Friday, October 29, 2010

Pen-Tipu



I sekarang dah pandai pakai lotion mustajab pati halia tiap-tiap malam. Untuk hilangkan selulit dan lemak di tempat-tempat yang bersepai. Boleh tahan juga effect dia. Try-lah. Cantik untuk diri sendiri you olls, bukan untuk orang lain. :)

*Kredit gambar oleh Cik Zuria, gewe Nik Adam Ahmad yang hot.

Wednesday, October 27, 2010

Get busy living, or get busy dying - Stephen King




Minggu ni saya terlibat dengan geng Pelita Bambu dengan presidennya Mr Rozinor untuk 48hours Film Project. 29-31hb Oct. Buat filem selama 48 jam, dari shooting sampai dapat end product. Jumaat sampai ahad. Semua kumpulan akan cabut undi di Finas pada jumaat petang dan malam dah boleh start rehersal dan pre-pro. Saya terlibat sebagai acting couch untuk produksi kali ini. First time keja dengan Rozinor. Nampak sangat tersusun produksinya. Well-manage. Tok Rimau akan terlibat sebagai penulis skrip. Skrip Tok Rimau selalunya lain dari yang lain. Itu satu perkara yang mengujakan. Pipiyapong pun terlibat sebagai sound man. Crew yang lain semuanya kawan-kawan baru yang saya tak kenal rapat. Hopefully semuanya akan baik-baik saja.

Disamping itu, 30hb juga ada event adik-beradik saya geng Paradoks di Solaris iaitu Mimpifilem. Ada tayangan 8 short film (salah satunya saya Perempuan, hantu & Sundal saya terlibat sebagai penampilan istimewa) dan tayangan filem Cinta oleh produksi Indonesia. Tayangan Cinta adalah pada waktu petang, iaitu jam 5pm hingga 6pm, kemudian ada diskusi santai filem tersebut bersama panel undangan iaitu Ajami Hashim dan Fadli Al-Akiti. Insyaallah, saya akan jadi moderator untuk bersama-sama 2 jejaka gantang itu. Di Mimpifilem juga akan ada pelancaran album sot teater hegemoni oleh Paradoks. Siapa yang teruja dengan nyanyian Ariff yang lunak merdu masa menonton Hegemoni yang lepas, bolehlah dapatkan cd yang akan dijual di sana. Yang tak dapat pergi, nak kirim saya belikan pun bereh.

Pada hari yang sama, ada pelancaran Uya Distro sebuah butik milikk Luca, kawan-kawan kami juga di Subang Jaya. Ramai performer yang akan sama-sama memeriahkan majlis pelancaran itu. Pyan Habib pun ada. Media yang cover pun bukan calang-calang. Insyaallah, lepas acara di Solaris saya akan terus ke sana. Marilah kita sokong Luca dan berhibur di Uya sambil membeli-belah.

Tuesday, October 26, 2010

JB With Love









Kami bertolak ke JB lepas solat Jumaat yang lepas dengan hamster putih saya. Saya angkut bersama, ajun (my shadow), epul (videographer) dan byezura (photographer) juga mr amar amir (personal bodyguard) merentas jalanraya selama lebih kurang 4 jam untuk berada di event press conference buku : Yang Buas, Terbuang, Terbiar. Buku ini mengumpulkan kajian kes, artikel, puisi tentang pembuangan bayi di Malaysia. Menurut Institut Sosial Malaysia, ini merupakan buku pertama kali diterbitkan di negara kita. Sebelum ini banyak artikel sudah di tulis, cuma tidak di dokumentasikan.

