Dia gadis polka dot yang sejati
setia dengan corak itu ke sana ke mari
bangga bila ramai yang puji
sampai dalam tidur pun senyum lagi
Gadis polka dot gemar menari
tak kira hujan atau terik mentari
tak kisah di situ di sana di sini
yang penting ada yang memerhati
Gadis polka dot tak boleh sendiri
apatah lagi di hina caci
mahu diri di peluk di sayangi
dan jerit padanya 'kau perempuan sakti'
Gadis polka dot menangis di satu hari
kerana di tegur kekasih hati
janganlah selalu sombong diri
hidup pinjaman bukan milik abadi
Gadis polka dot sedih sekali
terasa diri di hempap bumi
di buangnya skirt polka dot dalam perigi
tiada lagi liuk tubuhnya menari-nari
Dia gadis polka dot yang sejati
sudah berhenti dan tidak berani.
Tuesday, June 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Pulang dari Ipoh, aku dikejutkan dengan peristiwa salah sorang teman kerja masuk hospital kerana telan 20 bijik panadol sekaligus akibat put...
polka dot klasik dan tak dibuat2.
ReplyDeleteroslan,
ReplyDelete:)