Monday, September 28, 2009

Galaksi hidup

Saat mercun berbunyi
pelita di pasang hingga dinihari
ketupat bersegi-segi
rendang penuh terisi
sampul duit raya bersepah sana sini

Kita berdua di sini
mengamati realiti duniawai
yang memerit dan membunuh hati
menikam dan memijak diri
sungguh hidup penuh saripati misteri

Tanpa sedar kita biar airmata berlimpahan
tangan kita utuh berpegangan
mata kita minta harapan
kita masih punya satu sama lain bukan?
dan kita masih boleh menyanyi pada Tuhan

Sayang, ingatlah kau tak pernah keseorangan.


Taiping-Syawal 2009

Ini video untuk kamu. Yang ajari aku bahawa hidup bukan untuk dipersepsikan dan cinta hanya untuk mereka yang benar-benar berjuang mendapatkannya.

Friday, September 25, 2009

Ikatan 25 Oktober

Mummy macam superwomen bila dia sendiri yang mengadap barisan anggota keluarga bakal besannya untuk along. Lagak mummy macam orang yang ada pengalaman berpuluh kali merisik untuk memetik bunga di taman. Kagum sungguh aku. Teruja juga mungkin. Confirm 25 oktober along bertunang. Kecoh family belah mummy bila dapat tahu along nak bertunang. Sampaikan berbelas-belas biji kereta mahu turut serta. Mahu sama-sama rasa kegembiraan. Mahu sama-sama senyum dan ketawa. Kalaulah perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan, kenapa tidak dilakukan? Wah, berkata untuk diri sendiri juga barangkali.

Bakal tunang along rumahnya dikelilingi pohon kelapa. Ada sawah padi di seberang jalan. Ada pohon mangga dan rambutan. Ada telaga di luar rumah. Air kolamnya sejuk macam air gunung. Ada laut dalam beberapa kilometer. Kampung nelayan sekitar perjalanan. Ikan-ikan melompat melambai-lambai. Sungguh damai. Mempersona. Jadinya kapan-kapan bila aku rindu bermain-main dengan alam, aku ke rumah kakak ipar aku aje.

Raya kali ini biasa-biasa aje. Mungkin tahun depan rumah kami ada suara baby (berangan along dapat zuriat cepat). Mungkin akan lebih meriah. Konsep saling bermaafan di pagi raya sepatutnya dilakukan pada hari-hari biasa yang lain. Bila kita sedar kita ada salah selama setahun dengan orang-orang kesayangan kita, hari raya adalah hari yang kita rasa terbaik untuk menghapuskan semua salah silap itu. Tapi biasanya hari raya pertama kita menangis minta ampun maaf, kemudian esok lusa kita masih buat mak ayah, orang-orang tersayang kita menangis. Mudahnya kita lupa dengan speech yang kita buat ketika bersalam di pagi raya.

Kalau setiap pagi kita bangun, cium tangan mak ayah kita, adik beradik kita meminta maaf untuk setiap silap dan salah kita yang kita buat sedar atau tidak sedar, tentu setiap langkah kita akan lebih diberkati dan dipelihara olehNya. Mungkin keluarga akan pelik, eh buang tebiat ke kau ni? Tapi kalau tebiat itu sesuatu yang baik, kenapa tak lakukan.

Kekasih-kekasih blog hamba, jemputlah datang rumah. Kuih raya dah habis. Kerepek-kerepek masih ada. Mummy saya pun selalu standby mee rebus kalau ada tetamu yang datang. Duit raya hanya untuk yang berusia 12 tahun ke bawah saja ye. :)

