Tuesday, June 30, 2009
Robotik
Monday, June 29, 2009
“The role of a writer is not to say what we all can say, but what we are unable to say.” - Anais Nin
Episod cinta aku yang lepas dengan seorang penulis karya-karya surrealism. Dan aku jatuh cinta dengannya juga kerana terpersona dengan keindahan bahasa dan permainan konflik ciptaannya dalam setiap bait-bait kata yang tertulis.
Bersama seorang penulis itu menjadikan imaginasi melangit. Seorang penulis itu sangat cool, aku kira. Makanya percintaan kami berlaku dalam separa sedar. Mimpi dan realis.
Sesi pembacaan aku selalunya berlaku dengan meletakkan kepala di atas perutnya. Dia bukan pemilik badan seperti Van Damme atau Awie, tapi ruang itu punya kenikmatan tersendiri. Perutnya lebih empuk dari tilam Vono. Dia akan meminta aku membaca dari bab akhir ke bab prolog. Mengikut kata dia – kehidupan sebenar tidak mampu menuntut kita mengetahui apa yang ada akan datang. Makanya dengan buku kita boleh menjejak masa depan. Mengetahui pengakhiran itu kan satu kuasa yang lebih dashat dari punya kekebalan superhero. Dengan dia aku belajar untuk menjadi tukang tilik. Cuba-cuba meramal apa akan jadi 10-20 tahun akan datang. Cuba telah-telah apa akan jadi pada cinta kami di abad ke-22.
Sayangnya, walau bersama seorang yang surealis, aku masih lagi memaut kaki di atas bumi yang nyata. Dan tentunya bertindak atas kenyataan dan paksi-paksi realiti itu tak pernah hilang walau dimuntahkan aku dengan ciuman titik dan bulatan mimpi. Kata-kata dia acapkali ialah – Kau mimpi aja sayang. Tentu semuanya akan jadi milik kita.
Ternyata kita hanya boleh mimpi untuk bacakan puisi-puisi Al-Khansa dan Gibran setiap malam sebelum tidur pada Che, Fals dan Lennon. Kita hanya boleh imaginasi senyum-tawa mereka tika kita bawa mereka menonton street performer di sekitar ibu kota. Kita hanya boleh bayang cebik-nangis mereka bila kita terlupa nak bawa mereka menonton movie di international screen. Kita tak dapat nak rakam pun aksi mereka hujung minggu bila mereka harus melakukan monolog atas stage yang kita bina depan laman rumah kita.
Entah apa puncanya. Setelah 6 bukunya aku khatamkan, dia berlalu pergi begitu sahaja. Tanpa ada setitik jejak sekalipun. Dan kerana pengamal realiti yang dashat aku fine fine aje dan tidak menggelabah mencarinya. Simple aje. Kau mahu pergi, pergi aje. Macam hidup dan mati. Macam cinta dan benci. Come and go. Walaupun kadang-kadang aku teringat dan rindu tilam vono dia. Its ok. Rindu itu kan satu emosi yang positif.
Dan terbaru, dia muncul lagi. Itu juga tidak mengejutkan. Dia kan mamat unpredictable. Dia campakkan karya baru dia depan pintu apartment aku. Tajuknya – Si Gadis Rewind. Di kulit depan buku itu poster seorang perempuan membaca di atas perut seseorang. Aku teliti. Rambut aku panjang lagi masa tu. Dan tilam vono itu, Ya! itu tempat kegemaran aku satu ketika dulu. Sempat dia capture masa aku sedang membaca salah satu karyanya. Dia rupanya bukan sahaja penulis, juga pemegang lensa yang baik. Di lembaran pertama tertulis : Kau perkara terindah pernah aku ada. Tapi, aku hanya boleh mimpi kau sayang! Tika itu, air mata aku tidak jatuh cuma bergenang.
Sampai sekarang aku masih belum selak karya pemberiannya itu . Kerana seolah aku boleh ramal apa yang tertulis di dalamnya. Aku kira itu satu bahagian yang paling punya value dalam hubungan ini. Terima kasih.
Kau tak sehebat karya-karya kau Sayang!!!
Friday, June 26, 2009
Hope
Thursday, June 25, 2009
Saya tahu saya seorang kakak yang sweet!