Saya terlibat secara langsung apabila puisi saya : Yang namanya Mama, telah menjadi salah satu bahan bertulis yang akan menghiasi buku tersebut. Paling tidak terduga ialah, pengarah dan penerbit buku ini telah menghadiri dan mendengar seorang lecturer membacakan puisi saya di sebuah majlis berkaitan isu sosial. Beliau yang pada ketika itu sedang dalam proses mengumpulkan bahan buku tersebut telah pun mendekati lecturer itu dan bertanya siapa penulis puisi yang telah dibaca. Lecturer itu menjawab : Saya tak tahu. Saya terjumpa di laman Facebook kawan saya. Maka pencarian pun bermula. Penerbit itu akhirnya membuat pertemuan pertama bersama saya di Kopitiam Bangi. Sehinggalah saya terlibat sebagai salah seorang AJK yang akan sama-sama menerbitkan buku ini, insyaallah pada bulan Disember nanti. Sempena penerbitan buku ini nanti, akan ada sebuah teater besar dari JB yang akan membuat persembahan berkenaan isu buku itu. Jadi saya ke JB untuk menghadiri PC tersebut dan sebagai wakil penerbit untuk melihat proses latihan teater dijalankan kerana duit yang dilaburkan boleh tahan besar juga. Geng-geng penerbit ni risau burst budget sebab mereka kurang arif dan tidak tahu selok belok pementasan. Di event itu juga saya membacakan puisi Yang Namanya Mama bersaksikan media JB dan kompleks Rabu. Entah, dihujung-hujung puisi itu saya rasa sayu. Entah. Sayu.

Kami cuma sempat bermalam sehari sahaja di Danga Bay kerana masing-masing sibuk. Ahad semuanya ada hal. Jadi kami tak sempat nak ke mana-mana pun. Ajun dan Epul sempat jalan-jalan ke Pasar Karat dan beli bundle malam kami tiba di JB. Dan sebelum pulang, kami di bawa jalan-jalan dan makan di area Pelangi Mall oleh kawan Ajun di JB namanya Dek Yan bersama abangnya dan boyfriendnya. Sebelum pulang kami keluarkan skru yang melekat di tayar (sedar waktu berhenti di r n r Machap), tak tahulah kena masa bila. Angin tak keluar pula. Pergi kedai, kami tampal aje. Dan berjaya pulang dengan selamat. Alhamdulilah.

**Thanks to Tok Rimau. Kalau tak, I tak boleh berlagak dengan diorang-diorang ni yang I tahu nak pergi Hot Bundle macam mana. Sorry tak text TR, coz kejap sangat kat sana. Tapi sehingga buku dan teater ni sedang disiapkan, Faz and team akan kerap ke sana. Tunggu. :)

Sunday, October 24, 2010

Bukan sekadar shampoo






Tak perlu nak persoalkan tentang ketidak-tentuan hidup, ketidak-adilan dunia, ketidak-sempurnaan diri, kalau cukup anggota tubuh, boleh pakai, boleh beli makan, suap nasi, hisap rokok dan juga kalau masih boleh update status di fb dan twitter.

Ada orang lebih fucked up dari kita. Untunglah dan syukurlah. :)

Wednesday, October 20, 2010

Santapan Jiwa


Saya dikhabarkan buku dengan nama asalnya : Cherish Your Life hasil tulisan Arvan Pradiansyah sudah pun berada di pasaran buku tempatan agak lama setelah saya menyerahkan manuskrip terjemahan di meja editor di Penerbitan Casa Delima. Alhamdulilah, saya berpeluang menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa kita. Satu tugas yang dah lama saya nak buat. Banyak buku-buku bagus yang sepatutnya di terjemah ke bahasa kita seperti mana yang negara Indonesia buat. Semasa saya membuat kerja-kerja terjemahan buku ini, saya jadi bersemangat. Feel dia lain macam. Buku ini mengambil banyak contoh-contoh hidup yang berlaku sehari-harian yang dekat dengan kita. Bila baca kita rasa situasi itu seolah-olah berlaku dalam hidup kita. Rasa real. Saya dapat percuma buku ini sebab saya penterjemahnya, untuk anda semua kekasih-kekasih saya bolehlah dapatkan di book store yang berhampiran.

