"Ring
the bells that still can ring. Forget your perfect offering. There is a crack,
a crack in everything. That's how the light gets in." — Leonard Cohen
Semasa
aku mengikuti kelas pengajian psikologi kaunseling di UKM, seorang lecturer aku
selalu berpesan–Setiap orang mempunyai satu 'button' di tubuhnya.
Button itu berfungsi mengikut apa yang kita mahukan. Jika kita mahu sukses,
positif, gembira, tegar mencapai impian –kita sentiasa boleh menekan butang
itu. Jadilah apa yang kita mahu jadi. Jika sebaliknya, kita juga boleh
membiarkan button itu tidak ditekan sehingga selama mana yang kita suka.
Semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kita bertanggungjawab atas segala-gala
yang melibatkan diri kita. Jika aku merasa sedih, kecewa, depresi dan
negatif, aku akan segera teringat bahawa ditubuhku sentiasa mempunyai button
yang boleh menukar emosi itu menjadi seperti apa yang aku mahu.
Di
sini aku kongsikan secara random beberapa kes kaunseling yang pernah aku handle
ketika berkerja sebagai kaunselor di sebuah unit kaunseling di ibu kota. Kes
ini tak diturunkan secara terperinci kerana ia private & confidential. Cuma
aku berikan ringkasan ceritanya saja tanpa mendedahkan keseluruhan. Kes ini penting untuk
perjalanan keseluruhan entry ini.
Kes
1 :
Seorang
wanita cina menelefonku. Dia berhentikan keretanya dalam kesibukan di sebuah highway. Dia
mengaku sedang minum arak dengan beberapa botol lagi di sisinya. Dia buntu. Tak
tahu apa yang mahu dilakukan. Dia baru saja tahu yang suaminya curang, ada
perempuan lain. Pada ketika itu dalam fikirannya, dia cuma mahu bunuh diri.
Kes
2 :
Seorang
remaja melayu walk in ke bilik kaunselingku. Berpakaian sekolah lengkap dengan
tudung. Dia terus menangis sebelum mengeluarkan kata-kata. Dia buka tudungnya.
Memegang perutnya yang buncit. Katanya – Kak, saya hamil. Ibu bapa saya belum
tahu. Apa yang patut saya lakukan?
Kes
3 :
Seorang
wanita cina berusia dalam lingkungan lewat 30-an. Kusam dan lesu ketika dia
masuk ke bilik kaunselingku. Ibu bapanya meninggalkannya di rumah anak yatim
sejak dia kecil. Bila besar, mereka tak mahu menerimanya. Dia berusaha pelbagai
cara, untuk mendapat pekerjaan. Tapi selalunya gagal. Katanya dia tiada
pendidikan, tiada juga rupa paras. Setiap kali menerima pekerjaan baru, rakan sekerja
akan membulinya. Mencuri duit, memaki-hamun dan membelasahnya. Jarang berkerja lama di satu-satu tempat. Selalu bertukar tempat kerja. Kawan langsung tiada. Tinggal
menyewa di sebuah bilik sempit d ibu kota. Sudah berpuluh kali cuba membunuh diri. Makan
racun, terjun bangunan, berdiri tengah jalan, kelar nadi. Namun tak mati-mati.
Cedera parah hingga di bawa ke hospital, tapi masih tak mati lagi. Dia
mempersoalkan kenapa dia masih belum mati, sedangkan sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk dia kecap kehidupan. Mengapa Tuhan tidak bagi dia mati?
Kes
4 :
Seorang
lelaki india sedang berada di atas atap sebuah bangunan tinggi. Katanya dia tidak mahu
hidup lagi. Hutang keliling pinggang. Kehidupan tak pernah stabil. Hidup isteri
serta anak-anaknya bergantung pada dia. Sekarang dia dikejar ALONG pemungut
hutang, kerana meminjam wang dari mereka. Setiap hari diugut dengan parang dan
keluarganya pernah diikat dan diacah dengan pisau dan pistol. Mungkin dengan
membunuh diri segala masalahnya itu akan selesai.
