Wednesday, April 29, 2009

Cinta Selut

Ada selut di depan kita

Kau bisik di telinga

Apa kata kita cuba?

Aku balas, itu bahaya.


Kau rentap tangan

Kita semakin ke hadapan

Aku kata, jangan!

Kata kau, takpe… kita bergandingan.

 

Selut seolah memanggil

Kaki aku terus menggigil

Kau seolah terpanggil

Juga semakin degil, degil.

 

Mulut selut terganga luas

Kau pula semakin buas

Senyum kau seolah puas

Aku seperti batu keras.

 

Ada suara

Ada mata

Ada jiwa

Yang mengejar kita

Dengan tangisan dan sengsara.

  

Kita hampir tenggelam

Dalam warna malam

Yang kelam

Suram.

 

Kita bersalut lumpur

Aku menggelupur

Kau semakin akur

Dan kita sudah tersungkur

 

Kau usap kepala

Dan kau kata

Di sini kita

Ini namanya cinta

 

Tangisan mereka makin kuat

Tekak aku rasa tersekat

kau senyum likat

Selut ucap selamat

Selamat!!!!


24/4/2009

Tasik View-Seremban

 

 

 

 

 

 

 

Tuesday, April 28, 2009

Hujan rintik-rintik, angin bergelora

Lokasi : Pejabat Cari Rezeki, Wangsa Maju
Masa   : 4.30pm

Masa Dol mengemaskan barang-barang dia dalam kotak, serentak itu hujan turun setitik demi setitik. Aku dan Denny buat-buat buta. Dol teriak : selamat tinggal kawan-kawan. Sambil sengih-sengih depan kami. Aku ambik gitar dan aku cakap, lagu in ditujukan pada Dol. Aku main chords C kemudian A. Tapi aku sedar sebenarnya aku tak mainkan lagu apa-apa. Aku tak tahu lagu apa yang harus aku mainkan. Dol senyum. Aku nampak Denny di sebelah. Tapi Denny buat bodoh. 

Dol ucap selamat tinggal. Aku cakap bye-bye babe. Good Luck kata aku. Denny masih buat tak tahu. Masa Dol dah blah, Denny tiba-tiba pakai spec hitam. Aku pandang dia, kenapa babe? Nanti i sms u. I turun bawah jap. Ok jawab aku.

Sms masuk. Dari Denny.

"I Sedih."

Hujan masih turun rintik-rintik. Aku jadi sayu.

Ever has it been that love knows not its own depth until the hour of separation - Gibran

*Bodyguard gue dah tinggal sorang





Sunday, April 26, 2009

Utopia conversation sama bakal Encik Future


Dia tanya bila lagi?
Aku kata, nanti-nanti

Dia tanya, kenapa?
Aku kata, takde apa-apa

Takde apa-apa? dia tanya
Aku kata, a'ah sambil geleng kepala

Kenapa, tanya dia
Aku kata
belum pandai masak laksa
Takpe, mamak'kan ada
Tapi sampai bila?
Sampai bila-bila, asalkan bersama

Aku mudah emosional
Takpe, aku rasional
Aku sometimes sengal
Takpe, aku takkan sesal

Gosok baju aku malas
Takpe, aku boleh galas
Basuh baju pun aku malas
Orang gajikan boleh galas

Anak aku cuma mahu tiga
Ala planning'kan ditangan kita
Aku pentingkan kerjaya
Takpe, itukan  untuk kebahagian kita

Kau tak rasa ini semua alasan?
Kalau rasa sekalipun, apa aku hairan
Kalau aku bersama hanya untuk kasihan?
Kalau kasihan, siapa kata ianya tak berpanjangan

Kau degilkan?
Kau juga kan.
Kau paksa aku kan?
Aku cuma cinta kau sakan

Cinta saja tak cukup sayang
Tapi at least kita cuba sayang
Cinta saja tak kenyang
Tapi cinta boleh hapuskan perang

Aku belum mahu
Takpe, aku tunggu

24/4/2009
Seremban

Wednesday, April 22, 2009

Gadis Traffic Light


Dia kata;

Hijau bukan warnanya
Sebab dia perlu maju
ke hadapan
itu dia tidak setuju

Kuning juga bukan pilihan
kerna dia harus bersedia
untuk berjalan
meninggalkan keselesaan

