Thursday, October 29, 2009

Screening



TARIKH : 30 OKTOBER 2009
TEMPAT : INSTITUT KEPIMPINAN & KUALITI, UiTM Shah Alam.
MASA : 7.45 PM
MASUK PERCUMA!

** Saya dan rambut palsu jadi kawan dalam cerita ini.

maklumat lanjut : sila layari Sindiket Soljah (http://sol-jah.blogspot.com/)

TARIKH : 31 OKTOBER 2009
TEMPAT : Rumah Pena
MASA : 8PM - 1AM
MASUK PERCUMA!

** Saya terlibat 2 filem untuk maskara shorties. Sebagai pelakon dan belakang tabir. Marilah beramai-ramai ke makara shorties 2009, walaupun sebenarnya saya terkilan tiada pengarah wanita untuk kali ini. Haih!

Tuesday, October 27, 2009

Epul kata konsep perkahwinan untuk saya nanti adalah 'teaterikal'. Oh, dia volunteer menjadi wedding planner saya.



Along menghilangkan diri selama satu jam sebelum kami berangkat ke Kuala Selangor. Abah macam orang hilang punca sebab semua sedara mara dah ada, tinggal nak gerak aje. Bila along sampai, dia kena berdas-das tembakan dari abah dengan Mummy. Kata mummy - Kau nak kahwin ke tak ni? Kami adik beradik gelakkan aje along. Along pergi menenangkan fikirannya mungkin. Perkahwinan bukan mudah seperti masak meggie. Selamat bertunang brother! Welcome to our family Kak Long.

Monday, October 26, 2009

Wondering 1

Berapa ramai gadis yang sanggup menemani boyfriend-nya menonton permainan bola sedangkan dia sedikit pun tidak berminat dan into footballs game? Sejauhmanakah dia ikhlas dan sanggup untuk men-accompany boyfriend itu? Apakah dengan berada di samping boyfriend menonton bola memberitahu dia seorang girlfriend yang best dan cool?

Thursday, October 22, 2009

Retro & Summer




Ber-retro untuk menyiapkan portfolio angel aku - Cik Byezura hujung minggu yang lalu di Putrajaya. Satu perkara paling hebat di Putrajaya ialah, anggota polisnya paling cool dan baik hati. Kami datang dengan equipment lengkap untuk ber-shooting, dia lalu depan kami siap angkat tangan dan senyum-senyum lagi. Macam aku shoot Kapal Kertas juga dulu. Diorang siap duduk tengok kami shooting dan ada yang minta nak jadi extra. Kuar TV ke dik? - Kata abang polis itu.

Cik Byezura saya itu sangat serius dalam kerjayanya ini. Dia obsess dengan kecantikan sejak kecil. Tapi dia gunakan dengan positif keobsesannya itu. Dulu beg make upnya cuma beg zip kecil yang dibeli kat kedai jual barang Thailand RM10, tapi sekarang dah ada 2 beg besar berkunci dan sarat dengan barang. Dah siap masuk kelas belajar dan ikut orang pergi mengandam bila hujung minggu. Sesekali jika aku ada shooting, dia akan ikut jadi make up artist. Banyak juga yang dia dah buat. TVC, Short Film, Teater dan Event. Sesiapa yang mahukan perkhidmatan Bye, bolehlah hubungi dia di blognya. Di blog ini pun boleh. Hubungi aku terus pun boleh. Ala Bye, 20% je. Hehe

Aku sudah tonton 500 days of Summer. Ya! Seperti yang aku selalu beritahu pada kawan-kawan rapat, aku memang into this kind of movie. Relationship katanya. Jadi, aku tidak mahu review, aku cuma mahu beritahu aku suka segala-galanya tentang movie ini. Bila aku keluar panggung, aku dengar sok-sek-sok-sek audiences lelaki cakap - jahat dowh awek tu. kurang ajar dowh awek tu. bencilah awek tu. Evil. Evil.

Aku keluar panggung dan aku terus hantar sms pada seseorang : Hey, i rasa i macam Summer.



p/s : mamat kat sebelah aku tanya - Eh tu suara dia ke tu? Sedapnya! Tak ramai pelakon boleh nyanyi tau. Masa Zoey tengah menyanyi karaoke dalam satu babak. Aku pandang je dia. Aku cakap, nanti search-la kat wikipedia.

