Thursday, July 29, 2010

Bila lagi nak dapat peluang melalak di jalanan?


Apa itu Plore?

Di Pasar Seni Pada tarikh dan masa yang diatas, mereka semua seperti nama di poster akan berkumpul ramai ramai... dan projek busking pun berjalan... tanpa henti selama 3-4 jam...

Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk sama memeriahkan suasana dan lepak lepak hisap rokok.
...
Apa yang mereka lakukan?

apa yang mungkin mereka lakukan ialah, bernyanyi, bermain gitar dan alat muzik lain seperti bonggo contohnya,membaca puisi, installation art atau apa saja lah.... (diambil dari catatan Paradoks di Facebook)

Tuesday, July 27, 2010

Tembus



Berjaya juga saya tembus dinding aswara. Peh.

Subjektif



Kita bukan pekak
Bukan kudung
Bukan tuli
Bukan bisu
Bukan buta
Bukan nazak
Bukan uzur

Kita cuma punya
Kulit gelap
Badan pendek
Hidung peset
Telinga besar
Tetek kecik
Kurus kering
Betis penuh
Lengan lembik
Muka petak
Dahi sendat
Mulut lebar
Gigi bersempang siur

Kita rasa rendah diri
Rasa kecil hati
Rasa mahu mati
Rasa mahu bunuh diri
Rasa kecewa
Rasa duka
Rasa hina
Rasa malu
Rasa pilu
Rasa rendah
Rasa murah
Rasa sedih

Dan kita menjerit-jerit pada Tuhan;
Kenapa aku tidak secantik dia?
Kenapa aku tidak selawa dia?
Kenapa aku tidak semanis dia?
Kenapa tidak dicipta aku sesempurna dia?

Tak perlu bijaksana
Tak perlu hati mulia
Tak perlu pandai berkata-kata
Tak hormat manusia
Tak perlu rasa bahgia
Tak perlu rasa cinta
Tak perlu tahu tentang dunia
Mahu cantik saja

Biar mereka semua pandang
Biar mereka semua tenung
Biar mereka terbayang-bayang
Biar mereka bertambah sayang
Biar mereka peluk depan belakang


Cantik subjektif itu sial belaka
Akal perangai buang semuanya
Yang adili bukan Tuhan, Cuma manusia
Maka perkara pertama adalah rupa

Rupa lawa
Rupa jelita
Rupa cantik
Rupa menarik
Rupa rupawan
Rupa menawan
Rupa hebat
Rupa memikat

Dan, perlahan-lahan kita mati
Bukan dengan caci dan maki
Bukan dengan suara-suara yang menyakiti
Bukan dengan pandangan mereka yang benci
Bukan dengan persekitaran yang membebani
Tapi dengan falsafah cantik yang kita bina sendiri

**Untuk kita-kita yang obsess kepada rupa dan kecantikan hingga jiwa dan akal tolak semuanya.

Friday, July 23, 2010

I harap dapat dengar kamu nyanyi happy birthday untuk I for the rest of my life - Kekasih

Kalau kita putar dan balikkan masa;

aku sedang pakai ribbon merah dan melompat main getah dengan Sharifah dan Wani atau main kahwin-kahwin atau cikgu-cikgu. Waktu tu kau di dalam buaian, isap puting, pakai lampin, makan nestum atau bubur lembik campur sayur dan lobak merah yang di potong kecil-kecil.

Kalaulah kita duduk di daerah yang sama, waktu aku sekolah rendah darjah 6 dan berlagak paling besar dan buli budak-budak darjah 4 dan 5, kau baru nak masuk tadika dengan belajar baca doa makan dan lagukan ABC kuat-kuat dan nyaring-nyaring dalam kumpulan yang ramai.

Kita mungkin pernah berselisih bahu di mana-mana waktu aku sudah bekerja dan kau baru nak mula belajar di U, dan mungkin pada waktu itu aku memandang sebelah mata dan anggap kau sama sahaja seperti budak yang baru nak up dan keluar dari kepompong ibu bapa dan kau pula melihat aku seperti tipikal wanita yang konon baru nak merasa duit sendiri dan belajar berdikari;kononnya.

Dan kita bertemu (pandang pertama--yang selalunya aku tidak pernah percaya) dan menghapuskan semua andaian dan persepsi tentang semua itu dan menerima satu sama lain dengan pakej orang/manusia bukannya umur. Dan tidak pernah sedar yang jarak dan angka buat kita gelisah dan letih dengan tanggapan mereka-mereka dan mati dengan fikirkan soal siapa perlu matang dan kematangan mempengaruhi usia. Seperti yang kau selalu kata – di rumah ini dah ada contoh sayang..umur jauh beza, tapi bahagia. Bukan di rumah aku, di rumah kau juga ada.

Dan kita cuba untuk forward-kan dan lajukan masa (bayang dan angankan saja);

Kalau tua di ukur dengan fizikal – confirm aku akan jadi kerepot, bongkok, pakai gigi palsi, pakai tongkat, rabun, nyanyuk, banyak penyakit, lebih banyak makan supplement dan ubat.

Kalau tua di ukur dengan perjalanan hidup manusia – aku akan pergi lebih awal dari kau.

Tapi cinta tak pernah tua kan sayang?

Happy birthday kekasih. Terima kasih sebab ada.

Monday, July 19, 2010

I want you to sing with rapture and dance like a dervish - MJB


William Parrish : Love is passion, obsession, someone you can't live without. If you don't start with that, what are you going to end up with? Fall head over heels. I say find someone you can love like crazy and who'll love you the same way back. And how do you find him? Forget your head and listen to your heart. I'm not hearing any heart. Run the risk, if you get hurt, you'll come back. Because, the truth is there is no sense living your life without this. To make the journey and not fall deeply in love - well, you haven't lived a life at all. You have to try. Because if you haven't tried, you haven't lived.

Friday, July 16, 2010

Candy

Aku mahu tahu semuanya. Sekecil atau sebesar mana. Setinggi atau seluas apa. Ceritakan. Tolong khabarkan.

Jika cuma tidak mampu memilih biskut merry atau biskut oatmeal untuk minum petang sekalipun.

Aku ada dan selalu mahu dengar.

kerana;

Aku tidak mahu jadi yang kedua, ketiga dan terakhir mengusap airmata kau.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...