrealism. Dan aku jatuh cinta dengannya juga kerana terpersona dengan keindahan bahasa dan permainan konflik ciptaannya dalam setiap bait-bait kata yang tertulis.

Bersama seorang penulis itu menjadikan imaginasi melangit. Seorang penulis itu sangat cool, aku kira. Makanya percintaan kami berlaku dalam separa sedar. Mimpi dan realis.

Sesi pembacaan aku selalunya berlaku dengan meletakkan kepala di atas perutnya. Dia bukan pemilik badan seperti Van Damme atau Awie, tapi ruang itu punya kenikmatan tersendiri. Perutnya lebih empuk dari tilam Vono. Dia akan meminta aku membaca dari bab akhir ke bab prolog. Mengikut kata dia – kehidupan sebenar tidak mampu menuntut kita mengetahui apa yang ada akan datang. Makanya dengan buku kita boleh menjejak masa depan. Mengetahui pengakhiran itu kan satu kuasa yang lebih dashat dari punya kekebalan superhero. Dengan dia aku belajar untuk menjadi tukang tilik. Cuba-cuba meramal apa akan jadi 10-20 tahun akan datang. Cuba telah-telah apa akan jadi pada cinta kami di abad ke-22.

Sayangnya, walau bersama seorang yang surealis, aku masih lagi memaut kaki di atas bumi yang nyata. Dan tentunya bertindak atas kenyataan dan paksi-paksi realiti itu tak pernah hilang walau dimuntahkan aku dengan ciuman titik dan bulatan mimpi. Kata-kata dia acapkali ialah – Kau mimpi aja sayang. Tentu semuanya akan jadi milik kita.

Ternyata kita hanya boleh mimpi untuk bacakan puisi-puisi  Al-Khansa dan Gibran setiap malam sebelum tidur pada Che, Fals dan Lennon. Kita hanya boleh imaginasi senyum-tawa mereka tika kita bawa mereka menonton street performer di sekitar ibu kota. Kita hanya boleh bayang cebik-nangis mereka bila kita terlupa nak bawa mereka menonton movie di international screen. Kita tak dapat nak rakam pun aksi mereka hujung minggu bila mereka harus melakukan monolog atas stage yang kita bina depan laman rumah kita.

Entah apa puncanya. Setelah 6 bukunya aku khatamkan, dia berlalu pergi begitu sahaja. Tanpa ada setitik jejak sekalipun. Dan kerana pengamal realiti yang dashat aku fine fine aje dan tidak menggelabah mencarinya. Simple aje. Kau mahu pergi, pergi aje. Macam hidup dan mati. Macam cinta dan benci. Come and go. Walaupun kadang-kadang aku teringat dan rindu tilam vono dia. Its ok. Rindu itu kan satu emosi yang positif.

Dan terbaru, dia muncul lagi. Itu juga tidak mengejutkan. Dia kan mamat unpredictable. Dia campakkan karya baru dia depan pintu apartment aku. Tajuknya – Si Gadis Rewind. Di kulit depan buku itu poster seorang perempuan membaca di atas perut seseorang. Aku teliti. Rambut aku panjang lagi masa tu. Dan tilam vono itu, Ya! itu tempat kegemaran aku satu ketika dulu.  Sempat dia capture masa aku sedang membaca salah satu karyanya. Dia rupanya bukan sahaja penulis, juga pemegang lensa yang baik. Di lembaran pertama tertulis : Kau perkara terindah pernah aku ada. Tapi, aku hanya boleh mimpi kau sayang! Tika itu, air mata aku tidak jatuh cuma bergenang.

Sampai sekarang aku masih belum selak karya pemberiannya itu . Kerana seolah aku boleh ramal apa yang tertulis di dalamnya. Aku kira itu satu bahagian yang paling punya value dalam hubungan ini. Terima kasih.

Kau tak sehebat karya-karya kau Sayang!!!

Friday, June 26, 2009

Hope



















Malam itu kita hanya berpelukan
Tidak sesekali berciuman
Hidung kita berlagaan
Nafas kita saling berserapan

Bila ayam bersahutan
Mata kita saling berpandangan
Tidak sekalipun berkelipan
Perlahan kau bisikan

Kenapa kau hadir hanya sebagai harapan?

Kuala Terengganu
26th June 2009

Thursday, June 25, 2009

Saya tahu saya seorang kakak yang sweet!



Kami tak sempat berlatih langsung. Puisi ala-ala itu pun saya tulis on the way ke party hari jadinya. Saya di Sabah dan Aboy di KL. Kami berlatih sendiri-sendiri. Maka, inilah yang mampu jadi. 

Hey Cik Ajun : Jika mahu terus bersama, belajar mencintai kekurang-annya. 

Aboy : Perlahan-lahan aku terima, kau menjadi sebahagian daripada kita. 

Wednesday, June 24, 2009

Pecinta Rahsia

Waktu aku sampai dari Sabah, aku terus ke kereta. Masukkan barang-barang yang aku beli untuk budak office dan untuk Mummy ke dalam kereta. Malas nak bawa naik rumah. Masa tu Epul salah seorang adik praktikal di office aku ada bersama. Dia tolong angkatkan barang. Masa proses pemindahan barang-barang tu, aku ternampak satu bungkusan warna putih tersangkut kat pintu kereta. Bila aku bukak, ada kebab di dalamnya. Aku tanya Epul - Cuba awak tengok ni. Ada orang sangkut makanan! Sambil menyuakan pada Epul bungkusan tu. Epul sambut - Ala..ada la tu orang mana-mana, dia lalu kat tepi kereta angah ni, pastu dia tersangkut kot makanan dia! 