Kes
5 :
Ini
ketika aku bertugas sebagai kaunselor di sebuah sekolah menengah. Seorang
pelajar dari kelas sains dilaporkan tidak bersosial dan selalu menyendiri.
Tiada kawan dan tidak bercakap di dalam kelas. Namun pelajar ini cukup bijak.
Cikgu kelasnya yang menghantar kepada aku. Kes ini begitu kompleks sehingga aku
menjadikan ia sebagai kajian dalam thesisku. Beliau pengidap skizofrenia. Seringkali
melakukan perkara-perkara seperti–mencederakan diri sendiri, percubaan membunuh
diri, bercakap seorang, bertingkahlaku abnormal. Dengan beliau, kaunseling yang
aku lakukan, bukan saja terlibat secara serius dan berperingkat, malah turut
membawa sekali ibu bapanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan terapi.
Terlalu bergantung kepadaku sehinggakan selepas aku selesai praktikal dia masih
mahu bertemu dan berbual dengan aku. Dia selalu menegaskan padaku, dia tidak
gila. Sedangkan semua orang menganggapnya begitu. Walau belajar dalam bidang
sains, dia sukakan filem dan komunikasi. Ia amat kontradik dengan
personalitinya, namun melalui seisi kaunseling ini kami memfokuskan pada apa
yang dia mahu jadi. Syukur akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajaran dalam
bidang mass com di sebuah IPTA.
Kes-kes
di atas menyedarkan aku tentang banyak perkara. Hidup ini memang diciptakan
kejam dan penuh dengan dugaan. Agar kita belajar untuk membuat keputusan,
belajar memperbaiki kehidupan, belajar menyelesaikan masalah, belajar untuk
berani berhadapan dengan persekitaran yang mendesak, belajar berdikari dan
paling penting belajar untuk tidak putus asa. Kadang-kadang apabila aku
mendengar masalah-masalah manusia yang datang bertemu atau menelefonku, aku
sendiri takmampu untuk menanggungnya. Ia terlalu berat sehinggakan jika aku
berada di dalam kasut mereka, aku belum tentu boleh melangkah dengan tenang.
Sewaktu
menerima tugas menjadi kaunselor, aku dinasihatkan mengambil cuma 5-6 kes
sehari. Jika lebih dari itu, aku pasti tak boleh tidur, otak aku berserabut
memikirkan masalah orang. Lecturer aku selalu pesan –Empati Fazleena, bukan
simpati. Kadang-kadang kita terlalu mahu membantu orang lain menyelesaikan
masalahnya, sehingga kita tidak lagi bersikap profesional. Kita menjadi kasihan
padanya. Ia buat kita hanyut dengan masalah mereka dan bersungguh-sungguh mahu
membantu. Namun begitu, sebagai kaunselor kita tak berhak menentukan jalur mana
yang mereka patut pilih. Kita tak menentukan A atau B pada pilihan mereka. Jika
kita menentukan pilihan dan keputusan mereka, kita berdosa. Biarlah mereka
pilih sendiri demi kesejahteraan dan kebahagian mereka. Bantulah mereka untuk
membuat keputusan dan membuka potensi-potensi yang lebih baik terhadap setiap
keputusan yang mahu dibuat. Sehingga satu hari nanti, mereka tidak lagi meminta
bantuan dan tahu membuat keputusan sendiri.
Menurut
Ketua Jabatan Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Dr Ruzita
Jamaluddin–Penyakit mental dijangka menjadi penyakit ke-2 tertinggi yang
dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020 nanti.
Pada tahun 2008, kira-kira 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan
psikiatri di hospital kerajaan. Jadi 80 percent dari rakyat Malaysia akan
mengalami gangguan mental pada tahun 2020 yang tak lama saja lagi.
