Saya teringin sangat nak ada sebuah daerah coklat seperti dalam cerita Charlie and the Chocolate Factory. Saya berusaha berbagai cara untuk menjadikan impian itu nyata.
Satu pagi saya berjalan-jalan di luar rumah untuk membeli sayur bayam, ada seorang yang menegur saya dan katanya dia akan beri saya sebuah daerah coklat yang saya idam-idamkan itu. Saya terkejut, dan bertanya dengan hairan - kenapa saya? awak tak kenal saya dan saya bukan siapa-siapa? Dia jawab, saya mahu membantu awak mengenggam impian awak. Dia kata tunggulah sahaja, harinya akan tiba dan daerah coklat yang awak impikan akan berada di depan mata. Saya ucap terima kasih dan bisik padanya, awak memang baik hati, semoga Tuhan sahaja yang akan membalas jasa dan kemulian hati awak. Saya melangkah pulang dengan sayur bayam di tangan dan senyuman paling menawan.
Saya tunggu. Setiap hari saya bayangkan saya akan menari-nari dalam air terjun dan berendam dalam coklat pekat yang manis dan enak. Gila.Itu impian saya sejak kecil. Saya seolah tidak percaya, tetapi melihat kesungguhan orang yang menjanjikan itu, semangat saya membuak-buak. Setiap hari si penjanji itu menitipkan pesanan kepada saya bahawa - tunggu sahaja kerana tidak lama lagi impian itu akan jadi nyata. Jadi saya menjadi sangat positif.
Satu hari saya terima pesanan dari dia. Dia iaitu Penyuntik impian saya untuk memiliki daerah coklat saya sendiri. Dalam pesanan itu dia kata - I'm sorry. Daerah coklat tidak boleh awak miliki. Awak tak layak.
Saya terkontang-kanting. Teraba-raba. Hilang arah. Apa maksud pesanan itu? Kenapa saya tidak layak? Kenapa dari awal dia tidak beritahu tentang soal kelayakan atau potensi saya yang perlu dinilai untuk memiliki daerah coklat. Apa yang sedang berlaku? Apa yang cuba dipermainkan oleh dia? Bagaimana dengan janji dan harapan-harapan yang dituangkan untuk saya?
Saya kecewa. Sedih dan terasa dipermainkan. Kawan-kawan sekeliling cuma pujuk dan beritahu supaya saya sabar dan katakan itu semua - bukan rezeki saya. Acapkali mereka kata - Tiada rezeki lagi. Tiada rezeki lagi.
Saya berhenti bermimpi. Setahun. Dua tahun. Kemudian seorang lagi agen pencipta impian datang ketika saya seolah-olah hampir lupa tentang bagaimana saya di tegur ketika membeli bayam 2 tahun yang lalu. Seperti agen pertama dulu, yang kedua ini menaburkan janji yang lebih lebat kepada saya. Lebih kukuh. Banyak bukti-bukti yang ditunjukkan kepada saya sehingga saya berkata - Inilah dia. Inilah orang yang akan membuatkan impian saya jadi nyata. Daerah coklat akan saya peluk tidak lama lagi. Sukahatinya saya Tuhan sahaja yang tahu.
Agen kedua lebih dinamik dan agresif. Dia mencanangkan dengan cara lebih dashat. Dia bawa saya menjenguk daerah coklat tu dengan menaiki helikopter miliknya. Saya dapat saksikan yang saya sedang berenang-renang dalam putaran coklat dan menyanyi riang. Selepas kejadian tu, saya tak boleh tidur lena. Hati saya macam gunung berapi panas melegak mahu cepat-cepat daerah itu jadi milik saya. Sekali lagi harapan sebesar langit yang saya ada dan sebesar itu jugalah yang saya tanam dalam jiwa saya. Kali ini saya pastikan itu semua akan jadi kenyataan.