Saturday, September 19, 2009

Sang Parasit

Akhir-akhir ini blog aku di serang anonymous2. Aku pernah menulis tentang mereka-mereka ini pada blog lama aku. Kini tibalah giliran aku merasakan pengalaman di serang makhluk-makhluk invisible ini. Aku pada mulanya tidak mengambil port langsung dengan kehadiran mereka-mereka ini. Aku anggap mereka ni macam langau aje. Buat bising di telinga dan menciritkan bau busuk sana-sini kemudian terbang ke tempat lain. Tapi sejak 2,3 hari ini mereka datang bukan setakat buat bising, tapi diorang berak sekali. Tahinya merata-rata sampai kena pada keluarga aku. Sedangkan kalau kau bermusuh dengan aku, jangan libatkan keluarga aku. Ia buat aku marah dan sedih. Kenapa perlu libatkan mak-bapak, adik-adik dan seluruh keluarga aku. Seperti aku cakap tadi, kalau marah pada aku kenapa kena libatkan keluarga.
Aku bagitau pada Ajune, kalau mereka mula main nama keluarga, aku terpaksa settingkan blog supaya tiada anon tidak bernama akan komen. Simple aje, kalau kau rasa kau marah pada aku, atau tak puas hati, jumpa saja-discuss dan cuba cari penyelesaian. Simple kan. Kenapa pulak nak guna buluh-buluh menyumpit dari jauh. Itu kan lagak orang penakut. Paling bodoh pun, kau buatlah blog, kemudian tibai aku dalam blog kau gila-gila. Kan best macam tu. Baru nampak brilliant. :)
Kepada anon, kau mungkin kawan aku-sedara aku-orang yang pernah rapat dengan aku. Aku tak mahu bermusuh dengan orang. Esok lusa kita pergi, siapa tahu. Di ketibaan syawal ini, aku mohon maaf dan telah maafkan pada semua dan sesiapa sahaja yang pernah bersahabat dengan aku, pernah mengenali aku, pernah ada ikatan dengan aku. Maaf itu tidak seberat mengangkat samudera. Bintang pun boleh kita gapai kalau kita hidup tiada dendam.

Thursday, September 17, 2009

Siti dan Aminah

Seorang sahabat yang baik itu bagaimana agaknya? Siti berkawan baik dengan Aminah. Persahabatan itu sungguh rapat bagai isi dengan kulit. Ke mana-mana berdua. Siti sedar ketiak Aminah berbau. Dan bau itu ada kalanya membuatkan Siti tidak selesa. Kawan-kawan lain juga sedar perkara itu dan suka maki di belakang Aminah. Weh..bau tengik siut. Kata kawan-kawan dibelakang Aminah. Siti selalu dengar makian itu.

Sebagai sahabat yang baik, apa yang Siti patut buat? Dia cuba menyenaraikan beberapa perkara yang patut dilakukan. Antaranya :

1) Membelikan deodorant Rexona dan berharap Aminah faham sendiri maksudnya
2) Menutup hidung setiap kali Aminah terangkat tangan atau sedang memeluknya, supaya Aminah sedar bahawa ketiaknya berbau
3) Memakai deodorant di depan Aminah dengan harapan Aminah akan cuba mengikut jejaknya
4) Memberitahu Aminah secara direct bahawa ketiaknya berbau dan dia perlu belajar memakai deodorant


Siti rasa perkara paling jujur yang sepatutnya dilakukan sebagai rakan adalah pilihan ke-4. Tapi Siti juga takut Aminah akan sedih, kecewa dan terasa hati seterusnya tidak akan berkawan lagi dengannya. Itu risiko untuknya. Perasaan kehilangan itu lebih dashat daripada menjadi hipokrit. Jadi Siti tidak membuat semua perkara yang dia senaraikan di atas. Dia sayangkan Aminah. Dia rasa tugasnya sebagai sabahat ialah mem'protect' Aminah. Jadi apa yang dilakukan ialah memberitahu pada kawan-kawan yang mengejek itu, berhentilah mengejek. Itu ketiak dia, bukan ketiak korang. Kalau korang tak sanggup bau, pergilah main jauh-jauh. Siti seolah-olah berada di setiap penjuru badan Aminah dengan pisau di tangan. Jangan cuba dekat, kalau dekat aku bunuh. Persahabatan itu adalah memberikan perlindungan. Jadi Aminah comfort. Dia dilindung. Dia tidak perlu untuk concern tentang bau badan atau apa sahaja yang orang persepsikan tentang dia. Dia ada Siti yang akan selalu menjaganya. Siti yang selalu ada.

Satu hari Aminah jatuh cinta dengan seseorang. Seseorang ini dengan direct memberitahu bahawa ketiaknya agak berbau. Aminah menjadi sangat depress. Kenapa selama ini dia tidak perasan perkara itu? Kenapa orang yang paling dekat dengan dia tidak memberitahu hal itu? Aminah tidak bercakap berhari-hari dengan Siti. Dia kecewa. Siti memujuk dengan berkata, aku mahu melindungi kau. Aku tidak mahu kau sedih. Aminah tambah kecewa. Kata Aminah - Kau bukan melindungi aku, kau merosakkan aku. Mungkin jika kau berkata benar, aku akan sedih atau terasa hati untuk sehari dua, kemudian aku akan kembali dan memeluk kau sambil ucap terima kasih. Tapi kini aku akan sedih untuk selama-lamanya.

