Sunday, January 16, 2011

Fatal



Larutku, berjisim pada deru bisikmu
Bertekup di kelubungan
Dakaplah kegelisahan jiwa nan dulu
Adalah kegilaanku mencumbuimu

Leraiku, berdikit pada zarah nan buntu
Berpalit di pasunganmu
Hambarlah segala rasa jiwa nan dulu
Adalah keterasingan pada kucupmu

Benarkan ku bersentuh kudusmu,
Benarkan
Telahpun ku lupus dalam abadimu
Dan segala ada berulang liuk di kelopakmu



Aku harap sesekali kau menjenguk-jenguk aku disini.
Aku rindu kau.

Monday, January 10, 2011

Deklamasi Puisi


Lama betul tak jumpa Wak Khalid. Ada dekat 2 tahun kot. Alih-alih jumpa dalam facebook. Dan terjumpa pula di malam baca puisi pena sempena meraikan Zaen kasturi yang dianugerahkan SEA Write Award baru-baru ini. Wak Khalid menjadi penyeri majlis penutup malam itu. Dia nyanyi lagu "Biarlan Bulan Bicara" sebelum membaca puisinya. Sedap juga suara Wak Khalid. Ramai performer yang membaca puisi malam itu. Semuanya didedikasikan khas untuk Zaen Kasturi. Pak Samad pun ada. Antara yang terkesan ialah Zakaria Amataya, penyair dari Thailand yang membaca puisi dalam bahasa Thailand. Sedap betul bacaannya. Tak faham bahasanya, tapi sedap sungguh intonasi dan cara pembacaannya. Zakaria juga merupakan penyair yang memenangi SEA Write Award tahun lalu. Kata Zakaria - bahasa bukan sekatan untuk kita saling belajar memahami. I love that quote.

Sebelum Wak Khalid membaca puisinya, ada seorang performer (terlupa daripada mana dan siapa) dia membaca puisinya dengan movement yang agak berlebihan. Tangannya di hayun secara besar-besaran. Dan penekanan certain-certain word yang sengaja dibuat-buat. Macam orang nak berdebat pun ada. Entah. Aku rasa semua orang punya cara dan corak ekspresi pembacaan puisi masing-masing. Cuma ada kalanya pemahaman terhadap isi kandungannya tidak benar-benar sampai pada maksudnya. Ada satu point dia menjerit "aku menggeletarrrr" tapi yang digerakkan ialah kedua belah tangannya seolah-olah berlari atau mengayuh basikal barangkali. Tidak sinkronis dengan apa yang dikatakan. Wak yang seolah-olah faham bisik kat telinga aku - Itu berlari, bukan menggeletar. Kemudian dia membuat aksi menggeletar. Haha. Wak sangat cute. Kemudian dia menambah, kita orang teaterlah. Tak payahlah tipu kita. Kita tahu! Kadang-kadang unsur exaggerate (movement yang dibesar-besarkan) tak sesuai digunakan dalam mendeklamasikan puisi. Ada kalanya aku menonton pembacaan puisi yang try to hard seperti menggunakan air mata dan pemuisi kelihatan sebak-sebak ketika membaca puisi. Juga menjerit-jerit macam kena histeria. Perlu ke semua tu? Kenapa tidak jujur sahaja? Jangan tipu khalayak. Apa yang dibaca itu harus sampai ke hati kita dulu, kemudian barulah ia akan terpancar pada khalayak. Sepatutnya bila puisi itu dibaca, audience yang nangis, bukan kita. :P