Wednesday, June 24, 2009
Pecinta Rahsia
Monday, June 22, 2009
Kata dia aku lebih kejam dari Hitler
Thursday, June 18, 2009
Don't Cry
Kita baring atas bantal dalam kamar beradu
Suasana gelap dan sunyi, cuma ada 1 lampu
Malam itu malam terakhir kita bersama, kata dia.
Aku kata – Ok. Aku faham dan terima.
Dia peluk aku kuat dan padat
Aku cuma baring tegak dan padang wajah dia tepat
Kemudian dia menyembankan muka pada dada aku
Dan bertanya dengan suara yang tenggelam timbul, kau cinta aku?
Aku diam dan mengusap helai-helai rambutnya
Dan terus senyap untuk satu jam lamanya
Aku cinta kau – kedengaran selepas satu jam berakhir
Itu bukan suara aku, tapi suara dia yang bergetar.
Ruang antara buah dada dan leher aku sudah basah
Aku perlahan mengucup kepalanya dengan jiwa yang tenang dan tidak pasrah..
18th June 2009
Wangsa Maju
"Give me a whisper
And give me a sigh
Give me a kiss before you tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinking of you
And the times we had...baby
And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight"
Tuesday, June 16, 2009
Anyone who keeps the ability to see beauty never grows old - Franz Kafka
Dia kata, suka dengar cerita aku. Kata dia lagi, cerita aku tak pernah membosankan. Dia tak tahu, aku blend semua cerita-cerita tu dengan semua movie yang pernah aku tonton. Tapi biasanya aku tak blend cerita tu dengan movie-movie tempatan, takut kantoi, manalah tahu dia pengikut filem Razak Mohideen ke. Dan biasanya cerita yang bakal aku sembahkan takkan jadi interesting. Aku blend dengan movie dari French, Russian atau dari German. Movienya unconventional. Lari dari kebiasaan. Dan isunya lebih luas dan mencabar. Macam makan nasi lemak sambalnya ganti dengan mayonis. Dia suka.
Setiap kali bertemu, bila hanya angin yang berbual antara kami dia akan bersuara. Sayang…cerita! Comel bunyinya. Dan biasanya aku ambil 30 second untuk diam kemudian cerita keluar lebih laju dari peluru kaliber 38 saat. Dia bersungguh menadah telinga. Tidak sesekali mencantas cerita aku. Dia menongkat dagu. Pandang tepat mata aku. Sesekali matanya ke bibir aku. Kemudian ke mata semula. Dia pendengar yang bagus. Itu criteria teratas dalam carta lelaki yang boleh duduk sebelah aku. Dia tak pernah menjawab sms atau call sekiranya alat telekomunikasi itu berbunyi. Selalunya aku yang suruh jawab. Mungkin urgent siapa tahu. Dan selepasnya setiap kali bertemu dia akan tukarkan mode kepada silent. Lebih peaceful katanya.
Setiap kali mahu berpenglipur lara, kami ke tempat yang berbeza. Ambience penting katanya. Malam itu dia cadangkan untuk duduk di pondok tempat mat-mat motor berhenti kalau hujan atau mahu berehat. Di Highway penchala link selepas tol dan ada sebuah terowong berdekatan. Di depannya hutan-hutan dan dibelakangnya juga ada bukit tinggi dan hutan rimba. Pondok tu macam bus stop. Cuma lebih besar. Tempat duduk dibinakan palang besi. Kami duduk di situ. Sesekali high bimp daripada kereta-kereta yang lalu selepas tol, maybe mereka ingat kami buat project khas di situ. Kami buat bodoh aje. Mat-motor ada juga singgah. Tapi blah bila nampak kami di situ. Line tak clear, mungkin. Aku baring kat palang tu. Dia duduk depan aku. Membelakangkan pembaringan aku. Aku tengok tangan aku. Cat palang warna kelabu melekat-lekat atas tapak tangan aku. Aku tunjuk dia. Dia kopek dan buangkan. Satu-persatu. Kemudian dia balikkan tangan aku. Letak atas dagu dia. Kemudian hidungnya singgah di situ. Lama dibiarkan. Ada bibir atas tangan aku. Tiba-tiba terasa rembesan hormon estrogen macam air paip terpercik dalam badan aku.
