Tuesday, March 30, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Manifestasi
Teater Detik akan dipentaskan sekali lagi untuk Festival teater kebangsaan. 3 & 4 April. Confirm di Taman Budaya KL. Free Admission. Ada penukaran pelakon. Masalah training. Masalah produksi. Masalah tak tahu peranan. Masalah priority. Macam-macam. Apa pun, teater ini akan tetap dipentaskan. Harapnya 3 & 4 nanti masalah-masalah itu nanti akan terhapus dengan persembahan yang baik. Barangkali. Insyaallah.
I regard the theatre as the greatest of all art forms, the most immediate way in which a human being can share with another the sense of what it is to be a human being - Oscar Wilde
Monday, March 22, 2010
Wednesday, March 17, 2010
Hobi baru
"Two women can't live together for twenty years without some jealousy. Not that my voice is better than Mother's, but she can't dance." - Little Edie
Saya selalu ada perasaan horny melampau bila melihat sebuah filem tentang wanita. Terutama temanya mengenai relationship. Yang ini (Garden grey) saya tonton dengan perasaan yang lain macam. Yeah, mungkin relation antara ibu dan anak perempuan. Macam mana kuatnya instinct mummy kita terhadap apa yang sedang kita rasa/alami. Macam mana perasaan ibu kita yang terpaksa melihat refleksi hidupnya terhadap kita. Phew. Selepas menonton filem ini, saya turun ke bawah memandang mummy saya yang sedang khusyuk menonton AF. Saya pandang lama dia. Saya perlahan-lahan mahu berada di tempat dia. Mahu cuba tahu rasa hatinya terhadap saya-anaknya. Tapi saya sedar saya belum lagi alami semua itu. Kena tunggu bila sampai saya jadi mummy. Yang pasti, seolah-olah filem ini beritahu saya supaya sedar yang susah jadi ibu. Kerana idup penuh dengan ketakutan dan kerisauan. Alert that fazleena!
Oh selain hobi menyimpan dvd bertemakan wanita, saya juga ada hobi baru. Yang ini juga sungguh meng-horny-kan. I'm gonna share with you. :)
Monday, March 15, 2010
Bintang
Dua orang pelakon dalam teater Jerjak memenangi Pelakon Wanita Terbaik & Pelakon Pembantu Wanita terbaik untuk Festival Antara Kolej UPM. Saya tiada di malam award untuk melihat dan merangkul mereka kerana terlibat dengan penggambaran di Meru. Saya hanya dapat tahu kemenangan mereka melalui sms. Rasanya tak tahu macam mana mahu describe rasa itu.
Lakonan selalu sahaja boleh dibentuk. Pemain yang baik bukan semata-mata kerana mereka gifted dengan bakat kurnian Tuhan tetapi punya hati yang baik, selalu ingin belajar, ada effort untuk memperbaiki, disiplin yang tinggi, dan selalu humble. Semua sifat ni ada pada Fatin Najlah dan Nadirah Hamid. U guys deserve it.
*Semua gambar dari Encik Bangla/Fizi
Wednesday, March 10, 2010
SIN-Kronis
Suka dengan Fadzleena. Adakah kehadiran Fadzleena ini dalam filem bebas tempatan kita seakan kultus Hope Davis terhadap filem bebas Amerika? Suka Sofii Jikan, malah babak-babak tanpa bajunya mengingatkan sengsara Jesus, tetapi secara seksual. Babak Fadzleen menari sambil dilihat Sofii merupakan babak magis yang paling menyengat, mengikuti pemahaman Woody Allen tentang filem (yang dibahaskan dalam Stardust Memories), dan pada babak ini aku menangis kerana ianya terlalu cantik untuk dinyatakan dalam bahasa. Malah selepas menonton beberapa filem yang juga kuat-kuat terpaksa aku tayang kembali DVD filem ini bila aku balik kerana mahu kembali "dihantui" oleh ruang, cahaya, detik dan aksi babak filem itu. Jaja boleh pergi jauh dalam sinema kita (mungkin seangkatan Wong Kar Wai?). Dan pemilihannya menggunakan 16mm kamera sangat-sangat aku kagumi. - Fadz