Aku teringat ketika bertemu dengan penyair Indonesia Fatin Hamama, yang sangat anggun dan manis semasa Kongres Sebudaya Serumpun beberapa tahun yang lalu. Teringat lagi susuk tubuh punya alis lentik, hidung mancung, putih gebu dan punya senyuman paling manis sekali dan paling penting Fatin Hamamah sangat wangi orangnya. Setiap kali dia melintas, bau wangi menusuk-nusuk hidung aku. Paling terharu dia menghadiahkan buku himpunan puisinya sebagai cenderamata kenang-kenangan untuk aku. Masa kami menonton bersama-sama persembahan di rumah Pena, sebelum dia naik ke pentas membaca puisnya, ada seseorang yang sedang membaca puisi. Aku lupa dari mana dan siapa orangnya. Biasanya persembahan yang baik bersifat 'memorable'. Dia membaca dengan gaya over acting habis. Tangan bersimpang siur. Tak tahu apa yang cuba dibuktikan. Fatin yang wangi itu bisik di telinga aku : Sayang sekali, puisnya bagus tapi dia tidak faham maksud puisinya sendiri.

Seperti pelaku diatas pentas teater, diatas layar, jika kita tidak faham apa yang kita perankan kita bukan sahaja menipu audience, tetapi paling penting kita menipu diri kita sendiri. Act and react harus sejajar. Kata-kata dan perbuatan harus sinkronis. Dan paling penting ia sampai dalam bentuk yang'convincing'.


Al-Hadid (Fatin Hamama)

Ketika sepotong besi menjadi tombak
Besi tak pernah tahu
Untuk apa ia jadi tombak

Ketika sepotong besi menjadi pisau
Besi tak pernah tahu
Untuk apa ia jadi pisau

Ketika sepotong besi menjadi peniti
Besi tidak pernah tahu
Untuk apa ia jadi peniti

Kecuali suatu hari tombak dijadikan alat pembunuh
Dan bersarang di jantung kiri
Tombak mengeluh
Aku tak ingin jadi seperti ini

Demikian pisau
Ketika menemukan dirinya
Di leher sebagai penebas
Pisau mengaduh
Aku tak bercita-cita jadi pembunuh

Ketika besi-besi yang menjadi senjata berubah fungsi
Diam-diam peniti mensyukuri
"Aku menjadi penyemat baju seorang sufi, setiap hari aku dibawa
rukuk, sujud, dan mensyukuri nikmat Tuhan yang diberi
aku tidak ingin patah, biar berkarat aku kini."

** Al-hadid adalah satu nama surah dalam Al-Quran yang bererti 'besi'

Sunday, January 9, 2011

The Story of Us


Aku baru saja menonton movie ni. Kat HBO. Aku tengok dengan adik ku-Ajune. Part akhir cerita ni kami berdua menangis beria-ia. Macam tengok cerita hindustan. Kami duduk di sofa yang lain. Tapi tak perlu bohonglah, Ajun makin lama makin menggelongsor ke bawah. Aku kebetulan sedang baring ambil kusyen dan menyembamkan muka atas kusyen. Habis aje movie, serentak kami cakap : Bodohlah cite ni. Sedih gila! Bodoh tu sekadar mahu menyembunyikan keegoaan untuk cover scene kami nangis. Buat-buat macam tak nak tengok mata masing-masing. Padahal sedang merah. Kami selesai aje terus ke bilik dan Ajune sibuk duk cari quotes movie ni yang dirasakan banyak yang menarik untuk diingati semula. Dan terus dia tulis salah satu quotes yang best pada status facebook dia. Cerita ni dah lama, tahun 1999 dah keluar. Tapi aku kot yang baru nak tengok. Kebetulan ada di HBO. Thanks HBO.

Content cerita ni pasal sepasang suami isteri yang sudah merasakan hubungan mereka pudar setelah 15 tahun hidup bersama. Konflik tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam hubungan seperti salah faham, tentang kuasa, soal kecil yang diperbesarkan. Mereka masih sayang satu sama lain, tapi merasakan yang semua pernah manis dahulu telah hilang. Seperti mana kita sayang pada satu-satu benda baru contohnya. Ia perlahan-lahan pudar, dan bila sudah terlalu lama kita mungkin berfikir untuk menggantikannya. Tapi relationship bukannya benda kan. Ia lebih complicated. Dia melibatkan hati dan akal.

