Saat-saat terakhir (7 jam) sebelum presentation, tiba-tiba dapat idea nak berpakaian sejajar dengan konsep dan tema yang bakal dipersembahkan pada klien. Menggelabah call make up artist dan tempat costume rental untuk sekurang-kurangnya membawa effort dan mood sekali ke dalam presentation. Kalau tidak berjaya dibeli atau tidak terjual sekalipun, insyaallah ia akan tetap menjadi sebuah pertunjukkan yang memorable. Kalau terjual, boleh claim pada kawan-kawan, sedara mara, kekasih, setiap kali nampak billboard @ ads di TV tahun depan.
"Itu I dengan team yang buat."
Yang diorang akan boring nak dengar. :)
p/s : Costume I pakai tu berat gila OK. Labuci beribu-ribu.
Minggu lepas dapat tengok tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Kalau aku tak berhenti kerja dulu, ofis aku betul-betul belakang Wangsa Walk. Senang nak melencong makan pop corn bila stress kat ofis. Anyway, semua itu sudah tinggal kenangan. Terima kasih to Vovin sebab ajak kami. Kami register atas nama blogger, dengan confident-nya. Segan jugalah nak masukkan. Nasib geng yang lain pun ada, Pipi, Shiro, Luca dan makwe, Thorm, Jamal, Zan Zaini. Dan akhirnya aku duduk sebelah Vovin, Amar kena duduk kat bawah sikit sebab kami masuk lambat. Orang dah penuhkan hall. Pertengahan cerita Vovin boleh pergi toilet sebab tak tahan nak kencing. Aku pun nak kencing juga, tapi aku tahan sebab takut terlepas aksi-aksi lawaknya.
Personally, aku lebih suka Zombie Kampung Pisang dari sequel ni. Entahlah, sebab aku memang jarang suka sequel kecuali Before Sunrise/Sunset dan Lord of the Ring. Kesinambungan Hantu Kak Limah tanpa kehadiran pelakon sebelum ni kurang menyengat. Dulu ada AC, ada Que Haidar, Nadia Mustafa. Watak-watak tu dimatikan dan digantikan dengan Johan Raja Lawak. Mungkin kekangan masa, schedule penuh dan sebagainya (menurut pendapat Vovin).
Aku suka filem Mamat Khalid sebab secara lawak dan humor dia cuba memasukkan subtext secara tak langsung. Macam dalam Zombie, dia nampak natural aje. Di Hantu Kak Limah, ada subtextnya try to hard untuk dilafazkan oleh castnya. Nampak macam kurang sesuai. Tapi apa yang menarik dalam Hantu Kak Limah, aku suka dengan lakonan Awie dan Sofi Jikan. Heroinnya Umi Nazeera juga bagus. Lakonan mereka natural. Awie siapa sangka boleh dilentur jadi watak lawak macam tu sebab kita tengok Awie sangat stereotype dalam citer-citer Yusof Haslam. Dalam sequel ni, dia berlakon sangat natural. Sofi Jikan satu-satunya character yang menarik dalam filem ni. Dia memang jalankan tanggungjawab dia dengan baik. Aku harap abg Sofi tak berlakon dengan Mamat aje, dia sebenarnya boleh pergi lebih jauh dan menang anugerah. (mungkin bukan itu dia cari, mungkin) Dan yang boleh menang anugerah tahun depan untuk at least pelakon harapan atau pelakon pembantu terbaik ialah mamat penari kebudayaan yang bercakap asyik buat tangan macam menari tarian inang. Namanya Shy8. Character dia memang maintain, dari yang pertama hingga sequel ini. Memang sakit perut tengok lawak dia.
Aku suka dengan semua filem Mamat Khalid termasuk Estet walaupun aku dengar filem Estet antara paling rendah kutipannya. Filem sepatutnya entertaining. Tak kisah cerita serius, romantis, thriller atau seram - dia perlu menarik. Ada kalanya aku harap Mamat Khalid boleh jadi paling dekat dengan P.Ramlee dalam pembikinan filem. Aku harap-harap la.
Tak payahlah buang duit pergi tengok Dua Alam. Simpan untuk tengok filem ni bebeh.