**Saya rindu director-nya.
Lelong
Monday, March 8, 2010
Double date
Saya sepatutnya terlibat dalam event di Cloth n Clef. Tapi apakan daya, sejak 2 bulan lepas saya menjadi jurulatih untuk grup kolej ke-5 UPM bagi pementasan teater mereka sama tarikhnya dengan event di Bukit Bintang. Takkan la setelah bersama-sama mereka hampir setiap malam, saya sengaja nak melepaskan persembahan kemuncaknya. Bukan boleh repeat pun. Sekurangnya saya masih boleh menjadi sebahagian dari hari bersejarah mereka.
Untuk event di Cloth n Clef, masih lagi dengan tema kesukaan saya iaitu 'wanita'. Ini semua bersempena dengan hari wanita sedunia. Selain lokasinya yang belum pernah saya jejak, barisan penyembah adalah dikalangan teman-teman saya. Rini, Alina, Ilya, Beeha (ha, ini kekasih saya) dan ramai lagi. U go girls!
Sesiapa sahaja yang kelapangan, jemputlah hadir kedua-dua event ini. Boleh pilih salah satu. Nak pergi dua-dua pun bereh.
Saturday, March 6, 2010
First Time
Rasa-rasanya you akan dapat balik tak perasaan pertama kali you buat short film? Tanya Azrai.
Guna camera digital rm499. No lighting at all. Team 3 orang. Shoot main sempat. Edit guna memory card yang ada 1 sahaja footage untuk every scene. Shoot sendiri - Sendiri berlakon. Paksa abah edit. Cipta teori sendiri. Tak pernah rasa nak jadi Tarantino atau Guy Ritchie. Takde knowledge langsung, apatah lagi keluar dari art school.
Cuma ada cerita. Dan rasa mahu share to people. That's all.
Jawab aku pada azrai :
Babe, i miss all those feelings. Very much!
Azrai :
Me too. I kena cari balik rasa tu.
Jujur.
Guna camera digital rm499. No lighting at all. Team 3 orang. Shoot main sempat. Edit guna memory card yang ada 1 sahaja footage untuk every scene. Shoot sendiri - Sendiri berlakon. Paksa abah edit. Cipta teori sendiri. Tak pernah rasa nak jadi Tarantino atau Guy Ritchie. Takde knowledge langsung, apatah lagi keluar dari art school.
Cuma ada cerita. Dan rasa mahu share to people. That's all.
Jawab aku pada azrai :
Babe, i miss all those feelings. Very much!
Azrai :
Me too. I kena cari balik rasa tu.
Jujur.
Thursday, March 4, 2010
Fringe & Frinjan
Saya kemungkinan boleh hadir jumaat malam untuk Fringe Film Fest kerana keesokkannya saya terlibat untuk frinjan. Kalau boleh nak lari-lari untuk pergi kedua-dua acara ini tapi terpaksa pilih satu kerana lokasinya. Saya rasa tidak mengapalah. Lebih banyak acara lebih baik kan. Tandanya scene art yang bergerak secara indie semakin berkembang. Di fringe saya terlibat dalam mautopia dan sinkronis. Untuk frinjan pula, saya dan team Mana Teater akan membuat persembahan teater jalanan. Jika ada kelapangan, jemputlah datang kedua-dua event ini.
** 6hb juga ada DOM (dialog orang muda) di rumah Pena jam 10am-1tengahari. Yang membincangkan soal kebebasan berkreatif dalam konteks seni dan sastera tempatan. Ada seisi perbincangan bersama penel dan khalayak. Jemputlah.
Wednesday, March 3, 2010
DETIK live in KL
Sesudah tamat Efek Rumah Kaca, aku bergegas ke Kuantan untuk meeting Festival Teater Kebangsaan. Yeah, Pahang layak ke kebangsaan bersama 6 kumpulan yang telah dipilih. Cuma kalinya konsepnya bukan pertandingan. Sudah menjadi Manifestasi. Alasan yang paling jelas semasa semua bertanya kenapa diadakan manifestasi dan bukannya pertandingan, mereka jawab "takde budget!" Oh ya, budget-budget dah melimpah kat program dan event 1malaysia la kot.