Tragis Aminah dan Siti. Persahabatan itu berakhir.




Ini antara sahabat-sahabat yang sering sahaja mencetuskan argumentasi dan tidak akan bersetuju dengan mudah apa saja yang datang dari pendapat saya. Kita sama-sam main sembur sahaja jika ada yang tidak betul. Pujian mungkin bukan compliment, kritikan mungkin sebab sayang. I know u guys love me. *wink wink

Salam Aidilfitri semua teman-teman dan kekasih-pembaca blog hamba. Maaf jika ada kata-kata yang anda tidak gemar atau yang telah mengguris perasaan secara langsung atau tidak langsung. Semoga tiada dendam di hati. Moga aidilfitri beri makna yang besar untuk kita semua.

Tuesday, September 15, 2009

No Reason

Along mengumumkan akan melangsungkan pertunangan pada oktober ini. Kali ini serius sekali bunyinya. Abah mengusap dada kelegaan dan berkata : akhirnya tidak akan ada lagi alasan untuk orang lain berkata 'not ready yet'. Masa abah cakap tu kami berbuka puasa satu famili. Tiba-tiba Ikan pari dah nampak macam ikan siakap.

Orang lain yang abah maksudkan tu mungkin ajune kot?

Hah ajune, cepatlah! apa tunggu lagi?




Nampak tak kematangan wajah cik ajune berbanding saya? Saya rasa dia dah ready.

Monday, September 14, 2009

Wanita Sempurna bernama Ana




Waktu Vovin picth idea short ni pada aku, kami makan nasi ayam kukus ayam dara kat Wangsa Melawati 23 bulan lepas. Dia pitch 2 idea short film masa tu. Aku katakan aku suka yang ini. My Perfect Ana yang sebelum ini idea untuk tajuknya ialah - Lost. Terasa macam Lost Communication pulak. Vovin, you terinspirasi dengan short i ke? :) Jadi bila dia confirm mahu shoot, aku sendiri yang volunteer mahu terlibat, tak kisah kalau sebagai pembancuh air sekalipun. Sebab aku memang senang dengan idea dan storyline short ni secara keseluruhan.

Alhamudulilah segalanya berjalan dengan lancar. Shooting sudah selesai. Pada awalnya, Vovin mahu set up shooting selepas berbuka puasa sampai ke sahur. Katanya dia tak sanggup menahan stress tidak boleh smoking ketika mengarah. Bila tarikh shooting sudah hampir, kami ada masalah dengan location. Jadi tarikh shooting bertukar dan aku memberi cadangan untuk shoot sebelum berbuka yakni tengahari sampai ke tengah malam. Ada perdebatan di situ. Dia masih tidak berapa setuju untuk mempercepatkan waktu shooting kerana acapkali beritahu aku bahawa, moodnya akan swing kalau tidak boleh smoking ketika mengarah. Ilham takkan hadir katanya. Aku kata - kalau rasa susah sangat, tak payah puasa. Lagipun, mood ni you boleh control. Akhirnya shooting selesai dengan ok-ok aje. Memang penat, lapar dan panas kena lampu yang banyak (short kali ni teknikalnya hampir sempurna), tapi kami semua kerja macam keluarga. Vovin pun nampak cool-cool aje. Sesekali menggelabah tapi takdelah sampai moodnya swing hingga baling kerusi kat crews, maki-mencarut atau tendang meja. Dia nampak tenang dan ceria aje. Adakah dia tidak _ _ _ _ _ ?

Saturday, September 12, 2009

Somebody-somebody

Sehari sebelum aku resign dari company lama, seorang kawan perempuan yang aku kenal dia bertahun-tahun cakap begini dengan aku sambil berdiri dan memandang tepat muka aku.

Kalau kau keluar, kau buktikan kat aku kau akan berjaya dan menjadi somebody!

Masa tu aku rasa aku bercakap dengan budak tadika. Bukan dengan kawan aku yang aku kenal sejak bertahun-tahun. Masa tu aku rasa bra dia lebih tebal dari otak dia.

Aku cakap : Buat apa aku nak buktikan apa-apa kat kau. Mummy and abah aku pun tak minta aku buktikan apa-apa pada diorang. Lagipun kau sapa? Kau pun bukan somebody.

Muka dia terkulat-kulat. Mata dia terkejit-kejit. Kemudian dia bangun dan kata - aku tak perlukan kawan macam kau.