Dia cuma mahu merah
kerna dia boleh menunggu
untuk sebanyak waktu 
yang dia mahu

Biar dihentak berdarah
Dia hanya mahu merah

Monday, April 20, 2009

Dia-Geraham






Minggu ni gigi aku sakit

Aku cuma beli ubat penahan sakit

Abah dengan mummy bising suruh pergi klinik

Tapi aku degil dan cakap nanti dia akan baik


Berdenyut dia malam-malam

Aku kumur dengan air garam

Konon nak redhakan...haram!

Rasa geram, geram

 

Mummy kata kena cabut tu

Aku cakap nanti dulu

Mummy tambah, kenapa macam tu?

Kata aku – entah, tak tahu

 

Kadang-kadang konsep bertahan itu indah

Walaupunpun nyata bangang dan bodoh

Dia dah tak boleh mengunyah

Harus menahan perit dan hanyir malah

 

Aku tahu kita dah tak boleh bersama

Aku tahu kita ini sementara sahaja

Aku tahu kau sudah beri hint padaku

Cuma aku yang buntu dan buat tak tahu

 

Malam tadi azam kuat

Tidak mahu terus sakit

Atau makin perit

Aku cabut

 

Good bye kekasih hati

Cinta kau sampai mati

Cuma aku harus berhenti

Kalau tidak aku mati

 

p/s :  Dia geraham paling hujung

Dia yang  aku pernah sanjung.


Sunday, April 19, 2009

Wings of Love


Lost Communication - eh ada cerita pasal kelapa sawit? - sms dari sinaganaga

The Lost Communication sepatutnya tayang di PWTC sempena pesta buku. Abah yang tolong burn DVD tu. Tangan abah salah tekan kot masa proses burn tu. Makanya keluar cerita pasal kelapa sawit. Oh, abah saya bekerja di MPOB -Malaysia Palm Oil Berhad. Naga cakap, harus burn semula untuk tayangan di Kelantan May nanti. Sorry Naga dan Soljah. Minta ampun.

Malam itu apabila diumumkan kategori eksperimental tidak termasuk dalam penilaian, muka ajune, mummy, abah, wazir, abang ryo berubah. Aku cuba-cuba buat cool. 

It's a bad day. Kata aku dalam hati. 

Rupanya semua yg berlaku ada hikmahnya. Terima kasih Tuhan. Alhamdulilah. 

Semua team TLC, terima kasih kerana sudi jadi sayap-sayap cinta saya. 

Wednesday, April 15, 2009

Simplify

Bila ke Perlis minggu lepas untuk Mighty Mind, aku teringatkan along. Dia anak jati Perlis. Along bekas roommate aku semasa di belajar kat UKM. Lepas dia kahwin, aku tak pernah jumpa dia. Puas call kawan-kawan lama cari nombor dia. Akhirnya kami jumpa juga sebelum aku pulang ke KL. Along dan husbandnya belanja aku ikan bakar. Husbandnya terpaksa tutup mulut sepanjang pertemuan kami. Terlalu banyak benda nak di updates. Bertahun-tahun tak jumpa. Apatah lagi bila ingat zaman-zaman belajar, makan meggie semangkuk bagi-bagi 3 orang, nangis-nangis ingat kat kampung (padahal rumah aku ngan UKM, 15 minit je), gaduh-gaduh berebut boyfriend. 3 jam jumpa along, tak puas rasanya.

Along anak sulung. Ada sorang lagi roommate kami, gelarannya kakak. Aku diorang panggil adik. Kami sebaya, tapi sebab aku lahir november dan semua barang-barang aku kecil-kecil belaka (baldi kecik, beg kecik, barang sikit) sebabnya aku tinggal di Bangi aje, buat pe nak beria bawa banyak barang. Kalau ada benda tertinggal, order je. Abah buat delivery. Sampai habis belajar, melekat nama tu. Sampai sekarang, budak-budak junior pun panggil aku Kak Adik. Manja dan manis. 