Seperti agen pertama, yang kedua ini lebih dasyat. Dia mengumumkan saya akan menghuni daerah coklat di depan khalayak ramai. Dia membuat press conference. Saya diraikan di majlis besar. Saya dirakamkan dan menjadi wajah depan akhbar tempatan dengan headlines : Daerah Coklat bukan sekadar impian emas. Dan ketika majlis penyerahan kunci daerah coklat dilakukan, agen kedua memberitahu kepada saya bahawa saya tidak akan dapat daerah coklat. Saya tidak layak dan saya bukan orang sepatutnya memilki daerah coklat. Saya jatuh lagi, terduduk kali ini. Lumpuh.
Saya meratap berhari-hari.
Sedih rasanya tidak terperi.
Daerah coklat hanyalah mimpi.
Mimpi yang sangat kejam dan ngeri.
Saya tidak lagi bercerita pada kawan-kawan saya. Kerana mereka cuma akan kata - bukan rezeki kau. Sudah tiada rezeki, mahu buat macam mana. Saya cuma khabarkan pada ibunda, ayah dan adik perempuan saya yang seraya peluk depan belakang, cium kiri kanan dan beritahu saya - jangan nangis, kamu wanita kuat. Mana ada orang yang mahu mimpi seperti kamu mimpi. Jadi jangan putus asa. Kemudian kekasih saya yang gopoh-gapah datang semata-mata mahu mengusap air mata saya dan genggam kejap jemari saya dan bisikkan di telinga saya - sayakan ada. Impian kamu juga impian saya. Kita akan bina daerah coklat kita sama-sama.
Saya melihat mata bengkak saya di cermin. Bergelen air mata keluar hari ini. Semakin dipujuk, semakin laju ianya menyimbah. Saya mungkin terlalu sedih dengan semua yang berlaku. Saya juga mungkin terlalu terharu dengan insan-insan yang selalu ada untuk menyerahkan bahu mereka untuk saya hambur kedukaan saya.
Mustahil saya kata yang saya akan berhenti bermimpi tentang daerah coklat. Cuma saya akan berhenti menagih janji manusia. Dan membina harapan ke atasnya. Manusia tetap manusia. Jika kita berdoa dan meminta pada Tuhan dan kita tidak dimakbulkan, itu kita kata sebagai - Tiada rezeki. Bukan sesama manusia. Jadi minta dengan Tuhan, bukan manusia.
Saturday, August 28, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Rebab
Ini persembahan pertama saya bersama Fasyali aka Cali dan rebabnya yang dah lama saya idam-idamkan. Masa saya edit video ni (yeah, percubaan pertama meng-edit menggunakan movie maker hasilnya not so bad la kan - style up diri sendiri)saya dengar macam ada orang buat suara kanak-kanak mem-back up puisi ini. Suaranya nyaring dan menusuk kalbu. Takda siapa pun yang buat choir kat belakang tu, ia sebenarnya muncul dari alat muzik Cali. Rebab. Sungguh misteri sang rebab. Sungguh.
Casting
Budak-budak kalau kena paksa pun, still nampak sincere dan honest. Kita yang tua bangka ni nak kena letak pistol kat dahi, nak kena cekik sampai biru, nak kena ugut bagi racun, baru nak jujur.
Monday, August 23, 2010
Bekas teman lelaki yang super caring
Tak bagitau pun dah ada bf. ): (icon muka masam) Congrats!
Aku terima sms dari bekas kekasih aku baru-baru ni. Tahun lepas dia sudah pun berkahwin. Dengan wanita idaman dia; i guess. Tapi ada la sesekali dia text aku, time harijadi, time new year, time puasa dan hari raya.
Aku balas - Hahaha. Amboi kalah CNN reporter yang u upah ni ye! ): (icon sengih)
Dia balas balik.
U happy?
Aku balas - Happy! :) :) (aku buat dua icon sengih, double happiness)
Dia balas balik.
I hope he will take care of u. Kalau dia buat apa-apa tak baik dengan u, I cari dia sampai lubang cacing.
Aku balas - Wow! Don't worry. Kalau dia tak boleh jaga I, I boleh jaga diri I sendiri. Anyway, thanks dude.
Aku ingat dah habis sms tu. Rupanya ada lagi.
By the way, boyfriend u tu good looking ke?