Rupanya perlu menjadi somebody, kalau tak putus kawan!

Friday, September 11, 2009

My first baby

Itu Aizat dan yang sedang ambil gambar itu Choppy co-host saya

Itu semua orang pun kenal. Mr. Zahiril Adzim. Host saya. Dia Naughty. Dia panggil abah saya - abah.

Sayap cinta saya. Mr. Hishamuddin
Angel-angel saya. Caca and Seena.
The team

Saya bertuah kerana di kelilingi insan-insan yang selalu ada untuk saya. Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kalau saya dapat kahwin dengan Dato' sekalipun, belum tentu saya dapat membalas jasa kalian semua. Thank you my lovers, Thank you my friends.
*Saya dalam proses post-prod. Insyaallah akan datang November ini.

Wednesday, September 9, 2009

Kelas Tutorial Bagaimana Memantapkan Industri Filem Negara

Razaisham menerangkan bagaimana untuk mendapatkan editing yang lebih cinematik pada Dean Sham dan Tok Rimau
Vovin sedang menimbangkan untuk membeli mac menggunakan duit simpanannya untuk travel atau tidak

Ini adik ipar saya yang tak jadi, kata saya pada Tok Rimau yang sedang mengambil gambar

Danny Boyle & Sofia Coppola wannabe?

Tuesday, September 8, 2009

Nantikan Hangus a short film by DeanSham 3 Oktober ini di Maskara Shorties

Nampak tak Pipiyapong kat belakang tu?? Jadi automatically short film ini akan jadi short film paling best di Maskara Shorties walaupun belum ditayangkan. Memang short film ini tiada Fasha Sandha, tapi bila saya berlakon sebagai kekasih Pipi dalam filem ini, maka secara tidak langsung saya lebih hebat dari Fasha Sandha. Saya akan semakin famous menjelang Maskara Shorties nanti. Mungkin lebih famous dari Pipi sendiri.

Friday, September 4, 2009

Saya tak cool, dan sangat menggelabah!


Saya telah patahkan stand mic semasa mengacara majlis launching video clip 1 malaysia, single terbaru Kid. Kid bisik kat saya, takpe..takpe..patahkan aje (tak tahu dia perli atau dia cuba suruh saya calm) Kid dan wifenya minta saya buat event bulanan di kopitiam miliknya bermula selepas raya. Oh, itu sangat mengujakan. Menjadikan Bangi tempat yang lebih seni katanya. Dan mereka berdua itu sangat cool orangnya.

Minggu ni saya terlibat sebagai salah sorang pelakon dalam short film Dean Sham. Saya rasa Dean sham seperti Tarantino Malaysia. Saya selalu suka dengan idea dan konsep cerita beliau. Apatah lagi saya dihimpit pelakon dashat-dashat seperti Tok Rimau dan PP yang popular macam celebriti. Cuak juga saya ni. Tapi ni tentunya pengalaman yang humcha dan kacip!
Menggelabah lagi bila diarahkan untuk buat 1 pilot program tv 30minit oleh Erma fatima. Sebelum raya ini dia mahu lihat hasilnya. Mungkin percubaan untuk saya direct program-program lain atau membalas keyakinan dia terhadap saya. Saya anggap ini satu peluang besar, sebelum saya betul-betul boleh arah filem. Ya, nampaknya bayangan untuk direct features sebelum usia 35 tahun semakin terang cahayanya.

Saya berbuka puasa dengan x-opismate saya tadi. Mereka kata saya buat pilihan yang betul apabila berhenti kerja di saat saya sedang selesa dengan keadaan itu - memilih untuk tidak terikat dan mengikat. Betul. saya percaya Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Perlahan-lahan saya nampak semua itu.

P/S : Mereka kata saya potong rambut untuk kelihatan lebih muda, sebenarnya Tuhan anugerahkan wajah saya babyface. Jadi jangan cemburu. :)

Wednesday, September 2, 2009

Pakej di Bazaar Ramadhan

Ada masak lemak tempoyak ikan parang
ada ikan bakar dan kerang
ada tom yam pok tek dan sayur kangkung
ada ulam-ulam dan kacang panjang
ada ayam panggang
ada rendang pinang
semuanya siap terhidang

Tapi,

Ayam rangka itu juga yang di telan
roti john itu juga yang di balun
agaknya ada bidadari di bazaar ramadhan
yang bagi flying kiss sambil tayang badan

Its ok. Sabar itu separuh dari Iman


Bdr Seri Putra
2/9/09

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...