Dalam menghadapi setiap pemasalahan, bencana dan musibah janganlah kita sibuk dengan pertanyaan Why, tetapi cubalah bertanyakan What apa yang boleh dilakukan dengan situasi ini. Otak kita seperti komputer yang dapat beroperasi dengan menekan butang-butang. apabila kita menekan butang Why maka otak kita akan mencari penyebabnya. Tetapi sayangnya, dengan punat Why ini juga kita tidak dapat melakukan apa-apa. Jadi untuk merangsang agar kita selalu berorientasikan kepada tindakan, tanyakanlah What, apa yang harus kita lakukan untuk menghadapi masalah ini?

Misalnya dengan mengatakan "Majikan saya bersikap autokratik" kan lebih baik jika mengatakan "Saya harus mencari cara agar dapat bekerjasama dengan majikan saya."

Menyalahkan orang lain adalah sikap bawaan. Ini adalah sebuah bentuk mekanisma pertahanan diri (self defence mechanism) yang dimiliki oleh semua orang. - m/s 90



*Lepas ni tak payahlah nak tanya dan cakap 'why' lagi. Dia tak akan pernah menyelesaikan apa-apa. Sebab cakap banyak tak buat pun tak guna.

“Contemplation often makes life miserable. We should act more, think less, and stop watching ourselves live.”

Tuesday, October 19, 2010

Surat Untuk Ibu

Kumpulan 111 Puisi Kanak-kanak : Surat untuk Ibu yang ditulis oleh Encik Ishak Hamzah penulis dan pemilik syarikat penerbitan E-Media Corporation yang mengeluarkan buku-buku motivasi dan ensiklopedia telah pun melancarkan buku barunya itu di DBP 14hb oktober baru-baru ini. Aku diminta untuk memikirkan apa persembahan yang sesuai untuk launch bukunya. Disebabkan puisinya disekitar pemikiran kanak-kanak, aku rasa wajar persembahan itu dilakonkan oleh kanak-kanak juga. Encik Ishak minta saya buat small play yang simple tapi nice and sweet. Faktor kekangan masa aku yang menggila akhir-akhir ini, dengan tidur yang cukup-cukup aku cuma sempat buat beberapa kali latihan saja. Tapi paling sweet bila setiap kali training, anak-anak ini akan bulat mata dan gigih menghafal walaupun aku datang dah melepasi waktu tidur mereka. Aku cakap pada bapa mereka Mukhris yang merupakan pendorong paling jitu anak-anaknya supaya lebih berani dengan exposure sebegitu, anak-anak dia dah aku ikat kontrak untuk play atau projek seterusnya jika ada melibatkan kanak-kanak. Senyum lebar Mukhris. Apatah lagi Mukhris juga terlibat dalam produksi filem/drama dan bergiat dalam teater. Jadi anak-anaknya sudah terbiasa dengan pentas dan excited untuk berlakon.

Waktu paling seronok aku lihat ialah ketika nak naik pentas. Mereka nervous tapi still senyum-senyum, lompat-lompat. Ulang kali mereka kata : ramainya orang, Adik takutlah. Abang dah menggeletar ni auntie Faz. So cute. Saya kadang-kadang tersasul, kejap-kejap bahasakan diri auntie, kejap-kejap kakak. Mukhris kata, perasan muda. heh.Play ini juga dibantu oleh Mukhris sebagai background musician dan cik ajune my beloved sister berlakon sebagai cikgu. Sungguhlah bekerja dengan sedarah sedaging atas stage sama-sama memang akan nampak kasih sayangnya. Masing-masing cuba bagi yang terbaik di depan orang-orang yang mereka sayang. Tak hipokrit. Jujur sahaja. Bila dah selesai aku hulurkan duit untuk mereka, sukanya bukan main. Ulang kali kata, banyaknya. Banyaknya auntie. Ini bukan soal duit, ini soal masa, tenaga, semangat dan kasih sayang mereka pada aku. Sebelum berpisah, aku peluk tak berhenti adik dan abang tu. Mereka cium pipi aku bertalu-talu. Terharunya rasa.