Sometimes aku terfikir bahawa bagaimana agaknya bila kita pernah mencintai seseorang, apabila kita tidak lagi boleh bersama (atas banyak faktor) kita dengan mudah membenci pasangan kita itu. Aku rasa ia bukan untuk pasangan kekasih sahaja. Persahabatan juga begitu. Kita berkawan, kemudian bergaduh, seterusnya berdendam. Paling teruk kita mengharapkan dia ditimpa kecelakaan yang besar. Kenapa macam tu? Kan kita pernah bersahabat baik, pernah berkongsi rasa dan jiwa, pernah gelak ketawa bersama. Mudahnya kita membenci dia. Just like that. Just like that. Atau sebenarnya kita sedang berusaha untuk menafikan rasa sayang kita terhadap dia? Aku ada baca sebuah buku baru-baru ini, emosi yang paling dashat ialah 'marah'. Bila kita marah, kita tak pernah peduli tentang banyak perkara. Kita akan langgar semua benda termasuk perasaan kita sendiri. Belajarlah mengawal rasa marah. Perlahan-lahan.

Dengan kekasih pun macam tu. Aku kalau rindu atau teringat kekasih lama (ehem), aku akan stalk facebook dia atau tengok album-album lama. Atau apa sahaja yang boleh mengimbau memori dengan dia. Nasib baik aku boleh tengok wall dia (walaupun dia dah remove aku dari senarai friendlist dia, mungkin dia buat tu time dia marah. heh). Aku tengok kegembiraan yang dia kecap sekarang. Aku meninjau serba sedikit kehidupan dia. Kemudian aku senyum seorang-seorang. Dalam hati aku, semoga dia berjaya dan gembira dengan apa sahaja yang dia buat. Relationship kita tu pernah jadi satu perkara indah dalam hidup kita. Cuma jodoh sahaja yang tiada. Tak perlulah nak persoal; siapa dump siapa, siapa dulu yang tak pernah jaga hati siapa, siapa yang kurang berusaha. Relationship tu kan atas kehendak dua orang. Kalau ada 'give' tapi takda 'take', buat ghapo? Tapi terpulanglah. Orang lain-lain kan. Kalau dia memilih untuk tidak mahu ada relation apa-apa (walaupun sebagai kawan), apa yang kita boleh lakukan. Cuma kita selalu sahaja boleh memilih untuk perkara yang lebih baik. Memberi maaf contohnya.

Ada kala kita fikir, sejauh mana agaknya kemesraan yang kita ada kini akan berpanjangan? Kalau kita berusaha untuk maintain berkasih sayang dalam sebuah perhubungan, kita akan maintain. Aku percaya itu. Well, hubungan akan ada naik dan turunnya. Tapi jika ada sesuatu yang akan berlaku tanpa kehendak kita, siapa kita untuk menahannya. Terima dan redha aja. Tapi jangan kita membenci. Jika kita pernah mencintainya-manakan mungkin kita bisa membencinya.

Thursday, January 6, 2011

Sukan dan Sihat

Malam semalam aku dapat tawaran berlakon feature film untuk final project student sebagai main cast. Shoot hujung January ini. The best thing pasal filem ni ialah menggunakan bahasa Indonesia sebab characternya nanti adalah warga Indonesia. Aku tak baca lagi skripnya. Mereka sedang dalam proses translation ke bahasa Indonesia. Aku terima sebab pertama aku pernah bekerja dengan mereka. Kedua cara dia approach aku untuk terlibat sangat down to earth dan penuh sopan santun (yeah, aku memang suka orang yang polite dan respect orang lain), dan ketiga sebab characternya bagus. Sebenarnya aku tak boleh cerita banyak sangat tentang project ini, kalau dah dapat green light dari mereka nanti baru boleh dihebah-hebahkan. Ini satu berita yang agak gembira untuk awal tahun 2011 ini. Sebab aku dah gian nak berlakon weh.