Skizofrenia,
Bipolar Disorder, Psikopat, OCD, Anorexia, Multiple Identity Disorder, Self harm,
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), Homosexual, Stress, Depresi
dan lain-lain dikategorikan sebagai penyakit mental. Di sini aku tak akan
menguraikan satu-persatu jenis penyakit mental ini. Secara umumnya, semua orang mempunyai
penyakit mental, cuma bezanya; major atau minor. Setiap orang mempunyai kadar
stress/depresi mereka sendiri, tanpa disedari. Jika mereka berkesempatan untuk
membuat diagnosis, itu bagus untuk mereka kenalpasti sindrom dan cuba
merawatnya. Yang di sekeliling kita ini, yang kita nampak serba serbi normal,
belum tentu tiada penyakit mental. Dan bukanlah niatku untuk berkongsi secara
detail tentang isu penyakit mental ini. Aku cuma terpanggil mahu berkongsi
pengalaman dan perasaan aku. Kes yang melihatkan Arlina Banana yang hangat diperkatakan,
memberi reaksi yang pelbagai dari masyarakat. Aku juga tidak terkecuali.
Sebagai seorang pengamal pendekatan psikologi, aku cuba untuk mengenal personaliti dan sikap orang lain. Semua orang unik dan tersendiri. Cuba melihat dari sudut yang lebih genuine. Tidak
judgemental. Dan cuba sedaya upaya untuk empati. Itu prinsip seorang kaunselor.
Di
zaman teknologi dan serba-serbi pantas ini, manusia sudah tidak lagi
berkomunikasi. Mereka memilih untuk memendam perasaan. Paling tidak menulis
atau berkongsi di laman sosial. Yang rata-rata tidak mereka kenali. Stranger.
Mengharapkan stranger untuk memberikan compliment, dan pelukan virtual jika
mereka dilanda masalah. Menjadikan facebook, twitter, blog dan instagram untuk
berkongsi kesedihan dan perasaan mereka. Di media sosial saat ini, siapa yang
benar-benar ikhlas memberikan pertolongan? Tiada. Kita semua akan kembali
kepada mereka yang 'real'. Keluarga, sahabat, cikgu, saudara-mara dan
teman-teman yang benar-benar wujud. Melalui kes Arlina, media sosial bukanlah
tempat terbaik untuk dia luahkan perasaan dan emosinya. Jangan stay jika tak
mahu dan tak tahan dengan pembulian. Jauhkan perkara-perkara yang menyebabkan
dirinya sakit hati dan kemudian depresi dan memilih untuk mencederakan diri.
Jangan. Carilah keluarga, teman yang boleh dipercayai dan pinjamlah bahu mereka
jika dilanda depresi. Jangan kongsi pada stranger. Mereka takkan pernah faham.
Melihat
pada kes-kes kaunseling yang aku kongsikan di atas, mereka-mereka seperti ini, walaupun
sedang berada di atap bangunan atau di tengah highway untuk tujuan membunuh
diri, namun mereka masih mencari seseorang untuk bercerita. Nampak? Betapa
orang yang punya masalah bertimpa-timpa, sehingga seolah sudah tiada jalan keluar,
masih mahu tahu "apakah cara yang terbaik untuk menyelamatkan masalah ini?" Bunuh diri bukanlah penyelesai masalah. Mereka tahu pasti ada solusi
dan cahaya dari setiap kegelapan. Carilah sampai jumpa. Jangan tenggelam di
dalamnya.
Setiap
hari aku berdepan dengan kisah masyarakat di sekelilingku yang begitu
memilukan. Dari sekecil-kecil kepada yang paling besar. Isteri yang dipukul
suami setiap kali baran suaminya tiba, suami yang tahu isterinya berselingkuh
dengan orang lain, isteri yang berusaha 10 tahun mahu ada anak, tapi suaminya
relaks-relaks aja, suami yang tenang berpoligami tanpa faham perasaan isteri, pasangan yang ingin bercerai tapi keluarga menghalang, perebutan anak bila sudah berpisah, masalah kecelaruan sexual, personality disorder, buang anak, rogol, jenayah,
pembunuhan, kemiskinan, gelandangan, bencana, perang. Semuanya kita dengar setiap hari masalah-masalah yang mengecewakan. Menyedihkan. Yang menakutkan. Semua orang akan dilanda
masalah. Semua orang mempunyai kisah sewaktu kecil yang memberi kesan kepada
dirinya sekarang. Semua orang ada potensi untuk mencederakan dirinya kerana
stress dan depresi. Semua orang pada satu tahap merasa tak cukup udara untuk
bernafas. Semua orang pada satu titik merasa sangat lemah untuk bangun dan
mencelikkan matanya. Semua orang ada waktunya lebih suka menyendiri dan melayan
kesepiannya. Dan semua orang berhak untuk menentukan yang terbaik buat
hidupnya.
