Tuesday, December 14, 2010

Yang Difirmankan







Yang Difirmankan

Yang difirmankan Allah:
dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya,
engkau melihat bumi ini kering dan tandus,
maka apabila Kami menurunkan hujan ke atasnya,
nescaya berubah dan subur dengan tumbuh-tumbuhan
sesungguhnya Allah Yang Menghidupkannya,
sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati.
sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Al-Fussilat, 39

Yang dizahirkan anak Adam
menyelerakkan hutan batu di serata bumi Allah
menumbuhkan kota-kota atas pandang kontang
mencipta tamadun yang menjadi pasak dan menggegarkan bumi
membina jirim yang berupaya menyahkan suatu bangsa
menerobohi angkasa untuk menguasai seluruh alam
mengatur-atur peta alamiah sebagai genggaman tangan
menyuburkan bumi bukan hanya dengan kesejahteraan
semakin gah semakin anak Adam alpa:
~ alpa terhadap nikmat ar-Rab
~ alpa terhadap perintah ar-Rab
~alpa terhadap larangan ar-Rab

lalu kita bina kubah-kubah bertahta zamrud tanpa penghuni
lalu kita ukir lembaran emas qalam-Nya untuk tontonan
lalu kita sedut emas-emas hitam menjadi armada
lalu kita jadikan Baitulmuqaddis sebagai muzium perang
lalu kita jadikan Badar sebagai sejarah Muhajirin
lalu kita tebarkan pengucap dua kalimah di ceruk-ceruk alam
lalu kita redakan Sungai Tigris dilimpahi merah-darah
lalu kita sorakkan bumi kontang Kabul dibedil-berai
lalu kita terus-terus izinkan bumi Palestin dikikis-toreh

Yang difirmankan Allah:
siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi
dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu?
lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu
kebun-kebun yang indah pemandangannya,
yang kamu tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya.
~Al-Naml, 60

Yang dizahirkan anak Adam :
tamadun di atas kemusnahan di bumi nusa ini:
atas nama tamadun anak-anak padi menjadi anak-anak cerucuk
atas nama tamadun hutan nikmat menjadi dataran pepejal
atas nama tamadun lautan mewah menjadi hamparan tanah
atas nama tamadun tasik-paya menjadi tapak buangan
atas nama tamadun desa-kampung menjadi lubang hayunan
atas nama tamadun wilayah margas menjadi wilayah taruhan
atas nama tamadun bukit-gunung menjadi menara pancaran

Yang difirmankan Allah:
Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia
timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan kepada mereka
sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah dilakukan,
supaya mereka kembali insaf dan bertaubat
Al-Rum, 41

Wahai anak-anak Adam
Mengapakah kamu rosakkan bumi Allah ini?
Wallalhualam!

Ishak Hamzah
1 Muharam 1432H/ 6 Disember 2010

**Terima kasih abang Pyan kerana sudi ajak faz dan rakan-rakan untuk sama-sama ada dalam majlis ini. Terima kasih encik Ishak Hamzah atas puisi yang indah dan cantik ini. Terima kasih Haan Yusuf atas gambar-gambar ini. Terima kasih pada Paradoks dan kawan-kawan lain atas perkongsian pentas kita. Terima kasih Syai kerana membelanja I dengan geng-geng semua di seksyen 21. Semoga Allah memberkati hidupmu dan hidup kita semua. Amin.

5 comments:

  1. menutup aurat bagi lelaki dan wanita adatak firmanNya..?

    ReplyDelete
  2. anon,
    dah tahu buat2 tak tahu ke apa ni. heh

    rayza,
    ops, sorry. well excited syai belanja. :)

    ReplyDelete
  3. Subbhanallah, puisi nye Faz, menusuk hati. mengingat Sis yg kadang kala teralpa.
    mesti best kalu dpt tgk Faz meminjamkn suara utk puisi tu. sygnye, belum berkesempatan utk itu semua.

    ReplyDelete
  4. sis,
    insyaallah sis, satu hari indah nanti. :)

    jaga diri.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...