Masa along start masuk ke UKM, dia dah pun berkawan dengan husbandnya hampir 8 tahun. Sejak sekolah rendah lagi. Bila dia masuk UKM, memang dalam rancangan hidup dia, habis aje graduasi dia nak kahwin. Makanya rancangan itu benar-benar berlaku. Husbandnya minta kerja di KL dan habis aje majlis lambung topi  gradusi, mereka pun berkahwin. Dari dulu aku tahu along nak jadi cikgu. Dia tiada impian lain. Guru impian paling nekad. Jadi bila dia kahwin, dia minta KPLI. Di tolak. Setiap tahun keluar borang, dia minta tetap di tolak. Akhirnya along tak kerja hanya jaga anak dan surirumahtangga sepenuh masa. Sebelum aku ke Perlis, aku dengar dari kawan-kawan yang lain along kini di maktab. Alhamdulilah, dia dapat juga meggapai impiannya nak jadi pendidik. Anak along dah masuk 4 tahun, tahun kelimanya nanti dia dah ada mama seorang guru. Dan sekali lagi perancangan hidup along masuk balik dalam landasan yang dia mahu.

Aku bertanya along tempat posting nanti. Kata along, di Perlis aje. Kenapa tak nak duduk KL? Iman (nama husband along) kan ada KL? Husbandnya menyambut. Saya pun nak tukar duduk Perlis. Dah confirm hujung tahun ni pindah Perlis. KL dah tak selamat lagi. Kenapa-tanya aku. Macam-macam jenayah, sosial environment yang tak sihat ada di KL. Biarkan anak kami membesar dengan environment yang murni. Along mengangguk seribu kali. Tanda setuju yang amat, sambil bisik pada aku. Along takut! Takut apa? Eishh..macam-macam ketakutan dunia sekarang ni. Biarlah kami kat sini aja - kata along dengan loghat Perlisnya yang tak pernah berubah sejak aku kenal dia.

Masa along hantar aku balik ke hotel, aku peluk dia seerat-eratnya. Aku cium dia sekuatnya, kata padanya - adik pasti rindu along. Masa aku lepaskan pelukan, dia pegang tangan aku. Bisik along - jaga diri. Along memerhatikan aku sampai naik hotel. Aku toleh lagi. Along masih ada. Aku melambaikan tangan dengan hati yang berat sebab entah bila dapat ketemu along lagi. Masa aku baring atas katil, aku teringat along. Kami banyak sekali perbezaannya. Mungkin sebab itu kami boleh bersama. Along-orangnya simple sekali. Memilih untuk berada dalam kehidupan yang simple juga. Ada impian, tapi minima. Ada hasrat, tapi begitu munasabah untuk dilakukan. Ada perancangan, dia tahu perancangan itu mampu tercapai. Sekurang-kurangnya ada idea untuk berjaya dalam setiap percaturan hidupnya. Seolah-olah pilihan-pilihan yang di buat, skalanya empat segi kecil yang punya bucu-bucu yang sudah tahu strategi dan tindakan. Aku punya bentuk mungkin heksagon. Katanya hidup tak harus di comlicated'kan. Jangan ambil risiko atas perkara yang kita tak tahu apa akan jadi. Seharusnya hidup harus menjadi smooth-smooth aje. 

Kadang-kadang aku bertanya, kenapa aku tak simple macam along?


















Sempadan Thailand - Wang Kelian

p/s : Minggu ni tak dapat travel untuk Mighty mind-Kedah pula. The Lost Communication Top 10 untuk Program Karyawan Muda awards sabtu ni. Ajune dah sibuk ajak beli dress. Katanya kalau kalah pun, at least kalah dengan bergaya. hehe

Wednesday, April 8, 2009

Disability means possibility


a) Dilahirkan dengan kecacatan semulajadi
b) Menerima ketidakupayaan di pertengahan atau di celah-celah perjalanan hidup

Dua-dua situasi itu siapa dan berapa ramai yang mahu ia berlaku? Zero mungkin. Cumanya takdir hidup bukan di tulis dengan tangan kita. Untuk survive dalam kehidupan, mereka harus berusaha mungkin 10 kali ganda lebih daripada manusia yang sempurna anggota. Mahu membuktikan mereka boleh berdiri sama taraf dengan kita, atau sekurang-kurangnya untuk dilihat mereka juga sebahagian daripada kita. 

