Thursday, July 30, 2009
The Kojak
Tuesday, July 28, 2009
Short ini ditujukan pada sesiapa sahaja yang percaya jika mahu memiliki, belajarlah untuk mencuba. Jangan takut dengan rejection.
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth - Cold Play
Monday, July 27, 2009
“The weight of the world is love. Under the burden of solitude, under the burden of dissatisfaction.”- Allen Ginsberg
Dia seolah membawa 8 karung beras di atas badan
Dadanya seperti dihempap batu seberat 1000 tan
Kakinya macam diikat oleh tanah dan kepalanya digantung di awan
Katanya mencintai aku itu satu beban
April/Kuala Selangor-2008
Saturday, July 25, 2009
Bila ketetapan tuhan, sudah ditetapkan, tetaplah sudah. Tak ada yang bisa merubah dan takkan bisa berubah-Dewa
Friday, July 24, 2009
Thursday, July 23, 2009
Tiada yang harus menyerah dalam perjuangan cinta - Kapal Kertas
Masa kita bina rumah pondok
Atas pokok
dan main masak-masak
kau mengasak
mahu aku jadi bidadari kau kelak
Masa kita sudah terikat
Kau pegang erat
Dan kau lafaz sarat
Cinta yang lazat
Dan doa hidup yang berkat
Masa kita tidak mahu lagi
Sesama sendiri
Warna pelangi
Sudah tidak beerti
Malah hujan petir hari-hari
Masa itu
Kita tahu
Kita akan rindu
Masa dulu.
Wednesday, July 22, 2009
Home sweet Home
Kita cuba bina rumah di tengah lautan
Malam hari kita indah berteman bulan
Ombak tak pernah jadi halangan atau rintangan
Untuk kita rasa nikmat kebahagiaan
Tapi akhirnya kita tak sanggup dengan ganasnya sang taufan
yang meranap dan menghapus cinta kita perlahan-lahan
Kita cuba bina rumah atas gunung
Angin dan kesejukan malam menambah kasih sayang
Rumah tinggi kita seolah boleh gapai bintang
Tapi ada kalanya kita takut dengan cerun genting
Yang buat dada kita selalu bergetar panjang
Kita cuba bina rumah di dalam hutan
Jauh dari pembangunan dan kebisingan
Alam jadi pentas berdansa dan pesta keramaian
Meraikan cinta dan kemesraan
Tapi ada kalanya kita getar dengan suara binatang yang berselerakkan
Dan kita tidak sanggup selalu hidup dalam ketakutan
Sebenarnya kita tak pernah kisah apa-apa
Kita boleh berumah di mana-mana
Asalkan kita selalu bersama
Terima kasih kerana sudi jadi Angel saya. Yang selalu beri ubat untuk setiap luka perih saya.
Monday, July 20, 2009
Anak Ikan vs Bapak Ikan
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak yang comel-comel. Soalan wajib yang takkan pernah terlepas dari dia – Masih sendiri? Aku senyum aje sambil mencicah kari dan menyiat tandori. Kau dengan anak ikan mana pula kali ini? Sambung dia bila aku lebihkan perhatian pada nan chese dan ayam tu lebih dari menjawab persoalan dia. Kau ni tak habis-habis dengan anak ikan. Cuba cari yang lebih matang. Banyak duit. Dah tentu dia boleh jaga kau. Anak ikan apa diorang tahu? Nak jaga diri sendiri pun belum tentu. Apa lagi nak jaga kau.
Istilah anak ikan bagi kawan aku ini ialah lelaki yang lebih muda bila berpasangan dengan wanita lebih usia. Dari dulu dia selalu sahaja mengikuti perkembangan aku. Dan dia paling mahu tahu siapa lelaki yang boleh bergantung di hati aku. Dia selalu sahaja mahu update nama siapa yang aku genggam dan tulis dalam jiwa. Dia selalu mahu tahu. Dia lebih dashyat dan obsess dari wartawan majalah Hai atau URTV.
Perjalanan yang Tuhan Cipta dalam love life aku itu sendiri menarik aku kira. Kerana aku sering sahaja bersama dengan orang yang lebih muda. Dari zaman sekolah lagi. Aku form 6 dengan pelajar form 4. Aku semester 4, dia semester 2. Aku tengah buat master, dia baru nak masuk second year degree. Aku 26, dia 23 tahun. Aku 27, dia 25. Oh ya, baru aku perasan aku tak pernah bercinta dengan individu yang lebih tua dari aku. Bukan aku mencari yang sebegitu, tapi biasanya perihal cinta dan mencintai ini kita boleh plan kah? Jadi umur itu bukanlah sisi paling penting pun. Jika boleh share cerita, boleh mendengar, understanding dan give and take itu ada, sudah cukup.