Monday, October 19, 2009

There must be the right place for me somewhere in this world

**Teringat seorang rakan yang berada di Sabah sekarang. Ijat namanya. Teman masa belajar dulu. Setiap kali aku dan kawan-kawan lain masuk ke keretanya, kami sengaja usik semua barang yang ada ke tempat yang bukan tempat sepatutnya dia letakkan. Contohnya, alihkan bekas tisu dia. Bila kita buat-buat tak nampak, dia akan tarik slowly bekas tisu itu ke tempatnya. Duit syiling dia susun ikut kecil ke besar. Kalau usik, dia susun balik. Budak-budak panggil dia MR. perfectionist. Tapi Ijat kata dia tidak sempurna (secara fizikal), jadi kesempurnaan ke atas perkara lain, menyempurnakan dia.

Oh, aku rindu kau kawan!

Wednesday, October 14, 2009

9 crimes

Bila kita sama-sama mahu
Ada sahaja yang cemburu

Bila kita sama-sama cuba
Ada sahaja yang tidak kena

Bila kita sama-sama cinta
Belum tentu jodoh kita


Terharu menonton Papadom


Bila tonton filem Papadom, aku teringat zaman aktif berteater zaman2 belajar dulu. Setiap kali aku ada latihan, abah akan singgah untuk tengok aku berlatih teater. Kalau aku ada show, abah datang seorang diri tengok aku beraksi atas pentas. Sampai sekarang kalau ada shooting, abah akan datang sama ada sebagai pemantau atau penasihat. Abah akan selalu ada. Semua short filem aku abah yang akan edit, dan biasanya dia volunteer untuk melakukannya. Pernah sekali time editing, vovin ym dengan aku. Kata vovin, u tengah buat apa? Aku kata - tengah edit dengan abah ni. Balas vovin - Wow! i wish anak i macam ni juga nanti. Masa tu baru aku sedar yang aku punya abah yang sentiasa menyokong apa saja yang aku buat. Semua benda pun nak cuba. Semua benda pun nak buat. Ni dia belum tahu lagi misi mengembara aku dengan fellowship of the ring disember nanti (saja bagi hint kat sini, nanti abah tak terkejut sangat, hehe).

Sampai sekarang bila aku balik lewat, buka pintu perlahan-lahan takut orang lain terjaga, abah mesti ada kat sofa. Buat-buat tidur. Lepas menjengkit kaki naik ke bilik, aku dengar derapan kaki abah naik tangga masuk ke biliknya. Setiap kali aku out-station, belum sampai ke lokasi, abah dah sms. Bila aku buat kejutan dalam life aku, memilih perkara-perkara yang lain dari apa yang sepatutnya, atau buat keputusan gamble, abah akan kata - its okay. Just move on.

Lebih baik kita ada abah yang over-protective daripada tidak protect langsung. Tunggu hingga kita jadi bapa/ibu baru kita tahu sukarnya. Gibran dah kata -

Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life's longing for itself.
They come through you but not from you,
And though they are with you yet they belong not to you.


Ohh abah saya juga bukan majoriti yang punya soalan klise. Dia tidak pernah bertanya - bila mahu kahwin?

Walaupun saya tahu, hatinya bagaikan gunung berapi yang menggelegak mahu menimang cucu. I'll go get one for you abah! I will. :)

Tuesday, October 13, 2009

"Doubt is a pain too lonely to know that faith is his twin brother." - Gibran

Kau tak pernah cuba

Urut perut aku

Yang menunggu

Darah beku

Untuk keluar lebih laju

Dan buat emosiku

Kembali bersatu


Kau tak pernah mahu

Untuk bantu aku

Tuam tungku

Atau bancuh milo panas

Untuk buat aku relaks

dan anggap semuanya

ilusi mimpi semata


Kau kata sapu aje minyak angin

Mesti perut kau akan lebih dingin

Lagipun itu semuakan perubahan hormon

Ataupun makan aje menstrual panadol

Kemudian kau akan tidur terlentang

Dan semua sakit akan terbang

Hilang melayang


Kau kata aku emosi

Kau kata aku ikut hati

Kau kata macamlah sakit tu bawa mati

Kau kata itu kan realiti

Tiap-tiap bulan pun kena hadapi

Jadi wanita memang begitu begini

Kan best jadi lelaki


Kawan-kawan kau kata, orang dah kahwin akan hilang semua sakit itu

Kenapa isteri aku tidak begitu

Kalau aku isteri kau dan aku masih punya sakit itu

Adakah itu kesilapan aku

Atau kau yang tak pernah cuba nak belajar menjadi lelaki sensitif dan sekurang-kurangnya ambil tahu

Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu


Makan coklat ketika Period Pain
Bandar Seri Putra
Oktober 2009

Monday, October 12, 2009

Kalut The Movie



Selesai sudah penggambaran Kalut (features film) final project student uitm. Tak sure sem dan batch ke berapa. Kalut adaptasi daripada karya Ray Cooney yang tajuknya Run for your wife. Telah diadaptasi oleh lecturer UITM iaitu Mazli Abd Rahman. Telah di pentaskan beberapa kali. Atas dorongan lecturer juga naskah ini diambil untuk dijadikan filem panjang sebagai tugasan untuk dinilai pelajar-pelajar degree filem. Seperti 3 budak Melayu - skrip Hatta yang hangat dulu, Kalut adalah kesinambungan usaha ahli akedemik UITM untuk memberikan pengalaman dan pembelajaran pada student degree untuk berani membikin filem panjang. Tapi lebih cantik kalau skrip datangnya dari student filem itu sendiri. Mereka juga belajar penulisan skrip. Jadi mengapa masih tidak percaya dengan skrip daripada student? Lecturer takut kena bambu kalau skripnya nanti kena hentam ke? 3 Budak Melayu yang dari lecturer tu pun bukannya bagus sangat pun. At least bagi la peluang budak-budak come out dengan idea dan story line sendiri. Kalau kena hentam pun, at least takdelah mereka akan kata - nak buat macam mana, dah skripnya daripada raja-raja. Kami hamba ni, ikut ajelah. Heh.

Kalut masuk post prod minggu ini. Akhir bulan ini akan ditayangkan. Sesuai dengan title-nya, filem ini paling kalut yang pernah aku terlibat. Dari awal cik ajune merangkap Production Manager dan epul selaku cameraman warning aku katanya - kau kena banyak sabar dengan production ni Ngah. Sungguh bagai dikata, minggu pertama aku terlibat dah berlaku kekalutan yang amat mengesankan. Schedule shooting berterabur. Aku datang jam 1tengahari, shooting start pukul 1pagi. Muka dah basi. Tidur bangun, tidur balik. Lebih baik takde schedule macam tu. Setiap crew tak tahu peranan masing-masing. Bukan main ramai lagi ada kat lokasi. Tapi, boleh dikira berapa ramai aje yang buat kerja. Yang paling best, time aku nak keluar rumah baru nak inform kena bawa baju apa, aksesori apa. Pengarah sendiri yang bagitahu call time jam berapa. Habis yang lain-lain tu, buat apa? Ajune diserang sesak nafas beberapa kali. Aku tengok dialah yang buat air, siapkan makanan, jaga talent, bawa talent pergi toilet, uruskan props. Yang lain-lain kena herdik baru nak jalan. Alasannya mereka ini daripada student STPM yang terus masuk buat degree filem kemudian tak tahu apa-apa tentang produksi dan pengurusannya. Jadi disini berlaku ketidakfahaman tentang peranan masing-masing. Menurut Asha, post moterm tiap-tiap minggu. Dan tiap-tiap minggu jugalah semua meluahkan perasaan. Tapi tak pernah dianggap setiap teguran untuk membaik pulih. Jadi ada yang letak usaha sampai 150% dan ada pula yang hanya letak 30%. Ini beza sangat dengan produksi indie yang tak pernah tahu pasal teori buat filem. Semua buat kerja tak pernah nak bezakan peranan. Kadang-kadang, director pun angkat pasang lampu. Tapi sebab passion mahu bikin filem, jadi semuanya ada satu misi. Mahu filem itu diselesaikan dengan lancar dan baik. Jadi tak timbul soal kau patut buat itu, kau patut buat ini.

Aku enjoy sepanjang shooting Kalut, cuma dari segi pengurusannya saja memang buat sesak nafas. Kesian tengok geng produksi ini. Dengan budget yang sangat minima, dengan crew yang tahu kenapa mereka berada kat situ, dengan kekangan masa untuk deliver product, dengan pengarah yang perfectionist (hehe,jgn marah Faliq), dengan segala macam kerenah birokrasi. Sekurang-kurangnya ia tetap satu pengalaman. Membikin filem panjang bukan perkara senang.