“Sampai sekarang I tak percaya You 18 tahun.”
Aku tak nampak reaksi muka dia. Aku masih baring di belakang. Kami tidak mengadap. Tapi bibir dia bergerak. Aku terasa sebab tangan aku di bibir dia. Instinct aku kata – dia sedang senyum.
“Napa you 18 ek?”
Kali ni dia ketawa. Sikit sahaja. Aku bangun. Tangan aku masih dipegang. Aku pegang bahu dia. Duduk mengadap muka dia. “Kenapalah you 18.” Kata aku sinis. Aku memang bermaksud bergurau. Mungkin gurau campur curious juga kot. Curious campur terasa unrational. Unrational campur tak percaya. Tak percaya, atau mahu tahu reaction dia. Semualah.
“I like you sayang. I’m 18 and I like you. Age it’s just a number kan?”
Pepatah tu klise la sayang! Kata aku. Dia senyum. Bulan kat atas tu pun macam ada lesung pipit. Senyum juga.
Dia tak pernah mahu tahu apa akan jadi akan datang. Dia cuma appreciate present time. Dia tak pernah ingin kaji tentang setiap kedutan yang mula jelas di hujung-hujung mata aku yang mungkin mengandungi seribu satu kisah lampau. Dia tak nampak garis mereput di jari kaki dan tangan yang dah tidak dapat disembunyikan walaupun satu tong cream Nivea aku letak setiap malam. Dia cuma mahu belajar menerima aku seadanya.
“I boleh jadi lelaki 30 tahun kalau you nak. Atau lebih. I can be everything. I just want this.” Kata dia sambil genggam tangan aku dan tunjukkan genggaman itu pada aku dengan wajah serius Sean Penn dalam Mystic River. Nak beritahu ‘this’ itu ialah aku. Dan this juga ialah aku-dia. This itu kita.
Aku senyum aje. Jantung aku macam kena tumbuk. Kuat dan laju. Tapi tak berdarah. Rasanya tak sakit tapi sedap. Perut aku terasa macam ada air-cond 28 darjah celcius. Angin bersiul-siul aje bila kita sama-sama diam. Dia pandang aku. Aku senyum. Matanya ke mata aku. Ke bibir semula. Mata, bibir, mata, bibir. Itu trademark dia bila memandang aku.
Waktu segmen diam tu dalam otak aku ligat berputar. Dia baru jejak kaki ke kolej. Aku ada hanya 20 tahun lagi untuk rasa duit pencen. Dia pula pencen ada 30 tahun lagi kalau tambah advance mungkin 40 tahun. Aku dah tukar office 8 kali. Dia baru putus cinta 4-5 kali sepanjang hidup. Hati aku ni dah di gigit berdarah , gigit lagi-berdarah entah beratus kali.
Tapi kami dua-dua suka Led Zeplin. Pink Floyd, Suka Pearl Jam. Suka Beatles. Kami penggila Jack Kerouac. Buku On the road yang ditulis sebelum kami dua-dua lahir seolah bible dia. Kami berdua mengecop diri sendiri sebagai satu geng dengan team Beat generation. Bila aku lagukan puisi Allen Ginsberg dia akan cari melodi dengan guitar. Masa umur aku baya dia, aku hanya tahu tampal poster Back Street Boy kat bilik. Dan khatam buku Ahadiat Akashah entah berpuluh kali. Lagu Imagine Lennon pun aku dengar dah masuk zaman U. Ye! Aku lambat mencintai hidup. Dan secure dengan perkara-perkara disekeliling aku sahaja. Bila sedar yang aku hanya membuang masa dengan hidup, barulah aku belajar untuk belek luar dan dalam kehidupan. Dan baru aku sedar yang menjelajah hidup bukan perlu travel, semuanya ada depan mata. Nak atau tak nak sahaja. Abah cakap, never too late for searching and exploring life, darling. It’s always never too late.
“Hey.” Kata dia bila tengok aku mengelamun. “You ok?” – Tanya dia. Aku pandang dia dan senyum. Dia tarik tangan aku. Tengok kuku aku. Pusing-pusingkan cincin silver aku. Kemudian genggam. Kuat.