Tips
yang mungkin aku boleh kongsikan. Yang juga aku praktikkan jika aura negatif
atau depresi mula berhembus.
1)
Jangan minta orang lain faham.
Ya
benar semua orang ada masalah. Tapi jangan minta orang lain untuk memahaminya.
Mereka takkan faham. Mereka pun ada masalah sendiri. Kita sendiri yang
benar-benar faham masalah kita. Kita sendiri tahu apa yang kita nak. Dan kita
sendiri tahu jawapan dan penyelesaiannya. Try to figure out. Deal with it.
2)
Senaraikan tujuan hidup.
Setiap
hari tulis apa yang ingin dicapai. Cuba untuk memenuhinya. Contoh :
-Hari
ini aku mahu pergi ke taman permainan melihat orang bermain dan naik buaian.
Petang-petang
pergilah singgah ke taman. Penuhi tujuan yang ditulis tadi. Dan kita akan rasa
happy apabila berjaya melaksanakannya. Try dengan impian-impian kecil. Jadikan
rutin. Kemudian beralih pada impian yang lebih besar.
3)
Be positif.
Ini
memang nampak mudah. Tapi ia sukar dilakukan. Kadang-kadang kita rasa kita
'fake' dan tidak true pada perasaan kita. Kita sebenarnya tidaklah happy
sangat, tapi kita buat-buat gembira. Tapi apabila lama kelamaan kita jadikan ia
rutin, kita akan cuba untuk selalu menjadi positif walau di mana saja kita
berada. Cuba dengan perkara yang simple. Seperti upload gambar yang positif dan
menggembirakan di instagram. Supaya orang lain yang melihatnya akan senang dan
gembira juga. Jangan mengheret perasaan kita yang negatif kepada orang lain.
Jangan mengharapkan orang lain untuk bertanya : Are u okay? Awak nampak tak OK, ada perkara yang awak sembunyikan? No! Jangan membuka persepsi orang lain ke dalam
masalah kita. Jangan! Tepuklah bahu sendiri dan cakap "I'm Okay. And I am
gonna be okay!" Dan sharelah kegembiraan. Bukan kesedihan. Alihkan masalah
kepada perkara lain yang menggembirakan.
4)
Mencuba hal yang baru.
Jangan
statik. Depresi atau mental illness biasanya disebabkan tiada aktiviti yang
dilakukan, dan kebosanan itu membunuh. Isikan dengan kesibukan. Bila bosan kita
akan termenung dan memikirkan masalah diri. Cari hobi baru setiap hari. Lakukan
perkara baru yang takpernah kita lakukan. Cabar diri untuk ambil risiko. Cuba
berkebun, menjahit, bersenam, menonton persembahan yang jarang kita lihat,
hiking, belajar berenang, pergi duduk dengan orang tua dan kanak-kanak dan
melakukan banyak aktiviti kebajikan.
5)
Jangan hanyut dengan nostalgia. Move on!
