Wednesday, December 29, 2010
Stage Fright
Ini gambar-gambar semasa pelancaran dan full dress rehersal pesta buku kanak-kanak tempohari di PWTC. Dewan penuh dengan orang buat lutut saya menggeletar. Sampai sekarang kalau bercerita tentang stage fright memang tak pernah habis. Walau dah banyak kali naik stage dan membuat persembahan, nervous itu tak pernah susut. Tapi nervous itu kena control. Sebab bila terlalu nervous, kita akan buat kesilapan. Macam kat PWTC hari tu, saya punya menggeletar lebih teruk dari budak-budak ni. Diorang lebih relaks dan excited. Saya banyak kali beritahu kat diorang supaya enjoy sahaja. Anggap kat depan tu takda siapa-siapa yang mahu judge mereka. Tapi saya yang tak berapa nak enjoy. Mungkin sebab kena menyanyi kot. Nak jaga tempo, nak maintain melodi, nak jaga suara supaya tak sumbang sampai lirik lagu salah. Memang tak boleh nak cover sangat la sebab lagu suriram tu lagu yang familiar. Majority akan tahu nyanyi lagu tu. Tapi bila dah sedar saya lupa lirik, saya buat muka selamba aje. Sengih-sengih dan buat-buat tak salah apa-apa. Heh. Saya bangga betul dengan adik-adik saya ni. Mereka bersungguh-sungguh. Apa homework yang saya suruh buat diorang buat. Kalau saya cikgu memang saya bagi diorang A++. Perfect dan mereka enjoy the moment. Kagum sungguh saya sedangkan 2 daripada mereka baru pertama kali membuat persembahan depan ramai orang. Yang paling saya terkejut salah seorangnya adalah anak kepada encik Shamsuddin Othman, penyair dan pensyarah di UPM. Peh, punyalah saya terkejut apabila diberitahu masa hari show. Sebab masa rehersal, saya garang. Suruh diorang buat habis baik. Ada guna kekerasan sikit. Heh. Rupa-rupanya saya mengajar anak cikgu saya sendiri. Sorry Encik Sham. :) But, your daughter is done very well. Mana tumpahnya kuah ye dak? Selepas selesai show, saya dikejar beberapa penerbit buku kanak-kanak untuk dapatkan email dan contact number saya. Diorang berminat nak guna perkhidmatan saya untuk show dan voice over buku-buku pernerbitan mereka. Alhamdulilah. Rezeki. Semoga tahun depan akan ada banyak perkara baru yang menyinari hidup saya. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...
nervous tu bagus faz. :)
ReplyDeletethey so cute!!!!
ReplyDeletezafira,
ReplyDeleteyeah. :)
anon,
absolutely!!
budak-budak jujur. :)
ReplyDeletemiza,
ReplyDeletesangat. :)
amt2 mnyeronokkn bg kanak2 tu barangkali faz - Sis
ReplyDeletesis,
ReplyDeleteyes, mereka excited. :)