Tuesday, December 29, 2009

Cheers to a New Year and another chance for us to get it right - oprah Winfrey



Ni sepupu aku yang agak rapat. Zalifa atau nama manjanya Ipa. Itu anak sulung dia. Oh yeah..seperti sepupu-sepupu yang lain, dia jalan dulu dari aku. Rugi tunggu lama-lama katanya (masa sebelum kahwin). Terbaru jumpa dia di majlis perkahwinan sepupuku. Ijam. yeah yeah..Ijam juga melangkah ku jua. Bisik Ipa pada aku - Kak Ina, sabar-sabar ye! Jangan kahwin dulu. Rugi.

Jawapan tu meluncur laju dari mulut Ipa bila aku beritahu azam tahun baru nak kahwin. heh.

Monday, December 28, 2009

Sherlock Holmes

Ramai yang mengidap Dyslexia akhirnya menjadi tokoh dunia yang hebat. Mantan husband Madonna ini salah satu buktinya.



I got too fed up with films that didn't make you think. I liked the idea of one that you'd have to be dancing around with. I like my mind to be engaged when I watch a film. - Guy Ritchie

Sunday, December 27, 2009

I would rather trust a woman's instinct than a man's reason. - Stanley Baldwin

Kali ini untuk yang ini, seperti bersumpah pada dirinya sendiri; dia mahu jadi yang relax-relax saja.

Tidak mahu menjadi typical women barangkali.

Yang harus report jadual setiap hari sang kekasih
yang harus call sejam sekali
yang harus sms bertalu-talu
yang harus pastikan siapa yang berada di sekelilingnya setiap hari
yang perlu pastikan facebook-nya tidak di add wanita cantik
yang harus nyatakan i love you setiap kali bangun tidur dan bangkit tidur

Oh, itu episod yang lalu.

Untuk yang ini, dia menjadi minimalis sekali.

Kamu boleh call bila kamu mahu
kamu boleh sms bila kamu rindu
kamu boleh jumpa bila perlu

Sebab kebanyakkan lelaki mahu seperti ini - yang relax-relax aje!

Ternyata percaturan itu silap besar.

Dia tidak mahu lagi menjadi typical women, tetapi yang ada di depan matanya itu adalah typical man.

Yang setiap saat bertanya,

Bagaimana aku mahu tahu, kamu cinta aku?

Friday, December 25, 2009

Thursday, December 24, 2009

Kenapa ramai perempuan yang masuk Universiti suka buat benda bodoh? - Mummy

I mean most girls are so dumb and all. After you neck them for a while, you can really watch them losing their brains. You take a girl when she really gets passionate, she just hasn't any brains - The Catcher in the Rye

Wednesday, December 23, 2009

And ever has it been known that love knows not its own depth until the hour of separation - Gibran

"Kalau hari-hari jumpa kan sayang, kita akan kehilangan satu term paling indah dalam relationship."

"Apa dia?"

"Rindu."

"Pehh..ni konsep sedapkan hati ke apa ni?"

Tuesday, December 22, 2009

My Soul Theraphy



Eh eh, kita ber-2 aje kat sini. Agaknya, kalau Tsunami sempat tak kita lari?

Sempat la sayang. Kalau tak sempat lari pun, sekurang-kurangnya kita boleh bersatu dalam ombak dan laut.

Ok, kita holding hands sekarang ye.

Ok, sekarang.

Monday, December 21, 2009

Love and other Disaster - Brittany Murphy (1977-2009)




"I've always seen myself as one of those 'show people.' My earliest memories are wanting and needing to entertain people, like a gypsy traveler who goes from place to place, city to city, performing for audiences and reaching people." - BM

Friday, December 18, 2009

Wednesday, December 16, 2009

2 aje?

"Kalaulah cinta kita ni ibarat duit-kan sayang, kita dah ada 2 mercedes dah."

Tuesday, December 15, 2009

W.B Yeats berkata :

Mari terus maju, hai juru-juru dongeng!
Tangkaplah setiap sasaran hati. Dan jangan takut.
Segala sesuatunya ada, segala sesuatunya benar.


Dan bumi hanyalah sebutir debu di bawah telapak kaki kita.


Status update : Reading this.