Kerja-kerja penulisan untuk produksi Chilli Pepper sudah selesai 1 january lalu. Sedang proses amendment dan menunggu tarikh confirm untuk shoot. Dalam minggu kedua January nanti aku akan ke Endau Rompin, Tok Bali Kelantan, Johor, Jelebu untuk shooting tempat-tempat penternakan dan pertanian. Nampak macam boring kan? Tapi sebenarnya it's quite interesting sebab sebagai script writer bila kau buat research dan buat treatment program, kau dah boleh imagine shootingnya bagaimana nanti. Masa aku dengan team recce pasal penternakan udang galah that day, peh memang teruk sangat rasanya. Ada satu part ni masa pekerja-pekerja membuat aktiviti menangkap udang, masa mereka memasang jala dan perlahan-lahan merapati tebing untuk memerangkap udang, udang galah melompat-lompat sebab takut kena tangkap. Masa tu memang satu moment menyentuh la bagi aku. Lawa sangat permandangannya. Beribu-ribu udang melompat seolah macam air pancut. Tapi sebaliknya ada perasaan lain yang selubungi aku. Emosi udang-udang itu. Erm, anyway mereka dijadikan untuk dimakan kan. What to do. Untuk shooting nanti, aku harap aku boleh turun ke lokasi rasa pengalaman-pengalaman itu. Episod yang masih belum shoot ialah perikanan laut dalam di kelantan, penternakan lembu fitlot, perusahaan kerepek, ikan air tawar dan burung walit. Kalau tak jadi script writer untuk program ni, memang tak ambil tahu pun pasal benda alah ni semua.

Haaa...untuk menunggu waktu-waktu lapang sebelum shooting nanti, aku mengamalkan aktiviti bersukan sebagai salah satu perkara wajib sekarang ini. Pergi gym, berenang dan badminton. Aku rasa aku dah berat sikit. Suka makan. Malam-malam makan nasi lemak. Dan tembam. Alah, tak payahlah nak tipu diri sendiri. Tipu orang memang boleh. Kita aje yang boleh tahu kita kurus ke gemuk. Heh. Aku kena kurus sebab kalau berlakon dalam film nampak macam tempayan. Untuk pentas pula, nanti cepat penat dan rasa berat serta malas nak bergerak sangat. So memang kena kurus. Bukanlah nak kurus sangat, tapi kurus yang sihat. Jadi haruslah bersenam. Aku selalu ke putrajaya aje kalau nak bersukan. Sebab kat sana banyak percint yang ada pusat kejiranan. Jadi semua jenis sukan pun ada. Semoga aku boleh kurangkan dalam 5-10kg lagi untuk nampak fit dan slim. Azam tahun barulah ni kononnya. :P


**Di Malam hari jadi Mummy, 5 January 2011. Bulat kan muka I?

Tuesday, January 4, 2011

Palmy






Abah saya minta cari kawan-kawan yang boleh menggunakan suara dia untuk promo tentang isu minyak kepala sawit. Character animation untuk minyak sawit ni perlulah ceria, interactive dan happening. Oh ya, dan haruslah fluent dalam english. Ini untuk pasaran global tentang isu yang berkisar sawit dan seangkatan dengannya. Saya ada beberapa list of friends yang boleh buat voice over. Tapi akhirnya saya decide offer Nan @ Nadirah Hamid adik saya pemain teater di UPM yang memang saya tahu dia akan kasi 100%. Buat apa ambil orang yang kita tak tahu potensinya bagaimana. Ini pun projek berbayar, jadi kena pastikan dia tidak di reject oleh komuniti atasan yang akan meng-approved suara dia dan paling penting abah saya akan percaya nak bagi job lagi. :)

Ini gambar-gambar di studio. Nan begitu nervous. Tapi seperti biasa dia tetap excellent. Menurut abah, V.O dah ditampal dengan visual. Insyaallah akan di youtube kan. So, Nan boleh dengar suara dia sendiri sebelum nak tidur atau bagi pada pakwe, dia boleh dengar bila rindu. :P