Saya buka booth dress bohemiandreamy saya di sini. Kalau ada kawan-kawan yang singgah area Subang dan nak lepak, marilah ke sini. Saya akan ada 3 malam (jumaat sampai ahad) untuk memeriahkan bazaar ini. Ini pertama kali saya jual di bazaar, selalunya saya jual online pada rakan-rakan yang rapat sahaja. Ramai yang tanya, boleh untung ke? Purpose saya jual dress vintage ni sebab saya suka ke-klasikkan-nya dan bila nampak orang pakai saya akan automatically gembira. Kegembiraan buat apa nak tamak. Percuma sahaja. Jadi perlu share. Saya anggap ia sebagai satu hobi. Siapa-siapa yang sukakan kelainan dan untuk nampak klasik, marilah datang. Siapa-siapa yang nak belajar pakai dress pun, jemputlah juga. Mana tahu bila terpandang nanti, hati teringin. Kalau teringin, kenalah cuba. Rugi kalau teringin tapi pendam sahaja. :) Ada banyak barang vintage yang old school kat bazaar ni. Marilah ramai-ramai.
Ini Lisa haninggan. Dia memang akan tampil dengan dress vintage setiap kali buat performance. I'm big fan of her.
Cuti sekolah, maka tour sunsilk ke sekolah-sekolah juga bercuti. Sambung tahun depan kalau rajin nak buat. So far tiada masalah untuk stay bekerja dengan company yang panggil aku buat talk untuk sunsilk, payment takda problem, management pun bagus. Tapi sometimes buat perkara yang sama berulang-ulang kali memang bosan. Rutin. Sebab tu aku tak boleh keja gomen agaknya. Life kena explore. Bukan stay pada satu tempat. Bukan duduk di kelompok yang sama. Harus bergerak. Harus evolve. Aku berharap setiap hari aku ada experience perkara yang baru. Jumpa dengan orang-orang baru. Tidak statik. Zon selamat buat aku depress. Parent aku pun dah tahu. Kalau aku duduk lama 2,3 hari tak buat apa, aku boleh jadi gila. Sekarang amar pun dah tahu. Kalau aku call beritahu aku dapat new job, dia akan happy. Sebab dia selalu jadi mangsa penderaan telinga sebab kena menadah keluhan tentang kebosanan aku.
Sebelum aku jadi depress, aku dah dapat beberapa job baru cukup untuk aku fikirkan samaada untuk stay dengan sunsilk tour sampai bulan 3 tahun depan atau pun buat perkara baru lagi. Ada beberapa job baru yang sangat exciting, kalau menjadi. Yeah dalam dunia advertising semuanya harus bermula dengan pitching. Harus buat proposal dan presentation. Tapi the best part of pitch idea is brainstorming. Semua orang boleh throw idea, tiada salah atau benar. Yang penting idea. Kau akan rasa hidup bila saling bentang pendapat, ada rejection dan ada sokongan. Tidak ada siapa yang jadi diktator, menentukan satu perkara sahaja. Tiada bos. Semua pun bos dengan pendapat masing-masing. Cool. Its all about team work. Takdelah yang sekor hanya duduk dan ambil brief, sekor mengangkang tengok astro, sekor buat bodoh. Sepatutnya bila ada brainstorming semua orang pun take part. Tak kisahlah kau buat design ke, editor ke, script writer ke. Semua patut sama-sama involve untuk buat yang terbaik. Fine, its only pitching. Tapi dari pitching la kita akan dapat banyak benefit. Dengan research kita dapat knowledge. Dengan discussion kita dapat idea yang tak pernah kita fikir wujud. Dengan brainstorming kita boleh kenal manusia. Ala lupa pulak, nak kenal manusia dalam facebook pun boleh jugak. Lebih senang sebenarnya. :P
Sehingga hujung bulan ni, ada 3 proposal yang kena jalan serentak. Aku baru balik dari brainstorming dengan team. Idea bukan main. Dashat. Its ok. Memang kena THINK BIG. Kalau asyik nak fikir kecil je, semua benda pun akan jadi kecil. Hopefully client akan suka dan idea ini boleh terjual. Bila terjual akan adalah duit untuk mengisi perut beberapa orang dan membayar hutang piutang sekeliling. Juga untuk simpanan untuk membuat kenduri tahun depan. :P
**Diorang buat choir happy birthday seramai ramainya depan pintu masuk dewan Aswara ketika Konsert Breakout Show Final. Merah padam muka, menahan malu dan terharu. Ajun belikan secret recipe perasa Coklat Indulgence (fave) dan makan dengan semua fan sharp shooter yang datang menyokong mereka. Kek dah cair sikit sebab tak masuk peti ais tapi habis licin sebab semua berebut nak makan. Coklat sedap dan mahal. :P Thank kakak ajune. The best thing happen ialah, ive got new toy. Yang dah lama gila impi. Kesuma jiwaku belikan palaroid camera for my birthday. Lepas ni kena saving2 beli kodak filem dia sebab mahal ok. Thanks so much love. I love u Ter-Very much.