** Terima kasih Encik Ishak atas kepercayaannya. Semoga buku puisi ini menjadi panduan dan rujukan untuk kanak-kanak dan khalayak lainnya, walaupun ulang-ulang Encik Ishak bisik pada saya : Buku puisi susah nak jual Faz. Kata saya : Takpe, yang penting niat. :)

Wednesday, October 13, 2010

Delaila



Jemput datang. Perempuan yang berlakon sebagai Delaila itu adik dan pelakon kegemaran saya - Cik Nadirah Hamid. Saya tahu satu hari nanti, beliau akan ada nama besar dalam industri seni. Break a leg darling. Sebelum dia benar-benar establish dalam dunia seni, marilah sama-sama support dan menonton persembahan amal ini. Saya mungkin akan hadir pada malam akhir. Insyaallah. Sebab saya ada kerja sunting-sunting short film dengan Tarantino Malaya Mr. Dean Sham di Kuala Lipis hujung minggu ini. Doakan short film ini akan jadi salah satu short yang boleh dibanggakan. Amin.

Monday, October 11, 2010

Tubuhnya Masjidku

Sekitar penggambaran Bila Cinta Sudah Melakat, Tahi Kucing Rasa Coklat oleh Bin Filem dan rakan-rakan. Saya enjoy shooting untuk short ini. Karektornya pertama kali saya bawakan, jauh beza dengan sebelum ini dan storyline yang bagus. Penggambaran yang tidak stress dan setiap kali cut, akan ketawa berderai-derai. Thanks for the team. Thanks for the director. Siapa yang tidak mahu bekerja dengan Bin Filem? Pheww. I think i'm the lucky one. :)






Kekasih saya pesan, dalam hidup kita kena pilih priority.
Tak semua yang boleh kita miliki.
Kawan datang dan pergi.
Ada yang suka ada yang benci.
Begitu juga dengan seni.
Ada yang wannabe dan syok sendiri.
Peduli apa dengan persepsi.
Takkan mati dikeji.
Takkan selamanya dikhianati.
Yang penting kita tahu sendiri.
Yang penting kita kukuh berdiri.
Yang penting kita tak pernah membenci.

**Yeah, dia betul. Kali ni saya setuju dengan kata-katanya. Selalunya saya pilih untuk degil. :P

Sunday, October 10, 2010

Friends Forever Disorder

RS : Ada satu penyakit bernama 'Friends Forever-Disorder' ini. Penyakit ini unik dimana setiap anggota kumpulan wajib sekepala sejubo selamanya. Tidak ada singularity dan individualiti. Simptomnya, apa yang benar takut dinyatakan. Takut hubungan politik kawan tadi terjejas—takut hilang kawan.

ZE : Jadi kau tak takut hilang kawan?

RS : Aku ada faith—buat apa aku takut? Kalau aku tak ada kepercayaan terhadap kawan aku, buat apa aku berkawan in the first place?


**Perbualan diambil dari entry Ridhwan Saidi aka Bin Film di entry yang tajuknya : Perbualan bersama teman FB yang telah dibuang kemudian diterima kembali.

Friday, October 8, 2010

Children will not remember you for the material things you provided but for the feeling that you cherished them - Richard L. Evans