“Sayang…cerita!”
Dia memang comel dengan ayat tu. Seperti biasa, aku ambil 30 sec untuk diam. Dan start membancuh content sebagai ubat untuk menjadi penglipur lara malam tu. Sebelum start, aku pandang dia lama. Dia memang terror bab-bab pandang ni. Memang aku kalah. Aku pegang bahu dia. Aku pandang tepat muka dia. Senyum. “Napa sayang?” Aku senyum lagi. “Takde apa-apa.” Aku sengih-sengih.
Aku bangun. Berdiri di depan dia. Dia betulkan punggung duduk atas palang. Aku berdiri tegak. Dia mula excited.
“Tajuk cerita saya pada malam ini ialah….” Dia dah start senyum lebar.
Aku tarik nafas dalam. Dan sebut;
“Aku bukan Demi Moore dan kau bukan Ashton Kutcher.”
Aku buat muka ala serius. Kemudian kami sama-sama ketawa. Lesung pipit bulan makin jelas. Langit kaler hitam bertukar metallic. Berkilat. Angin sapa dengan penuh mellow. Dia menongkat dagu dan pandang aku tepat. Seperti biasa, dia masih seorang penonton dan pendengar yang hebat.
Dia 18 tahun, dan itu tetap satu hakikat.
Monday, June 15, 2009
Kalau ada handphone GPRS sekalipun, saya tetap sesat. Saya venus dan can't read maps. Ulu Yam dan adik2, sorry. Saya sesat lagi.
Thursday, June 11, 2009
Interpretation of Dreams
Malam itu dia bawa aku ke Bukit Ampang. Aku dengar nama Bukit Ampang sejak zaman conteng kain di sekolah menengah lagi. Budak perempuan yang ngetop kat sekolah kata, kalau tak pernah jejak Bukit Ampang, namanya takkan termaktub sebagai Queen of Disaster (QOD). Sebab kat sekolah aku, kalau pangkat QOD ni memang tertinggi, kalah pengawas. Nama siap terpahat kat dinding mural sekolah. Kalau setakat nama terpampang dalam buku laporan disiplin sekolah, belum diikhtiraf sebagai dashyat lagi. Makanya gelaran dahsyat itu perlu digenggam supaya para juniors akan kenangi kita pada setiap helai nafas mereka. Alaa….takkan tak kenal? Kakak senior yang cool gile tu.
Hakikatnya aku masih belum jejak Bukit Ampang. Dan malam itu dia bawa aku ke sana. Kerana Steven kaggwa pernah bisik kat aku - "Try and fail, but dont fail to try". Akibat curiosity yang tinggi, aku pergi juga. Walaupun aku ada expectation yang agak melangit. Kata geng-geng queen of disaster dulu, Bukit Ampang macam pergi club. Tak perlu nak pergi Hard Rock. Bazir duit aje. Bukit Ampang masuk free. Semuanya ada. Muzik, minuman, lampu, seat, balaks, aweks. Kat sana ada banyak aktiviti boleh dibuat. Tengok alam, bersembang, cite pasal masa depan, hiruk pikuk dengan kawan-kawan, minum-minum, makan-makan, romen-romen. Tambah lagi dengan ambience alam yang harmoni dan aman damai. Betul la tu. Tiba aja aku di Bukit Ampang, lampu menerangi sepanjang jalan. Tambah dengan aksesori lampu dari bahagian bawah bukit. Ada KLCC, rumah-rumah yang menerangi, lampu jalan. Lip lap lip lap. Semua orang ada seat masing-masing disepanjang bukit. Tak payah nak berdiri. Bunyi alam bersambung-sambung dengan bunyi radio lagu-lagu hip-hop dan sekali sekala ada juga sesat lagu Rihanna satu dua. Lagu kumpulan Olan dan Visa pun aku ada. Kiri aku budak-budak punk rock tengah melayang-layang mungkin dah nampak setelit. Bising-hingar-bingar. Happening.