Teori
realiti. Berpijak di bumi yang nyata. Cuba berusaha meninggalkan kenangan lalu
yang merantai kakimu. Bergerak menuju masa depan. Cintailah apa yang ada
sekarang. Nasihatku, jangan stalk ex-bf/ex-gf (doakan kebahagiaannnya, walaupun
dia pernah menyakiti). Tinggalkan terus kenangan cinta lalu yang tak akan
kembali. Jangan ulang-ulang menonton movie yang sama, yang mungkin mempunyai
nostalgia yang berat pada kita. Tengoklah movie lain, ada berjuta movie lain
lagi yang boleh membantu kita move on. Bacalah buku baru setiap hari, menulis
diari atau keluar bertemu sahabat untuk bersembang. Move on sebenarnya tak
susah. Nak atau taknak saja. Ia akhirnya jatuh pada "adakah kau mahu
berubah?" atau "adakah kau mahu diselamatkan?" Kalau kau mahu,
ayuh move on! Itu saja caranya.
6)
Melihat potensi diri.
Senaraikan
semua kebolehan dan potensi diri yang kita ada. Dan senaraikan juga
kelemahannya. Pastikan kebolehan diri lebih banyak dari kelemahan. Cuba untuk
menghapuskan kelemahan itu perlahan-lahan. Menurut Rogers melalui pendekatan
Teori Psikologi Humanistik : Semua orang mempunyai potensi untuk berubah.
Setiap individu mempunyai cara kreatif untuk menyelesaikan masalahnya.
Berubahlah ke arah kebaikan. Berubahlah menuju kebahagian.
Contohnya
:
Kebaikan/potensi
diri :
-Berpendidikan
-masih
mempunyai ibu bapa & keluarga
-ada
kerjaya sendiri
-boleh
berdikari
-berbakat
Kelemahan
:
-berfikiran
negatif
-insecure
-selalu
risau tanggapan orang lain
**Tulis
dan tampal di dinding. Ingatkan bahawa kelemahan itu perlu dihapuskan. Dan
akhirnya yang tinggal cuma potensi dan kebaikan diri.
7)
Jangan hidup dengannya.
Jika
kita merasakan dan sudah didiognis mengidap penyakit mental, jangan biarkan
terus hidup dengannya. Filem Beautiful Mind, kisah sebenar John Nash yang
mengidap Skizofrenia. Antara penyakit mental yang paling kritikal. Struggle
untuk hidup dalam dunia khayalan & realiti. Ada watak-watak yang hidup
dalam pemikirannya dari dia kecil sehingga dia tua. Watak-watak ini terlalu
real sehingga menggangu kehidupan sehariannya. Dalam ketakutan dan kesakitannya
mengidap skizo, dia Pemenang nobel dalam bidang ekonomi pada tahun 1994. Kena
buang kerja, isteri tinggalkan dia, kawan-kawan menyisih tapi sebab dia mahu
sembuh, dia pilih untuk tidak menghiraukan gangguan itu. Dia cuma mahu pulih.
Kita kena percaya gangguan mental, terjadi dari kelemahan mental kita sendiri.
Jika mental kita kuat, kita pasti boleh mengatasinya. Ada sesetengah dari kita
aku tak pasti samaada bangga atau beria-ia mempertahankan bahawa : Tolonglah
faham, aku ada masalah mental. Masalah mental ni penyakit, sejenis gangguan
pada otak. Bukan saja-saja nak meroyan atau buat-buat sakit. Faham tak?
Hurmm, aku tak tahu kalau sesetengah orang suka untuk hidup terus dengan
penyakit ini dan merasa dia 'istimewa' kerana telah didiagnos dengan mental
illness, tapi tidakkah dia mahu keluar dari situ? Mengapa mahu terus hidup
dengan penyakit itu jika ia boleh diubati. Tidakkah dia mahu sembuh? Yeah, tepuk dada tanya
selera.
8)
Berkongsi dan berceritalah pada yang boleh dipercayai.
Ceritalah
pada keluarga, mak bapak yang masih ada. Suami atau sahabat yang boleh kita
percayai. Mereka mungkin tak boleh menyelesaikan atau memberi apa yang kita
mahu, tapi mereka boleh mendengar.
Jangan underestimate orang lain tak faham dan tak mahu mendengar kita. Cuba.