Monday, December 14, 2009

The Taxi Sapu Driver

"Abang pun suka wanita berdikari ni. Dia tak mudah mengalah. Kuat semangat. Tak menyusahkan orang lain. Baguslah adik tak kahwin lagi. Teruskan kerjaya tu. Zaman sekarang kahwin lambat takpe. Asalkan ada duit. Orang laki pun tak mampu nak buli."

"Isteri abang kerja apa?"

"Eh, mana kahwin lagi adik. Sebab tu abang bawa teksi ni. Cari duit sampingan. Kalau hari biasa, kerja insurans. Yelah..zaman sekarang ni mana ada perempuan yang nak dengan orang takde duit. Semua nak cek kosong je masa hantaran kahwin"

Abang tu gelak terkekek. Aku senyum-senyum je.

Aku angkat sebelah kiri converse -ku.

Ada puting budak.

Brother ni kemaruk isap puting ke apa?

Cherish every moment

Kita sering kali menjadi human doing, kita terus bekerja tanpa henti, padahal menjadi manusia seutuhnya adalah menjadi human being.

Sunday, December 13, 2009

In the middle

Di dua negeri yang berbeza
di public transport yang berbeza
di dua buah terminal yang berbeza

kita sedang capturing -

saat-saat
hati kita sedang di-kristalkan.


Bdr Seri Putra-Seremban-Melaka
13 Dec 09

Saturday, December 12, 2009

Such a pretty house and such a pretty garden

Bila kau cicah biskut dalam kopi panas, setiap kali dia mahu masuk ke mulut kau, masa itu jugalah yang bahagian lembik itu jatuh dalam air kopi.

Bila kau mandi, kau biarkan aje pancuran air basahi tubuh kau sedang mata kau memandang tepat ke syiling, tembus barangkali. Bila kau keluar kau sedar yang kau tidak menggosok tubuh kau dengan sabun. Kerak berdaki walau kau 2 jam dalam toilet setiap hari.

Bila kau menonton rancangan America's Funniest Video, wajah kau tegak - senyum tidak, ketawa apatah lagi. Kalau kau ter'tengok lawak-king, cak cak cak di astro kau maki hamun tak ingat - Macam setan, bangang, sial tak ingat!

Bila kau bersembang, kau akan bertanya "apa dia?" atau "tak dengarlah tadi" atau juga "boleh ulang tak yang tadi" setiap kali orang bercerita walaupun kadang-kadang orang tu dah ulang 2 kali. Sampai orang tu rasa nak tumbuk muka kau.

Bila kau mula mengajar kucing kau untuk dengar apa kau cakap atau menyanyi bersungguh-sungguh depan dia, supaya dia faham isi hati kau.

Kau dah sepatutnya;


Go out and meet people!

Tuesday, December 8, 2009

Real-Name



Ye! Nama sebenar saya bukan 'Fazleena'. Double 'e' itu saja nak mengada-ngada.

p/s : Tq epul darling kerana sudi men'scan-kan untuk i. Nanti i belanja nasi lemak bangsar. :)

Wednesday, December 2, 2009

Bermimpilah kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu.



Dari kecil lagi dia mencintai gadis itu. Yang dinamai sebagai kekasihnya. Gadis itu hilang, tiba-tiba. Dia tidak mahu tahu alasannya. Yang dia tahu, setiap kali kakinya melangkah, dia membawa bersama perasaan cinta yang tidak mungkin akan hilang terhadap satu-satu kekasihnya itu.

Dia mengembara. Serata dunia. Mengendong bersama cita-cita mencari kekasihnya yang pernah hidup dan masih terus hidup dalam hatinya hingga kini. Tak kenal letih, tak kenal putus asa dia terus mencari dan mencari. Suatu hari seseorang memberitahu kalimat bijak padanya. Katanya :

"Tidakkah kau berfikir bahawa kau telah menemukannya?"

Kata-kata itu menyedarkannya tentang pencarian yang benar-benar kita inginkan dalam hidup. Pencarian akan diri kita sendiri. Jika kita bersungguh-sungguh 'menemukan sesuatu' dan pada titik akhirnya usaha itu masih samar-samar dan terlalu jauh untuk ditemukan, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan. Kenyataan yang harus kita hadapi, walau sepahit manapun keaadaannya.

** Aku mengkhatamkan 3 kali bacaan buku ini. Seolah-olah gambaran tentang France terasa betul-betul dalam pelukan.

To my Fellowship of the ring-

bila kita nak pergi France??

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...