Friday, December 24, 2010

In Love

Menjelang akhir-akhir tahun ni, saya betul-betul busy. Seminggu saya ada 3-4 event yang harus di handle. Alhamdulilah, semua itu rezeki. Ada juga event yang suka-suka saya buat tanpa bayaran. Sampai satu tahap, duit tu bukanlah satu-satunya keperluan yang saya mahukan. Yang penting saya gembira melakukannya. Dan pengalaman tu boleh digunakan sebagai panduan dan pengajaran untuk masa-masa depan. Saya tiada masa nak pening kepala fikir pasal benda-benda remeh seperti si polan itu mengutuk saya, si polan itu membenci saya, si polan itu menghasut persekitaran saya. Saya tak ambil port. Jika kamu membenci saya tiada perkara yang boleh saya buat untuk membuang kebencian itu. Teruskanlah membenci jika itu ubat kegembiraan kamu. Saya yakin dengan perjalanan dan ketentuan Tuhan ciptakan untuk saya. Saya tahu setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Jika dia pernah menjadi kawan saya dan kami baik, suatu hari dia pilih untuk tidak berkawan dengan saya, i'm fine with that. Isu tak nak kawan, rebut-rebut kawan isu paling bodoh dalam dunia ini. Sebab saya percaya kawan-kawan datang dan pergi. Cukup-cukuplah masa zaman sekolah menengah dulu. Saya bersyukur saya masih boleh bernafas, boleh melakukan perkara yang saya suka, punya ramai rakan-rakan, buat perkara berlainan setiap hari, tidak statik, punya famili yang supportive, ada kekasih yang selalu ada. Terima kasih Tuhan.

Masa saya tulis ini, sekejap lagi saya akan ber-camping bersama kawan-kawan saya di Templer Park. Dah lama betul tak camping-camping ni. Malam tadi puas saya dengan mak marinate ayam dan ikan. Malam semalam juga baru saya dapat tent untuk dibawa. Excited sungguh rasanya. Penat-penat bekerja, kita juga harus sesekali rehat dan berhibur. Kami bercamping di malam hari natal. 25hb malam sejurus pulang dari camping nanti saya terlibat dengan gathering family saya yang memang saban tahun dibuat. Sepupu-sepupu dan ahli keluarga belah mummy saya memang akhrab. Tahun ini temanya pakaian ber-uniform. Peh, memang amatlah susah mencari pakaiannya. Tapi masing-masing teruja dan belajar mix and match mengikut tema. Saya pula akan jadi emcee malam itu. Tentu penuh dengan warna-warni. Well, bulan december ini banyak kelukaan dan keperitan (saya tak suka sangat nak bercerita soal-soal depresi dan kelukaan dalam blog)tetapi ia end up dengan banyak peristiwa yang indah. Insyaallah.

Last week saya di offer oleh seorang teman untuk terlibat dengan magazine program untuk tv3 yang bertemakan agro pertanian. Dia mahu saya jadi script writer. Saya pun pergilah mendengar briefing. Rupanya baru saya tahu production yang akan saya terlibat itu milik agensi pengiklanan Chilli Pepper. Saya rasa di Malaysia, untuk company bumiputera Chilli Pepper Film memang antara favourite. Peh, saya tak fikir panjang. Terus terima. Bos dia sangat cool. Saya teringat bos saya di cipta asia dulu. Rindu pula pada dia. Rabu lepas saya ke Melaka untuk recce dan research bersama crew dan director untuk salah satu episod. Timeline untuk siapkan semua script sangat crucial sebab TX date untuk tayang di tv mid of January, tapi saya yakin saya boleh buat. Kalau kita passion pada perkara yang kita buat, kita takkan mengeluh dan buat separuh jalan. I'm sure of it. This is one of the tvc by Chilli Pepper. Enjoyys.

6 comments:

  1. script writer, kakak. tahniah. happy for you. :)

    ReplyDelete
  2. salam Faz,

    bg Sis pegang kata2 "kerana diriku amat berharga"
    so, buat apa yg kita suka, org nk kata ape, lantak la "deme" (ni loghat org lepeh :)).
    Allah lebih tahu nawaitu kita, dr mereka yg kadangkala hanya tau mengata.
    Enjoy your life selagi bernyawa Faz.
    teruslah berusaha untuk kesinambungan hidup yg lebih bermakna

    ReplyDelete
  3. nisha,
    thanks darling. :)

    sis,
    tq for ur kindness sis. sgt2 menghargainya. :)

    aloy,
    thanks abg long.

    ReplyDelete
  4. suara yasmin ahmad!!

    congrats kak.

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...