Saturday, January 1, 2011

Hello 2011

Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang - Siti di alam fantasi

Saya jarang nak ada azam menjelang tahun baru. Selalunya azam datang tak kira masa. Suddenly saya rasa saya mahu lebih rajin, tengah-tengah cuci toilet saya rasa mahu kuruskan badan, sedang tengok hindustan saya rasa mahu kurangkan sifat buat kerja last minute. Tahun lepas antara tahun yang wonderful dalam sejarah perjalanan hidup saya. Saya pentaskan skrip saya sendiri Pra-Perkahwinan iaitu di Anugerah teater merdeka DBP dengan kawan-kawan baik saya. Mungkin tahun depan saya boleh try tulis skrip teater panjang pula. Saya berlakon dalam Mutopia arahan dan tulisan Bin Filem yang saya secara personally merasakan ia antara skrip short film paling baik pernah saya baca. Oh ya, saya juga terlibat dalam 2 lagi short film arahan Bin Filem tahun 2010 yang progresif membikin filem iaitu Perempuan, hantu dan Skandal serta yang paling cute ialah short filem Apabila Cinta Sudah Melekat, tahi Kucing rasa coklat. Saya harap tahun depan saya boleh berlakon dalam feature film dia pula. Berangan. :P

Selain itu tahun lepas saya berlakon smeula dengan kumpulan teater rimba UKM yang mula-mula mengajar saya teater secara keseluruhan. Saya bertuah dipanggil semula oleh Bung Kancil guru saya, untuk pementasan khas teater Usang yang rata-ratanya adik-adik yang tak pernah saya kenal. Maklumlah sudah banyak tahun saya tinggalkan UKM dan kemudian perlu menjejak semula panggung seni. Perasaannya bercampur-baur. Saya dengar khabar, teater Usang akan dipentaskan semula di Matic tahun ini. Saya doakan baik-baik sahaja untuk teater rimba dan Bung Kancil. Tahun lepas juga saya bertuah dapat menjadi emcee ketika Band Efek Rumah Kaca dari Indonesia datang membuat tour mereka. Terima kasih geng frinjan kerana beri peluang, kerana saya rasa ia merupakan antara press conference paling brilliant pernah saya kendalikan. Peluang bercakap dengan mereka, seperti bercakap dengan tokoh sosialis. Moga perjuangan mereka dalam dunia muzik berterusan.

Saya sudah pun merasa bertanding untuk peringkat kebangsaan atas tiket kemasukkan kumpulan kirana dengan teater Detik dari negeri Pahang untuk Festival Teater Kebangsaan 2010. Sebagai peserta import (dipelawa untuk berlakon), saya sangat gembira bertemu dengan teman-teman baru dan rata-rata adik-adik dari UMP yang sampai sekarang masih kuat ikatan persahabatannya. Walaupun ia sudah ditukar kepada format manifestasi dan bukannya pertandingan, tetapi perasaan kebersamaan, berkampung di taman budaya, berkongsi perasaan dan emosi adalah nilai yang tak boleh diungkap ketika membuat teater. Rasanya sebab tu sampai sekarang, kalau dah lama tak main teater rasa rindu tu menebal macam rindu pada suami yang pergi out-station 3 hari, sedangkan baru je menikah 2 minggu. Rindu bau pentas tu kuat. Walaupun ada insiden tak best bila berakhirnya pementasan Detik, tapi pengalaman tu akan selalu mematangkan kita. Kalau tak kita tak belajar sesuatu.