Music Within a film by Steven Sawalich inspired me a lot. Mengangkat setiap perkara dan ketentuan yang Tuhan ciptakan buat kita adalah perkara paling baik pernah diberikan. No regret at all. Jangan mudah mengeluh dan mengaduh. 

Aku berada dalam situasi stress di tempat kerja lately. Atau mungkin sudah lesu dengan apa yang aku lakukan. Atau mungkin aku tertekan kerana tak dapat bebas bergerak seperti dulu akibat komitmen kerja. Tapi ada golongan lain yang sangat sukar nak dapat pekerjaan. Sanggup berkorban apa sahaja demi mencari sesuap nasi. Stress mungkin tak pernah ada dalam fikiran atau lafaz. Mereka tak berada di tempat aku cuma kerana kekurangan yang mereka ada. 

I am lucky enough. Damn Lucky! Itu pun nak complaint lagi. Seorang teman di Kelab teater Rimba, Syukor yang cacat anggota badan (kaki, badan dan tangannya kecil dan rendah) kini dah berjaya buktikan ketidaksempurnaan itu satu anugerah, bukannya kelemahan. Aku ingat lagi macam mana, setiap kali berjalan keluar dengan dia, hampir semua mata memandang seolah-olah dia alien yang turun dari langit. Aku selalu bangga dapat pegang tangan dia setiap kali keluar berjalan. Dia bagai adik kandung aku. Ketidakupayaan dia adalah secret weapon untuk terus hidup bukannya penghalang. Sedangkan untuk menutup lampu di biliknya pun dia memerlukan bantuan. Tapi itu semua buat dia jadi kuat. Katanya sekarang Syukor dah beli kereta mini cooper. Hasil kerja kuat. Yang mungkin berganda-ganda daripada kita yang sempurna. 

I Miss you darling. Kita dah lama tak makan meggie sama-sama kan.














Monday, April 6, 2009

Insight Kelate

Di setiap kedai sekitar Kota Bharu, ada banner gambar sultan & sultanah kelantan. Dengan tag line tentang kedaulatan sultan (aku tak ingat tag line nya. sebab menyampah)  Sepenuh-penuhnya. Warna merah pula tu. Aku tak tahu berapa ratus ribu diorang print banner tu. Tapi ia sungguh annoying'kan biji mataku. 

Banyak kedai makan yang tak berapa umphh. Menurut analisis salah seorang crew kami, ramai orang kelantan yang teror masak dah berhijrah ke KL. Sebab tu kalau nak makan tom yam best, kat KL lebih bersepah.

Semua sign board kedai mesti ada bahasa jawi. Mc' D juga dalam bahasa jawi. Cool. Billboard yang menggunakan model wanita, harus bertudung. Aku nampak billboard Fara Fauzana untuk iklan nescafe pakai tudung. Sweet.

Hotel kami betul-betul depan sungai kelantan. Tempat tu dikatakan paling happening sekarang. Kat situ munculnya Winona Ryder dan James Dean kelantan yang berlumba-lumba memperagakan fesyen up to date, makanan-makanan western, isap shisha sampai ke pagi. Macam permandangan di Hartamas square atau Bukit Bintang layaknya. Cuma kecek kelate aje masih utuh. 

Mummy dari dulu pesan, elakkan kahwin dengan orang Kelantan. Dia cakap, selalunya lelaki Kelantan tak boleh berkompromi nak balik raya. Tapi dia tak tahu anak dia selalu sangat terpikat dengan orang kelantan. Orghe Kelate ramai yang Rare la Mummy. Hehe.

p/s : Sesat cari rumah Tok Guru. Nak bergambar sangat. Idola. 














Di setiap simpang lorong Pasar Siti Khadijah, ada pok cik2 main dam. Mok cik2 cari nafkah. Abah kata. Itu culture. Kalau ubah akan nampak pelik. 

Wednesday, April 1, 2009

Mega Sale



















Kedai Buku Dawama Sdn Bhd
Kompleks Dawama
Lot 1037, Jalan AU3/1
54200 Ampang Hulu Klang
Selangor

p/s : ada 10 hari lagi. Until 11th April. Jom beli-blah. 

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...