Aku katakan yang aku bukan tak suka lelaki matang. Tapi matang itu kau tak boleh ukur dengan umur. Kadang-kadang sesetengah perkara adik aku Cik Arjuna itu lebih matang menangani soal hidup berbanding aku. Jadi kalau umurnya sahaja 35 atau 40 tahun, tapi masih asyik bersembang tentang perihal lelaki dan perempuan, tips-tips mencari kebahagian, brand apa yang paling in sekarang di pasaran atau setiap kali bertemu hanya buat lawak bangsat kemudian dia sendiri ketawa terbahak-bahak, macam mana? Aku prefer yang umurnya muda tetapi boleh bersembang lebih daripada hal-hal hubungan lain jantina, soal hiburan picisan, pasal motor dan kereta. Kalau sesekali dia berada di aras ketidak-matangannya pun, dia masih boleh di maafkan kerana umurnya masih muda. Itu give and take aku kira.
Dari segi kewangan macam mana. Dia mesti selalu suruh kau belanja kan? Yelah, anak ikan mana ada duit sangat. So, mak ikan la kena belanja. Soalan ni buat aku nak tergelak guling-guling macam icon dalam YM tu. Aku balas. Kau ni bodoh juga kadang-kadang. Kau ingat semua benda kena perlu duit ke? Kalau kau bijak dan berhati terang, kau kena percaya yang perkara bernilai dalam hidup ini priority-nya bukan kertas biru, merah, ungu dalam wallet kau. Kalau kau ukur kebahagian dengan nilai duit, sampai mati pun kau tak boleh bilang. Aku tak tahu orang lain. Tapi aku tak rasa duit boleh beli cinta aku. Simple je babe. Kalau dia ada duit dia belanja, kalau aku ada duit aku belanja. Kalau sama-sama nak belanja, belasah ajelah. No big deal. Takkan itu pun nak jadikan ukuran. Yang mana lebih penting dalam relation, tempat makan atau conversation?
Okaylah. Okaylah. Kau menanglah. Kata dia bila aku menjawab panjang lebar. Semoga kau berbahagia dengan anak-anak ikan kau tu. Aku habiskan menghirup milo ice. Tak menjawab apa pun. Malas. Dia tengok jam. Okaylah babe. Aku balik dulu, nak ambik anak kat sekolah. Dia meraba wallet. Buat muka kalut selamba. Eh babe, sorrylah. Aku terlupa nak cucuk duitlah tadi. Kau belanja ye. Kemudian dia menyeringai. Aku senyum aje dan angkat kening. Orite. No prob. Kata aku. Eh tapi kau jangan pulak cakap, orang matang ni takde duit. Diorang ada duit cuma kadang-kadang saja nak take advantage pada perempuan bekerjaya macam kau. Nak test. Dia kenyit mata, konon-konon cute. Aku senyum aje dan tengok dia terhegeh-hegeh berlari ke kereta.
So, apa bezanya anak ikan dan bapak ikan? lalalalalala
Sunday, July 19, 2009
Si Pembaiki Masa Lalu
Dia mahu tahu tentang segala-galanya
Atas bawah
Luar dalam
Kiri kanan
Depan belakang
Celah kangkang
Celak ketiak
Celah punggung
Semuanya
Dia tidak mahu jadi yang terakhir tahu tentang masa silam
Yang hitam dan kelam
Yang sakit dan perit
Yang manis dan best
Yang tragis dan dramatik
Yang putih dan hitam
Semuanya
Dia mahu jadi superhero untuk balut setiap luka yang bernanah
Setiap kisah yang berdarah
Setiap ceritera yang parah
Setiap trajedi yang pernah singgah
Setiap debu yang bersepah
Setiap hati yang hampir musnah
Semuanya
Dia akhirnya berhenti di tengah-tengah apabila dia tahu setiap satu darinya
Terlalu dashat katanya
Terlalu menggerunkan bisiknya
Terlalu bahaya jeritnya
Terlalu sukar laungnya
Terlalu, terlalu terlalu, terlalu gerun jerkahnya
Terlalu semuanya
Dia akhirnya melambaikan tangan
Dan pergi kepada tubuh lain
Juga masih belum berhenti menjejak masa lalu insan
Yang katanya penting untuk bernafas di masa depan
Penting untuk tujuan kebersamaan
Penting untuk persefahaman
Penting untuk sebuah kepercayaan
Dan dia kini masih sendiri
Kerana asyik sibuk mengira dan mengkaji
Membuat analisis setiap inci
Tanpa cuba mencermin diri
Respect aje!
Friday, July 17, 2009
Success in marriage does not come merely through finding the right mate, but through being the right mate - Barnett R. Brickner
Dia mengamuk bila asam pedas yang di masak sukatan garamnya tidak sekata
Dia marah-marah bila kunci kereta hilang sedangkan dia yang letak merata
Dia bising bila kemeja yang di gosok tidak betul-betul licin seperti yang dia mahu
Dia buat muka ketat bila adakalanya berselerak sana sini kawasan ruang tamu
Dia menjerit bila kasut crocodile dia terpijak taik kucing depan laman rumah
Dia membebel bila jiran datang bertandang kerana katanya jangan terlalu peramah
Dia jeling tajam jika di televisyen setiap malam hanya slot samarinda dan drama bersiri korea
Dia menyumpah kalau susu untuk dibancuh dengan necafe dah habis bila dia rasa dahaga
Tapi pernah ke dia ambil tahu bila dengkurannya macam nyalakan anjing atau serigala setiap malam?
