Monday, December 27, 2010

Mutiara





Malam paling banyak saya lihat wanita-wanita yang memakai wig dalam satu majlis. Ada yang tampil tanpa wig dan cuma memakai selendang tanpa rambut berjambul di depan. Mereka kebanyakannya sedang dalam rawatan kimoterapi. Tapi tetap senyum, berhias cantik, memakai make-up dan berjalan dengan penuh keyakinan. Macam-macam perasan saya waktu tu. Rendah diri ada, malu ada. Sebab selalu sahaja complain tentang banyak perkara. Sedang ada antara kita yang sedang menderita, sakit, menghitung hari-hari akhir. Ada satu segmen, mereka membaca puisi tentang wanita yang struggle melawan penyakit kanser payudara. Sungguh terharu.

Saya bersama team diminta untuk cover event, edit jadikan dalam bentuk dvd dan membuat design banner, buku cenderamata dan hiasan deco untuk pentas. Semuanya dengan harga yang rendah daripada biasa sebab program melibatkan kebajikan. Kenalah buat kerja amal sekali-sekala. Klien kami pengasas persatuan ini sangat comel dan baik hati. Saya nampak Hanis Zalika blogger dan model yang popular tu sebab ada pertunjukkan fesyen batik malam tu. Dia comel orangnya. Pada mulanya Fahrin Ahmad yang datang untuk jadi emcee, tapi diganti dengan Maria Tunku Sabri. Baru berangan nak ambil gambar dengan Fahrin. :P

7 comments:

  1. u look wonderful with those flowers sis. :)

    ReplyDelete
  2. sedihkan kak kalau kena kanser. ):

    ReplyDelete
  3. fiza,
    awww..tq yang. :)

    nadia,
    yeah, sebab tu kita kena selalu grateful dgn apa Tuhan bagi pada kita. :)

    ReplyDelete
  4. semangat diorg yg dpt kanser ni kuat kan kak nak struggle for life.

    ReplyDelete
  5. U kan selalu jumpa I,, untuk apa lagi Fahrin?

    ReplyDelete
  6. along,
    yes along. struggling.

    yott,
    thanks. :)

    aloy,
    u ahmad dhani la. :P

    ReplyDelete

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...