Kami bawa keluar mc’d yang tak habis di makan masa masuk drive thru kat Wangsa Maju. Duduk di celah-celah antara 3 couples di keliling kami. Couple pertama duduk atas motor. Awek dia pakai baju kurung dengan tudung terlitup versi Waheeda. Tak turun-turun atas motor. Risau aku stand motor dia patah. Couple kedua, duduk atas kereta. Balak dia duduk celah kelangkang awek dia. Kami hanya dengar suara balak dia aje bercakap. Tak henti-henti. Awek dia cuma main rambut balak dia sambil pandang view kat depan. Couple ketiga berkongsi duduk atas seat penumpang bahagian depan kereta. Sikit-sikit adjust lampu kereta. Sikit-sikit adjust seat. Kejap si laki riba yang si pompuan. Kejap-kejap si pompuan riba si laki. Dan si pompuan itu juga memakai baju kurung dan tudung. Kali ini versi tudung Siti Nurhaliza. Ada jambul di depan. Bila dia tengok, si pompuan buat-buat betulkan tudung. Lepas tu tukar seat balik. Begitulah seterusnya. Its repeating babeh.
Di depan aku ada satu batang pokok yang dah bogel. Tinggi batang pokok tu sama tinggi dengan level mata kami. Ada seokor binatang tertenggek di hujung batang paling atas. Kami teka binatang tu monyet. Rupanya burung hantu. Besar. Kami sedar bila dia terbang dengan tikus di mulutnya. Agak tragis kejadian tu. Kat Bukit Ampang dah macam loji pembungan sampah. Penuh sampah. Plastic, botol, kertas balut nasi lemak, sisa-sisa makan, seluar pendek, kotak kondom. Statistik kehadiran di situ juga agak memberangsangkan. Setiap malam penuh katanya. Ada juga gerai-gerai menjual air, buah dan makan-makan. Mungkin boleh di naik taraf sebagai salah satu tempat recreation di negeri Selangor. Tourist pun boleh melawat nanti. Ekonomi Negara pun meningkat.
Dia memulakan perbualan kami dengan bertanya pendapat aku tentang Freud dan Jung. Kata dia, yang mana satu aku kagumi. Aku geleng dan tegaskan aku bukan pengamal Freud dan Jung. Mereka terlalu idealis. Dalam darah aku hanya ada Adler. Pengamal teori realiti yang agung. Percikan method William Glasser pun ada dalam otak aku. Kerana kedua-duanya percaya bahawa minda manusia sebagai sistem kawalan kepada semua tingkahlaku yang ditonjolkan. Adler menekankan bahawa – usaha selalu ada untuk kita teroka dan manusia itu kreatif dan tidak pasif. Bukan hanya bergantung kepada nasib (deterministic) semata-mata seperti mana yang di pegang oleh Freud. Sepanjang aku jadi penerapi manusia dulu, aku hanya guna metod Realiti. Konsepnya jelas. Aku hanya mahu mereka yang anggap aku yang konon-konon sebagai ‘angel’ agar move on. Dan jangan pernah beku dan bernafas dengan kisah-kisah lampau.
Kemudian kita berdua senyap. Bunyi suara balak sebelah yang duduk celah kangkang aweknya aje menjadi latar belakang audio kami. Aweknya masih main rambut dan lempar pandang kosong. Ataupun mengira dalam hati berapa lampu terpasang bawah Bukit Ampang tu. Bosan dengar balak membebel. Point mengatakan lelaki tidak banyak bercakap tu, tak boleh pakailah. Kemudian dia pandang ke sisi. Tengok tu. Dia muncung ke sisi. Aku toleh. Awek bertudung dalam kereta yang beribaan dengan balaknya dalam kereta kancil dah terhimpap dan menghempap. Seat dah jatuh. Tapi tudung masih maintain. Aku senyum aje. Kami cuba tak pasang telinga pada perbualan awek dengan balak atas motor tak turun-turun tu, tapi terdengar juga. Cite pasal pengalaman kat kampung masa hari raya. Balak ketawa terkukik-kukik dengar aweknya bercerita pasal tok wan dan nek wan nya yang tak boleh makan lemang. Gigi tersangkut di lemang. Akhirnya lemang itu di rebus kasi lembik macam bubur. Cicah dengan kuah rendang aje. Daging tak boleh gigit. Liat. Kukuk-kukik lagi balak dia. Awek makin ligat cerita. Tapi masih maintain atas motor. Tahan betul stand motor dia. Bukan made of Malaysia kot.