Rambut ini sangat gatai dan panas. Ia juga mencengkam kulit kepala. Masa ni rasa menyesal potong rambut.

Friday, October 9, 2009

Ehem-ehem dalam Botol

Seperkara lagi ialah menyelesaikan isu pemilihan pengarah filem ini selepas Shadan Hashim menarik diri.Jelas Raja Azmi atau nama sebenarnya, Raja Azmi Raja Sulaiman, tawaran sudah diberikan kepada pengarah filem Anak Halal, Osman Ali untuk mengemudikan projek filem kelimanya itu.Malah, dia juga berfikir-fikir mahukan pengarah kontroversi, Nasir Jani untuk mengarahkan filemnya kali ini jika Osman menolaknya. Laporan lanjut disini.

What Nasir Jani???

Mahu berhenti tengok filem kalau dia terima.

Brokeback mountain la kononnya.

In my house I'm the boss, my wife is just the decision maker. - Woody Allen

Kau tidak perlu risau lagi
bangun pagi
baju kedut
stoking sebelah hilang
perut kosong
bos maki
punch card merah
rumah bersepah
toilet bau sampah
makan meggie
tidur sorang diri
kerna
sudah ada permaisuri
yang kipas kanan kiri
dan mahu sehidup semati.


p/s : Khairul Hisham aka Adik - Selamat jadi suami. Jangan risau, status di facebook kau boleh tukar ikut sukahati. Dan aku masih sudi teman nyanyi-nyanyi dan minum kopi.

Thursday, October 8, 2009

Razaknisme

Rasanya cukuplah membaca komen Syali tentang filem baru Razak. Dah boleh bayang macam mana. Aku gelak bagai nak rak membaca reviewnya. Cukuplah aku muntah tengok Duyung di Astro time raya tu. Takkan nak muntah banyak kali. Sanggup Yassin jadi beruk? Sanggup Maya terima jadi duyung? Oh lupa, ada yang nak duit aje. Sampai tak kisah jadi bongok. Sampai aku ada anak esok pun, filem dia macam tu je lah. Tak payahlah nak ada expectation yang gempak-gempak. Walaupun dia akan kata setiap kali filem baru dia keluar - "Filem saya kali ini memang lain dari filem sebelumnya. Tidak ada lagi lawak-lawak bangsat dan memberi sesuatu kepada masyarakat untuk difikirkan." Takyah la pakcik Razak oii. Be yourself!

Menurut budak-budak dalam kursus ini, semua orang dipaksa menjual tiket untuk memenuhi penilaian subjek. Kena jual 150 keping sorang. Kalau tak jual? Potong markah. Mereka berlegar-legar mencari pembeli untuk menonton filem baru itu di Shah Alam. Siap mengetuk pintu hostel untuk menjual tiket. Aku tanya salah sorang dari mereka, macam mana kau promote? Katanya - aku bagitahu ada artis yang datang malam tu. Ramai. Kalau korang tak nak tengok filem tu pun takpe, korang belilah sebab aku. Selamatkan subject aku. Pintar jugalah. Ceh! Manipulasi students sungguh. Sebab RM5 je sekeping, jadi diorang tengok muka kesian budak-budak nak lulus exam dengan cemerlang ni, beli ajelah.

Betullah tu kata Estrella dalam Great Expectation :

We are who we are. People don't change.

Monday, October 5, 2009

Kawan saya minta saya benci Indonesia

Aku sedang membaca tetrologi terakhir lasykar pelangi Andrea Hirata. Juga sedang membuat translasi buku motivasi Arvan Pradiansyah. Petang-petang berbual dengan buruh-buruh Indon di depan rumah dengan mesra. Ligat bertukar novel dan bercerita tentang hidup dengan Ria anak Riau yang mencuci rambut aku setiap kali aku ke salon di Bangi Lama. Masih peminat likat kepada Ahmad Dhani dan Iwan Fals. Puisi Rendra besar-besar di kamar tidur. Rasanya tak mampu membenci mereka.

Aku pernah nyanyi lagu ni masa audition watak Eva teater protes masa zaman belajar. Sampai sekarang kalau Mummy aku sedih, aku selalu nyanyi lagu ni untuk dia.

4 April 2018, The Sun.

Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...