Cari pertolongan. Percayalah, dengan bercerita dan diperdengarkan kita akan
rasa lega. Kalau malu, carilah profesional. Seek for help. Ada banyak tempat
perundingan dan unit kaunseling seluruh Malaysia yang boleh membantu. One to
one. Jangan cerita di laman sosial. Ia tak membantu. Malah memudaratkan.
9)
Beri peluang.
Adakah
hidup ini sudah tiada ertinya sehingga mahu mencarik kebahagiaan diri sendiri?
Mengapa mahu menamatkan hidup jika ada lagi ruang untuk memperbaiki dan
mengejar impian itu? Selalulah bagi peluang untuk diri sendiri. Atau
sekurang-kurangnya beri peluang kepada insan-insan di sekeliling kita yang
menyayangi kita. Jika ada anak, berbahgialah untuknya. Jika ada suami/isteri,
berbagilah kasih bersamanya. Jika ada ibu bapa, hiduplah demi mereka.
Percayalah, bahawa hidup ini bukan tentang diri kita saja.
10)
Bersyukur.
Segala
nikmat yang ditaburkan dalam dunia ini memang tak akan pernah cukup. Sedar diri
dan sedar ruang agar kita sentiasa rasa cukup kerana dunia ini hanya sebuah
perlabuhan sementara. Impian dan harapan milik setiap orang, tapi kuasa yang
menentukan hanya ada pada Pencipta. Ada sesetengah orang tidak ada apa yang
kita ada. Sentiasa ingatkan diri kita, jika kita sakit dan menderita, ada yang
lebih sakit lagi. Jika hati kita sengsara, ada hati yang mungkin lebih merana
lagi. Selalu merasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Usahalah jika mahu
jaya. Doa dan tawakal semoga dipermudahkan jalannya. Jika belum sampai, usaha
lagi. Jika tak kunjung tiba, anggaplah itu bukan rezeki kita.
Arlina ada banyak potensi dan aset yang boleh memberikan inspirasi pada orang lain.
Dengan sikapnya yang positif, dia diberi peluang menjadi social influencer,
diberi peluang menerbitkan buku motivasi, menjadi speaker dan motivator untuk
acara-acara kecemerlangan belia. Ia sesuatu yang memberangsangkan untuk
individu yang ada perasaan insecurity yang tebal dan pernah didiagnos dengan
masalah mental illness. Arlina tak patut putus asa hanya dengan komen dan
makian masyarakat di media sosial. Dia sepatutnya menjadi lebih kuat. Jangan
buang masa memikirkan apa yang orang lain fikir terbaik untuk kita. Hiduplah
demi diri kita. Bukan dengan persepsi atau ekspektasi orang lain. Arlina darling, jangan putus asa dengan hidup. Perjuangan mu masih panjang. Cekal
dan tabah melaluinya.
Sewaktu
kecil aku sudah mengalami anxiety dan depresi, kerana terlalu merasa rendah
diri dengan fizikalku. Aku pasti menyorok dalam bilik atau tandas jika saudara mara
datang bertandang. Aku fobia dengan pertanyaan dan usikan mereka kepadaku. Kulitku gelap berbeza
dengan adik beradikku yang lain. Sikap rendah diri dan merasa takut menhadapi hari-hari mendatang, menyebabkan belajar aku juga slow. UPSR aku teruk. Jadi aku
dibeza-bezakan dengan sepupu-sepupu perempuanku yang lebih bijak. Hidup
sentiasa dalam tekanan. Ia membawa sehingga ke sekolah menengah. Belajar masih lemah. PMR aku teruk. Masalah pergaulan dengan rakan sebaya
menjadikan aku terlibat dengan gejala-gelaja tak baik. Mak memang garang. Kena
pukul tu perkara biasa. Kami adik beradik tak boleh keluar berjalan dengan kawan-kawan
hujung minggu. Nak ada kawan lelaki apatah lagi. Semuanya kena ada alasan yang
kukuh. Jadi kami biasanya menipu. Semua perkara-perkara nakal aku cuba, akibat pengaruh rakan sebaya. Juga tekanan waktu remajaku. Kawan-kawan pergi sambung diploma di Uni, aku
