Monday, December 20, 2010
Anugerah Buku Negara
Saya membekalkan gadis-gadis jelita untuk majlis Anugerah Buku Negara yang bertempat di Hotel Royal Chulan, Bukit Bintang baru-baru ini. 10 orang kesemuanya. Semuanya pelajar-pelajar universiti yang nak timba pengalaman dan nak duit poket sementara ada yang sedang cuti semester. Ada separuh dari mereka rakan-rakan Ajune. Mereka suka sebab bayarannya lumayan dan kerjanya simple sahaja. Senyum-senyum, lambai tangan, mempersilakan tetamu. Mereka suka. Dan sibuk beritahu saya, kalau ada job begini mereka mahu join lagi. Ada juga yang kena kacau dengan bodyguard VIP dan Dato-dato' yang tua bangka ini untuk teman pergi minum-minum. Mereka bergurau beritahu saya selain kerja yang senang, hajat untuk dapat nombor telefon dato' sudah pun tercapai. heh. Saya kata, dah besar pandai-pandailah jaga diri. Tujuan saya untuk beri mereka pendapatan sampingan sudah berbalas, kalau mereka dapat lebih dari itu; bukan hak saya mahu masuk campur. Itu individu. Ajune kata, mereka selalu ingat kerja sebagai penyambut tetamu atau usher ini dipandang sangat rendah oleh kebanyakkan orang. Saya kata, kerja apa pun kalau kita sendiri yang letak maruah kita ditempat yang rendah, maka rendahlah jadinya.
Selain tu saya terlibat mengarah persembahan selingan untuk Encik Ishak Hamzah yang mendeklamasikan puisi kanak-kanak dalam bukunya. Kali ini sekali lagi saya pinjam anak-anak Mukris iaitu Sufi dan Daniel serta anak Encik Ishak sendiri iaitu Akif. Kami sempat berlatih sehari sahaja di rumah Mukhris kerana last minute baru Encik Ishak memaklumkan untuk membuat persembahan. Sayangnya, ia tidak sempat dirakam. Memory card video cam Encik Ishak penuh. Frust juga. Anak Mukhris siap nak tag video kat cikgu sekolah dia. Nak beritahu yang dia buat persembahan depan isteri perdana menteri. Tapi apakan daya. Anyway, mereka buat persembahan yang bersahaja. Sesekali saya terfikir yang saya ada sedikit bakat dalam mengendalikan kanak-kanak (perasan sikit). Tapi saya juga ada terfikir yang saya garang juga. Tapi kalau tak garang, budak-budak pijak kepala. Dengan sedikit ilmu psikologi insyaallah boleh kot. Mana tahu saya boleh direct persembahan teater kanak-kanak sedikit masa lagi. Kalau tak cuba, mana nak tahu. 23 Dec ini sekali lagi saya dijemput untuk sama-sama membantu membuat persembahan sempena Pesta Buku Kanak-kanak 2010 di PWTC. Kali ini saya pastikan ianya dirakam.
*Saya tak ambil port sangat pemenang malam tu. Saya ralit makan chinese food.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
my dear faz,
ReplyDeletedalam diri setiap insan yg bergelar wanita itu telah secara lahiriah nya ade naluri keibuan. cuma bg sesetengah nye perlu d pupuk.Dr entri2 sblm ini Sis rs Faz mmg sayang kn budak2, btul x?
berdepan dgn si cilik ni kdg2 teramat mnguji kesabaran kita.
Sis doa kn faz dpt direct teater knk2 coz sis pn minat nk tgk. :)
baik, cantik, penyayang lagi pulak. jangan kata budak-budak kecil, budak-budak tua macam saya pun sayang.
ReplyDeletegoodluck kakak. :)
sis,
ReplyDeletethank u so much sis. :)
nisha,
kamu pun! tq laling. :)