Saya start membaca puisi di majlis Rantai tahun 2007. Tahun lepas banyak juga event yang saya pergi untuk berpuisi. Antara yang terpahat ialah ketika saya baca puisi di Akar tentang kisah buang bayi yang mendapat perhatian ramai, sehingga saya dipanggil ke JB untuk perform dan menjadi salah seorang contributor untuk buku pembuangan bayi. Itu juga pertama kali saya membaca di Akar. Saya juga membuat persembahan dengan So-sound dan bereksperimen dengan mereka di Selangor Young Award Talent. Saya harap saya ada peluang membuat persembahan dengan mereka lagi. Di majlis anjuran Frinjan juga acapkali saya membaca sebab Zulhabri partner bergosip sejati saya selalu sahaja meminta saya perform. Cuma lately, saya bisik pada dia : Zul, biarlah bagi yang lain pula. Adik-adik kita ramai yang berbakat. I nak kena rehat, dah tua. Heh. Antara saya ingat ialah saya membuat persembahan pertama kali di Map KL, Solaris Duta Mas dengan dibantu Fasyali. Nampaknya ke-spontanan aksi di pentas sekali-sekala memberi kesan yang mendalam. Dengan Syali juga saya teringin berkolaborasi. Saya geram-geram dengan rebab dia, akhirnya di satu event anjuran geng UITM Shah Alam, puisi saya dilagukan bersama gesekan rebab Syali. Termakbul impian. Antara event terbesar tahun lepas ialah Malam Puisi Riong yang dibantu oleh adik saya Alis. Rasanya malam tu antara malam menggeletar saya paling dashat sebab senarai performernya memang nama-nama besar.

Tahun lepas juga saya terlibat dengan tour Fumakilla sebagai pelakon untuk memberikan awareness kepada adik-adik sekolah rendah tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan. Saya jadi pelakon selama hampir 2 bulan dan menjelajah seluruh Malaysia. Watak saya masa tour ni ialah doktor dan cikgu. Seronoknya ialah setiap hari saya tahu yang saya perlu tarik perhatian adik-adik ni untuk faham dan terhibur dengan apa yang kami buat. Tahun lepas juga saya berlakon dalam 2 tvc iaitu untuk Kementerian Pertanian dan iklan Program Transformasi Kerajaan. Dalam tvc kementerian pertanian saya jadi surirumah dengan main castnya Nadia Mustafa. Aku juga produced satu tvc untuk kementerian perdagangan yang suck. Heh. Selain itu tahun lepas juga saya jadi speaker untuk event tour sunsilk dan tropicana twister di sekolah-sekolah. Yang paling best ialah, dapat shampoo free dan air tropicana percuma setiap kali buat talk. Kerja agak memenatkan tapi bayarannya bagus. Lagipun buat di depan adik-adik sekolah rendah dan menengah, memang fun. Sampai sekarang, adik-adik ni panggil saya : Kakak Tropika twister. Pheww.

Paling diingati sepanjang tahun lepas ialah pementasan Hegemoni yang saya sertai bersama-sama geng Paradoks. Pementasan yang paling memberi banyak pengalaman pada saya dari segala aspek. Disini saya belajar tentang bagaimana menyesuaikan keadaan, mengenal sifat dan personaliti, menimbangkan priority, dan macam-macam lagi. Sampai sekarang kalau jumpa paradoks, saya masih ada perasaan malu-malu dan segan. Mungkin sebab sayang kot. hehe. Saya anggap paradoks macam adik beradik saya. Saya harap ada banyak perkara lagi yang boleh kami lakukan bersama di masa akan datang. Saya nak ada banyak lagi memori indah dengan mereka. Oh ye, saya juga membuat performance di art installation di aswara atas jemputan Imran Yusoff. Pertama kali membuat art installation dan pertama kali di aswara yang khalayaknya rata-rata saya tidak kenal. Saya harap ada banyak lagi performance seperti ini di Malaysia. Ia satu pengalaman yang bernilai. Tahun 2010 juga saya ada direct satu karya english untuk ditonton di hadapan adik-adik sekolah rendah tentang kesedaran membasuh tangan. Play 15 minit tu buat saya bersemangat nak direct kanak-kanak kalau diberi peluang. Alhamdulilah, dapat juga saya buat semua tu bila saya diminta iring Encik Ishak Hamzah dalam persembahan beliau dalam melagukan puisi kanak-kanak. Masuk ini dah 3 kali saya direct kanak-kanak untuk play 10-15minit. Wah, perasaanya seperti tak sabar-sabar nak marah anak sendiri. :P