Dia pandang aku yang makan fries. Tak habis-habis fries tu. Aku makan slow and steady. Kemudian dia tiba-tiba bersuara. I percaya Freud. Sebab dia penyumbang terbesar kepada ‘unconscious behavior’. I tanya satu soalan. Bila u cintakan seseorang, dia sebenarnya satu perasaan sedar atau tidak sedar? Aku senyum aje. Sedar! – jawab aku. Dia senyum. Kemudian betulkan rambut aku yang sesekali melekat kat fries yang aku masukkan ke mulut. Rambut dan fries sama-sama suka masuk mulut aku. Kemudian dia sambung - You memang anak Adler dan Glasser! Dia senyum. Aku ketawa.
Aku tengok jam. Dah pukul 3 babe. Jom! – kata aku. Kami tinggalkan kombinasi couples yang unik tadi. Yang mungkin juga dalam fikiran mereka : apa sahajalah 2 ekor mangkuk ni merepek. Kan bagus cite pasal burung terbang ke, pasal ayam berlaga ke. Paling cool kalau cite pasal persiapan menyambut raya. Yelah rayapun tak lama lagi.
Masa dia memandu pulang meninggalkan Bukit Ampang, kami tak pasang air-cond. Sejuk. Angin malam buat rambut dia berserabut. Dia yang tidak memakai gel atau brylcreem kelihatan cute berserabai begitu. Mata gedik aku ada kalanya main hide and seek. Lagu Sigur Ros buat mood kami melayang. Malam seolah ada 1000 bintang yang boleh disentuh. Pertanyaan-diskusi tadi singgah. Aku pengamal realiti, dan dia peneroka mimpi. Manakan bisa bersatu?
Bukit Ampang perlahan-lahan hilang di celah kabus pagi.
Wednesday, June 10, 2009
Feminis kah?
Kau : Kau terlalu feminis!
Aku : Salah ke aku mempertahankan hak aku sebagai seorang perempuan.
Kau : Tak salah. Cuma kau harus faham, hubungan perlu ada semua ini.
Aku : Semua ini? Maksud kau, ‘semua ini’ ialah sex?
Kau : Aku lelaki kan.
Aku : Jadi kau lelaki yang selfish?
Kau : No. Kenapa kau anggap aku selfish?
Aku : Sebab kau tak hormat pendirian aku. Kau cabul hak aku.
Kau : Aku tak berniat begitu. Aku cuma rasa ia perlu.
Aku : Perlu untuk apa? Menghangatkan cinta? Mengukuhkan hubungan?
Aku ketawa. Sinis.
Aku : Aku percaya jika kau sayang, kau akan jaga aku. Bukan menyakiti.
Kau : Aku tak pernah ada niat menyakiti kau. Aku cinta kau.
Aku : Jadi kau nak beritahu yang sex itu adalah cinta. Tanda sebuah cinta sejati.
Aku ketawa lagi. Lebih kuat.
Kau : Kau tak rasa begitu?
Aku : Cinta terlalu besar untuk kau samakan dengan apa yang kau anggap keperluan. Ianya bersifat individu. Bukan untuk aku. Hanya untuk puaskan apa yang kau mahu. Kan bentuknya tidak adil.
Kau : Kau memang feminis!
Aku : Tidak. Sebab aku masih memilih bersama kau, walaupun aku tahu aku tak berupaya miliki kau. Seorang feminis tidak menghampiri langsung benda atau perkara yang boleh buat dirinya derita kerana seorang lelaki. Jadi aku bukan feminis kan?
Kau : Tidak! Kau masih seorang feminis.
Kau dan aku sama-sama ketawa. Hilang dalam nafas yang kau panggil cinta. Tapi aku panggil ia nafsu.
Wednesday, June 3, 2009
My Soulmate Wedding
Aku kata;
Aku datang wedding kau, dengan tunggang kuda sakti dan baca puisi tentang betapa hebatnya cinta aku pada kau. Kemudian aku pasangkan layar putih dan mainkan visual-visual yang menjelaskan setiap makna perkongsian kita sejak pertama kali kita bertemu sehingga apa yag kita ada hari ini. Kau rasa apa kau akan lakukan?