Thursday, July 16, 2009
Q and A
Dia bertanya;
Bukan puisi-puisi cinta yang aku tulis untuk kau ketika rindu yang mencekau
Dia bertanya;
Bukan wajah aku dalam koleksi kau yang paling kacak dan meletop
Dia bertanya;
Bukan sayang, darling, baby, kekasih atau yang sama dengannya
Dia bertanya;
Aku jawab – Kalau Lap top, handphone dan dinding aku takde wajah dan nama kau, kau akan mati ke?
Dia dah tak bertanya lagi.
Sebab dia rasa bengang dan benci.
Sebab pertanyaan yang bertalu-talu itu masih tidak buat aku ubah apa-apa yang dia mahu walau seinci.
Wednesday, July 15, 2009
I like myself the way I am - Penelope
Jessica Wilhern: Penelope, just one man, one man.
Penelope: And he'll run too! They always run. Why can't you accept that? For seven years I've been watching them run. Do you have any idea how that makes me feel? Do you?
Jessica Wilhern: I'm sorry, but we just can't quit.
Penelope: We can, because no matter how much I want to believe there's one man who won't run away, one man who... who...
Monday, July 13, 2009
Personality Test
Hampir setiap malam aku punya seisi conversation dengan seorang teman di ruang Yahoo Mesengger. Seorang teman yang aku kenal di alam maya. Seorang teman yang berada lain benua. Selain meng’update aktiviti masing-masing, kami sering berargumentasi dan berdiskusi tentang hampir semua perkara. Dia seorang teman yang cool aku kira. Kita tak pernah bertemu tetapi conversation kita seolah kita punya hubungan bertahun.
Satu malam dia bertanya, jika kau jadi haiwan, kau adalah haiwan apa? Aku diam dalam 10 seconds. Dan membuat icon menggaru-garu di dagu. Dia balas dengan icon senyum. Aku menjawab dengan bertanya kembali. Soalan apa tu? Ini personality test ke? Dia buat icon senyum lagi kemudian menjawab. Nope! Saja-saja mahu tahu. Boleh bagi 2 ke? Tanya aku. Kau bagi satu dulu – Jawab dia. Aku jawab – Burung. Kemudian dia jawab – OK bersama icon senyum. Kami diam dalam beberapa seconds. Kemudian aku tanya – So, apa interpretation nya? Dia balas – No interpretation. Aku saja mahu tahu. Dan sekarang aku tahu kau burung. That’s all. Aku buat icon senyum. Dan membalas - Oh itu saja. Aku kira kita sedang berada dalam permainan personality test. Aku baru aje hampir teruja. Kemudian aku taipkan ‘hehe’. Dia balas dengan ‘hehe’ juga. Kemudian bertanya lagi. So, lagi satu? Dolphin. Kemudian dia hanya buat icon senyum. Now I know u are dolphin and bird. Dan ia masih no interpretation. Aku buat icon senyum. Dia balas dengan icon yang sama.
Aku katakan yang aku tidak akan bertanya pada dia soalan yang sama. Masa zaman practical, aku dah muntah menganalisis personality individu. Aku tak percaya yang personality boleh di uji untuk melihat sikap dan perilaku seorang manusia. Sedang manusia berubah setiap detik. Hari ni kau kata kau kenal sangat dia, esok kau mula bertanya – Kau ni siapa sebenarnya?
Kemudian dia kata – Aku di sini bukan untuk judge kau babe! Aku cuma mahu tahu jika diberikan pilihan, apa yang kau akan pilih. Itu sahaja. Aku buat icon senyum kemudian membalas. Yeah, itupun opinion aku saja babe. Kau tentu ada opinion kau sendiri.
Bila aku dah menguap depan lap top. Aku katakan - Babe, aku ngantuk dah. Chat later kay. Dia jawab Ok, nite-nite and sweet dreams. Aku buat icon senyum. Kemudian sebelum aku offline, aku nampak di bawah YM itu : AJ is typing. Aku tunggu.
Dolphin and bird – u like to be free. Kemudian icon senyum.
Aku balas icon senyum juga. Kemudian memilih untuk sign out.
Itu mungkin bukan Judgement. Itu opinion. Aku tarik selimut dan pandang bintang glow in the dark di dinding dan pejam mata.
Sunday, July 12, 2009
Rindu
Thursday, July 9, 2009
Promosi : Peristiwa Di Zoo
Tuesday, July 7, 2009
Suara
Monday, July 6, 2009
Paranoid
Wednesday, July 1, 2009
Bersama adik-adik saya di akhir minggu practical mereka di Agency. Epul & Aboy. Saya tahu kalian pasti rindu saya.
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...