terheret ke form 6. Menghabiskan STPM dengan rasa yang tertekan dan penuh rendah diri. Apabila masuk Uni, aku mula dapat sedikit hidayah. Mahu belajar
dengan baik dan bantu keluarga. Keluargaku bukan orang senang, sampai sekarang
abah masih bekerja menampung hidup kami sekeluarga. Adik-adik lelakiku tak
boleh berdikari. Aku dan adik perempuanku yang selalu ada buat keluarga. Ketika
aku mula berkerja, abah tiba-tiba berkahwin satu lagi. Keluarga kami berantakan. Bertahun-tahun
kami hidup dalam fobia, depresi dan dendam. Ikatan kekeluargaan kami renggang. Pada peringkat ini aku mencuba macam-macam. Cuba merokok yang kemudian jadi habit, bersosial tanpa fikir risikonya. Aku juga sering menghabiskan waktu dengan mengenang dan
risau tentang keselamatan dan kesejahteraan mak. Rasanya inilah puncak di mana terlalu banyak cabaran dalam satu masa. Mak sakit. Dia mengalami depresi yang kronik. Bergantung dengan medikal. Adik-beradik lelaki stress sehingga ambil drugs. Relationship dengan orang yang aku cintai, selama 6 tahun hancur begitu saja.
Hidup tak tentu arah. Dan yeah macam-macam lagi. Tidak perlulah aku cerita
setiap incinya.
Pada
umur aku begini, sudah pasti angin
depresi itu selalu datang bertamu. Selepas berkahwin setahun, aku diishtiharkan mempunyai penyakit Endometriosis. Sehingga perlu menghadapi pembedahan. Pada usia begini, aku tentunya mahukan
seorang anak mengisi kesepianku. Kerisauan tentang usiaku yang hampir mencecah
40-an, memikirkan suamiku yang mungkin juga menaruh impian yang sama, sudah
pastinya. Ibu bapaku yang sudah semakin tua dan tak kuat lagi. Memikirkan masa
depan, kerjaya, impian-impian yang belum jadi. Semuanya. Aku sama juga seperti
perempuan-perempuan lain. Yang pastinya mempunyai harapan dan mahu mencicip
kebahagian hidup. Aku juga bukan superman, aku juga bisa nangis. Bila sampai depresi, aku menangis tak kira masa, aku takmahu keluar dari selimut, asyik tidur sahaja, termenung, menyebabkan pergaduhan dengan suamiku dengan tak semena-mena, merungut dan berkeluh kesah sentiasa, tak mahu bersosial, tak angkat telefon atau call, tidak mandi dan rela kusam sepanjang hari. Aku akan berdiam dari laman sosial, dan hanya mengambil inisiatif bertenang dengan diriku sendiri saja. Menulis, membaca, menonton movie, dan cuba sedaya upaya untuk bangun kembali. Secepatnya. Sekali lagi, aku menulis ini untuk mengingatkan diriku sendiri. Agar
sentiasa bersyukur dan cekal hadapi dugaan hidup. Sesusah mana pun kita, ada
orang yang lebih susah lagi.
Kepada
adik-adik, sahabat-sahabatku, yang sedang menekuni dan menangani masalah mental
dan depresi, belajarlah dengan terbuka. Jangan blok atau tutup fikiran dan jiwa
untuk menerima perubahan. Carilah pertolongan. Jangan biarkan ia hanyut
dihempas gelombang. Aku di sini terbuka untuk mendengar sesiapa saja. Datang
padaku dan berkongsilah. Hubungi aku. Aku sentiasa sudi dan berlapang dada.
Satu
hari nanti jika kita hampir lemas, dan tidak boleh berenang–ada pelampung
gunakanlah ia. Jika ada bot penyelamat, lambailah tangan kepada mereka.
Mintalah bantuan. Carilah penyelamat. Jangan diam saja dan biarkan ombak
menenggelamkanmu. Hanyut dan kemudian mati di bawa arus.
Percayalah,
kita sentiasa boleh menyelamatkan diri kita.