Dia jawab;
Kalau aku Hitrik Roshan aku akan berlari sambil meloncat naik atas kuda sakti kau dan kita akan membiarkan saja langkah kuda menentukan mana patut kita pergi. Destinasinya tidak penting. Asal kau dan aku. Aku peluk erat kau dan panas tubuh kau akan buat aku realized yang kau satu-satunya yang patut aku pilih untuk jadi teman sehidup semati. Tapi ini bukan cerita Khabi Kushi Khabi Gum Babe. Dan aku bukan Hitrik Roshan.
Aku dan Renn sama-sama senyum. Kad undangan Renn tu aku pandang dan pegang. Petang tu kita tak bercerita langsung tentang majlis, preparation atau personal detail bakal jadi suri kau. Kita bercerita tentag kita aje.
Beberapa langkah Renn tinggalkan aku. Dia sms :
“Kau kekasih aku kat dunia, dia mungkin kekasih aku di akhirat. Kau soulmate sampai mati.”
Aku naik office. Terus buka laman air asia. Dan booked tix ke Kelantan. Nak tengok soulmate aku bersanding atas pelamin. Dengan soulmate dia. Untuk kekasih Renn; Hey – selamat berkongsi. Jangan risau. Aku akan selalu mengalah.
Bisik Renn - Kalau i dah kahwin, i scandal ngan u. Takpe kan?
** Renn @ Ilham Hakimi ialah watak yang aku filemkan dalam "Kapal Kertas". Kapal Kertas dedikasi aku untuk dia kerana aku tak mampu nak beritahu betapa besarnya 'Renn' dalam hidup aku. I love u, man.
Monday, June 1, 2009
Play-Scrable-love
Scrables akan jadi permainan wajib kita bila tiba hujung minggu
Abjad selalu sahaja buat adrenalin kita macam roket - laju
Kucing kelabu kau akan dilantik menjadi juri penilai kalau ada di antara kita yang cuba meniru
Kau akan mainkan lagu-lagu Portishead untuk rangsang minda kita yang ada kalanya beku
Cantuman setiap huruf biasanya menterjemahkan apa yang kau rasa, apa yang aku mahu
Kerana kita sama-sama tak kuasa menyebutnya dengan mulut - malu
Tapi petang itu kau tak seperti selalu
Permainan kau lesu
Portishead yang kau pilih dah tak merdu
Kucing kelabu kau lebih rela mengintai kucing betina jiran sebelah daripada menilai dan memaku
Adrenalin aku saja yang macam roket, adrenalin kau kaku
Kau sudah tidak mampu membina huruf untuk menyatakan apa yang kau rasa, aku masih mampu menggubah abjad untuk setiap apa yang aku mahu
Perlahan-lahan aku menyusun
Huruf-huruf di papan
Scrables kita yang sudah
bertahun
Kita simpan
Aku tekan hujung mata dengan tangan
Tidak mahu sebarang cecair berlimpahan
Aku paksa bibir untuk senyum kemudian tahan
Senyum lagi dan tahan
I.f y.o.u d.o.n.’t w.a.n.t m.e a.n.y.m.o.r.e I.’m f.i.n.e
Itu aje huruf yang mampu aku susun
Kemudian aku dekapkan mulut di telinga kau dengan bisikan
Its ok sayang, I’m goin to be fine.
4 April 2018, The Sun.
Walaupun tak berapa gemar dengan gambar saya yang tersengih nakal-gedik itu, namun ini antara sesi wawancara yang paling saya suka sepanja...
-
Dan kita tidak akan selamanya berenang dalam lautan coklat yang manis dan mengasyikkan. Sampai waktunya kita akan telan pahit kopi yang hita...
-
Baru-baru ni aku lepak dengan seorang kawan zaman-zaman sedang mencari identiti diri. Dia kini dah jadi suami orang dan punya 2 orang anak...
-
Dia kata; Hijau bukan warnanya Sebab dia perlu maju ke hadapan itu dia tidak setuju Kuning juga bukan pilihan kerna dia harus bersedia unt...