1)Seronok layan budak-budak. Diorang jujur. Tak pandai touching2.
2)Kerenah cikgu lebih mengada2 sebenarnya. Sebab cikgu orang tua. Touching lebih. Tak dapat air pun nak mengamuk. Mengalahkan budak-budak.
3) Dah ada dua sekolah kata muka I macam Liyana Jasmay. Ouch, aku tak percaya cinta, aku tak percaya cinta, aku tak percaya c.i.n.t.a. Ajun kata, LJ versi berisi kot. heh
4) Ada yang minta autograf, dan nak jadi adik angkat. Rasa sungguh artis masa ni.
5) Tidur lebih cepat sekarang ni, jam 12 dah masuk tidur. sebab sekolah seisi pagi. Bangun kul 5am, gerak kul 6am. Kalau tak cukup tido, mata macam panda. Dan tak cukup energy nak borak-borak dengan budak-budak ala-ala pak nil dalam tom tom bak. Style buat muka serius dan nak habis cepat.
6) Cikgu lelaki minta no telefon dengan menghantar budak2 sebagai messenger. Tak gentleman langsung.
7) Dah ramai adik2 menjadi rakan di FB. Harap-harap kalau kak Faz tak layan sangat korang, jangan remove jadi kawan ye. :P
8) Mummy paling gembira, hari-hari dapat air free.
9) Bekerja dengan org2 yang disayangi, penat pun rasa ok.
10)Moment paling best bila diorang bagi respond dan belajar untuk mendengar dengan baik walaupun ada kalanya perkara tu not so interesting, tapi sebab ada rasa respect diorang belajar beri perhatian dan dengar. Yeah, itu semua selalu bergantung pada cara/sistem tempat belajar itu juga. Jatuh pada tahap macam mana cikgu-cikgu handle diorang.
11) Antara pengalaman best untuk tahun ni.
12) Tak sabar nak anak sendiri. Awww. :P



Wednesday, October 6, 2010

Blueberry not blackberry



Leslie : Sometimes your rhythm's off, you read the person right but still do the wrong thing.

Elizabeth : Because you trust them?

Leslie : Because you can't even trust yourself.

Sunday, October 3, 2010

Eat Pray Love



"You need to learn how to select your thoughts just the same way you select your clothes every day. This is a power you can cultivate. If you want to control things in your life so bad, work on the mind. That's the only thing you should be trying to control." — Elizabeth Gilbert (Eat, Pray, Love)

Let's Watch Your Hand

Ini play pertama berbahasa inggeris yang saya direct. Oh ya, ia dipentaskan semasa bulan puasa tempohari. Play ini untuk create awareness di kalangan pelajar sekolah rendah tentang bagaimana pentingnya membasuh tangan dengan menggunakan sabun. Pada awalnya pihak event meminta saya menjadi cast dan directornya, tapi saya cakap saya dah tua untuk lakonkan watak student primary school. Dan saya rasa dah tiba masanya saya beri peluang kepada adik-adik dan kawan-kawan saya untuk rasa pengalaman ini seperti mana saya pernah terlibat dengan tour event Fumakilla (kesedaran pentingnya menjaga kesihatan untuk elakkan denggi) sebagai cast. Jadi saya tumpukan untuk direct sahaja.

Dua adik dari UPM iaitu Nadirah dan Fika. Nadirah memang fave actress saya sampai bila-bila pun. Saya melihat diri saya di dalam dia. Jika saya punya peluang untuk direct dalam medium apa sekalipun, dia memang selalu jadi 1st choice. Sebab dia tak hipokrit, humble, kuat belajar dan baik hati. Ciri-ciri ni ciri manusia yang saya suka. Dan seorang lagi Fika, iaitu kawan kepada Nadirah. Dia masih baru lagi dan takut-takut tapi bersemangat. Berulang kali dia khabarkan yang dia teruja dan jika ada lagi dia mahu turut serta. Dan seorang lagi geng paradoks aku iaitu Syai. Syai sanggup datang dengan motor ke training kami di UPM malam-malam. Dan boleh hafal skrip english yang berjela-jela tu. Aku kagum dengan attitude dia. Dia tak rasa pun yang play itu harus diperlecehkan kerana play untuk kanak-kanak. Dia buat sungguh-sungguh. Lepas show pihak event tak habis-habis beritahu : good job! pada aku. Aku rasa good job tu pada mereka bertiga. Thanks kerana mahu sama-sama ada dengan aku untuk cipta satu lagi pengalaman manis atas pentas.




4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...