Saya sampai ke Kluang jadi emcee untuk satu majlis indie. Dapat lepak kat railway station dan makan roti asli Kluang. Dapat juga jadi moderator untuk sembang santai bersama Hishamuddin Rais. Abah minat dia gila-gila. Happy abah bila tahu aku akan ada satu event dengan dia. Juga antara yang diingati ialah butik online Bohemian Dreamy yang menjual dress vintage yang comel dan menawan. Hobi ni dikongsi dengan adik kesayangan, Cik Ajune saya. Oleh sebab kegilaan kami terhadap dress-dress vintage ini, maka eloklah ia dikongsikan. Semua orang pun boleh cantik. Tahun baru lalu ditutup dengan job script dari Chilli Peper yang sepatutnya esok adalah hari deadlinenya. heh. Sempat lagi mencuri menitipkan agenda 2010 disini. Sejak menulis skrip untuk program ini, rasa makin pandai pula untuk hal-hal berkaitan pertanian kat Malaysia. Kalau tak menulis untuk program ni, memanglah tak ambil port. Next week dah ada beberapa location yang aku perlu turut serta. Kerja travelling ini memang menggembirakan. Dapat travel free, dapat ber-shooting, dapat tengok tempat orang. Well, nak apa lagi? Insyaallah program ini boleh ditonton episod pertamanya pada pertengahan Januari.

Abah belikan saya net book yang dah lama sangat saya impikan. Katanya sempena hari jadi saya yang lepas. Saya terfikir, mungkin sebab saya belikan abah buku Tapai karya Hishamuddin Rais kot pada dia bulan lepas. Sekarang ni mood nak buat kerja memang betul-betul menjadi. Saya terfikir, kalaulah saya menghadiahkan abah perkara yang lebih besar seperti sebuah perkahwinan contohnya, apa agaknya yang akan saya dapat? hehe. I love you tervery much abah dearie. Yes, tahun ini juga dapat menyertai 48hours film project bersama-sama team Pelita Bambu dan dapat bermesra dengan adik-adik baru dan juga lepak lebih lama dengan Tok Rimau. It was a great experience.

Semalam di malam tahun baru dengan beberapa kawan, kami makan ikan bakar di Bagan Lalang. Kemudian lepak di tepi pantai makan kuaci dan berbual tentang macam-macam. Vovin tiba-tiba kata : Lagi 5 tahun, scene ni memang takkan ada. Scene lepak-lepak tepi pantai, makan kuaci, sembang-sembang tentang hidup. Hiba pula rasanya. Masa tu saya fikir kalaulah saya sudah berkahwin, punya anak-anak comel, saya masih lagi mahu buat perkara-perkara itu. Mungkin dengan situasi, fizikal, persekitaran yang lain tetapi dengan rasa yang sama. Insyaallah.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang saya buat di atas. Semuanya boleh berlaku pada tahun ini. Dengan semua cara dan situasi yang baru, tetapi rasanya mungkin sama, mungkin lebih best. Mak, abah, adik-beradik, sedara-mara, teman-teman yang selalu mengkritik. Sebab saya percaya kritikan lebih baik dari pujian. Kritikan - akan pukul kita dan kita merasa sakit, tapi kita akan cepat sedar. Dan untuk kekasih yang selalu ada untuk jatuh bangun saya sepanjang 2010. Yang tak pernah melatah dengan emosinal-emosional saya, yang senyum sahaja bila saya marah, yang selalu beritahu saya : Keep on fighting sayang!, yang perlahan-lahan cuba mengadaptasi kehidupan saya, yang tak pernah jemu menemani kesibukan saya, yang tak pernah sakit telinga mendengar keluh kesah saya, yang jadi ubat untuk depresi saya, yang sayang saya lebih dari yang saya tahu. Thank you so much kekasih. Moga 2011 penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Terima kasih Tuhan untuk semua-semua ini. Hello 2011.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...