Manifestasi adalah persembahan teater sahaja dan tidak akan dinilai. Tidak akan ada anugerah untuk pelakon, kumpulan atau pengarah terbaik. Feedback dari semua produksi ada macam-macam. Ini kerana, mempersembahkan dan semangat bertanding itu rasanya berbeza. Kebanyakkannya akan kata "Ala, buat ala kadar sahajalah sebab persembahan sahaja, bukan pertandingan pun."
Bila aku berbual dengan epul (pengarah), komuniti teater sepatutnya kental. Macam grup teater Koken. Kalaulah dihina, diperlekehkan, dipijak sekalipun semangat untuk buat teater tu sepatutnya tidak akan terpadam. Tak berbaloi kalau sekadar 'buat-buat' aje. Rugi. Jadi kami sepakat untuk memperkemaskan lakonan, persembahan dan keseluruhan cerita ini. Dan cabaran paling besar antaranya ialah, produksi kebanyakkan di Kuantan dan ada beberapa pelakon di KL. Takpelah cabaran semua tu, yang penting ramai kawan-kawan boleh saksikan 'Detik' nanti. Insyaallah akan di adakan pada 3 & 4 April di Auditorium DBKL. Dah dekat nanti, aku akan war-warkan lagi.
a) Meeting at Taman Budaya Pahang
b) I love Kuantan
c) Minum petang di "Simple"
d) Sedang kami training, ada lecturer UMP keluar dengan wajah blur dan berkata : Saya boleh join teater ke?
e) Sakit badan main kat jalan raya
f) Kali ni corus-corusnya lebih agresif
g) Dua Wajah kesayangan hamba
Manifestasi adalah persembahan teater sahaja dan tidak akan dinilai. Tidak akan ada anugerah untuk pelakon, kumpulan atau pengarah terbaik. Feedback dari semua produksi ada macam-macam. Ini kerana, mempersembahkan dan semangat bertanding itu rasanya berbeza. Kebanyakkannya akan kata "Ala, buat ala kadar sahajalah sebab persembahan sahaja, bukan pertandingan pun."
Bila aku berbual dengan epul (pengarah), komuniti teater sepatutnya kental. Macam grup teater Koken. Kalaulah dihina, diperlekehkan, dipijak sekalipun semangat untuk buat teater tu sepatutnya tidak akan terpadam. Tak berbaloi kalau sekadar 'buat-buat' aje. Rugi. Jadi kami sepakat untuk memperkemaskan lakonan, persembahan dan keseluruhan cerita ini. Dan cabaran paling besar antaranya ialah, produksi kebanyakkan di Kuantan dan ada beberapa pelakon di KL. Takpelah cabaran semua tu, yang penting ramai kawan-kawan boleh saksikan 'Detik' nanti. Insyaallah akan di adakan pada 3 & 4 April di Auditorium DBKL. Dah dekat nanti, aku akan war-warkan lagi.
a) Meeting at Taman Budaya Pahang
b) I love Kuantan
c) Minum petang di "Simple"
d) Sedang kami training, ada lecturer UMP keluar dengan wajah blur dan berkata : Saya boleh join teater ke?
e) Sakit badan main kat jalan raya
f) Kali ni corus-corusnya lebih agresif
g) Dua Wajah kesayangan hamba
Tuesday, March 2, 2010
Green House Effect
Rasanya inilah seisi pengacaraan saya yang paling brilliant pernah saya terlibat. Jika satu hari nanti, Efek Rumah Kaca menjadi lagenda muzik saya bangga pernah menjadi emcee untuk press conference mereka di sini. Thanks Zul for the opportunity.
p/s : kata vokalisnya Cholil, walau ERK bisa main di serata dunia sekalipun, kami tetap akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...