Aku dah malas nak balas. Dia bukan concern sangat pun. Nak buat perbandingan dengan rupa dia aje. Dan dengan harapan aku akan balas - Taklah, biasa-biasa aje. U lagi kacak, smart, bergaya, wangi. Heh
Patutlah aku tinggalkan dia dulu.

Friday, August 20, 2010
Kahwin
Aku perasan yang soalan-soalan tentang bila mau kahwin tu dah semakin berkurangan. Kalau lepak dengan kawan-kawan sekolah aku yang dah beranak pinak pun, diorang tak tanya lagi soalan macam tu. Semalam ada buka puasa sedara mara di rumah. Aku ada seorang Pakcik yang tak pernah jemu-jemu dan memang setiap kali jumpa aku akan tanya soalan yang sama pun sudah tak bertanya lagi. Pelik juga.
Mungkin diorang ingat aku akan sensitif, makan hati, kecil hati dengan soalan-soalan tu kot.
Come on... bila makin tua ni sepatutnya makin wise, bukan sensitif yang bukan-bukan. Sepatutnyalah.
*Aku rindu kot orang tanya soalan macam tu, tanda diorang concern. :)

Wednesday, August 18, 2010
Kaunselor
Sementara menunggu waktu berbuka yang aku pun dah lupa hari yang ke berapa, aku duduk bersembang dengan makcik saudara aku yang sama-sama datang berbuka. Entah apa topik yang kami bualkan pun aku dah lupa. Entah kenapa ada banyak benda yang aku terlupa lately, samaada aku sudah menghampiri sindrom nyanyuk atau malas memenuhkan tangki otak dengan benda-benda yang tak penting untuk diingati. Mungkin aku patut tulis diari semula, atau update blog setiap kali ada conversation dengan orang. Mungkin.
Tiba-tiba terpacul soalan dari makcik saudara aku - Awak kaunselor, jadi awak expert dalam hal menangani masalah orang. Sepatutnya masalah awak sendiri pun macam kacang goreng je awak boleh settlekan.
Entah mana datangnya hantu dalam badan aku bulan-bulan puasa ni, selalunya aku jarang nak cakap atau balas balik apa-apa yang dilemparkan pada aku. Better to remain silent and be thought a fool than to speak out and remove all doubt, kan Lincon dah cakap. Konsep hormat orang tua pun satu lagilah tambah-tambah bulan puasa.
Aku cakap - Kita semua adalah kaunselor terbaik untuk diri masing-masing. Kaunselor pun orang juga. Bukan angel. Dan kecil besar masalah bukanlah seperti 'kacang goreng'.
Makcik saudara aku sengih-sengih. Barangkali dia suka dengan quote tu, barangkali dia tak tahu nak jawab apa, barangkali dia setuju serba sedikit, barangkali dia bengang sikit dengan aku, barangkali dia baru sedar yang anak saudaranya itu pun manusia biasa dan boleh depress serta bukanlah spesis kebal. Barangkali.
Tapi kami tetap makan dengan lahap ayam golek yang dibeli di Pasar Ramadhan sambil bergosip pasal kes Norman dengan Memey bila dah azan maghrib.

Everybody does harm - Phone Booth
The Caller : Stu, you didn't tell your wife the truth, you're cheating.
Stu : I'm not cheating on Kelly I never have!
The Caller : Oh then what do you call it?
Stu : Look, you're a guy sometimes you wanna know it's a possiblity alright? You know it's like having a beautiful home, but you still dream of that quick vacation down there, you know some nice hotel a great view I don't know maybe a pool. But it's a just a fantasy because you'll never really leave home! Do you hear what I'm saying?
The Caller : [laughs] Kelly is a home and Pam is a motel. I'm sure they'll both appreciate that.
Stu : Oh fuck you!
The Caller : Hey, that kind of language is uncalled for.
Subscribe to:
Posts (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Sehari sebelum aku resign dari company lama, seorang kawan perempuan yang aku kenal dia bertahun-tahun cakap begini dengan aku sambil berdir...
-
Lost Communication - eh ada cerita pasal kelapa sawit? - sms dari sinaganaga The Lost Communication sepatutnya tayang di PWTC sempena pe...