



Dia seolah membawa 8 karung beras di atas badan
Dadanya seperti dihempap batu seberat 1000 tan
Kakinya macam diikat oleh tanah dan kepalanya digantung di awan
Katanya mencintai aku itu satu beban

April/Kuala Selangor-2008

Masa kita bina rumah pondok
Atas pokok
dan main masak-masak
kau mengasak
mahu aku jadi bidadari kau kelak
Masa kita sudah terikat
Kau pegang erat
Dan kau lafaz sarat
Cinta yang lazat
Dan doa hidup yang berkat
Masa kita tidak mahu lagi
Sesama sendiri
Warna pelangi
Sudah tidak beerti
Malah hujan petir hari-hari
Masa itu
Kita tahu
Kita akan rindu
Masa dulu.
Kita cuba bina rumah di tengah lautan
Malam hari kita indah berteman bulan
Ombak tak pernah jadi halangan atau rintangan
Untuk kita rasa nikmat kebahagiaan
Tapi akhirnya kita tak sanggup dengan ganasnya sang taufan
yang meranap dan menghapus cinta kita perlahan-lahan
Kita cuba bina rumah atas gunung
Angin dan kesejukan malam menambah kasih sayang
Rumah tinggi kita seolah boleh gapai bintang
Tapi ada kalanya kita takut dengan cerun genting
Yang buat dada kita selalu bergetar panjang
Kita cuba bina rumah di dalam hutan
Jauh dari pembangunan dan kebisingan
Alam jadi pentas berdansa dan pesta keramaian
Meraikan cinta dan kemesraan
Tapi ada kalanya kita getar dengan suara binatang yang berselerakkan
Dan kita tidak sanggup selalu hidup dalam ketakutan
Sebenarnya kita tak pernah kisah apa-apa
Kita boleh berumah di mana-mana
Asalkan kita selalu bersama

Terima kasih kerana sudi jadi Angel saya. Yang selalu beri ubat untuk setiap luka perih saya.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...