Sambil berjalan naik ke rumah aku meneliti bungkusan tu. Aku bau kebab tu. Dah basi. Mungkin dah beberapa hari. Ada tong sampah besar sebelum aku naik ke rumah. Aku campakkan terus kebab ke dalam tong tu. Tapi dalam hati aku bertanya-tanya, mana boleh makanan tu tersangkut kat tepi pembuka pintu kereta aku. Sebab kalau tersangkut pun, mesti jatuh. Ini aku terpaksa keluarkan dari handle pintu. Aku ada juga terfikir tentu ada orang yang sangkutkan. Entah-entah secret admirer kot. Aku senyum-senyum aje naik ke atas rumah. Esoknya aku cerita dengan budak-budak production aku. Epul pun sama bercerita. Kami ala-ala brainstorming. Diorang pun bagilah beberapa assumption yang diorang rasa berasas :

a) Ada mamak NZ yang suka pada aku telah menyangkutkan makanan tu sebab dia tak boleh bagi tahu secara direct dia suka kat aku
b) Ada seorang mamat ni nak bagi surprise kat awek dia dengan meletakkan kebab di pintu kereta awek dia, tapi rupanya tersilap kereta dan kereta aku menjadi mangsa. 
c) Bekas-bekas boyfriend aku yang tahu aku suka kebab telah meletakkannya sebagai tanda mengingati aku
d) Guard kat rumah aku yang nak buat baik dengan aku sebab selalunya setiap kali aku jerit salam, diorang buat muka ketat. Mungkin rasa bersalah.
e) Cleaner kat kawasan rumah aku duduk makan-makan dan sembang-sembang sampai terlupa dia telah menyangkutkan makanan dia di kereta aku. Pastu terlupa nak ambik balik.

Akhirnya kami tinggalkan aje cerita kebab tu dan menjalani rutin office dan hidup macam biasa sebab merasakan 70% kebab itu hanya tersangkut aje. Bukan di hantar oleh peminat atau lelaki yang menyukai aku secara rahsia. 

Rupanya cerita misteri itu tak berakhir di situ. Pagi tadi aku masuk kerja lambat. Tidur lewat. Aku sampai ke kereta dalam jam 11am. Masa nak bukak pintu belakang kereta, ada bungkusan merah. Aku dah rasa pelik dan berdebar. Aku belek-belek. Bungkusan nasi lemak pulak. Aku start enjin kereta dan memandang sekeliling. Kejap tengok nasi lemak, kejap pandang depan, Kejap pandang kiri kanan. Aku sampai office. Aku cerita pada Denny. Denny kata - ada la tu mat bangla mana suka kat u. Akhirnya aku tak makan nasi lemak tu. Bukan sebab alasan dengar apa yang Denny assume kan, tapi sebab aku tak pasti makanan tu ok ke tak. Jadinya aku buang aje. 

Untuk pecinta misteri - 

Usaha kamu saya kagumi
tapi, saya mencari orang yang berani. 

p/s : Sangkutlah Nandos pulak. Fast Food fave' saya. 

Monday, June 22, 2009

Kata dia aku lebih kejam dari Hitler

Aku cuma gigit hati dia guna gigi taring paling tajam
kemudian tinggalkan bekas yang paling dalam

Aku cuma toreh-toreh manja hati dia sampai terpercik darah
kemudian biarkan saja sampai bernanah

Aku cuma koyak kemudian renyuk-renyukkan hati dia
kemudian hanya senyum melihat dia perlahan-lahan mencantumkannya semula

Aku cuma minta dia tulis nama aku dalam hati
takkan itu pun dia tak mampu ikuti

Aku kejam
atau dia yang tak pernah mahu faham


"Those who want to live, let them fight, and those who do not want to fight in this world of eternal struggle do not deserve to live" - Hitler

Thursday, June 18, 2009

Don't Cry

Kita baring atas bantal dalam kamar beradu 

Suasana gelap dan sunyi, cuma ada 1 lampu

 

Malam itu malam terakhir kita bersama, kata dia.

Aku kata – Ok. Aku faham dan terima.

 

Dia peluk aku kuat dan padat

Aku cuma baring tegak dan padang wajah dia tepat

 

Kemudian dia menyembankan muka pada dada aku

Dan bertanya dengan suara yang tenggelam timbul, kau cinta aku?

 

Aku diam dan mengusap helai-helai rambutnya

Dan terus senyap untuk satu jam lamanya

 

Aku cinta kau – kedengaran selepas satu jam berakhir

Itu bukan suara aku, tapi suara dia yang bergetar.

 

Ruang antara buah dada dan leher aku sudah basah

Aku perlahan mengucup kepalanya dengan jiwa yang tenang dan tidak pasrah..

 

18th June 2009

Wangsa Maju

"Give me a whisper
And give me a sigh
Give me a kiss before you tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinking of you
And the times we had...baby

And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight"

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...